Geng Aku

Selasa, 26 Jun 2012

Altantuya Di Paris

Manakala penyiasatan polis Perancis menunjukkan Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006, terdapat gambar-gambarnya yang diambil di Paris yang disiarkan beberapa tahun lepas, yang menunjukkan sebaliknya.

Laporan mengenai siasatan polis Perancis telah disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dalam artikel bertajuk 'French probe: Altantuya never entered France' (Siasatan Perancis: Altantuya tidak pernah masuk Perancis').

Laporan yang disiarkan semalam itu berdasarkan dokumen sulit siasatan yang dikemukakan kepada inkuiri kehakiman Perancis yang sedang menyiasat dakwaan pemberian sogokan dalam perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 antara firma Perancis, DCNS dan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, pada tahun 2007, satu siri foto diberikan kepada Asia Sentinel oleh Syed Abdul Rahman Al-Habshi - bekas konsul kehormat Mongolia di Malaysia - yang menunjukkan Altantuya "sedang makan angin ke Eropah".

Menurut portal berita yang berpejabat di Hong Kong itu, Syed Abdul Rahman ketika itu enggan menyatakan dari mana datangnya gambar tersebut.o

Ianya dipercayai telah ditemui bersama barangan milik Altantuya selepas dia dibunuh, demikian menurut laporan Asia Sentinel dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Who was Altantuya Shaariibuu?' ('Siapakah Altantuya Shaariibuu?') tulisan John Berthelsen pada 5 Disember tahun tersebut.

"Jika anda ke laman Asia Sentinel, anda akan melihat gambar-gambarnya berdiri di depan Louis Vuitton, Buddha Bar, Notre Dame Catheral dan lokasi-lokasi lain di Paris," kata Berthelsen kepada Malaysiakini.

Berthelsen, bekas wartawan Asia Wall Street Journal di Malaysia, juga berkata, keluarga Altantuya enggan mengulas lanjut mengenai gambar-gambar tersebut.

Bagaimanapun, pada bulan April tahun ini, bapa Altantuya - Setev Shaariibuu - memberitahu satu sidang akhbar yang dianjurkan oleh Suaram di Kuala Lumpur bahawa visa anak perempuannya itu ke Perancis, dikeluarkan di Kuala Lumpur di bawah nama itu "Amina Abdullah" dan anaknya itu sepatutnya memasuki Paris selepas terbang ke Jerman.


Tok jib & Kak mah Yang Tak Pernah Mengaku Duda & Janda.

KUALA LANGAT 23 Jun - Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasiin mengingatkan rakyat agar menolak Najib dan Rosmah kerana cuba mengajar masyarakat di negara ini mengamalkan nilai yang tidak baik.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, ajaran songsang Najib dan Rosmah ini jelas dilihat menerusi tiga sikap negatif mereka yang cuba diterapkan kepada rakyat iaitu menceraikan suami dan isteri pertama mereka, terus mengaku bujang dan dara, tidak pernah mengaku janda dan duda, tidak mengenang budi isteri dan suami pertama dan juga tidak pernah mengakui mereka memiliki anak dengan pasangan pertama.

"Ada tiga nilai yang tidak baik yang diajar Najib dan Rosmah kepada masyarakat kita.

Pertama, mencerikan isteri dan suami pertama untuk mencapai cita-cita politik.

"Keduanya, budi isteri dan suami pertama tidak mereka hargai, kerana apabila kita berbudi kepada suami atau isteri pertama, mereka tidak akan sakit hati kita, tetapi Najib dan Rosmah tidak pernah mengakui mereka telah pernah berkahwin jauh sekali untuk berbudi kepada bekas suami dan isteri mereka...ini nilai yang buruk.

Ketiganya, hutang tak perlu dibayar, ini pun nilai yang buruk, kalau hutang kita wajib bayar balik. Kalau kita meninggal dunia pun, roh kita akan tersiksa kalau hutang tidak dilunaskan..ini ajaran Islam, tapi pada Rosmah dan Najib mereka bukan sahaja merembat harta negara malah kenduri kahwin anak pun memakai duit negara. " kata Muhyiddin.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails