Geng Aku

Jumaat, 18 Disember 2009

Bung Nafi Berkahwin Dgn Zizie Ezette?


Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya.

Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini semalam.

Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar telah bernikah minggu lalu
 
Bagaimanapun, isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat semalam.

Malah pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam tadi.

Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang semalam mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung.

Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.

"Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie.

Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang kelmarin dan semalam beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan.

"Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini," kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen.

Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta.

Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.

"Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty.

Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:

"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.

Skuad Bola Sepak Malaysia Menang..


Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam, 1-0 di peringkat akhir yang berlansung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.


Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA-25 itu.

'Kemenangan' itu dihadiahkan oleh hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura.

Pemain Vietnam, Mai Xuan Hop (kanan) menangis ketika pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan mereka. Kemenangan itu menjadi lebih manis selepas Malaysia ditewaskan oleh Vietnam 1-3 pada perlawanan peringkat kumpulan 6 Disember lalu.

Mai Xuan Hop (kanan) hanya mampu bersedih ketika pemain-pemain negara meraikan kemenangan 1-0 ke atas Laos. -Foto AP
 
Pada saingan suku akhir, pemain-pemain muda negara menundukkan juara bertahan Thailand, 2-1 di peringkat kumpulan untuk menempah tempat separuh akhir sebelum menewaskan Laos, 3-1 di hadapan 20,000 penyokong tuan rumah.

RM600,000 Dikirim Buat Rosmah Di Dubai-Tian


Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.




Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.


Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Pertemuan Media-KDN Panas, Isu Garis Panduan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merangka draf garis panduan yang lebih terperinci yang bakal mengetatkan lagi kawalan dalaman ke atas industri media cetak - tetapi kali ini mereka tidak berdiam diri.

Draf itu diumumkan oleh pegawai kanan KDN dalam satu pertemuan Isnin lalu dengan wakil-wakil media cetak di Kuala Lumpur.

Pertemuan itu, yang dijadual berlangsung sepanjang hari, ditamatkan separuh jalan, ekoran protes dan perdebatan hangat dengan wakil-wakil media terbabit.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah tiadanya wakil daripada Institut Akhbar Malaysia dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Para peserta juga menegaskan bahawa mereka tidak diberi sebarang notis awal mengenai perbincangan berhubung garis panduan tersebut.

Wakil kerajaan yang hadir termasuk Ketua Setiausaha KDN Datuk Mahmood Adam, timbalannya yang menjaga bahagian keselamatan, Ahmad Faud Abdul Aziz dan setiausaha bahagian kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Abu Hassan Dahaman.

Seorang peserta mendakwa garis panduan itu satu percubaan untuk memaksa media menerima peruntukan di dalamnya sebagai 'prinsip bersama' dan oleh itu, membebaskan kementerian daripada dipersalahkan dalam perkara itu.

Beberapa peserta juga merasakan sempadan sempit yang dinyatakan dalam draf tersebut boleh menjejaskan industri media negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails