Geng Aku

Isnin, 16 November 2009

Nizar V'8! Pengerusi PR Tidak Semestinya Akan Jadi PM.

Cadangan melantik Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) wajar diberikan perhatian, kata penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Agus Yusof, semalam.



Menurutnya, biarpun cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berbentuk peribadi, tetapi cadangan itu boleh dibincangkan secara bersama dengan kepimpinan tertinggi PR. “Pandangan yang diutarakan Zaid tidak salah, apatah lagi bertujuan mengukuhkan lagi parti. Namun cadangan itu perlu diterima secara majoriti oleh pucuk kepimpinan PR dan juga ahli secara keseluruhan.

“Cara lantikan juga perlu mendapat pandangan dan persetujuan ramai pihak. Melalui mesyuarat bersama komponen PR, barulah lantikan secara demokrasi dapat dilaksanakan,” katanya kepada: Sinar Harian:, semalam.



Agus juga tidak menolak kemungkinan keperibadian Nik Aziz yang baik dan dihormati antara sebab cadangan Zaid meletakkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai Pengerusi PR. Ditanya kemungkinan cadangan itu boleh menimbulkan keretakan dalam pakatan pembangkang yang kini diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, Agus berkata, isu ini tidak akan timbul jika pemimpin tertinggi dalam PR sebulat suara memilihnya.



“Sekiranya Nik Aziz dipilih berdasarkan suara majoriti oleh kepimpinan tertinggi dalam pakatan, tidak akan timbul masalah perpecahan. Apatah lagi kini Anwar dibebani dengan pelbagai kesulitan termasuk kes perbicaraan liwat di mahkamah dan sebagainya yang menggugat kedudukan beliau,” katanya.

Menurutnya, meletakkan sesiapa sahaja sebagai ketua atau pengerusi PR tidak menjamin beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya PR memerintah negara ini. “Banyak kriteria lain yang dinilai melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri, dan ini tidak semestinya Nik Aziz dilantik menjadi ketua dalam pakatan, beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Nizar V'8! Kes Linggam Ditutup'BN Oh BN'.



Ingat tak sebelum pilihanraya 2004, Pak Lah tangkap dan hadapkan 'perasuah' kononya untuk menutup persepsi rakyat yang regim hanya bertindak terhadap ikan bilis. Pak Lah memulakan kempen 'perang rasuah'nya dengan mengheret seorang bekas Menteri yang bernama Kasitah Gadam dan orang disebalik skandal kewangan terbesar negara pada ketika itu, Perwaja Eric Chia (tetapi hari ini skandal kewangan terbesar ialah PKFZ)



Aksi ini telah berjaya 'menambat' hati rakyat dengan memberikan kemenangan besar kepada Pak Lah dalam PRU 2004. Namun selepas itu semuanya kecewa bukan sahaja dua kes tersebut tidak ada penyelesaianya malah PM dan keluarganya sendiri terperap dalam ruang rasuah dan salah guna kuasa memunggah kekayaan yang lebih parah.

Akhirnya rakyat hampir menghumban Bn dalam PRU 2008.



Namun dosa yang menyembabkan Bn hampir terhumban bukan sahaja sumbangan Pak Lah.... ia juga sumbangan bekas Pm terdahulu seperti Mahathir....

Antaranya ialah kes Linggam yang dicipta zaman Mahathir.... Ia menggambarkan kekacauan dan korupnya institusi kehakiman negara....

Rakaman 'curi' yang menampilkan perbualan Linggam dengan beberapa orang penting dalam menyusun keputusan kehakiman penting tersebar.

Kini Pak Lah telah pergi dan kini hanya sibuk tanam orkid (sehingga tak pergi / ponteng persidangan parlimen). Namun Najib juga mengecewakan...kes Linggam ditutup !!

Kononya kerana Anwar yang mendedahkan video tersebut menyembunyikan saksi utama iaitu siapa perakamnya.....

Nah kini ini saksinya............



Jayanti secretary of Lingam: booked Lingam &Co NZ trip, arranged paymt, scheduled appointmts, etc. How Govt can deny

Pada peringkat awal saksi ini diselindungkan demi keselamatan. Namun kononya SPRM menutup kes in i kerana saksi utama iaitu perakam tidak tampil. Nah beberapa hari lalu saksi ini ditampilkan tetapi malangnya tiba - tiba regim menukar kenyataan kerana kononya Jayanti bukan saksi dicari......

Jayanti ialah setiausaha Linggam yang mengaku dia yang menempah dan menguruskan semua mengenai percutian Linggam dan hakim di New Zealand, dan dia ada banyak bukti lagi...........

Berkaitan dengan Linggam juga Majlis peguam yang mendesak ditubuhkan tribunal menyiasat Linggam dan Yusof Chin (hakim) kerana wujud gambar percutian bersama mereka telah dijatuhkan hukuman membayar RM70,000 kepada Linggam.

Nagara makin kacau....

Nizar V'8! MB N.Sembilan Perlu Tumpu Majukan Ekonomi Negeri

Agak pelik apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hassan membuat kenyataan media membidas Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana suka mengkritik pimpinan utama BN. Jarang sekali MB Negeri Sembilan ini mengeluarkan kenyataan menghentam pembangkang.
 



Namun AMK Negeri Sembilan tidak bersetuju dengan kenyataan MB Negeri Sembilan itu. Persoalannya, apakah kenyataan Dato’ Seri Mohamad Hassan tersebut sebagai suatu usaha ‘murni’ beliau untuk menjaga dan melindungi kedudukan politiknya yang dikira ‘terancam’ sejak Pilihanraya Kecil Bagan Pinang lalu? Kemenangan Tan Sri Isa Samad pada pilihanraya kecil tersebut dikatakan telah kembali mengoncang kedudukan politik beliau di Negeri Sembilan. Sudah kedengaran desus-desus kedudukan MB negeri ini akan bertukar!?

Kenyataan Mohamad Hassan itu telah cuba mengalih perhatian rakyat terhadap ‘kegoncangan’ politik Umno-BN Negeri Sembilan. Ia seolah-olah kepimpinan beliau tidak diganggu gugat dan stabil. Dalam tempoh beliau menjawat jawatan Menteri Besar, tidak banyak kepesatan ekonomi yang berlaku dalam negeri ini. Rakyat Negeri Sembilan juga tidak lupa apabila ramai pelabur-pelabur asing tidak lagi meneruskan pelaburan dalam negeri sehingga banyak kilang di kawasan perindustrian Senawang dan Nilai ditutup. Hasilnya ramai rakyat dalam negeri ini diberhentikan kerja atau kehilangan pekerjaan.
 

Walaupun terdapat perubahan landskap khusus di sekitar Seremban (wujudnya lingkaran lebuhraya Seremban) tetapi rakyat masih tidak mendapat manfaat ekonomi yang pesat. 
Kedudukan Negeri Sembilan yang berhampiran dengan KLIA dan Lembah Kelang sepatutnya mewujudkan kerancakan ekonomi tetapi negeri ini tidak mengalami krancakan dan kepesatan tersebut. Malah negeri Melaka dilihat lebih maju terkedepan dari Negeri Sembilan dengan keyakinan pelabur-pelabur melibatkan pelaburan mereka di situ. 
 
Ini yang harus ditangani oleh MB Negeri Sembilan dan perlu membuktikan 52 tahun BN memerintah Negeri Sembilan sepatutnya negeri ini telah maju ekonominya dan bukan sekadar berpuashati dengan tahap sedia ada. Buktinya ramai rakyat negeri ini bekerja di sekitar Lembah Kelang walaupun menetap di Seremban kerana tidak ada kerancakan ekonomi yang menyakinkan.
 

 
Peranan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang bukan sekadar mengkritik dan menghentam pimpinan kerajaan BN membuta tuli. Kepentingan ‘check & balance’ sebagai memastikan kelancaran dasar-dasar ekonomi dijalankan dengan baik dan cekap oleh kerajaan memerintah. Segala ketirisan, ketidakseimbangan dan kelemahan perlaksanaan dasar-dasar perlu dipantau,ditegur dan diperbaiki. Maka, inilah peranan pembangkang khususnya Ketua pembangkang mengetengahkan kepada pemerintah dan ketahui umum.

Pihak Pakatan Rakyat Negeri Sembilan melalui ADUN-ADUN PR juga berkeupayaan membantu, menyampaikan idea-idea memulihkan ekonomi negeri ini dan sedia membantu kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat. Idealisma mewujudkan kecekapan pemerintahan dan kemakmuran rakyat tanpa mengira fahaman politik adalah tujuan penting yang ingin disampaikan kepada pemerintah negeri. Jika ini dianggap suatu bentuk permainan politik oleh kerajaan negeri khususnya Mohamad Hassan, keupayaan menjana ekonomi Negeri Sembilan tidak akan berganjak ke arah yang lebih cekap dan produktif.

Nizar V'8! BN Terdesak Lalu Buat Konspirasi Jahat.,



Pengarah Politeknik Seberang Perai, Norazahan Othman telah ditukar ke Jeli, Kelantan dipercayai akibat tindakan beliau membenarkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di situ pada 3 Oktober lalu.

Hari ini, pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai yang terletak di Jalan Permatang Pauh didakwa telah mengadakan jamuan perpisahan terhadap beliau.

Beliau dijangka akan berpindah ke negeri asal dalam masa terdekat.

Pertukaran itu juga didakwa dilakukan dengan tergesa-gesa berkemungkinan atas desakan pihak yang tidak senang dengan sikapnya yang dilihat 'pro-pakatan'.




Pada 3 Ogos lalu, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengadakan Majlis jamuan Aidil Fitri dan turut di hadiri oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas.

Satu sumber mendakwa, sebuah parti politik pembangkang Pulau Pinang tidak dibenarkan menggunakan dewan Politeknik tersebut kerana tidak menjelaskan bayaran tunggakan sewaan program yang pernah dibuat.

Tindakan Norazahan yang membenarkan kerajaan negeri menggunakan dewan politeknik itu pula mungkin dilihat bahawa beliau pro pakatan.

Kerana bertindak atas sikap profesionalnya, ada pihak didakwa telah tidak senang dan telah berusaha menukar beliau.

Sehati Berdansa-Giliran Mirna Tersingkir.




Jaguh sukan hoki, Mirnawan Nawawi, 38, dan isterinya, Noorah Binti Mokhsin, 30, terpaksa akur dengan keputusan pengundi dan juri pada minggu ini apabila mereka meletakkan pasangan itu di tangga tercorot dan sekali gus menjadi pasangan ketiga tersingkir di pentas Sehati Berdansa 3 (SB3).

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari melalui Malam Debaran Sehati Berdansa (SB3) yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, malam tadi nyata menjadi jangkaan semua pihak mengikuti jejak Anita Baharom dan Zainul pada minggu lepas.

Bagaimanapun Mirnawan dan Norah berjaya mengumpul RM4,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya, Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan. Cek disampaikan kepada wakil dari pertubuhan tersebut.

Selain Joseph Gonzales sebagai juri tetap, Lavinie dan Jaaffar Onn diundang menjadi juri jemputan pada minggu persembahan bertemakan Malam Muda Mudi yang bersiaran pada Malam Sehati Berdansa, Sabtu lalu. Ia dikendalikan oleh Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad.

Seramai 6 peserta bakal meneruskan saingan di minggu depan iaitu Sazzy Falak & Nazril Idrus; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Dira & Ash; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana serta Didie Alias & Isham Ismail.

Nizar V'8! Benar Kah Mantan Timbalan Menteri Dari Johor Disiasat SPRM??


Wah.... nampaknya SPRM semakin serius membanteras rasuah sekarang. Walaupun beberapa bulan lepas SPRM 'merajuk' sekejap berhubung penyiasatan kes rasuah di kalangan orang-orang politik.

Tapi nampaknya sekarang SPRM kembali ke gelanggang . Sekali dia melangkah masuk, tak akan dia undur ke belakang lagi. Habis disapunya,tanpa mengira siapa atau parti politik mana. Syabas SPRM !

Dua minggu lepas kita dikejutkan dengan pendakwaan besar-besaran oleh SPRM terhadap beberapa orang politik berhubung penyalahgunaan wang peruntukan wakil rakyat. Khabar yang sampai ke telinga saya menyatakan ramai lagi yang akan didakwa. Wallahualam...




Satu lagi berita yang sampai kepada saya , mengatakan seorang bekas Timbalan Menteri (wanita) dari selatan tanahair juga sedang disiasat SPRM sekarang. Juga dalam kes yang sama. Saya ulang balik, disiasat bukannya didakwa. Bab ini kena berhati-hati sikit.

Sewaktu Ahli Parlimen Sabak Bernam didakwa di Mahkamah Shah Alam baru-baru ini,kelihatan bekas Timbalan Menteri berkenaan yang juga Ahli Parlimen sekarang, turut hadir memberi sokongan kepada rakannya itu.

Setakat ini saya belum dapat mengesahkan lagi berita ini. Sebab itu saya tidak berani sebut nama. Hanya SPRM yang boleh mengesahkannya. Tetapi siapalah saya ini untuk mendapatkan pengesahan dari SPRM. Sama sekali tidak layak,kerana saya hanya blogger jalanan sahaja.

Nizar V'8! Adun Kota Siputeh Naik Mamai Dgn Bangkai Burung.



umno mula bermain kembali di kedah, ia untuk menyelamatkan kedudukan mereka akibat sikap malas adun mereka untuk hadir, sikap malasni tidak wajar ada pada adun tersebut, anda dipilih rakyat kemudian anda lalai dengan tugas anda, adun sial seperti ini jangan sekali lagi kita pilih, akibatnya banyak kerja untuk kita tidak terlaksana.



Nah, akibat sikap malas beliau adun tersebut hampir hilang jawatan dan kelayakan, nasib baik mahkamah adalah kroninya, silap silap melepaslah jawatan adun dan menysuahkan umno.




Apa yang menariknya akibat kemalasan beliau hadir sidang adun itu keluarga dan dirinya jadi sasau, terjumpa burung merpati mati dan tiada kepala pula itu terus kecut perut dan telok, sejuk tulang kononnya ada orang ugut ada kaitanla tu katanya Abu Hasan temui bangkai merpati tanpa kepala Beliau menyifatkan kehadiran bangkai itu sebagai simbolik ugutan daripada pihak tertentu berpunca daripada kemelut kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang kini hangat diperkatakan.


Ambik kau.

Nizar V'8! SALINAN BUKTI SAHAM AZMIN..

KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

KLIK UNTK PAPARAN LEBIH JELAS

1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya. 

2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.
 

3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).


4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan! 

5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti 'lakonan' AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya.....

sumber dari x-pkr

Nizar V'8! Tahniah..!! Pakatan Rakyat Sudah Didaftarkan-Chegubard

Pertama sekali tahniah buat Datuk Zaid Ibrahim yang mengetuai seketeriat mendaftarkan PAKATAN (Pakatan Rakyat). Usaha menghantar pendaftaran tersebut telah selesai dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan secara sah.


Ini merupakan peristiwa bersejarah. Telah wujud gabungan yang telah di uji sekurang kurangnya 3 pilihanraya umum dan beberapa siri pilihanraya kecil. Kini kali pertama dalam sejarah wujudnya gabungan rasmi menentang gabungan Bn yang diwariskan oleh penjajah untuk meneruskan agenda kolonial mereka.



Kepada Datuk Zaid Ibrahim tahniah kerana usaha gerak kerja yang cukup fokus. Bukan mudah melakukan pendaftaran ini dari aspek teknikal memenuhi kehendak pendaftaran hinggalah menggabungkan manisfesto untuk dipersetujui bersama.


DAP, PAS mahupun KEADILAN memang banyak bezanya tetapi persamaan yang kuat ingin membina negara yang adil telah menjadi ikatan yang tidak ternilai.

Kini bola di kaki penguasa regim ini. Mereka pernah mencabar untuk PAKATAN didaftarakan kini ia sudah direalisasikan. Adakah mereka cukup berani untuk memberikan kelulusan....

Semuanya akan dituntaskan dalam konvensyen PAKATAN dalam bulan Disember akan datang. Kepada semua pemimpin PAKATAN hargailah kelahiran gerakan rakyat ini. Ia satu sejarah yang amat besar jangan kita tenggelamkan sejarah besar ini dengan persengketaan 'sengal' yang tidak perlu.



Ingatan juga kita perlu bekerja keras.... bagi yang mendapat sedikit tempat ingatlah.... rakyat yang memilih kita rakyat juga berkuasa menjatuhkan kita...maka kembalilah dan lakukan perkhidmatan yang terbaik...InsyaAllah akan berjaya.

Sumber Blog Chegubard

Nizar V'8! Menantu Nik Aziz nafi atur konspirasi guling Hadi

Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, menantu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menjadi tumpuan kontroversi pengurusan Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK), menafikan yang beliau pernah mengatur konspirasi untuk menggulingkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


“Tak betul, sila nafikan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika diminta mengulas pandangan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang awal minggu lalu dipecat dari jawatannya sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Ariffahmi berkata: “Dia nak lagakan ana dengan ayahanda (Nik Aziz) dan Ustaz Hadi. Lagi dia (Syed Azidi) mengamuk, orang akan lihat dia lagi buruk.”



Syed Azidi [gambar] yang dikenali sebagai blogger Kickdefella mendakwa perancangan untuk menjatuhkan Hadi yang juga ahli parlimen Marang telah bermula sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi dibuat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini,” kata Syed Azidi.


“Naib presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum ke-12.

“Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Ariffahmi di Hotel Perdana,” katanya.

Salahuddin juga merupakan ahli parlimen Kubang Kerian dan dipilih sebagai naib presiden PAS Jun lalu.

Syed Azidi memberitahu, Ariffahmi mendakwa bahawa Nik Aziz mahu Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya Datuk Husam Musa sebagai Presiden PAS.

“Ariffahmi mengarahkan supaya Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda menggunakan jentera Pemuda PAS menggulingkan Ustaz Hadi. Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.


“Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik Husam tetapi juga berupaya memporakperandakan PAS,” katanya.

Dalam tulisannya ini, Syed Azidi juga mendakwa bahawa Ariffahmi pernah menjadi ahli Umno Cawangan Chakung yang terletak dalam bahagian Dewan Undangan Negeri Temangan, Machang.

Beliau hanya merupakan ahli biasa cawangan tersebut ketika itu, tulis beliau dalam blognya.
Bagaimanapun pandangan itu turut dinafikan oleh Ariffahmi yang menegaskan, beliau hanya merupakan ahli seumur hidup PAS.

“Ada orang yang daftarkan nama ana dalam keadaan ana tak tahu... lama dah. Ana tak pernah tengok borang dan menandatangani borang tu. Ana ahli PAS seumur hidup,” katanya lagi.


“No ahli ialah 427681, daftar sekali gus ahli seumur hidup di kawasan Machang,” kata Ariffahmi sambil menambah, ia didaftarkan pada 25 Februari 1997.

Ariffahmi kini merupakan Timbalan Ketua Pemuda Machang selain ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan ahli jawatankuasa Lajnah Ekonomi Pemuda PAS pusat.

Nizar V'8! PAS Perak Konsisten Pertahankan Hak Rakyat


PAS Perak, sentiasa memandang serius akan kemelut politik terkini di Perak. PAS Perak, berpendapat betapa konflik politik yang berterusan di Perak ini merupakan satu lagi ulangan sejarah hitam dalam demokrasi negara bilamana sebuah kerajaan sah yang diangkat melalui proses Pilihan Raya Umum Ke-12 akhirnya dijatuhkan secara tidak bermaruah dan ala “ gangster ” oleh kerakusa pimpinan UMNO / BN yang ternyata tidak dapat menerima hakikat akan penolakan rakyat serta kekalahan mereka dalam mana-mana Pilihan Raya di negara ini.




PAS Perak menempelak kepimpinan UMNO/BN supaya kembali melihat pengalaman sejarah politik tanahair yang lepas, yang satu ketika dahulu pernah membawa rakyat Malaysia, menyaksikan jatuhnya beberapa kerajaan negeri yang dipilih secara sah seperti Terengganu [1961], Kelantan [1978] dan Sabah [1994] gara-gara ketamakan kuasa Perikatan yang kini juga dikenali sebagai Barisan Nasional.



Hasil dari rampasan kuasa oleh pimpinan UMNO/BN di Perak ini, PAS Perak bependirian bahawa Barisan Nasional sememangnya sangat pakar darihal menggunakan strategi suapan kebendaan, pujuk rayu dan andainya itu semua tidak berjaya maka pimpinan UMNO/BN tanpa segan silu akan menggunakan pula strategi ugut dan ancam bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

PAS Perak, menyedari akan lakonan politik yang diwatakkan oleh pimpinan UMNO/BN yang bilamana mereka berjaya mengekalkan kuasanya dalam mana-mana pilihanraya mereka akan sering berlagak sebagai sebuah kerajaan yang baik dan meminta parti yang kalah untuk bersatu hati kononnya bagi membangunkan negara juga negeri, akan tetapi watak pimpinan UMNO/BN akan drastik berubah bilamana ia tewas dalam pilihanraya.




BN akan lupa akan nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru hara serta kekacauan sehinggalah mereka menemukan apa yang mereka dambakan sepertimana yang berlaku dalam krisis perlembagaan terkini di Perak.

PAS Perak, berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru hara dan porak peranda dalam politik negara setelah secara rakus selama lebih 50 tahun memporak perandakan ekonomi dan kekayaan negara.




PAS Perak, juga ingin menegaskan bahawa PAS bersama Parti Komponen Pakatan Rakyat tidak pernah kemaruk kuasa. PAS selama lebih 50 tahun berada di persada politik tanahair sangat konsistan untuk memelihara perpaduan bahkan kestabilan negara. PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya sudah melalui siri pengalaman kalah dan menang dalam PRU secara matang. Bahkan kita bersedia untuk melepaskan pemerintahan Pakatan.

Rakyat di Perak atau di mana-mana sahaja seandainya itu yang diinginkan oleh warga pengundi bagi mana-mana negeri kerana kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin dan rakyat yang dipimpin.

PAS Perak, sangat menyedari betapa telah berlaku satu ”rampasan kuasa” di negeri Perak dan mahu agar semua institusi perundangan serta keadilan dalam negara ini mengambil pendirian yang jelas berpaksikan kepada prinsip berani kerana benar.

PAS Perak juga mempersoalkan sikap beberapa pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata terhadap realiti sebenar permasalahan yang timbul di Perak sangat dipersoalkan. Tindakan SPR yang ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah ternyata menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu dan para pedagang yang bersuakakan kuasa.

PAS Perak beranggapan, satu perkara yang amat malang bagi pihak-pihak tertentu yang selama ini bercakap soal moral, penghormatan terhadap mandat rakyat, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang- Undang serta pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan judiciary tetapi akhirnya tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah membelakangi semua prinsip tersebut ketika mana membuat satu-satu keputusan yang sangat penting.

Bagi PAS Perak, sesungguhnya, perkembangan terbaru ini dipercayai akan menambah kemusnahan ke atas kepercayaan umum terhadap integriti semua pihak dan institusi yang terlibat dalam insiden ”rampasan kuasa” yang hakikatnya bukan menjadi budaya rakyat negara kita. Ketika ini kita seolah-olah disogokkan oleh pimpinan UMNO/BN dan konco-konconya dengan satu ajaran sesat dan budaya politik liar dalam subjek politik tanah air iaitu ”rampasan kuasa” dan tentunya ia bakal memberi implikasi yang sangat buruk juga ”signal” serta ”didikan yang sangat tidak baikkepada rakyat khususnya generasi muda.

PAS Perak inigin memberi amaran kepada kepimpinan UMNO/BN, sekiranya, insiden yang sama berlaku sekurang-kurangnya 15 tahun yang lepas iaitu di Sabah barangkali agak jauh untuk difahami dan diingati oleh kita khususnya generasi muda, maka apa yang dilakukan sekali lagi oleh BN dalam rampasan kuasa di Perak pada hari ini semestinya akan menjadi panduan yang sangat berharga dan bukti sejarah paling terkini untuk
rakyat Malaysia mengusung janji bagi menamatkan kuasa UMNO-BN di negara Malaysia ini pada PRU-13 yang akan datang.

PAS Perak, sangat bimbang terhadap segala kecelaruan yang berlaku di Perak dan PAS Perak sentiasa mendesak agar demokrasi di negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihan Raya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.




PAS Perak , menjunjung kasih ke bawah Duli As Sultan Perak sebagai idola rakyat yang mendambakan keadilan dan sebagai ikon kita rakyat Malaysia; PAS Perak merafak sembah, merendah hina agar institusi mulia ini meneliti kembali realiti sebenar kemahuan rakyat jelata. PAS Perak menegaskan bahawa semua itu akan nantinya terjawab secara jujur menerusi pemilihan di peti undi.

Akhirnya, PAS Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu yang dibawa oleh pimpinan UMNO/BN dalam menghadapi krisis ini. Kita akan hadapinya dengan penuh kewarasan dan sunggu benarlah Jihad Yang paling Besar Adalah Berkata Benar Di Hadapan Pemimpin Yang Dzalim.

” ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan

Nizar V'8! Presiden PAS Disenarai Sebagai Penganas Oleh Israel.



Nama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diseraikan dan disiarkan oleh TV Israel sebagai penggans oleh Negara Haram Israel.





Beliau dihalang dari memasuki Negara tersebut.


Nizar V'8! Serangan UMNO Memakan Diri Sendiri



Jika dilihat senario berlaku mutakhir ini, UMNO sedang melancarkan serangan demi serangan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Bermula dengan beberapa isu yang agak sedikit mencalarkan imej Pakatan Rakyat Selangor sehinggalah serangan terhadap peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.

Tindakan UMNO ini dilihat sebagai salah satu cara "misdirection" bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa isu yang boleh memberi kesan negatif terhadap UBN itu sendiri. 



Kes kematian misteri Teoh Beng Hock yang diklasfikasikan 80% sebagai kes bunuh sebenarnya memberikan satu tamparan hebat kepada SPRM dana juga UBN sendiri. Lebih menyakitkan bila salah seorang saksi (pegawai SPRM) dalam kes Inkues Teoh memberitahu Mahkamah Koroner bahawa SPRM menerima "direct order" dari Putrjaya untuk menyiasat anggota Exco Selangor dan Setpolnya. Setelah Altantuya mati dibunuh dengan kejam, Teoh Beng Hock juga turut menjadi mangsa kerakusan pemimpin politik atasan UBN.

Terkini beberapa isu dan serangan dibuat bertalu-talu terhadap PR dan pimpinannya. Antaranya ; 





1- Isu Bai'ah Talak Tiga - Isu ini sebenarnya tak timbul jika MP Shah Alam tak gatal mulut buka cerita. Kadang-kadang hairan melihat perangai seorang dua pimpinan PAS ini. Apa dah takde kerja lain yang lebih berfaedah ke untuk dibuat ? Yang pergi dedahkan isu Bai'ah tu nak buat apa. Itu adalah rahsia parti. Inilah masalahnya jika ada setengah wakil rakyat PAS yang "gila glamour". Pasal nila setitik habis susu satu tong. Tak pasal-pasal SU Agong PAS terpaksa buat kerja lebih sikit nak jawab pasal Bai'ah ini. Khalid Samad dinasihatkan agar lebih cerdik sikit lain kali. Kalau iya pun nak cari populariti, gunalah kaedah yang lebih rasional. Takdak sapa yang nak dok respect kat hang bila buat lagu ni. Dalam PRU13 jangan lagi bagi si Khalid ni bertanding. 



2- Serangan terhadap Azmin Ali yang didakwa memiliki saham bernilai RM8 juta. Bukanlah satu perkara yang menghairankan kita bila tuduhan-tuduhan sebegini ditujukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Sebagai rakyat kita perlu bijak membuat penilaian sendiri. 

Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan permainan jijik UMNO/BN ini. Memang kerja mereka sejak dulu lagi suka buat fitnah dan tuduhan tanpa bukti. Kita sendiri tengok macamana DSAI difitnah dan diaibkan dalam tahun 1998. Macam-macam tuduhan palsu dibuat terhadapnya. Akhirnya jelas semuanya fitnah. Yang paling menyakitkan hati kita semua bila Mahathir sendiri mengaku bahawa segala tuduhan liwat terhadap Anwar dulu tu hanyalah rekaan semata-mata bagi menjatuhkannya. Rakyat jangan lupa fakta ini dan jangan mudah terpedaya dengan "kerja Yahudi" yang diamalkan oleh UMNO ni. 



3- Serangan terhadap TGNA - Isu ini timbul bila ada seorang hamba Allah yang sudi membiayai TGNA ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji bersamanya. Apa salahnya. TGNA hanya mahu menunaikan hajat orang itu. Namun akhirnya TGNA terpaksa membatalkan hasratnya untuk pergi atas kemaslahatan. Seperti biasa UMNO akan jadikan isu tajaan ini sebagai modal untuk menyerang peribadi TGNA dan menantunya sendiri. Dalam konteks ini, saya melihat UMNO telah melakukan kesilapan besar melakukan serangan terhadap seorang Ulama' yang dikasihi dan dihormati oleh seluruh lapisan masyarakat. UMNO lupa bahawa rakyat Kelantan menyayangi Nik Aziz kerana beliau adalah Tok Guru mereka semua, bukan kerana beliau seorang MB. Seluruh rakyat Kelantan malah rakyat negara ini bila bertemu dengan TGNA akan memanggil beliau dengan panggilan "Tok Guru". Saya sendiri menyapanya dengan panggilan itu sewaktu bertemu beliau di Mesjid Nabawi pada 24 Aril lalu. 

Percayalah, tindakan biadap UMNO ini akan memakan diri sendiri. Just wait and see.

Perlu disedari sebenarnya UMNO sedang dilanda "sindrom takut" bila mendapat tahu Anwar akan melakukan "serangan maut" terhadap Najib tetapi tak tahu bila. Ketakutan ini terserlah bila 3 orang "pecacai murahan UMNO" mengecam Anwar baru-baru ini. Mereka ialah Mohammad Hassan, Noh Omar dan ketua puteri UMNO, Rosnah Rashid Shirin (ramai orang Sabah tahu pasal skandal seks dengan suami orang yang sekarang dah jadi suaminya). 




Seperkara lagi yang boleh menyebabkan UBN terkena "heart attack" bila Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar TGNA dilantik sebagai Ketua / Pengerusi Pakatan Rakyat yang baru. Jika ini menjadi kenyataan dan mendapat sokongan dari seluruh pimpinan tertinggi PR, maka peluang UBN untuk "mengganggu" keharmonian PR akan tertutup.

Adalah diharapkan seluruh pimpinan PAS dapat memainkan peranannya yang terbaik dalam PR agar diyakini oleh rakan dalam PR bahawa PAS yang terbaik. Dan memang itulah yang sepatutnya sebab PAS bawa Islam. Bila kita bawa perjuangan Islam, maka sewajibya kita dilihat sebagai yang terbaik. Jika TGNA boleh menterjemahkan Islam melalui peribadi dan pemerintahannya di Kelantan, mengapa pimpinan PAS yang lain tak buat ? 




Apa yang penting sekarang adalah diri kita sendiri selaku rakyat. Seluruh rakyat khususnya umat Islam perlu bijak dalam membuat pilihan dalam PRU13 kelak. Kita adalah umat terbaik. 


Sudah tersedia di depan mata kita 2 Rujukan Utama yaitu Al-Qur'an dan Hadis. Jadikanlah 2 sumber ini sebagai panduan hidup kita seluruhnya termasuk dalam soal pilih pemimpin. 

Jangan sekali-kali terpedaya dengan segala fitnah dan pembohongan UMNO selama ini. 

Sudah berpuluh tahun kita diperbodohkan mereka. Kehidupan kita bukan semakin selesa dalam negara ini malah semakin "sakit" dengan pelbagai tekanan hidup. Harga barang semakin hari semakin naik. Sesuai dengan nama BN (Barang Naik) yang memerintah. 

Pendapatan pula statik malah yang hilang perkerjaan semakin hari semakin ramai. Mereka yang berada di atas hidup dilimpahi kemewahan yang melampau hasil rasuah dan penyelwengan wang kita semua.

Enough is enough. It should be "Wind Of Change" in the next 13th General Election.

Jadilah Rakyat Yang Cerdik...

Nizar V'8! Amaran pada MP, ADUN PKR tidak berprestasi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada pemimpin dan wakil rakyat PKR yang berhasrat untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum akan datang supaya menunjukkan prestasi yang baik untuk membela rakyat.



Jika tidak, kata Anwar, mereka tidak berpeluang untuk dipilih semula untuk menjadi calon di kawasan yang akan ditandingi.

"Saya tekankan kepada ahli-ahli yang dipilih, kalau prestasinya baik, alhamdulillah. (Tapi) kalau belum baik, jangan harap dapat bertanding semula.

"Sementara ada waktu, baiki. Baik jawatan menteri besar atau exco kerajaan negeri tidak ada jaminan. Minggu lalu saya beri amaran cukup keras di Pulau Pinang. Jangan uji kesabaran saya," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu memberi ucapan di konvensyen PKR Selangor yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang di Selangor.

Beliau mengulas tindakan kontroversi ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang 'Mesra BN' hujung bulan lalu.

Anwar berkata Badrul memang mempunyai masalah dan pimpinan PKR yang lain juga cuba menyelesaikannya sebelum ADUN Pelabuhan Klang itu mengisytiharkan keluar daripada parti itu.



"Saya tengok dia lima minit, saya tahu dia memang ada masalah... tapi pada masa itu, kita ambil sikap prikemanusiaan....(Badrul ada) rekod lemah, kerja tak jalan, sidang DUN tak hadir, menteri besar (Khalid Ibrahim) turun kawasan (Pelabuhan Klang), dia tidak ada, saya pergi (dia) tidak ada.

"Sepatutnya kita perlu lebih tegas, kita bagi surat tunjuk sebab dua minggu dan pecat terus," katanya

Menurut Anwar, beliau mengakui "banyak bertanggungjawab" untuk meletakkan calon PKR di peringkat parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu.

"Tapi negeri (ADUN) saya tak tahu, saya serah pada negeri...tapi bila ada masalah, orang kata 'Itulah Anwar, kenapa pilih orang-orang yang dungu ini'," katanya

Sehubungan itu beliau mengingatkan badan perhubungan PKR negeri supaya memastikan calon dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang mempunyai kelayakan dan boleh berkhidmat kepada rakyat.

Nizar V'8! 1Malaysia, Kelantan terus dianak tiri



Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya indah khabar dari rupa apabila rakyat Kelantan terus dianak tirikan kerajaan pusat hanya kerana negeri itu ditadbir oleh PAS.

Contoh yang paling nyata adalah keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi.



Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, jika kerajaan benar-benar berhasrat mendahulukan rakyat, pembinaan tembatan banjir itu harus disegerakan memandangkan rakyat di kawasan itu sering berhadapan dengan bencana alam itu.

“Saya dimaklumkan peruntukan untuk tembatan Sungai Golok ini telah diluluskan sejak RMK ke-7 lagi. Tapi sampai sekarang tak buat, tak tahu ke mana peruntukan itu.”

“Tembatan banjir ini perkara yang perlu diambil tindakan serius kalau betul-betul kerajaan kata rakyat diutamakan.Saya sebagai ahli parlimen Rantau Panjang mintaklah beri keutamaan kepada pembinaan benteng banjir ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen baru-baru ini.




Menurut Zailah, penduduk Rantau Panjang terpaksa menghadapi risiko kerosakan dan kerugian harta benda setiap kali berlakunya banjir di kawasan itu pada musim tengkujuh.

Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.

Kedudukan Rantau Panjang yang bersebelahan dengan Thailand makin merumitkan keadaan kerana negara itu membina benteng yang tinggi di sepanjang sungai Golok. Ini menyebabkan air hujan mengalir ke sebelah Kelantan kerana kedudukannya yang rendah dan tiada benteng yang menghalang air.



“Ekonomi rakyat Thailand tidak lumpuh walaupun musim hujan. Sebaliknya ekonomi rakyat Rantau Panjang yang terjejas teruk. Rakyat terpaksa tutup kedai, rugi beribu-ribu, tanaman ditenggelami air, binatang ternakan hanyut,” katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Tegasnya, kerajaan harus mengambil tindakan yang dapat menyelesaikan masalah berkenaan untuk jangka masa panjang, bukan sekadar menghabiskan wang memberikan pampasan setiap kali berlakunya banjir.

“Kerajaan bagi pampasan 500 ringgit kepada setiap mangsa banjir.Berapa juta kerajaan terpaksa habiskan duit untuk bagi pampasan.Lebih baik kerajaan guna duit itu buat tembatan untuk jangka masa panjang,” tegasnya.

Apa yang lebih dikesalkan ujarnya, apabila kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam memberikan bantuan banjir kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hanya diberikan kepada penyokong-penyokong Umno BN sahaja.



Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pegawai JPP kepada beliau.

“Pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dedahkan kepada saya bagaimana ada seorang pegawai JPP yang memang orang umno kuatlah.Dia kata nama-nama yang diberikan ini, siapa orang BN akan diberikan surat tawaran untuk terima bantuan banjir.Yang bukan BN, dia tak akan bagi walaupun tenggelam air,” ujarnya.

Beliau turut mendesak agar JPP dimansuhkan di Kelantan kerana ternyata bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Masih berlaku diskriminasi dalam menyalurkan bantuan.sebab melalui JPP. JPP tak akan bagi keadilan kepada rakyat. Sebab itu saya tegaskan, jangan benarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan melalui JPP.Ini wang rakyat.bukan wang Umno.Mereka guna wang ini untuk kepentingan mereka sahaja,” katanya.

Minggu lalu seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kawasan sekitar.

Nizar V'8! SPRM 'peka' selamatkan PAS – Abdul Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sinis menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cepat melakukan siasatan melibatkan pemimpin PAS berbanding pemimpin Umno BN sebagai 'peka' terhadap PAS.



Menurutnya, tindakan SPRM yang cepat memberi respon untuk membuka kertas siasatan terhadap penajaan haji Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, seolah-olah mereka peka untuk menyelamatkan PAS berbanding BN.



“SPRM cukup peka untuk selamatkan PAS,” ujarnya kepada wartawan di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut melahirkan rasa kesal dengan sikap SPRM yang terlalu cepat melakukan siasatan apabila membabitkan pemimpin PAS.

Lebih mengecewakan katanya, SPRM juga dakwanya sering bertindak hanya hanya berdasarkan laporan media sahaja walaupun tiada aduan dilakukan.

Keadaan itu katanya berbeza apabila melibatkan pemimpin Umno dan BN di mana SPRM lewat bertindak seolah olah mahu mengelak dari membuat penyiasatan.

SPRM sehingga kini berdepan dengan tanggapan melakukan penyiasatan dan pendakwaan terpilih ekoran dilihat cepat bertindak terhadap apa-apa dakwaan salah guna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat berbanding pemimpin Umno BN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails