Geng Aku

Sabtu, 10 April 2010

Mulut Celupar Shahrizat Makan Diri.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didesak meminta maaf secara terbuka kepada warga emas di Pulau Pinang di atas kenyataan biadap beliau yang mengucapkan “takziah” kepada warga emas yang menerima wang penghargaan dari kerajaan negeri sebanyak RM100.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kata-kata yang dikeluarkan oleh Sharizat itu sebagai keterlaluan dan bersikap tidak angkuh kerana wang ehsan yang diberi itu adalah untuk meringankan beban ribuan warga emas di negeri itu selain usaha kerajaan negeri menghapuskan masalah kemiskinan tegar.


Jelas Guan Eng, wang penghargaan RM100 yang diberikan kepada semua warga emas yang berusia 60 ke atas bermula Mach lalu adalah  tambahan kepada wang bantuan untuk golongan miskin sebanyak RM300 sebulan yang diberikan kerajaan negeri.

“Ini adalah tambahan daripada insentif kerajaan negeri untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang dan menjamin setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 34 Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di KOMTAR pagi semalam.

Mengulas mengenai kenyataan dan tuduhan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang menyindir tindakan kerajaan memberikan wang penghargaan sebagai gimik, Guan Eng mempersoalkan mengapa perkara ini tidak dibuat oleh mereka.


Malahan lebih 50 tahun kerajaan Barisan Nasional mentadbir negeri ini tidak pernah sekali pun memberikan apa-apa penghargaan kepada golongan warga emas.

Sehubungan itu beliau mencabar kerajaan pusat dan pemimpin Barisan Nasional supaya melakukan perkara yang sama atau memberikan jumlah wang yang lebih kepada golongan miskin dan warga emas di negara ini.

“Tunjukan bahawa kerajaan pusat boleh buat lebih baik dalam perkara ini daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Buktikan kerajaan pusat boleh buat lebih baik daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dengan lebih wang lebih daripada RM100 yang kerajaan negeri beri kepada warga emas di negeri ini,” cabar Guan Eng.

Sementara itu dalam perkara berasingan, kerajaan negeri Pulau Pinang menyampaikan bantuan RM1.87 juta kepada 34 Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di negeri ini untuk menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur sekolah bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru.

Pulau Pinang Bantah Kenaikan Tol.


Langkah kerajaan pusat yang berhasrat untuk menaikkan kadar bayaran tol bagi lebuh raya yang terletak di kawasan bandar menerima bantahan daripada pelbagai pihak.

Mendahului bantahan keras terhadap isu ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata cadangan itu amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri.

"Kerajaan seharusnya menimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya dan melihat kepada kepentingan rakyat yang hidup dalam kesusahan," kata Guan Eng.


Menurut Guan Eng lagi, kerajaan negeri akan membantah sekeras-kerasnnya sikap segelintir syarikat yang mahu mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda dengan membebankan 1.5 juta penduduk Pulau Pinang dan 27 juta rakyat Malaysia.

Beliau mengulas mengenai spekulasi bahawa 10 lebuh raya dijangka akan dinaikkan kadar tol termasuk di Jambatan Pulang Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di mana syarikat konsesi terbabit meminta Kerajaan Pusat untuk mengkaji kadar harga tol baru.

Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu pihaknya mencadangkan beberapa langkah alternatif kepada makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam menangani isu kenaikan tol bagi lebuh raya yang terletak di kawasan bandar.

Antara yang dicadangkan pihaknya ialah memanjangkan tempoh konsesi bagi syarikat terlibat tanpa perlu membayar pampasan.

Namun kementerian berpandangan sekiranya lebuh raya terbabit hendak dinaikkan tol, perlu ada alternatif yang jelas.

Ini bagi memastikan kepentingan semua pihak seperti kerajaan, pemegang saham dan pengguna lebuh raya serta pembayar cukai terjaga.

Tarif Elektrik Dijangka Naik Pertengahan Tahun 2010.


  
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui tidak menolak kemungkinan tarif elektrik dinaikkan pertengahan tahun ini.

Ia berikutan terdapat desas-desus bahawa kenaikan tarif elektrik bakal dilaksanakan Jun ini.

"Ia bukan dilakukan dalam masa terdekat, tetapi tahun ini ada kemungkinan tarif elektrik naik," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Dalam mesyuarat kabinet Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk tidak meluluskan usul kenaikan tarif ekoran bantahan pelbagai pihak.


Namun menurut Peter pihaknya masih dalam perancangan untuk membuat semakan semula tarif tarif elektrik itu.

"Kami memang ada rancangan untuk membuat semakan tarif tersebut namun masih belum ada tarikh yang ditetapkan lagi," kata beliau.

Tambahnya lagi,proses semakan tarif perlu kerana mengambil kira faktor-faktor seperti kenaikan permintaan pengguna yang kian meningkat.

"Semakan tarif ini perlu ambil kira faktor seperti permintaan pengguna, kos dan lain-lain," jelas beliau.

Penjelasan beliau mengukuhkan lagi tiada kenaikan dalam masa terdekat, ekoran terdapat rungutan dilontar orang ramai atas kenaikan bil elektrik seperti dilaporkan dalam laman portal berita Harakahdaily.net.

Free Malaysia Today turut mendapatkan penjelasan sumber dalaman Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung hal berkenaan.

Sumber tersebut menjelaskan jika terdapat kenaikan dalam bil elektrik ia mungkin berlaku disebabkan cuaca panas yang melanda negara kini.

"Peningkatan penggunaan ini berlaku kerana melihatkan keadaan cuaca yang panas sekarang. Orang ramai menggunakan barang elektrik seperti penghawa dingin, kipas lebih

daripada penggunaan biasa. Itu yang menyebabkan kenaikan bil elektrik," kata sumber itu.

Malah menurutnya setakat ini tiada sebarang aduan diterima TNB membabitkan perkara berkenaan.

"Setakat ini kami belum menerima aduan mengenai hal ini. Jika ada pengguna menghadapi masalah boleh diajukan terus kepada TNB,"

Gambar Kahwin Nia Ramadhani Dan Ardi Bakrie.

Pelakon Indonesia yang disukai ramai Nia Ramadhani yang berlakon dalam Sinetron Bawang Puteh Bawang Merah, telah pun bernikah dengan anak orang terkaya indonesia Ardi Bakrie.

Majlis pernikahan itu dikhabarkan mencecah sehingga USD 10 Juta atau bersamaan dengan RM 32 Juta.

Yang lebih mengejutkan ramai pihak ialah cincin pernikahan mereka telah dimasukkan darah mereka sekali kat dalam batu berlian tu..Ad0i ai```pelik sungguh,,,


Cincin Berlian Yang Ada Darah Mereka Berdua



Gambar Perkawinan Kevin Zahri


Tahniah kepada Kevin Zahri yang telah melangsungkan majlis perkahwinan dia. Kalau nak tau si Kevin Zahri ni dulu x-bf kepada Intan Ladyana dan juga salah seorang tenaga pengajar di Akademi Fantasia Musim Ke-4. 

Apa-apa pun tahniah dan semoga berkekalan kepada mereka berdua.

Negeri Sembilan Waspada Ancaman Pemain-Pemain Muda Kedah.


Negeri Sembilan yang dilihat mempunyai ramuan lengkap untuk bergelar juara tetap berwaspada dengan barisan pemain muda pasukan Kedah pada aksi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan berkata beliau tidak menganggap Kedah sebagai sebuah pasukan yang muda.


"Mereka telah bersama-sama sebagai satu pasukan sejak enam tahun lepas termasuk memenangi Piala FA dua tahun berturut-turut (musim 2006/2007 dan 2007/08) ketika dibimbing jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah.

"Mungkin sebelum ini mereka masih terkial-kial untuk mencari rentak namun skuad Hijau Kuning itu nampaknya telah kembali mendapatnya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Stadium Nasional, petang Jumaat.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata kejayaan skuad Hijau Kuning itu menumpaskan Terengganu, yang sememangnya diketahui kuat, 4-1 secara agregat pada peringkat separuh akhir menunjukkan mereka merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang ringan.

"Jelas Kedah memang mantap dari segenap posisi walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama," katanya.



Mengenai persiapan Skuad rusa yang kali terakhir mengucup Piala FA pada 2003, Wan Jamak berkata semuanya berjalan lancar malah mendapat motivasi daripada Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan yang mengumumkan hadiah berjumlah RM200,000 jika menjulang piala edisi ke-21 itu.

"Apa yang penting 11 pemain dalam padang dapat bersatu hati, mempamerkan disiplin yang tinggi dan menyempurnakan semua peluang yang terhidang selain cepat menyesuaikan diri dengan keadaan padang sama ada basah atau sebaliknya pasti akan menang," katanya.

Selain pemain sayap, Shahurain Abu Samah yang digantung satu perlawanan Negeri Sembilan dijangka menurunkan barisan terkuatnya seperti Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Syukor Adan, Rezal Zambry Yahya, Idris Karim dan S. Kunalan.


Sementara itu jurulatih Kedah, Ahmad Yusof berkata walaupun turun pada perlawanan akhir buat pertama kali selaku jurulatih, ia tidak menjejaskan persiapan pasukan untuk merangkul Piala FA kali keempat sejak ia mula dipertandingkan pada 1990.


"Memang gementar dan terkejut kerana berjaya membawa Kedah ke perlawanan akhir pada musim pertama namun sebagai pemain saya telah banyak kali merasai aksi perlawanan akhir.

"Orang yang pandai tidak semestinya berjaya namun orang yang bersungguh-sungguh pasti berjaya," katanya yang tetap yakin skuad bimbingannya yang rata-rata dibarisi pemain-pemain bawah 23 tahun akan mencapai kemenangan.

Beliau tetap menghormati Negeri Sembilan yang mempunyai gabungan pemain-pemain lama dan baru yang jelas mempunyai pengalaman yang cukup tinggi.

"Namun kita ada strategi untuk menyekat mereka, malah perlawanan Liga Super sebelum ini turut memberi sedikit pengalaman dan pengajaran kepada kami," katanya.

Kedah akan turun tanpa penyerang sensasi mereka, Azlan Ismail yang masih menjalani penggantungan empat perlawanan selain kecederaan yang dialami Farizal Rozali.

Barisan kemungkinan:

Negeri Sembilan: Sani Anuar Kamsani, Aliff Shamsuddin, Mohd Shukor Adan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Ching Hong Aik, Idris Karim, Rezal Zambery Yahya, Muhd Shaffik Abdul Rahman, S. Kunalan, Muhd Arif Ismail, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kedah: Helmi Eliza Elias, V. Thirumurugan, Khairul Helmi Johari, Fazliata Talib, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Shahrulnizam Mustapa, Faizal Abu Bakar, Fadly Baharum, Baddrol Bakhtiar, Shafiq Jamal.

-- BERNAMA

PR Pilih Calon Wakili Rakyat, Bukan Lompat Parti - Azmin


Pakatan Rakyat akan memilih calon yang mampu mewakili parti dan bukan yang menang kemudian lompat parti, demikian tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata pakatan Rakyat akan mengumumkan calonnya pada 13 April ini di Pusat Komuniti Serendah di sini.

Katanya pakatan yang turut terdiri daripada PAS dan DAP telah membuat keputusan menyerahkan kepada PKR untuk menentukan calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Senarai calon terlalu panjang dan kita (pakatan) akan mendengar pandangan dari negeri dan akar umbi sebelum menentukan calon.

Kita akan pilih calon yang betul-betul boleh mewakili kita bukannya calon yang menang kemudiannya lompat (parti), kita mahu calon yang berpegang pada amanah yang diberikan rakyat," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya kecil Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini Jumaat malam.

Pilihan raya kecil itu diadakan pada 25 April ini berikutan kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac. Pencalonan diadakan pada 17 April.

-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails