Geng Aku

Jumaat, 23 April 2010

Ayu OIAM Kembali Ke Industri Hiburan Semula.


Sebelum ini, industri muzik tempatan pernah heboh tentang cerita yang kononnya mengatakan bahawa juara One In A Million (OIAM) Musim Ke-2, Norayu Damit, 21 atau Ayu sudah pun berkahwin dengan jejaka yang bukan dalam aliran yang sama serta sudah pun hamil anak luar nikah.

Gosip ini semakin rancak diperkatakan apabila penyanyi kelahiran Sabah ini tidak pernah dilihat dalam mana-mana majlis atau acara yang berbentuk hiburan.

Selepas setahun lebih, akhirnya Ayu dengan berani jugak keluar dari persembunyiannya dan mengakui bahawa adalah isteri orang dan sudah pun mempunyai seorang anak lelaki.

Sungguhpun begitu, Ayu telah menafikan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkahwinan itu atas dasar dia sudah berbadan dua sebelum bernikah sebagaimana yang didakwa ramai pihak.


Sebaliknya, Ayu dalam pengakuannya menjelaskan bahawa kalau ikutkan kehendak hatinya, memang dia inghin berkongsi tentang perkembangan dirinya itu dengan semua orang tetapi pada waktu yang sama dia terpaksa akur dengan kehendak keluarga pihak suaminya yang mahu merahsiakan dulu tentang perkahwinannya itu.

Malah, dia juga memohon supaya pihak media serta masyarakat menghormati privacynya. Cukupkah hanya sekadar dirinya saja yang muncul di depan.

Dikesempatan itu juga, Ayu sempat memohon maaf kerana terpaksa merahsiakan hari bahagianya yang dibina pada tahun lalu dan diadakan secara tertutup di Kuala Kangsar, Perak.

Apapun, tahniah kepada Ayu kerana sudah pun mendirikan rumahtangga dengan Syed Fazi Syed Baharuddin, 23, yang juga adalah seorang pekerja perabot dan berstatus duda kepada 2 orang anak.

Hasil perkahwinannya dengan Syed Fauzi, Ayu yang kini sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Nashrul Haikal. Murai Batu hormat dengan keputusan Ayu .

Pun begitu, Ayu kena ingat, walaupun Ayu cuba sembunyikan wajah suami dan anaknya itu, satu hari nanti, foto mereka akan tersebar jua. Apatah lagi, sekarang ini masyarakat cukup menggilai Facebook.

Kit Siang: Zaid Dii Belakang, Perlu 85% Undi Cina.


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini berkata kaji selidik dalaman menunjukkan bahawa calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim masih ketinggalan di belakang Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Katanya, P Kamalanathan masih mendahului kerana sokongan pengundi Melayu dan India.

J
usteru, Zahid memerlukan sekurang-kurangnya 85 peratus undi masyarakat Cina jika ingin memenangi kerusi berkenaan.

Bercakap pada sidang media di Kuala Kubu Baharu, pagi ini, Lim berkata PKR berjaya mendapat 63 peratus undi Cina pada pilihan raya umum 2008.
“Saya menggesa bukan sahaja pekerja parti tetapi juga penyokong Pakatan bagi membantu mendapatkan undi itu," kata Lim.

Sasaran itu dikatakan sebagai antara yang tertinggi diletakkan oleh DAP selepas kejayaan menyakinkan lebih 80 peratus pengundi Cina di Bukit Gantang untuk menyokong calon PAS pada pilihan raya kecil April 2009 lalu.

Pertandingan dilaporkan semakin sengit dengan kehadiran berulang kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Lim juga merayu kepada 8,000 ahli MCA di Hulu Selangor untuk 'berkorban diri mereka untuk kebaikan bersama' sambil memetik pepatah Cina berdasarkan lapan perkara.

Memang Sudah Dijangkakan..


Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.

Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas.

Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. — Bernama

Siapa Bakal Miss Universe Malaysia 2010?


Selepas hampir 3 bulan pencarian, Miss Universe Malaysia kini sampai ke kemuncaknya dengan pengumuman 18 peserta akhir yang akan berentap bagi merebut mahkota kejuaraan tahun ini. 

Mereka bukan saja jelita serta pintar berbicara, malah inilah finalis yang telah melengkapi kriteria Hip, Urban, Real and Relevant sesuai dengan tema penganjuran Miss Universe Malaysia 2010, yang berteraskan idealisme pengarah pertandingan berkenaan, Andrea Fonseka.

 Andrea Fonseka [Miss Universe Malaysia 2004]

Bukan sekadar pengetahuan serta pengalaman Andrea yang juga pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2004 telah diaplikasi dalam menentukan pemilihan, malah 18 finalis ini telah dipilih oleh barisan juri profesional termasuk pelakon dan direktor popular Hans Isaac.

Tiga bandar utama telah mereka jelajahi iaitu Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi mencari wajah-wajah jelita Malaysia, sejak pencarian mula dibuka secara online menerusi laman web www.missuniversemalaysia.com.my awal tahun lalu.

Kini, hanya tinggal masa dan ketika, kejelitaan mereka akan diadili dan ditentukan pada acara akhir Miss Universe Malaysia 2010 yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan, pada 15 May ini.

Temui peserta paling muda Zoe Lee, 18, yang akan berentap dengan beberapa peserta senior seperti Vera Hui, 25, Chow Xiang Yee,26 dan Mourhrna Aneetha Reddy, 25 atau berhadapan dengan model berpengalaman Gail Marianne James,22.

Peringkat akhir pertandingan akan diadalili bekas Ratu Cantik Malaysia/Universe, Datin Josephine Fonseka, Maggie Loo, Dato' Yasmin Yusuff, Dato' Anna Lin, Nancie Foo, Elaine Daly, Hans Isaac dan juga Andrew Tan.


Gelaran Miss Universe Malaysia 2010 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000, tajaan selama setahun bersama Parkson selain berpeluang menjayakan kempen bersama pusat beli-belah berkenaan dan juga set hiasan bernilai RM30,000 daripada Elegance Club.

Juara juga akan menerima produk penjagaan rambut selama setahun dari L'Oreal Paris, perkhidmatan penggayaan rambut dari A Cut Above selama setahun, 5 tahun keahlian bersama True Fitness dan True Yoga serta tidak ketinggalan kontrak selama setahun bersama AndrewsModels.

Bagaimanapun pengiktirafan paling utama ialah mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2010, di mana segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya. Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan pertandingan akhir Miss Universe Malaysia 2010 boleh mendapatkan tiket di laman web www.missuniversemalaysia.com.my dan juga boleh menyaksikannya di saluran ntv7 untuk siaran pada Jun nanti.

Senarai 18 Peserta Akhir Miss Universe Malaysia 2010
1. Cassandra Santharaj, 23 (Perpustakawan)
2. Charlene Wong, 25 (Pelajar)
3. Chow Xiang Yee,26 (Juruaudit)
4. Dalvin Parsh, 23 (Pelajar)
5. Dhasha Subramaniam,23 (Graduan)
6. Felixia Yeap, 23 (Model)
7. Gail Marianne James,22 (Model)
8. Jasmine Olikh,25 (Graduan)
9. Joanne Choong,23 (Perancang kewangan)
10. Joey Hui,20 (Model & Pelajar)
11. Katherine Ng,25 (Penganalisis kewangan)
12. Mourhrna Anetha Reddy,25 (Model & Pelajar)
13. Nadine Ann Thomas, 23 (Penyelaras acara & bakat)
14. Sarah Yap,24 ( Pelajar)
15. Tiong Sue Lynn,24 (Penulis)
16. Tracy Tan,21 (Pelajar)
17. Vera Hui, 25 (Pramugari)
18. Zoe Lee, 18 (Pelajar)

Berita Gembira Buat Generasi Kedua Felda Sungai Buaya.


Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal mengumumkan berita gembira kepada warga peneroka khususnya generasi kedua Felda Sungai Buaya berhubung isu kediaman mereka.

Pengumuman itu dijangka dibuat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 24 April ini sempena Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua di Felda Sungai Tengi.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.


Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, hasil pertemuan dengan menteri besar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi respons positif dan akan mempercepat proses mengukur kawasan kediaman generasi kedua.

"Kita akan dengar Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) buat pengumuman menggembirakan tentang perumahan ini.

"Tidak syak lagi Selangor akan menjadi negeri pertama membuat perubahan ini,” katanya ketika ditemui di tapak himpunan tersebut semalam.

Isu kediaman generasi kedua Felda adalah antara isu besar yang sedang diperjuang peneroka sejak lama dahulu.

Dengan pengumuman yang akan dibuat itu katanya, nasib generasi kedua Felda akan lebih terbela dengan mempunyai kediaman sendiri.


"Kami dah jumpa menteri, menteri besar bersilih ganti, namun tiada perubahan.


"Namun sejak dua tahun Pakatan Rakyat perintah Selangor, kita lihat jauh lebih baik berbanding kerajaan BN," tambahnya lagi.

Bidang kuasa tanah pula, katanya adalah di bawah kerajaan negeri, dan kerajaan Selangor juga sedang mengkaji status tanah di Sungai Tengi Selatan supaya diambil semula dari Felda Plantation dan diberikan kepada peserta supaya peneroka mendapat 10 ekar tanah dan kediaman mereka.

Sehubungan itu jelasnya, Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor adalah permulaan untuk warga Felda menuntut perubahan.

"Kalau kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat, kenapa Umno BN tak boleh buat? Sebab itu kena undi Datuk Zaid Ibrahim.

"Kalau tak mula di Hulu Selangor, saya tidak nampak segala kejahatan dan kezaliman Umno/BN boleh ditamatkan," katanya.

Dalam pada itu Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua akan bermula 23 (esok) dan berakhir 24 April ini.

Pelbagai program dan acara disediakan antaranya sukaneka, persembahan pentas, acara padang dan gerai-gerai pameran.


Manakala pada hari terakhir pula, himpunan tersebut akan dirasmikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi negeri Selangor, sebelum pengumuman oleh Menteri Besar.

Pada malamnya pula, pemimpin Pakatan Rakyat akan menyampaikan pidato dan ceramah termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails