Geng Aku

Rabu, 11 November 2009

Nizar V'8! Ketua Pemuda PAS Shah Alam sah letak jawatan, nafi ditekan .

Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron menafikan beliau meletakkan semua jawatan yang disandangnya di peringkat negeri dan pusat ekoran krisis dalaman parti itu.

Sayuti berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana mahu menemani isterinya yang menerima tawaran pengajian di luar negara.


Beliau dilaporkan akan melepaskan jawatan-jawatannya selepas mengaku merakam pertemuan tertutup Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali dengan barisan Pemuda negeri yang sedang diteliti oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat.
Hasan juga sedang disiasat Jawatankuasa Disiplin.

Beliau melepaskan jawatan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Selangor, Ketua Lajnah Politik Pemuda PAS Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat.

Jawatan Ketua Pemuda PAS pula akan dipangku oleh timbalannya, kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.

“Ingin saya nyatakan, sehingga kini tiada apa pertanyaan atau sebarang tekanan diterima berhubung rakaman itu.




"Saya yakin Jawatankuasa Disiplin PAS pusat masih dalam siasatan berkenaan rakaman tersebut, dan akan menghubungi saya jika memerlukan maklumat lanjut berkenaan rakaman yang dimaksudkan,” katanya lagi.

Beliau turut menafikan laporan media yang mengatakan beliau kesal terhadap tindakannya melakukan rakaman dan penggunaan media untuk melaporkannya.

Rakaman tersebut tegas Sayuti, langsung tidak mempunyai elemen penyebaran maklumat kepada mana-mana media, sebaliknya hanya untuk perhatian pimpinan tertinggi PAS pusat.

“Rakaman dan serahan bahan tersebut kepada pimpinan PAS dibuat dengan penuh tanggungjawab dan beramanah untuk melihat PAS lebih berjaya dalam gabungan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, tanpa sesekali timbul rasa kesal,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails