ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan  jawatannya lewat petang ini, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis,  Datuk Yazid Mat.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Yazid  mengesahkan bahawa beliau menerima SMS dari Yip pada kirak-kira jam 7  malam ini.
Ekoran keputusan Yip itu, beliau berkata, kerusi  DUN Titi Tinggi tidak kosong "dan masih ada orangnya".
Menurut  Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan  menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.
"Katanya,  beliau lebih mementingkan parti dan penyokongnya di kawasannya dan di  negeri Perlis," kata Yazid.
Menjawab soalan, Yazid  menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas  kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.
Isnin lalu, Pada Yip, 52 menghantar surat peletakan jawatan  sebagai ADUN Titi Tinggi kerana kecewa tidak dilantik semula memegang  jawatan exco kerajaan negeri Perlis.
    
Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.
Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.
 

 


