Geng Aku

Jumaat, 20 November 2009

Nizar V'8! Pas Sudah Ada Pesawat Sendiri?

Wah PAS makin kaya sekarang ni. Isu Hangat TGNA cancel pergi ke Mekah kerana tajaan kontraktor tak sejuk lagi ni dah isu hangat PAS beli kapal terbang pulak.Entah mana punya sponsor lak ni. Kalah UMNO camni.

Opss jangan salah sangka dan jangan membuat spekulasi bukan-bukan. Sebenarnya kapal terbang yang ekornya yang seakan logo PAS ni adalah kapal terbang luar negara yang selalu turun di lapangan terbang kargo Senai.

Kepada penduduk Kulai/Senai yang selalu lalu di jalan alternatif Bandar Putra ke Senai mesti dah biasa melihat kapal terbang ni. Orang-orang PAS area sini banyak bergurau mengenai kapal terbang yang ekornya seakan logo PAS ni. Tak tau dari negara mana tapi katanya mempunyai tulisan Arab di tepinya.

Nizar V'8! Nama TG Nik Aziz, Anwar tersenarai tokoh islam berpengaruh dunia

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.




Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh. Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.




Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 "Honourable Mention" di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam "Honorable Mention".

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Nizar V'8! Daripada 16 SAR, kini hanya tinggal 6 di Pulau Pinang

Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ada di Pulau Pinang kini hanya tinggal enam buah sahaja jika dibandingkan dengan 16 SAR yang ada pada tahun 2002 bagi seluruh negeri Pulau Pinang.
 
Menurut Timbalan Ketua Menteri 1, Dr.Mansor Othman, fenomena ini adalah kerana kebanyakan daripada SAR yang ada telah pun menyertai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang ditadbir dan diurus selia oleh Kerajaan Persekutuan.

"Walau bagaimana pun kita akan terus menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada mereka bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan Islam di negeri ini.

"Pendidikan dan pembelajaran Islam tidak hanya tertumpu kepada sesi persekolahan sahaja tetapi ia juga sepatutnya menjadi satu mekanisme kepada pendidik untuk mencari jalan yang terbaik dengan menanam nilai murni dan kesucian Islam itu dalam jiwa pelajar."

Mansor juga berkata kerajaan negeri akan terus membantu untuk memperkasakan lagi pendidikan Islam dalam negeri ini supaya ia menjadi satu asas dan landasan untuk membentuk peribadi Muslim yang sepatutnya diterapkan pada awal usia anak-anak lagi.

"Kita juga perlu bersatu padu dalam apa juga kemelut yang datang supaya setiap permasalahan yang timbul akan dapat diatasi dengan baik demi keamanan dan kesepaduan dalam negara," katanya.

Nizar V'8! Isa Samad Angkat Sumpah ADUN Bagan Pinang


Wakil rakyat Bagan Pinang yang baru Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan berikutan kemenangannya pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober lepas. Mohd Isa, 60, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sembilan yang ke-12 di Dewan Undangan Negeri Sembilan di sini.- Foto BERNAMA.
 
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bagan Pinang berikutan kemenangannya pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober lepas.

Mohd Isa, 60, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor pada sesi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sembilan yang ke-12 di Dewan Undangan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Upacara angkat sumpah itu akan membolehkan Mohd Isa turut serta dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan yang akan berlangsung mulai hari ini, 23, 24, dan 25 November.

Mohd Isa merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno dan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 sehingga Mac 2004.

Ketua Umno Bahagian Telok Kemang itu dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

Pada pilihan raya kecil itu, Mohd Isa menewaskan Zulkefly Mohamad Omar daripada Pas dengan majoriti 5,435 undi, dan Barisan Nasional (BN) kini menguasai 21 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala DAP 10 kerusi, PKR 4 kerusi dan Pas 1 kerusi.

Sementara itu, Razak ketika mengalualukan penyertaan Mohd Isa sebagai anggota terbaru Dewan Undangan Negeri Sembilan turut mengucapkan tahniah kepada beliau.




Razak juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan atas kejayaan pasukan itu merangkul Piala Malaysia setelah menewaskan Kelantan 31 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur 7 November lepas.

"Kemenangan ini adalah hadiah yang tidak ternilai sempena pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 26 Oktober lepas.

"Kejayaan membawa pulang piala berprestij setelah 61 tahun ini adalah hasil komitmen tinggi pegawai dan pemain di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan selaku presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan," katanya. BERNAMA

Nizar V'8! Tragedi Jambatan Runtuh: Keluarga Saman Kerajaan Dan 10 Yang Lain RM105 Juta

Keluarga ketiga-tiga mangsa yang terbunuh dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober lalu hari ini memfailkan saman berjumlah RM105 juta terhadap kerajaan dan 10 yang lain di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.


Responden yang lain terdiri daripada, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Perak,SJK (T) Mambang Diawan, SJK (T) Gopeng, GS Synergy Sdn Bhd (pihak yang menaja pembinaan jambatan), CWL Enterprise (kontraktor) dan pihak yang terlibat.

Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, A. Sivanesan, ayah ketiga-tiga keluarga mangsa itu akan mengemukakan saman bernilai Rm35 juta bagi setiap pihak yang terlibat dengan jumlah keseluruhan saman itu berjumlah RM105 juta kerana didakwa berlaku

kecuaian daripada pihak yang terlibat dalam tragedi yang berlaku pada 26 Oktober lalu.
Oktober lalu, tiga pelajar sekolah rendah yang menghadiri kem 1Malaysia, N. Dina Deve and M. Devatharshini, kedua-duanya berusia 11 tahun dan V. Divyashree, 12, ditemui mati lemas selepas jambatan gantung yang dilalui di tapak perkhemahan mereka tiba-tiba runtuh ke dalam Sungai Kampar.

Bagaimanapun, tindakan pantas pihak penganjur berjaya menyelamatkan 19 orang pelajar yang turut sama tenggelam dalam kejadian malang itu.

Dua buah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat tragedi malang berkenaan, satu di bawah Kementerian Pelajaran dan satu lagi jawatankuasa ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran akan mengumumkan hasil siasatan yang dijalankan berhubung insiden berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

Sementara itu, jawatankuasa yang diwujudkan oleh Pakatan Rakyat negeri mendakwa jambatan gantung itu runtuh kerana didakwa menggunakan bahan binaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan dua orang guru yang sepatutnya menyelia perjalanan kem tersebut tidak hadir pada hari kejadian.

Nizar V'8! Kota Siputeh: UMNO atau PAS?



Pilihanraya Kecil Kota Siputeh bakal diadakan jika tidak ada sebarang ‘kejutan’ selepas ini. Walau bagaimanapun paling awal pun tahun depan baru pilihanraya tersebut dapat diadakan.

Ini memandangkan SPR dan Umno akan membuat rayuan berbeza sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sudah pasti ia akan mengambil tempoh yang lama sehingga rayuan di dengar di peringkat tertinggi sistem kehakiman negara. Tidak mustahil pilihanraya Kota Siputeh akan diadakan serentak dengan pilihanraya umum!

Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat, peluang Pas untuk menang adalah sukar. Hakikat yang perlu disedari Kota Siputeh terletak dalam kubu Umno di Parlimen Jerlun. Pas hanya menang dua kali sepanjang sejarah pilihanraya iaitu pada tahun 1969 dan 1999. Salah seorang bekas calon Pas Kota Siputeh, Cikgu Wahab Abdul Rahman yang pernah ditukar kerana faktor politik di Kuala Rompin Pahang pasti mengakui keperitan bertanding di Kota Siputeh.

Perkara ini turut diakui oleh Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato Seri Azizan Razak.“Peluang ada dalam mana-mana pertandingan tetapi ini kubu kuat Umno sejak mula dan kami tahu tidak mudah untuk Pas menang di situ.



Walau bagaimanapun tidak mustahil Pas bakal menumbangkan Umno di situ asalkan semua jentera Pas di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan dalam masa yang sama mengenepikan sebarang hal remeh temeh yang boleh mengggugat peluang Pas yang berpotensi untuk menang sekali lagi di Kota Siputeh.



Umno Prihatin, PAS yang zalim..betulkah ?? Ikuti paparan eksklusif oleh wartawan Pembela dari KedahLanie, perihal apa yang berlaku di Kota Siputeh dibawah.

Tinjauan umum di Dun Kota Siputeh….
Dun Kota Siputeh merupakan kubu Umno/Bn sejak sekian lama. Ia terletak di dalam Parlimen Jerlun, juga termasuk di dalam PBT Kubang Pasu. Di mana, Adun dan MPnya adalah dari Umno/Bn. Adun Kota Siputeh ialah Datuk Abu Hassan Sharif yang telah dirujuk sebagai Adun yang tidak hadir dua kali berturut-turut dalam Sidang Dun Kedah atas alasan sakit.

Sebaliknya MP Jerlun pula diwakili oleh anak mantan Perdana Menteri Malaysia, juga Presiden Umno iaitu Datuk Mukhriz Mahathir.



Dari tinjaun yang dijalankan oleh Penyelaras Dun Kota Siputeh (PAS), Ustaz Ismail Wan Teh dan sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (Ngo) iaitu Pembela kelmarin di Kg Raja, Mukim Pering dalam Dun Kota Siputeh mendapati masih ramai rakyat di dalam di situ yang hidup daif dan berada di bawah paras kemiskinan ataupun miskin tegar.

Kisah 1 : Norazizi Zakaria, 27 tahun yang tinggal bersama suami dan anak sulungnya berumur 7 bulan di dalam sebuah rumah kecil di pinggir hutan di Kg Raja, Mukim Pering. Ketika ditanya kepadanya pengertian dan nikmat kemerdekaan, Norazizi berkata, tak ada apa-apa nikmat yang dia dapat…saya cuma hidup dalam rumah kecil ni saja.

“Inilah rumah kami tiga beranak sejak 4 tahun lalu. Tak ada duit nak besarkan rumah. Api tak ada..guna pelita saja. Air minuman dan mandi ….menumpang dari rumah jiran-jiran terdekat, katanya. Norazizi berkata, wakil rakyat tak pernah datang menjenguk, kecuali musim pilihanraya ramailah yang datang”.

Kisah 2 : Hatiah Ismail, 39 tahun yang tinggal di sebuah rumah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik. Menurut Hatiah, sudah lama dia merayu dari Wakil Rakyat dan JKKP di dalam kampongnya untuk menguruskan bekalan elektrik. Sehingga kini…mereka tidak melayan bahkan kadangkala menyindirnya kerana suaminya adalah seorang ahli PAS..

Tinjauan juga mendapati bahawa dia mempunyai 3 anak yang masih bersekolah di peringkat rendah, kadangkala tidak dapat menghantar anak ke sekolah kerana tidak mempunyai wang cukup perbelanjaan.

Sementara itu Mahadzir Saad, suami kepada Hatiah berkata, Umno di situ minta dia menjadi ahli Umno terlebih dahulu jika mahu mendapat bantuan yang sewajarnya dari pihak kerajaan.


“Kalau tak mahu jadi ahli Umno…pi lah minta kat PAS. Tengoklah mereka boleh beri apa pada kamu, katanya yang mengadu diejek oleh ahli Umno di situ.

PAS Akan Menang Tipis
Sembang-sembang orang UMNO Selangor yang diziarahi oleh saudara-mara mereka dari Kedah (juga UMNO) mengatakan:
“Jika ada PRK Kota Siputeh dalam masa terdekat, PAS dijangka akan menang tipis”.
Sembang-sembang tersebut mengatakan, walaupun PAS mengalami krisis dalaman baru-baru ini, namun sokongan orang muda tempatan tidak berkurangan. Malah golongan tua ramai yang sukakan ustaz (MB) sekarang.

Nizar V'8! PAS kaji kemerosotan sokongan orang muda

Dewan Pemuda PAS membentuk kumpulan khas bagi mengenalpasti punca persepsi negatif dan kemerosotan sokongan dari kalangan generasi muda.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kajian tersebut dikendalikan oleh sebuah institut kajian dasar dan isu-isu semasa bawah dewan itu, Institut Kajian Polisi (IPS).


"Kita telah tubuhkan satu kumpulan pengkaji dalaman. Pandangan ahli akademik luar itu satu aspek. Tetapi kita mahu dapatan lebih terperinci dari sudut angka, faktor dan kedudukan generasi muda sekarang," katanya.

"Kalau faktornya disebabkan politik, maka kita ambil pendekatan politik. Kalau disebabkan imej, kita betulkan imej," tambahnya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata, pertemuan dengan beberapa ahli akademik terkenal seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan Prof Dr Mohammad Agus Yusoff merupakan sebahagian usaha mendapatkan maklumat untuk membantu kajian tersebut.




Selepas seminar politik PAS pada 7 November lalu, Nasrudin telah mengadakan pertemuan dengan Dr Abdul Aziz, yang mengkritik keras presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pertemuan dengan Prof Dr Mohammad Agus dan Dr Abu Hassan pula dijangka diadakan pada pertengahan bulan depan, tambah Nasrudin.

Katanya, Pemuda PAS sudah lama merancang untuk menjalankan kajian seumpamanya tetapi tergendala kerana terpaksa menghadapai tiga pilihan raya kecil selepas muktamar parti itu Jun lalu.

"Selepas seminar politik itu, semangat dan motivasi kita menjadi lebih berkobar-kobar.

"Tetapi kita juga akui, kajian persepsi ini merupakan perkara baru bagi kita," katanya yang sedang dalam perjalanan ke Baling bagi menghadiri sambutan mengenang 24 tahun peristiwa Memali.

Beliau juga berkata, kajian IPS dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun depan.

Nizar V'8! Perdana V6 kereta rasmi kerajaan



Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan kerajaan tidak pernah bercadang menggantikan kereta Proton Perdana V6 yang digunakan oleh hakim-hakim dengan Mercedes Benz atau BMW.



Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pendirian kerajaan jelas iaitu kereta rasmi bagi semua menteri, timbalan menteri, hakim dan pegawai kanan kerajaan adalah Proton Perdana V6.

Menurut beliau, walaupun kereta tersebut pernah mencetuskan kontroversi kerana selalu berlaku kerosakan, masalah kotak gear yang sering dihadapi telah diatasi dengan baik oleh pihak syarikat Proton.




''Kerajaan tidak pernah berhasrat atau bercadang menggantikan Proton Perdana V6 dengan kereta lain bagi kegunaan rasmi. Ini adalah dasar kita. Tambahan pula masalah kotak gear yang dihadapi oleh Proton Perdana V6 telah pun diatasi.

''Untuk pengetahuan semua pihak jumlah kes kerosakan kotak gear yang sering dihadapi Proton Perdana V6 telah banyak menurun," katanya.

Beliau menjawab soalan Muhammad Husain (Pas-Pasir Puteh) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Muhammad meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah rasional pihak kerajaan membuat keputusan untuk membeli kereta Mercedes dan BMW bagi menggantikan Proton Perdana V6 kepada hakim-hakim.


Menjawab soalan tambahan Muhammad, Awang Adek berkata, sekiranya hakim-hakim diberi kebenaran untuk menukar kereta Proton Perdana V6 kepada Mercedes atau BMW, semua menteri dan pegawai kanan akan mengikut jejak langkah yang sama.

''Bagi saya ini tidak mungkin berlaku dan kerajaan juga tidak bercita-cita untuk berbuat demikian," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau mengakui sebelum penggunaan Proton Perdana V6 kereta rasmi yang digunakan adalah Mercedes-Benz.


Sementara itu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum ketika menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sehingga kini terdapat 85 Pusat Jalur Lebar Komuniti telah beroperasi di kawasan pedalaman seluruh negara.
''Penambahan sebanyak 85 Pusat Jalur Lebar Komuniti sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini," jelasnya.

Faizal Tahir masuk hospital kerana muntah darah




FAIZAL




Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara. 

Menurut Pengurus Label syarikat rakaman Monkey Bone, Edris Adrian yang dihubungi Kosmo! semalam, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital.

"Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.

"Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor untuk rawatan lanjut kerana muntahnya mengandungi sedikit darah," kata Edris.

Nizar V'8! Bekas isteri yakin Adun Melor mampu bayar RM3 juta

Bekas isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Siti Aishah Chou Abdullah, 25, yakin bekas suaminya mampu membayar tuntutan mutaah sebanyak RM3 juta berdasarkan kemampuan defendan.

Siti Aishah yang berasal dari Kemboja, berkata ini kerana defendan Wan Ismail Wan Jusoh pernah memberitahu bahawa beliau mempunyai wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam bentuk saham amanah termasuk aset yang lain.

"Bekas suami pernah beritahu ada wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam saham amanah tidak termasuk di bank simpanan yang lain.

"Defendan juga selain itu ada beberapa ladang getah di Gua Musang dan mempunyai syarikat di luar negara," katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Mohd Sibri Ismail di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Abdullah Man.



Suasana hening seketika apabila plaintif menangis dan sebak di kandang saksi apabila menceritakan keadaan hidupnya selepas bercerai pada 16 April tahun lalu.

"Saya rasa terkilan kerana sebagai mualaf memerlukan perhatian untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil dan saya pernah merayu agar rujuk kembali tetapi tidak dilayan," katanya.

Beliau juga mengakui semasa berkahwin pernah menuntut kenderaan, rumah dan modal untuk menjalankan perniagaan tetapi bekas suaminya tidak berbuat demikian atas alasan agar anak-anak mereka Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, dapat dibesarkan dengan sempurna terlebih dahulu.

Siti Aishah yang kini menjalankan perniagaan pakaian dan tudung wanita, berkata bekas suaminya juga gagal membayar nafkah sebanyak RM500 kepada setiap anaknya itu.

"Dalam tempoh edah selama tiga bulan saya sendiri yang membayar sewa rumah di Taman Tanjong Chat di sini," katanya.




Peguam Mohd Raziman Yaccub yang mewakili Wan Ismail memohon prosiding ditangguhkan kepada suatu tarikh lain berikutan pihaknya belum bersedia membuat soalan balas terhadap plaintif berikutan kekeliruan tarikh perbicaraan tuntutan hari ini.

Abdullah kemudiannya menetapkan 3 Disember ini untuk menyambung perbicaraan mengenai tuntutan mutaah itu.

Tuntutan mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Tahun 2002 itu difailkan Siti Aishah pada Januari lalu sebagai pampasan atau sagu hati selepas bercerai bagi menjaga kebajikan dirinya dan kedua-dua anak tersebut.

Pada perbicaraan hari ini, Wan Ismail tidak hadir dan Mohd Raziman memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu sedang menunaikan ibadat haji. - Bernama

Nizar V'8! SPR Tipu Daftar Pemilih Di Pekan.


Timbalan Ketua AMK Pahang, Saudara Kamarul Hatta (foto), hari ini menggesa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), yang kononnya dikatakan "Cekap dan Telus" menyemak semula dan membersihkan senarai nama dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2009 (1 Julai - 30 Sept 2009) bagi Parlimen P085 (Pekan) dengan segera. Ini kerana terdapat bukti kukuh, ramai pengundi baru yang dipindahkan ke kawasan parlimen itu sejak akhir-akhir ini. 
'Malah kebanyakan daripada mereka dilihat mempunyai alamat di utara semenanjung. 
 
Terdapat juga nama-nama pengundi yang amat diragui kesahihannya, termasuk yang didaftarkan bagi Peti Undi Sg.Miang. Sebelum ini, rakyat Malaysia pernah digemparkan dengan kewujudan satu penempatan eksklusif "orang luar" yang dibina di kawasan itu. Malah, tinjauan kami ke kawasan terbabit memang menunjukkan majoritinya daripada luar. 
 
Mereka diberikan tanah dan rumah untuk mendiami kawasan terbabit, yang dikawal ketat oleh pihak tertentu. Kehadiran mereka yang cukup ramai itu amatlah diragui dan mendapat cemuhan masyarakat setempat. Apa tidaknya, rakyat Pahang yang sudah sekian lama memohon tanah masih tidak diberi perhatian. Tiba-tiba ada orang luar dan rakyat asing terutamanya dari Myanmar dan Kemboja pula yang lebih diutamakan. 
 

 
 
Menurut penduduk setempat, kawasan penempatan itu memang sengaja diwujudkan bagi membantu undi Parlimen Pekan yang diwakili oleh Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.
 
Kebanjiran terlalu ramai pengundi luar yang kini berdaftar di Pekan, adalah perancangan rapi yang dibuat oleh kerajaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha memberi kemenangan besar kepada Presiden UMNO itu. Semakan daftar pemilih yang baru diedarkan itu, jelas sekali membuktikan perkara ini. Menurut Kamarul Hatta beliau amat terkejut dengan perkara ini. 
 

 
 
"Saya melihat perkara ini adalah serius. Ramai pengundi dipindahkan secara haram ke Parlimen Pekan. Malah majoritinya mempunya kad pengenalan 'o2' iaitu kod bagi negeri utara semenanjung. Malah ada juga yang mempunyai kad pengenalan kod '71' yang bermakna orang luar dan bukan rakyat Malaysia yang tulen. SPR harus memantau dan membersihkan daftar pemilih ini jika tidak mahu kewibaan mereka terus dipertikaikan oleh rakyat" katanya. Segala bukti tentang perkara ini akan didedahkan kemudian, selepas pihak kami mendapatkan dokumen yang berkaitan.

Nizar V'8! Lembaran baru pergelutan politik: Saiful vs Altantuya? Lingam!

 0leh-Merdeka Review

Suasana politik tidak kembali tenang sejak dilanda tsunami pada 8 Mac 2008.  Presiden UMNO ketika itu yang diasak dari dalam dan luar, semakin hilang kawal.  Sebaliknya, Pakatan Rakyat dilambung pada kemuncak keghairahannya untuk menuju ke Putrajaya.

Bulan Jun 2008 menyaksikan pertembungan langsung antara dua orang "bakal Perdana Menteri".  TPM Najib Razak bersama isterinya dikaitkan sekali lagi dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, oleh Raja Petra Kamaruddin (kiri, gambar kiri).  Blogger yang berpengaruh ini membuat akuan sumpah pada 18 Jun, menuduh Rosmah Mansor, isteri TPM berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya.

10 hari kemudian, seluruh Malaysia digemparkan sekali lagi, apabila "kes liwat Anwar Ibrahim II" ditayangkan.  Kali ini, pembantunya Mohd. Saiful Bukhari tampil membuat tuduhan, disusuli kemudiannya dengan angkat sumpah di masjid, sebagai cubaannya untuk memperkukuhkan tuduhan tersebut, terutamanya di kalangan masyarakat muslim.

Anwar vs Najib 1:0
Cubaan meludah ke arah Anwar Ibrahim kali ini berakhir dengan pengaiban pada dirinya.  Survey Merdeka Center yang diumumkan pada awal Julai memperlihatkan hanya 10% responden mempercayai bahawa Anwar melakukan liwat.  Seterusnya, survey yang diumumkan pada awal Ogos 2008, menunjukkan bahawa sokongan terhadap Najib Razak hanya berada pada paras 34%, satu tamparan sengit terhadap bakal PM UMNO-BN ketika itu.

Malah, reputasi UMNO-BN jatuh merudum dalam PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos, hampir terkubur dalam undi majoriti Anwar Ibrahim yang tertimbun.  UMNO-BN yang menayangkan "Kes Liwat II" ini nyata lebih tertekan pada waktu itu, walaupun menguasai segala jentera negara.

Meskipun begitu, "Kes liwat II" tidak melabuh tirai begitu sahaja.  Isu ini masih diungkit, secara tersurat mahupun tersirat dalam PRK yang berlangsung selepas PRK Permatang Pauh.  Malah, Saiful Bukhari cuba memastikan "ketidakadilan yang menimpa dirinya" tidak hilang dari ingatan khalayak, mengingatkan orang ramai melalui blognya bahawa "Justice delayed Is Justice denied".

Kes liwat Anwar II diungkit lagi
Senario politik berubah dari masa ke masa, khususnya selepas Anwar Ibrahim gagal menyempurnakan rancangan 16 September.  PR mula hilang fokus, perbalahan dalaman mula timbul, dan lebih ketara, jurang antara hasil kerja PR dan harapan rakyat kian melebar.

Sementara UMNO-BN yang diterajui Najib Razak, semakin kembali ke landasannya, apatah lagi setelah teruja dengan kemenangan PRK Bagan Pinang.  Melainkan beberapa parti komponen BN yang masih bergelut dalam kemelut, BN kini dilihat berada dalam keadaan terbaiknya selepas tsunami 8 Mac 2008.


Senario sedemikian memberi nafas baru kepada UMNO-BN, bukan sahaja memantapkan dirinya, tetapi bersiap sedia untuk meneruskan "serangan yang belum selesai" itu.  Maka dalam konteks inilah, mula wujudnya pertikaian "mengapa Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan".

Awang Selamat, dalam kolumnya di Mingguan Malaysia pada 6 September 2009, mengusik Anwar dengan mengubahsuai laungan slogannya "lawan tetap lawan" kepada "tangguh tetap tangguh".

Pada hari keesokannya, Utusan Malaysia menonjolkan isu liwat ini di muka surat depannya, dengan memetik hujah Chandra Muzaffar, "Kenapa mahu yangguh perbicaraan kalau tidak salah -- Anwar tidak perlu takut".

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz, malah Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dipetik untuk mengulas pandangan yang diketengahkan oleh Awang Selamat.  Tidak cukup dengan itu, isu liwat ini berlanjutan untuk hari-hari seterusnya, apabila mereka yang keluar parti dari PKR seperti Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, S.Nallakaruppan beratur di atas lidah parti untuk mencabar dan menyelar Anwar.

Lebih-lebih lagi, ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang keluar dari PKR pada 29 Oktober 2009, menyebut "soal moral" Anwar antara sebabnya meninggalkan PKR.  Bekas Ketua AMK, Mohd Ezam Mohd Nor tidak melepaskan kesempatan ini untuk mendesak agar Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim untuk menjawab persoalan moral suaminya.

Bala pula muncul kembali
Serangan bertubi-tubi ini semestinya disedari PR, yang juga tidak akan berpeluk tubuh begitu sahaja.  Maka, secara "kebetulannya", mereka yang "hilang" kerana kes Altantuya mula timbul semula untuk menggilap ingatan ramai.  Raja Petra Kamaruddin misalnya, melalui Malaysia Today mendakwa bahawa kebenaran di sebalik kes pembunuhan Altantuya akan terbongkar sebelum hari Krismas tahun ini.

Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang "hilang" selepas akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya, dan kemudian ditarik balik keesokannya, kini muncul dalam klip video yang tersiar di Malaysia Today.  Apa yang berlaku sebelum dan selepas kehilangan diri dan keluarganya itu terdedah sedikit demi sedikit mulai 13 November.

PKR pula, melalui lidah partinya mendakwa bahawa gambar yang boleh menunjukkan hubungan antara Najib dengan Altantuya kini disorok oleh polis.  Suara Keadilan Bil 206 (10-17 November 2009), memetik dari Free Malaysia Today yang menemuramah wartawan penyiasatan Perancis Arnaud Dubus, berkata gambar "yang tidak dibuat salinan" itu telah diberikan kepada Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, dan diserah kepada polis kemudiannya.

Kenyataan tersebut sememangnya tidak perlu disokong dengan bukti.  Ia bertujuan untuk mencalit imej Najib Razak yang pernah "bersumpah" bahawa dirinya tidak mengenali Altantuya.  Apa pun kemungkinan di sebaliknya, yang sudah pasti, Saiful dan "Altantuya" kini telah masuk semula ke gelanggang politik.

Lingam jawapannya
Ramai akan bersetuju bahawa yang dibicarakan itu bukan Anwar atau Najib, tetapi sistem kehakiman negara Malaysia.  Biarpun mahkamah memutuskan sama ada Anwar bersalah atau Najib tidak terlibat, dalam kes yang menyebut nama masing-masing, gagal mengubah persepsi awam.

Buktinya, Anwar telah dijatuhkan hukuman 10 tahun yang lalu, diulangi tuduhan yang sama sepanjang satu dekad ini, gagal menghalang sokongan rakyat terhadapnya.  Sebaliknya, walaupun media arus perdana terus mendakwa tuduhan terhadap Najib bersama isterinya dalam isu Altantuya adalah fitnah semata-mata, gagal membersihkan nama PM dalam pandangan umum.

Inilah masalah persepsi yang menghantui Najib.  Walaupun populariti Najib menampakkan lonjakan kebelakangan ini, bahkan tindakan undang-undang terhadap Anwar mungkin boleh mencelarukan langkah PR sendiri, tetapi jikalau inilah kesudahannya, maka ia hanya akan memperkukuhkan persepsi bahawa sistem kehakiman negara kita terus diperkudakan.

Dengan kata lain, walaupun kuasa berada dalam tangan Najib, tetapi beliau sebenarnya tersepit di dalam dilema ini.  Dalam kes liwat mahupun Altantuya, sebarang keputusan mahkamah yang bercanggah dengan persepsi rakyat, walaupun mungkin benar, tidak akan diterima.
Perlu dinyatakan bahawa persepsi ini bukan sekadar persepsi, tetapi berasas, kerana kerajaan tidak memperlihatkan tekad untuk memperbetulkan sistem kehakiman.  Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz boleh mempertahankan Lingam dengan seribu satu alasan dalam Dewan Rakyat, tetapi rakyat telah memberi jawapan dengan mengundi Loh Gwo Burne sebagai wakil rakyat Kelana Jaya.

Akhir kata, Najib Razak yang jelas lebih tangkas dan tegas dalam langkah politiknya, berbanding Abdullah Ahmad Badawi, boleh mengambil jalan singkat atau langkah "drastik" untuk menamatkan igauan yang menghantuinya selama ini, iaitu Anwar dan Altantuya.  Anak Abdul Razak yang mewarisi corak pemerintahan Mahathir Mohamad ini, dipercayai akan melakukan segala-galanya untuk mengekalkan kuasa dirinya.

Cuma, sekeras Mahathir pun gagal mengubah persepsi rakyat dalam kes liwat Anwar.  Apatah lagi, Najib kini berdepan dengan masyarakat Malaysia yang telah melalui zaman "Reformasi" dan "tsunami politik".

Nizar V'8! Johor Tiru Kerajaan Pakatan.



Syarikat Air Johor (SAJ) akan memperkenalkan skim pemberian rebat air kepada keluarga miskin tegar dan miskin bagi meringankan beban golongan berkenaan, kata menteri besar Johor.

Datuk Abdul Ghani Othman berkata golongan miskin tegar itu akan menerima rebat bil air sehingga 20 meter padu pertama atau RM12 manakala keluarga miskin pula akan menerima rebat sehingga 10 meter padu pertama atau RM4.



"Pemberian rebat itu untuk meningkatkan bantuan jaringan keselamatan sosial bagi meringankan beban golongan sasaran seperti keluarga miskin dan miskin tegar termasuk kumpulan Orang Asli miskin tegar," katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2010 pada persidangan DUN di Nusajaya hari ini.

Abdul Ghani berkata sebanyak 9,596 keluarga di negeri ini adalah keluarga miskin, miskin tegar dan mudah miskin yang dikenal pasti sehingga kini melalui pangkalan Data Nasional, E-Kasih.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 4,049 keluarga adalah ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang menjadi kumpulan sasaran utama kerajaan negeri dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan tegar sepenuhnya dan mengurangkan separuh kemiskinan menjelang akhir tahun depan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk memberi perlindungan takaful bernilai RM30,000 seorang kepada 2,975 anggota penjawat awam negeri yang memegang jawatan berisiko tinggi.

"Insentif ini dicadangkan memandangkan kerajaan negeri prihatin kepada risiko yang dihadapi oleh penjawat awam seperti pembantu penguatkuasa, pemandu, penghantar notis, pegawai keselamatan dan pekerja awam yang lain," katanya. BERNAMA

Nizar V'8! Selangor Wakil Tunggal Negara Ke Piala AFC 2010

Hanya pasukan Selangor yang akan mewakili Malaysia untuk bersaing pada kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2010 berbanding dua pasukan sebelum ini.




Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata Selangor layak ke kejohanan itu selaku juara Piala FA dan Liga Super pada tahun ini.

"Manakala pasukan kedua yang layak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh AFC adalah Perlis yang di atas kapasiti naib juara Liga Super namun skuad Singa Utara itu telah menolaknya.




"Jadi FAM telah memohon kepada AFC untuk menggantikannya dengan pasukan lain, namun badan induk bola sepak Asia itu melalui surat maklum balasnya dua hari lepas telah menolaknya," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Kali terakhir Selangor menyertai kejohanan itu adalah tiga tahun lepas namun tewas kepada kelab Al Nejmeh dari Lebanon di peringkat suku akhir.




Undian untuk menentukan kumpulan pada kejohanan tahun depan itu akan diadakan pada 7 Dis ini di Rumah AFC, Bukit Jalil dengan 32 pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan iaitu 16 pasukan akan layak ke pusingan kedua dan pusingan seterusnya.



Pada saingan tahun ini, Malaysia diwakili oleh Kedah dan Johor FC namun hanya Kedah mara ke pusingan kedua sebelum tewas kepada kelab Vietnam, Becamex Binh Duong FC.

Sementara itu, Azzuddin turut mengesahkan FAM masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai penarikan diri Kuala Muda NAZA bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

"Saya hanya mengetahui perkara ini melalui media," katanya ketika ditanya mengenai kedudukan pasukan berstatus kelab itu yang akan beraksi di dalam Liga Super.

Nizar V'8! Mahkamah tidak berhak putuskan kedudukan Dun Kota Seputeh


Speaker Dun Perak V. Sivakumar semalam menegaskan bahawa kedudukan kerusi Dun Kota Seputeh sama ada kosong atau sebaliknya mesti diputuskan oleh Speaker Dun sendiri.

"Apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri mesti diselesaikan dewan (Undangan Negeri), tidak perlu pada keputusan Mahkamah."

Ujar Sivakumar, tindakan Speaker Dun Kedah Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengumumkan kekosongan Dun tersebut berdasarkan Surat Kekosongan Dun yang diterimanya sebelum ini, adalah muktamad.

"Keputusan Speaker (DUN) Kedah adalah muktamad, tidak perlu dan tidak  boleh dibawa ke Mahkamah."

Tambahnya lagi, Speaker Dun hanya diminta memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) badap pelaksana itu boleh mengadakan suatu pilihanraya kecil dalam masa 60 hari.



Beliau juga mencabar BN menunjukkan klausa undang-undang yang membenarkan SPR atau Mahkamah sendiri berhak mendahului keputusan Speaker Dun.

"Nampak jelas dia (SPR) dan BN tak boleh campur tangan, sila tunjuk kepada saya di mana kuasa atau di mana autoriti Mahkamah hingga boleh memutuskan kekosongan (Dun Seputeh) itu."

Dakwanya lagi, BN cuba menghalang pilihanraya kecil Dun tersebut dari berlaku.

"BN yang minta jangan kosongkan kerusi itu (Dun Kota Seputeh)."



Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan sama ada menerima rayuan BN agar pilihanraya kecil tidak berlaku di Dun Seputeh esok.

Bagi BN, Datuk Abu Hassan Sarif masih layak bergelar Adun Seputeh walaupun sekian lama tidak menghadiri sidang Dun.

Bagi mereka, alasan kesihatan yang diberikan Abu Hassan sudah memadai untuk menghalang keputusan Speaker Kedah tersebut.

Sekiranya Mahkamah menerima rayuan tersebut, ianya menjadi satu lagi titik gelita dalam istitusi kehakiman negara, setelah Mahkamah sebelum ini mencampuri beberapa urusan autonomi dalam Dun Perak.

Nizar V'8! Anwar Beri Jaminan Urusan Ambil Alih Hutang Talam Akan Dilakukan Secara Telus & Terbuka



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hari ini, parti itu akan memastikan sebarang pemindahan wang kerajaan negeri dalam urusan pengambilalihan hutang Talam Corp Bhd dengan anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor akan dilakukan secara telus.

Malah katanya, segala urusan berkaitan isu itu terbuka untuk penelitian awam.

Sehubungan dengan itu katanya, para pemimpin dalam PKR berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung perkara tersebut.

“Tuntas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa transaksi tersebut terbuka untuk penelitian awam,” kata Anwar dalam laman blognya hari ini.


Beliau menegaskan bahawa PKR telah membincangkan isu pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih hutang Talam Corp Bhd dengan anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta itu secara panjang lebar setelah ia dibangkitkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Salehuddin Hashim melalui edaran e-mail kepada semua wakil rakyat parti itu beberapa hari lalu.

“Keadilan sememangnya menghormati pandangan yang dibangkitkan oleh pimpinan yang menyentuh dasar mana-mana negeri, termasuklah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat(PR).

“Ini membuktikan iltizam kami untuk terus berpegang serta melaksanakan prinsip-prinsip asas demokrasi dan tadbir urus yang baik,” kata Anwar dalam tampalan pada laman blognya hari ini.



Menurut beliau, e-mail setiausaha agung PKR itu sebenarnya hanyalah untuk edaran dalaman sahaja dan ia merupakan pandangan peribadi bertujuan mendapat penjelasan daripada Khalid berhubung isu tersebut.

“Perlu ditegaskan di sini setiausaha agung PKR tidak menuduh wujudnya penyelewengan oleh menteri besar dan Kerajaan Negeri Selangor berhubung perkara ini,” katanya lagi.

Nizar V'8! Sidang DUN Pahang kesoh isu lawatan PBT



Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini kecoh apabila isu lawatan kerja ahli majlis dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke Vietnam dipersoalkan pihak pembangkang.

Kekecohan itu berlaku selepas Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) mempersoalkan lawatan ke negara berkenaan yang disifatkan lebih mundur daripada Malaysia.

Beliau berkata, PBT sepatutnya melakukan lawatan ke negara maju seperti Singapura untuk mempelajari kejayaan mereka.



Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang bangun mencelah berkata lawatan tersebut bukan hanya sekadar melihat kejayaan sesebuah negara namun turut bertujuan melihat kelemahan yang ada.

"Ini supaya kita menginsafi diri dan mencari kekuatan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk Lau Lee (BN-Damak) berkata lawatan itu memberi kesan positif khususnya dalam mengetahui amalan Dasar Terbuka yang dipraktikkan negara tersebut untuk menarik pelaburan asing.



Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Datuk Hoh Khai Mun, menjawab soalan Datuk Dr Ng Keong Chye (BN-Ketari) mengenai negara dan kos perbelanjaan bagi setiap lawatan yang diadakan PBT dari 2006 hingga 2009.

Katanya, kebanyakan PBT melawat negara Asia termasuk China, Indonesia dan Vietnam dengan keseluruhan kos RM838,344.

Beliau berkata, PBT terbabit mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri Pahang untuk setiap lawatan ke luar negara. - Bernama

Nizar V'8! Mew Choo kejutkan No. 1 dunia




WONG Mew Choo berjaya melakukan kejutan selepas berjaya mengalahkan pemain No. 1 dunia, Wang Yihan untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China, semalam.




Wong Mew Choo mendapat tonik terbaik menjelang Sukan SEA bulan depan apabila melakar kejutan terbesar ke atas pemain No. 1 dunia, Wang Yihan untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China semalam.

Cabaran Malaysia pada suku akhir hari ini turut diteruskan dua pasangan utamanya, beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

Walaupun peluang Mew Choo untuk merampas kembali kejuaraan yang dimenangi pada 2007 tetap sukar kerana dijangka berdepan pemain China sepanjang laluan ke final, namun kemenangan ke atas Yihan, juara Seluruh England 2009 hadir tepat pada masanya, ketika Temasya Laos tinggal kurang sebulan lagi.

Malah, dia juga dilihat memiliki kelebihan psikologi ke atas para pencabar utamanya di Laos nanti seperti Maria Kristin dari Indonesia dan Salakjit Ponsana (Thailand), yang masing-masing gagal menembusi pemain China.

Pada ketika Mew Choo hanya memerlukan 36 minit untuk menyingkirkan Yihan 21-18, 21-17, Maria pula kalah mudah 13-21, 13-21 di tangan pemain bukan pilihan dari China, Wang Shixian.

Shixian kini bakal menjadi pencabar Mew Choo di suku akhir, iaitu pertemuan pertama kedua-dua pemain. Jika Mew Choo menang, dia perlu berdepan dua lagi pemain China, antara pilihan keenam, Jiang Yanjiao atau Shi Xiaoqian.



"Kemenangan ini hadir tepat pada masanya kerana ia boleh meningkatkan keyakinan Mew Choo menjelang Sukan SEA bulan depan, apatah lagi Mew Choo sering tidak konsisten kerana kecederaan. Bagaimanapun saya rasa peluang untuk dia mengulangi pencapaian muncul juara pada 2007 masih tidak mudah. Ada ramai lagi pemain China menanti sepanjang jalan, mereka memiliki ramai pemain yang sama taraf dan sebaik Yihan.

"Apa pun saya tetap percaya, kemenangan ini mampu memberi kelebihan psikologi kepada Mew Choo ke atas pencabar yang bakal ditemui di Laos nanti, apatah lagi pencabar utamanya seperti Maria Kristin dan Salakjit Ponsana masing-masing kalah kepada pemain China,'' kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.

Nizar V'8! Ong Pertahan Perubahan, Chua Kembali Ketuai Johor



Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mempertahankan keputusannya merombak Majlis President, dengan menyatakan bahawa beliau memerlukan pasukan yang menyokong penih pelan perpaduan lebih menyeluruh (GUP) untuk memulihkan semula parti menjelang pilihan raya umum.

"Kita tidak mampu untuk mempunyai pemimpin yang menentang GUP - lebih-lebih lagi, mereka yang menentang pelan yang mendapat restu daripada Perdana Menteri -- berada dalam Majlis Presiden MCA," katanya dalam blognya Khamis.

Krisis berterusan dalam parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional itu menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini beliau akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin terbabit berikutan keadaan yang semakin buruk.




Dalam blognya, Ong memberitahu timbalan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kembali sebagai ketua perhubungan MCA Johor, jawatan yang dilepaskannya awal tahun lepas setelah skandal video seksnya tersebar.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA Johor yang baru," kata Ong yang mengambil alih jawatan itu selepas Chua.

Ong, bagaimanapun, tidak memberi bayangan sama ada beliau mengubah ketua parti di negeri lain.

Semalam, Ong menggantikan sembilan anggota Majlis Presiden yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, termasuk Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.



Tindakan itu diselar oleh Liow manakala reaksi Wee dan Chew yang menangis disiar di muka depan beberapa akhbar harian.

Ong berkata GUP yang disahkan Jawatankuasa Pusat (CC) parti semalam perlu dilaksana segera.

"Oleh itu, saya memerlukan satu pasukan yang 100 peratus di belakang usaha untuk mengembalikan perpaduan kepada MCA menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Untuk menjayakannya, saya perlu merombak beberapa jawatan dalam parti dan telah memasukkan pemimpin yang mempunyai pengalaman dan visi untuk menggerakkan GUP, yang mendapat dua pertiga sokongan daripada CC," katanya.

Beliau berkata adalah tidak benar sayap Pemuda dan Wanita dipinggir.



Wee dan Chew masih boleh duduk dalam Majlis Presiden sebagai anggota jemputan bagi menyuarakan pandangan mereka.



"Pada masa seperti ini, adalah penting untuk semua pemimpin parti mengenepikan perbezaan mereka demi perpaduan. MCA tidak mampu lagi untuk membazirkan masa bagi mendapatkan semula sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Inilah sebab kenapa saya boleh bekerja dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek walaupun kami mempunyai perbezaan sebelum ini," kata Ong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails