Geng Aku

Rabu, 11 November 2009

Tindakan Segera ADUN Ladang Mengurangkan Risiko Banjir


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/tindakansegeraadunladang.JPG Kerajaan Negeri Terengganu di gesa mengatasi segera masalah perparitan yang menjadi punca banjir dibeberapa kawasan dalam bandaraya ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar berkata, sehingga kini, Kerajaan Negeri masih tidak mengambil sebarang tindakan mengatasi masalah tersebut dengan alasan, pihaknya sedang membuat rancangan bagi pembangunan semula.


Oleh yang demikian, katanya, ramai penduduk khususnya di kawasan Ladang Mengabang terpaksa berhadapan dengan bencana banjir,  setiap kali datangnya musim tengkujuh.
Menurutnya masalah itu sebenarnya berpunca daripada longkang yang tersumbat dengan pasir pantai sejak setahun lalu.




Oleh yang demikian, ketika waktu hujan lebat melanda baru-baru ini, beliau sendiri telah turun padang bersama-sama agensi kerajaan khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk selama ini.

“Jika dulu, masalah banjir di sini berpunca daripada air longkang yang tersumbat dengan sampah sarap, tetapi telah pun diselesaikan di mana pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah menyediakan perangkap sampah di sini,

“tetapi, kini masalah lain pula yang timbul di mana longkang disediakan tersumbat dengan pasir pantai dan ini menyebabkan setiap kali musim hujan, air akan melimpah dan mengakibatkan banjir berlaku di sini,” katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/tindakansegeraadunladang1.JPGKecaknaan dan tindakan segera beliau yang memaklumkan perkara tersebut kepada JPS telah dapat mengawal banjir yang berlaku daripada terus menenggelami kawasan itu.

Justeru itu, penduduk di kawasan tersebut kini boleh menarik nafas lega bagi mengharungi musim tengkujuh yang baru sahaja bermula tanpa berasa rungsing dan bimbang akan ditenggelami air.

“AlhamduliLlah, setakat ini kerjasama yang diberikan oleh JPS amat baik dan kini kerja-kerja sedang dijalankan oleh pihak mereka.

”diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin sebelum tibanya musim tengkujuh nanti,” katanya.

“Walaupun apa jua alasan daripada kerajaan, seharusnya permasalahan ini tidak boleh ditangguh-tangguhkan kerana ia menyentuh soal kebajikan dan keselesaan rakyat.

”kerajaan sewajarnya mengambil tindakan ‘segera’ mengatasinya,” tegas Dato’ Tengku Hassan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails