Geng Aku

Ahad, 15 November 2009

Nizar V'8! Satim Enggan Minta Maaf'Pertahankan Kenyataan Yg Dibuatnya.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman tidak risau dengan kata dua Menteri Besar yang mahu merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan jika enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya, Selasa lalu.



Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi tempoh sehingga esok kepada Satim untuk menarik kenyataannya dan memohon maaf.

Sebaliknya Satim, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, mempertahankan segala kenyataan yang beliau buat ketika perbahasan di DUN.

“Mengapa (saya) perlu meminta maaf sebab saya tidak tuduh secara sembarangan. Kalau (Khalid) mahu menafikan apa yang saya cakap, nafikan.

“Saya bercakap dalam DUN sebagai wakil rakyat. Kalau beliau hendak mencadangkan (untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan), itu (tindakan) tidak sesuai, tidak patut,” kata beliau.


Bagaimanapun katanya, adalah hak Khalid jika mahu merujuknya kepada jawatankuasa itu.

“Saya tidak akan buat (menarik balik)... Saya pegang pada kenyataan yang saya buat,” kata beliau lagi sambil menambah, kenyataannya tempoh hari adalah berdasarkan maklumat disiarkan media.

“Beliau (Khalid) kena menghadapi cabaran berkenaan,” katanya.
Ketika sesi perbahasan Selasa lalu, Satim berkata, Khalid tidak layak untuk mengutip hutang Talam Corporation berjumlah RM392 juta  kerana beliau sendiri belum menyelesaikan pinjaman RM66 juta yang perlu dibayar kepada Bank Islam.



 Kes sivil membabitkan Khalid dan Bank Islam kini didengar di mahkamah.

Khalid memberitahu DUN bahawa Satim dari Umno-BN bukan sahaja telah mengelirukan Dewan, malah menghina beliau kerana gagal untuk memaklumkan bahawa beliau kini mengemukakan saman balas ke atas Bank Islam.

Justeru kata Khalid, beliau akan mengemukakan usul merujuk Satim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan jika gagal memenuhi dua tuntutannya itu.

Khalid menambah, Satim boleh mengemukakan permohonan maaf di DUN, tetapi lebih baik memohon maaf secara bertulis.



Kini lima Adun termasuk bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung daripada menghadiri DUN antara enam bulan dan setahun.

Nizar V'8! Rasuah & Penyelewengan BN Terengganu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Mohd AbdulWahid Endut mendedahkan, terdapat terdapat kebocoran, ketirisan, pengkhianatan, salah guna duit dan salah guna kuasa dalam kerajaan Umno dan Barisan Nasional daripada atas hingga ke bawah.



Menurutnya, antara yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara adalah kes curi minyak yang berlaku di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu.

”Tapi yang digambarkan dengan jelas lagi oleh Ketua Audit Negara, di negeri Terngganu (adalah) kes curi minyak, ”pejabat SUK ada nombor kereta sekian-sekian, pejabat JKR pun begitu di negeri Terengganu,”katanya ketika berucapa dalam majlis ceramah sempena sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kuala Nerus, di Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.

Katanya, ditulis dalam Laporan tersebut, kapasiti tangki minyak Proton Perdana boleh diisi penuh adalah 64 liter, tetapi ia diisi sehingga 102 liter.
 

 
”Kereta Proton Perdana, penuh tangki minyak 64 liter, tapi isi hingga 10 liter, harga sampai RM102.00 sekali isi,”
maknanya lepas isi penuh (kereta Perdana) dia isi (minyak) kereta lain pula, tapi kerajaan bayar pakai ‘indent’ yang sama,”jelasnya.
Beliau berkata, terdapat satu lagi kes curi duit kerajaan melalui ‘indent’ dikesan dalam laporan itu adalah dengan cara yang tidak munasabah, iaitu mengisi minyak RM200.00 dalam masa tiga minit sahaja.

”Ada satu lagi (di) pejabat SUK pukul 3.05 isi (minyak) RM150, nombor kereta yang sama (pada pukul) 3.06, seminit kemudian isi pula RM100,” (pada pukul)

3.07, seminit kemudian isi pula RM50, nye baham (dia curi) RM300 dalam masa 3 minit,”kata Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Katanya, itu dilaporkan Ketua Audit Negara yang berlaku di pejabat SUK, dipejabat-pejabat lain turut berlaku demikian.

Semakan yang dibuat Buletinonline perkara tersebut terdapat dibawah perkara 4.5 dibawah tajuk Penemuan Audit, pada mukasurat 51, Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Kerajaan/ Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008, sebagaimana jadual yang dipaparkan.

Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut adalah Naib Presiden PAS, Haji Salahudin Ayob dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, ustaz Abu Bakar Abdullah

dari Buletin Online

Nizar V'8! Tembok SUK Perak Runtuh''Zambry 0h Zambry''


Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam kelmarin (Jumaat) menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.
 



Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.

Bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan DUN Perak itu dirasmikan pada 2000.
 

Sementara itu Blogger Al Husseyn mengesahkan dalam blognya tembok bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memang runtuh dan menganggap mungkin membawa pertanda yang tidak baik bagi kerajaan Zambry.

Katanya lagi berita-berita perebutan kuasa sesama mereka mulai bertiup sepoi-sepoi bahasa.Bila menjadi ribut yang kencang nanti, terbongkarlah sauh, belayarlah Zambry bersama tongkang...

Nizar V'8! NZ Ke Piala Dunia.



Jaringan Rory Fallon sebelum berakhir separuh masa pertama dan aksi hebat penjaga gol, Mark Paston memastikan New Zealand mara ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan selepas menang 1-0 ke atas Bahrain, semalam.

Dalam perlawanan yang dilabel sebagai acara terbesar pernah diadakan di New Zealand itu, jaringan tunggal Fallon meleraikan segalanya selepas pertemuan pertama antara Asia-Oceania itu di Manama seri tanpa jaringan.



Peluang terbaik Bahrain untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua, bagaimanapun sepakan Sayed Adnan dinafikan Paston.

Seramai 35,100 memenuhi Stadium Westpac, rekod penonton terbanyak di negara yang terkenal dengan sukan ragbi, menyaksikan New Zealand mara ke Piala Dunia buat kali kedua, selepas melakukannya di Sepanyol 28 tahun lalu.


Jurulatih New Zealand, Ricki Herbert, bekas pemain yang beraksi dalam skuad Piala Dunia 1972 terlalu gembira.

"Kami sudah kembali. Kami akan ke sana. Afrika Selatan nantikan kehadiran kami. Kami telah melakukan latihan dan Pastie menunjukkan prestasi yang baik.

"Dia telah melakukan sesuatu yang besar buat kami. Kami fikir kami akan layak tanpa melepaskan sebarang gol. Kami fikir jika berjaya melakukannya dan kami akan layak," katanya selepas memberikan ciuman tahniah kepada Paston, sambil menambah pasukannya itu telah membuat persediaan jika berlaku penentuan penalti.

Paston yang memberitahu mungkin mengambil beberapa hari untuk meraikan kejayaan New Zealand, menjelaskan, sepakan penalti yang berjaya diselamatkannya menakjubkan.
"Saya hanya meneka ke mana arah bola tersebut dan ia ke dakapan saya dan bangun untuk meneruskan permainan," ujarnya.

Selepas mendominasi perlawanan pada pusingan pertama, yang mana mereka melepaskan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol, Bahrain memulakan perlawanan kedua dengan menyangkakan keputusan seri sudah cukup untuk mereka mara dan mereka menyerang sejak dari awal.

Rembatan deras penyerang, Jaycee John memerlukan Paston merebahkan badan, serta pantas menyambar bola.


Bagaimanapun, selepas mengharungi serangan awal, Ryan Nelsen mengetuai New Zealand untuk kembali dalam saingan.

Leo Bertos dan pemain Celtic, Chris Killen melakukan percubaan yang mengenai palang sebelum Fallon menanduk masuk sepakan sudut Bertos pada minit ke-44. - AFP

Nizar V'8! Layanan sama rata-Latheefa



Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya menafikan dakwaan ramai pemimpin tertinggi akan meninggalkan parti itu kerana dengan sikap pilih kasih penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 



“Soal pilih kasih tidak pernah wujud. PKR berlainan sama sekali dengan Barisan Nasional (BN) di mana parti tidak akan menyimpan pemimpin yang tidak mengikut resolusi dan isu pilih kasih yang dikaitkan tidak timbul sama sekali.

“Sekiranya kepimpinan parti gagal menjalankan tanggungjawab dan memikul tugas, mereka akan dilucutkan jawatan oleh kepimpinan tertinggi parti

“Soal tercalon atau tidak, dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kepimpinan tertinggi yang akan menentukan dengan melihat reputasi dan kriteria yang ditetapkan, dan bukannya soal pilih kasih,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Exco Pemuda PKR Pusat, Zamil Ibrahim dalam sebuah akhbar kelmarin yang mendakwa ramai kepimpinan parti itu akan bertindak keluar parti.

Zamil mendakwa sikap pilih kasih parti menyebabkan ramai di kalangan pemimpin tidak disenaraikan sebagai calon bertanding dalam PRU akan datang.

Latheefa berkata, ahli parti yang bertindak keluar lantaran kecewa dengan perjuangan parti hanyalah sebagai alasan dan parti sentiasa menerima sokongan melihatkan jumlah kemasukan keahlian baru yang meningkat. 




“PKR sentiasa menerima kemasukan anggota baru setiap bulan dan ini jelas membuktikan desas desus adalah tidak benar.

“Setiap bulan parti menerima kemasukan hampir 10,000 keahlian parti terdiri daripada golongan muda dan pertengahan. Ini jelas menunjukkan PKR masih lagi utuh dan mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Nizar V'8! Pas tuntut kerajaan penuhi permintaan Cuepacs



Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik kenyataannya terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan awam.

Menurutnya, Najib sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CUEPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan kerajaan dari kerajaan. Kata Mahfuz lagi, kerajaan seharusnya menjelaskan kenapa bonus tersebut tidak dapat diberikan.



"Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus.



"Mereka (Ceupacs) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus), jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka,” dipetik dari blognya hari ini.

Nizar V'8! Kejayaan Rangkul Piala Malaysia Contoh Terbaik - Mohamad



Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan skuad Rusa menjulang Piala Malaysia musim ini merupakan satu contoh terbaik bahawa dedikasi, disiplin tinggi dan bekerja sebagai satu pasukan akan membawa kejayaan yang cemerlang.

"Ini jelas ditunjukkan oleh pemain kita yang telah bersama sebagai satu pasukan. Kombinasi di antara pemain lama dan baru begitu mantap sehinggakan banyak pasukan gerun apabila bertemu Negeri Sembilan.

"Saya boleh kata satu rekod yang amat cemerlang yang telah ditunjukkan oleh pasukan kita iaitu semasa kempen Piala Malaysia di mana kita adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah daripada awal hingga akhir.




"Ini adalah satu contoh semangat yang amat tinggi yang ditunjukkan oleh pemain kita dan saya berharap semangat berpasukan ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang," katanya pada majlis sambutan dan meraikan kejayaan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2009 di padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini malam Sabtu.




Mohamad yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan berkata seluruh rakyat negeri ini melahirkan rasa gembira mereka dengan kejayaan pasukan Negeri Sembilan membawa pulang piala berprestij itu setelah penantian 61 tahun.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kegigihan pemain skuad Rusa sehingga berjaya menjulang piala keagungan bola sepak negara ini," katanya.

Lebih 10,000 peminat bola sepak Negeri Sembilan membanjiri padang MPS bagi meraikan kemenangan skuad Rusa menjuarai Piala Malaysia itu.


Kapten Negeri Sembilan Rezal Zambry Yahya [gambar] menyerahkan Piala Malaysia kepada Menteri Besar, disusuli sesi memperkenalkan pegawai dan pemain skuad Rusa serta penyerahan jersi dan penayangan semula klip video perlawanan akhir itu di dua skin besar.

Majlis malam ini turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis terkenal tanah air antaranya 'papa rock' Ramli Sarip, Hattan dan Elyana dan persembahan bunga api.

Esok Piala Malaysia akan diarak di daerah Rembau, diikuti Kuala Pilah pada 16 Nov, Tampin (17 Nov), Jelebu (18 Nov), Jempol (19 Nov) dan Port Dickson (20 Nov).

Nizar V'8! Fokus Pada Pelan Perpaduan, Kata Presiden MCA



Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat meminta anggota parti fokus pada pelaksanaan "pelan perpaduan unggul" dan mengingatkan bahawa tiada anggota parti yang boleh terlepas daripada tindakan disiplin.

Beliau berkata setiap anggota parti tidak harus melakukan serangan peribadi.

"Bagi pemimpin pula, jika mereka mahu menjelaskan perkara tertentu, pastinya mempunyai kebebasan tertentu. Pada peringkat ini, masa untuk saya mengeluarkan amaran kepada semua pihak dalam parti bahawa kita tidak boleh menyerang peribadi individu tertentu," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pendaftaran kapal pertama dengan Pejabat Pendaftar Kapal Antarabangsa Malaysia di sini pada hari Sabtu.

"Kita perlu kekal fokus terhadap pelaksanaan pelan perpaduan," katanya.



Mengenai pergeseran antara timbalan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ong berkata: "Sudah tentu, mereka mungkin mempunyai kebebasan untuk memberikan perspektif yang betul bagi isu tertentu, tetapi jangan keterlaluan. Pastinya, tiada siapa akan membenarkan pelanggaran disiplin parti oleh sesiapa pun."

Ong berkata perwakilan dan pemimpin akar umbi boleh menyuarakan pendapat mereka esok pada sesi dialog yang diaturkan oleh Dr Chua di ibu pejabat parti.



"Saya sifatkannya sebagai perjumpaan dalam MCA, bukan hanya perwakilan tetapi juga pemimpin akar umbi. Mereka berhak untuk bertanya soalan dan , saya ingin katakan, ia menyediakan platform yang baik bagi akar umbi untuk menyuarakan kebimbangan dan pandangan mereka," katanya.

Mengenai usaha parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk membantu menyelesaikan krisis MCA, katanya pemimpin parti saling berkomunikasi antara satu sama lain.



"Bukannya tiada komunikasi, dan saya ingin katakan usaha proaktif sedang diusahakan. Tidak dinafikan, pada kebanyakan masa, kami memilih untuk melakukannya secara tertutup.

"Ini bukan bermakna yang kami tidak berbuat apa-apa. Malahan saya dan Dr Chua Soi Lek boleh melupakan perselisihan demi kebaikan parti. Kenapa tidak pihak lain," soalnya.

Katanya beliau akan terus menjalankan tanggungjawabnya seperti diamanahkan disebalik krisis parti.


Di RAWANG, Selangor, Ketua Biro Penerangan dan Komunikasi MCA Senator Heng Seai Kie [gambar] berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempamerkan pendapatnya dengan menyokong pelan perpaduan.

Katanya perdana menteri yang juga pengerusi BN mengambil berat terhadap setiap ahli komponen parti dan keprihatinannya adalah wajar demi kepentingan BN.

"Keprihatinan Perdana Menteri terhadap MCA tidak patut dianggap sebagai campur tangan dalam urusan MCA," kata Heng yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ketika ditemui media selepas merasmikan majlis konvokesyen ke-8 Institut Kraf Negara.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Tan Kah Choun, jurucakap untuk "kuasa ketiga" dalam MCA, semalam meminta perdana menteri membantu menyelesaikan sengketan MCA.

Heng berharap semua lapisan masyarakat akan menyokong pelan perpaduan parti yang akan dijelaskan kepada anggota akar umbi oleh Dr Chua pada sesi dialog esok.

Di KUALA LUMPUR, ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun [gambar]  berkata beliau tidak akan menghadiri sesi dialog esok.


"Tidak berguna sesuatu pelan perpaduan dirangka sekiranya tiada demokrasi untuk para perwakilan pusat memilih pucuk pimpinan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Warga Emas peringkat kebangsaan.

Chew antara 16 anggota jawatankuasa pusat MCA yang kini membuat persediaan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 28 Nov dalam cubaan untuk mengadakan semula pemilihan parti.

-- BERNAMA

Nizar V'8! Adakah Startegi Anwar Silap Atau Benar?


Oleh professor
 
"Kalau benar seperti kata dan kenyataan Zulkifli Nordin dalam blognya , iaitu Anwar mula untuk menyerang Najib , bermula dari sekarang hingga PRU 13 nanti ,rasanya tindakan ini bukan lah 100% tepat.Sudah habis fikir kah team ‘think tank’ Anwar ? Sudah jadi beku kah otak semua penasihat Anwar kini ? Sudah habis idea kah ? 




Apa yang dikuatiri dan takut2 , dalam keadaan semua orang seronok membelasah Najib dan team UMNO/BN , ianya menjadi senjata makan tuan , yang boleh mencederakan Pakatan Rakyat dan akhirnya menjejaskan peluang untuk menawan Putrajaya , yang masih jauh lagi perjalanannya. 


Apa yang perlu difokuskan ialah , 75 % dari masa , aktiviti dan program serta tindakan selepas ini harus perlu menonjolkan  kebaikan pemimpin PR , kebaikan PR , program – program PR , dan seumpamanya.



Jadi mungkin hanya sebanyak 25 % dari masa , aktiviti , program dan tindakan perlu ditonjolkan keburukan Najib , UMNO/BN Perlu ditumpukan apakah tawaran PR kepada rakyat , bermula dari sekarang. 

Bentangkan ‘blue print’ , perancangan , cadangan dan projek – projek untuk rakyat nilai dan berikan perakuan. 

Tidak perlulah takut , kalau2 ianya diceduk oleh Najib dan team UMNO/BN nya. 

Akhirnya rakyat juga yang menilai dan keputusan muktamad terletak di tangan pengundi. 

Perlu ada dan harus bermula dari sekarang sehingga 24 bulan akan datang atau sehingga datangnya PRU 13 nanti , penonjolan secara ketara , konsisten , dan berkala nilai – nilai positif dan keperibadian  serta akhlak mulia dan terpuji , kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada kumpulan – kumpulan sasaran , iaitu golongan anak muda , orang – orang bukan Melayu , Cina dan India dan lain – lainnya , serta kumpulan pengundi atas pagar.  



 Tokoh – tokoh utama , pemimpin – pemimpin utama di peringkat negara , negeri , dan daerah perlu dihebah – hebahkan secara berterusan , mindanya , pemikirannya , akhlaknya , wawasannya dan ketokohannya. 

Harus perlu diingat , masih ramai lagi dikalangan pengundi – pengundi dari kumpulan sasaran tadi yang belum lagi mengenali secara dekat tokoh – tokoh , seperti  TGNA , TGHH , DSAI , LKS , LGE dan lain – lainnya 

Sekiranya perlu dibuat satu siri dokumentari , Siri penulisan , dalam bentuk video dan sebagainya , maka tempoh 24 bulan ini dikira masih belum terlambat untuk dimulakan dari hari ini. 



 Adakah pimpinan di peringkat pengurusan 3 komponen utama PR ini masih tidur ? Ayuh , cepat dan lekas lah bangkit , bangun lah dari tidur.  Jadi , sekiranya ada dikalangan peminat blog ini , yang ada hubungan langsung dengan pimpinan di atas sana ,elok panjangkan. 

Katakan , walaupun pahit , strategi menyerang  ada baiknya , tetapi dalam keadaan semua orang susah kini , ekonomi tenat , pemikiran kebanyakan orang sudah tidak berapa waras , dan ketika ini kita hidangkan cerita – cerita keburukan orang , iaitu Najib dan team UMNO/BN nya , sangat dikhuatiri sekali , ianya menjadikan orang tambah marah dan benci kepada PR. Kan susah nanti. 

Rakyat terbanyak rasanya lebih menginginkan supaya PR menghebahkan kebaikan – kebaikan tokoh – tokohnya dan juga apakah tawaran – tawaran untuk rakyat untuk 24 bulan akan datang dan seterusnya . 

Jangan pedulikan berita ini  SATU  , DUA  , TIGA  & EMPAT  , cuma perlu lebih berhati – hati menilai motif sebenarnya , takut2 ia jadi umpan yang lazat , supaya PR jadi lebih gelojoh dan lahap , tanpa menyedari adanya mata kail di dalamnya.

Nizar V'8! Sumpahan Tinggal Lagi 12 Bulan.

0leh Tok Pijat
 

Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.


Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir. 
 

 
Maaf, saya tidak percaya "sumpahan" Mahathir itu benar. Cumanya terfikir juga mengapa beliau ucapkan kata-kata tersebut. Barangkali 2 perkara yang Mahathir fikirkan ketika itu :

1) Zaman golongan veteran UMNO telah berlalu. Karier politik Anuar Musa, Awang Adek, Mustafa Mohammad bakal berakhir. Mereka akan diganti Generasi KEMAS tahun 1990.

2) Umur TG Nik Aziz semakin tua. Jawatan MB akan menjadi perebutan sesama pimpinan PAS.
 

 
Melihat pelbagai peristiwa yang "terhidang" setiap hari mengenai politik Kelantan akhir-akhir ini, mungkin mengiyakan kata-kata Dr Mahathir 19 tahun dulu. Lagi pun TG Nik Aziz menganggap Mahathir seorang yang cerdik dan bijaksana. Cumanya beliau seorang berfikiran sekular.

Semoga PAS Kelantan terutamanya pucuk pimpinannya dapat "membatalkan" kata-kata mantan PM itu.

Nizar V'8! Perlantikan Anwar Gimik Semata-Rais Yatim

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelantikan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor adalah sebagai satu gimik semata-mata.




Katanya negeri Selangor mempunyai ekonomi yang teguh, dan pelantikan Anwar ini tentunya merupakan satu gimik untuk menunjukkan yang PKR boleh 'survive' dalam satu ruang baru dengan satu imej yang baru.

"Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama," katanya dan menambah gimik ini kadangkala boleh dijual, tapi kebanyakan masa ia 'tidak laku'.



Beliau yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata demikian semasa mengulas langkah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor.



Rais ditemui pemberita selepas perasmian penutup hari terbuka sekolah dan asrama Sekolah Kebangsaan Putra (SKP) dan kempen kesedaran pendidikan Orang Asli Daerah Jelebu di SKP, Simpang Durian dekat sini, pada hari Sabtu. BERNAMA

Gambar-Gambar Sosial Anak Nazri Aziz.







Cool.jpg" border="0" />



Ini Gambar Bapak Aku !





 

 Moral : pencacai ternganga.... superimpose la jawabnye.. Laughing








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails