Geng Aku

Memaparkan catatan dengan label Rosmah Altantuya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rosmah Altantuya. Papar semua catatan

Selasa, 30 Mac 2010

Tahniah Rosmah Dapat Pangkat NENEK.


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi nenek bagi kali kedua apabila anak perempuan beliau Azrene Soraya Abd Aziz melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Damansara pada hari Sabtu 20 Mac lalu.



Anak yang diberi mana timangan 'Piyash' adalah anak kedua Azrene bersama suaminya Fazley Yaakob.

Anak sulung pasangan tersebut, Ahmad Fariedz atau nama timangan Payish dilahirkan pada 29 Oktober 2008.

Dalam menyambut kehadiran anggota baru dalam keluarga Azrene sudah tentu belaian nenek tersayang amat dinantikan bagi cucu sulung dan juga bayi yang baru berusia seminggu ini.

Namun harapan hanya tinggal harapan kerana sehingga kini Rosmah didakwa tidak kunjung tiba untuk menjenguk kedua-dua cucunya.
Malah dakwa seorang ahli keluarga isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak pernah berkesempatan untuk membelai cucu pertamanya sejak dilahirkan.
"Kami berasa sedih kerana sebagai seorang nenek beliau sepatutnya datanglah menjenguk cucu sendiri. Ini sejak dapat cucu pertama sehinggalah cucu kedua tak pernah nak datang tengok cucu.



"Orang lain pun sibuk tapi bila bab cucu dan keluarga semua yang lain tidak penting," dakwa ahli keluarga tersebut.

Azrene adalah anak kedua Rosmah bersama bekas suami beliau, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas manakala Fazley merupakan anak Senator Datuk Yaakob Mohamad.

Pasangan tersebut berkahwin pada 7 November 2006.



Rosmah adalah Pengerusi Jawatankuasa Dasar Permata Negara, iaitu projek perintis pusat pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau baru-baru ini mendapat pujian berhubung Permata Negara di dalam titah Yang DiPertuan Agong semasa baginda merasmikan Penggal ketiga Parlimen penggal ke-12.

Ahad, 21 Mac 2010

Isnin, 22 Februari 2010

Anwar Dakwa Ada Klip Video Yusuf Qardawi Sokong Beliau.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau mempunyai satu mesej video berdurasi 12 minit daripada seorang ulama yang dihormati, Dr Yusuf Al-Qardawi yang berkata tuduhan liwat terhadapnya adalah satu pembohongan dan berniat jahat.

Anwar berkata, video berkenaan akan diedarkan selepas ia diterjemahkan sambil menambah Dr Yusuf menyokongnya dan menyatakan bahawa semua tuduhan liwat ke atasnya adalah fitnah besar untuk mencemarkan nama baiknya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersempena Konvensyen Kebangsaan PKR untuk peneroka felda di Kampung Temin di sini pada malam Sabtu.

Katanya lagi, tuduhan liwat kali kedua itu turut mendapat sokongan kukuh daripada kerajaan Amerika, Turki dan Qatar.

"Pemuda Umno boleh terus membuat demonstrasi di hadapan kedutaan (Australia) di negara ini," katanya.


Dalam pada itu, Anwar turut berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil ke mahkamah untuk memberi kenyataan semasa perbicaraan.

"Saya ada bukti yang menyatakan mereka berdua ada berjumpa Saiful sebelum itu (isu liwat bermula)," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu akan membentangkan memorandum dari peneroka felda ke Parlimen bulan depan.

"Sebagai ketua pembangkang, saya akan menekankan masalah mereka supaya umum dapat mengetahui mengenai masalah mereka," katanya.

Jumaat, 18 Disember 2009

RM600,000 Dikirim Buat Rosmah Di Dubai-Tian


Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.




Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.


Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Sabtu, 5 Disember 2009

SPRM Minta Bantuan PKR Kesan PI Bala



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengesan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam dan membawanya ke pejabat itu. 

Perkara itu didedahkan Ketua Angakatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin selepas beliau dipanggil untuk memberikan keterangan oleh suruhanjaya berkenaan.
Shamsul berkata SPRM meminta PKR berbuat demikian secepat mungkin dan pihaknya akan sedaya upaya membantu suruhanjaya berkenaan. 



“ Cuma satu tadi, SPRM minta tolong dan bantuan kepada kita ialah mereka ingin sangat bertemu dengan Bala. Saya memberikan kerjasama, saya akan usahakan dan sama-sama berikhtiar untuk membawa Bala ini ke SPRM Putrajaya” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas memberikan keterangan berhubung rakaman temuramah Bala di SPRM Putrajaya pagi tadi. 

Katanya keterangan berkenaan dilakukan bagi membolehkan SPRM meneruskan prosedur siasatan setelah rakaman temuramah Bala diserahkan kepada SPRM awal minggu ini. 

Bala telah menghilangkan diri bersama keluarganya, sebelum muncul kembali tahun ini dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia. 



Rakaman perbualan Bala bersama 3 orang peguam membuktikan adanya usaha untuk menutupi hubungan Najib dan Altantuya Shaaribu. 

Dalam sesi soal siasat selama tiga jam itu, Shamsul diminta memberikan beberapa butiran mengenai laporan yang telah dibuat olehnya dan ditanya apakah soalan SPRM yang masih bermain di minda beliau sehingga waktu ini, ini jawapan Shamsul. 

“ Ditanya soalan adakah laporan ini berniat jahat atau sebagainya, saya kata tidak, laporan ini bertujuan untuk memastikan agar persoalan dan pertikaian yang timbul dengan dakwaan Perdana Menteri, Najib Tun Razak terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia ini dibersihkan”. 




Shamsul berkata laporan yang telah dibuat bukan hanya untuk mengembalikan kesejahteraan negara yang resah dengan persoalan kontroversi berhubung kaitan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan kematian wanita Mongolia.

Namun laporan berkenaan juga dibuat bagi membantu SPRM mengembalikan imejnya yang tercalar. 

“ Saya beritahu saya datang hari ini, dan saya harap SPRM juga mengambil langkah yang sama memanggil kesmua nama yang terlibat. Nazim, Deepak malah Rosmah yang disebut dalam video itu bercadang untuk minum pagi, makan tengahari dengan Bala ini, ini dua tiga karekter, dan Najib tidak boleh mendiamkan diri, tampil dan memberikan kenyataan”. 



Rakaman temuramah Bala mengandungi tujuh perkara yang boleh difokuskan dan salah satunya ialah Najib sendiri melalui agen-agennya telah menawarkan wang RM 5 juta bagi mendorong Bala menarik balik akuan bersumpah bertarikh 1 Julai 2008. 



Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dan telah diseludup ke India tanpa melalui Jabatan Imigresen. 

Shamsul pagi tadi turut ditemani oleh ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Jumaat, 6 November 2009

Kerabat Arab beri RM7 juta hargai kejujuran Rosmah






PUTRAJAYA: Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.

Menurutnya dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.
"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.

Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

"Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," kata Rosmah.

Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails