Geng Aku

Isnin, 29 Mac 2010

Nik Aziz Kekal Mursyidul Am PAS.


Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu dalam mesyuaratnya di sini Isnin.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara, sekalipun Menteri Besar Kelantan itu bersedia untuk berundur jika diminta berbuat demikian.

Abdul Hadi yang mengumumkan perkara itu di lobi Parlimen di sini hari ini berkata Mesyuarat Majlis Syura Ulama turut melantik Datuk Dr Harun Din sebagai timbalan Mursyidul Am.

Kesemua pelantikan itu ialah untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini.


Presiden PAS itu turut menyifatkan pelantikan Nik Aziz menggambarkan kedudukan moral yang tinggi kerana beliau tidak mahukan jawatan itu sebaliknya dikekalkan jawatan.

Ditanya adakah keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan itu mengizinkan beliau untuk menjalankan tugasnya, Abdul Hadi berkata: "Dalam perjuangan Islam tiada istilah persaraan."

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang berkata sebagai Mursyidul Am PAS, Nik Aziz juga akan dibantu Majlis Syura Ulama dalam menjalankan tugas beliau.


Mengenai dakwaan Anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin minggu lepas bahawa Nik Aziz juga antara mangsa fitnah dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi yang enggan mengulas menyerahkan perkara itu kepada cawangan PAS untuk menjawabnya.

Abdul Hadi berkata surat pelantikan Nik Aziz akan dihantar selepas ini.

Nik Aziz tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai dakwaan dalam sebuah blog bahawa Abdul Hadi tidak menyokong agenda 16 Sept dicanang ketua pembangkang untuk mengambil alih kerajaan, presiden PAS itu berkata, "itu perkara sudah berlalu".

Lim: RM52 Billion Saham Bumiputera Hilang.


Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan 'hilang' daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.


Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni BN.

HRP Sahkan Tak Akan Tanding Di Hulu S'gor.

Parti Hak Assasi Manusia (HRP) hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Menurut setiausaha agung protem parti itu, P Uthayakumar, keputusan berkenaan dicapai kerana HRP menyedari bahawa tidak mungkin mereka memenangi kerusi itu kerana jumlah pengundi India yang tidak ramai.

“Pembabitan HRP dalam pilihan raya kecil ini akan hanya memberi kelebihan sama ada kepada Pakatan Rakayat atau Barisan Nasional. Kami tidak mahu memberi kelebihan kepada mana-mana gabungan kerana mereka tidak berhak menerimanya.

“Kami tidak perlu menguji kekuatan di kalangan penyokong, mahupun menunjukkan potensi. Kami tahu kekuatan kami berdasarkan sokongan yang diterima dari seluruh negara.

“Kami juga sedar bahawa HRP adalah kuasa baru dalam gelangang politik Malaysia dan kami tidak akan terburu-buru,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut HRP lagi, Pakatan Rakyat dan kerajaan BN masing-masing gagal membuktikan dasar yang mampu menyelesaikan masalah masyarakat India yang miskin.

“K
ami berpendapat yang kedua-dua gabungan itu gagal membuat perubahaan terhadap kehidupan masyarakat India,' katanya.

Menurut HRP, strategi parti itu adalah untuk menawan 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi undangan negeri pada pilihan raya umum ke-13 akan datang bagi memastikan masyarakat India tidak terus dicengkam kemiskinan.

Anggota Exco Bahagian Bukit Bendera Letak Jawatan.


Umno bahagian Bukit Bendera hari ini mengumumkan peletakan jawatan 36 anggota exconya bagi membolehkan pemilihan baru diadakan semula.
Peletakan jawatan beramai-ramai itu bagi membolehkan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail untuk kembali menerajui bahagian berkenaan.

Semua 36 anggota exco itu menandatangani surat peletakkan jawatan yang akan dikemukakan pada mesyuarat jawatankuasa Umno Pulau Pinang yang akan diadakan pada minggu ketiga bulan April.

Menurut ketua bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Ariffin semua mereka menuntut mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membolehkan Ahmad memimpin semula bahagian itu.

Ia bagaimanapun tidak termasuk anggota pergerakan wanita dan pemuda bahagian berkenaan.

Majlis Tertinggi (MT) Umno pada September 2008 memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun. 

Ia berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.
Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kemudiannya memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk menentukan tindakan terhadap Ahmad. 

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, Majlis Tertinggi Umno mengambil keputusan untuk menarik semula penggantungan itu.

ADUN BN Perak Iktiraf Sivakumar Sebagai Speaker Sah.


YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah.

Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapan tersebut telah diterima atau belum.

YB Sivakumar

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong.


Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai.

Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak.

Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah.

Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

Badrul Muhayat Diburu Polis.


RUMAH Badrul di Kampung Cheras Baru, Cheras yang
didakwa berkunci sejak Jumaat lalu.


Polis memburu seorang pelakon dan model tahun 1990-an, Badrul Muhayat Ahmad Jailani bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia memukul isterinya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pelakon berusia 41 tahun itu didakwa menghilangkan diri selepas kejadian itu yang berlaku di Kampung Cheras Baru di sini pada pukul 7 pagi 24 Mac lalu.

BADRUL dicari polis.






Menurut beliau, akibat kejadian itu mangsa yang berusia 28 tahun mendakwa dia mengalami lebam di beberapa bahagian badan.

"Isterinya mendakwa dia ditumbuk di muka, pipi serta dicakar dan dipukul dengan batang penyapu," kata beliau.

Kata Abdul Jalil lagi, pengadu yang pernah bekerja sebagai penari di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mendakwa dikurniakan dua orang anak bersama Badrul kemudian dibawa oleh jirannya ke Balai Polis Ampang untuk membuat laporan dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut beliau, ini merupakan kali keempat sejak tahun lalu polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dia dianiaya oleh suaminya.

"Tiga laporan dahulu, dua membabitkan kes ugut dan satu kes mendatangkan kecederaan," katanya.

Button Tawan Albert Park.




Pemandu McLaren, Jenson Button menguasai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Australia bagi musim kedua berturut-turut.

Semalam, pemandu McLaren itu bijak menggunakan strategi yang tepat untuk muncul juara di Litar Albert Park dengan catatan masa 1 jam 33:36.531 saat, sekali gus mengetepikan pencabar terdekatnya daripada Renault, Robert Kubica (1:33:48.565s).

Sebelum itu, Button terlibat dengan kemalangan dengan pemandu Ferrari, Fernando Alonso di selekoh pertama seawal pusingan pertama.

Namun dia berjaya bangkit mendahului pada pusingan ke-26 apabila pemandu Red Bull, Sebastian Vettel yang bermula di petak pertama, mengalami masalah brek.

"Saya sangkakan saya telah membuat kesilapan apabila menukar tayar terlalu awal," kata Button yang juga pemandu pertama memasuki pit untuk menukar tayar licin walaupun dalam keadaan litar masih basah.

"Sukar untuk saya mengawal jentera dengan baik dengan menggunakan tayar licin di litar yang masih basah.

"Namun sebaik sahaja litar semakin kering, saya mula dapat memecut dengan baik. Saya gembira kerana ia merupakan satu strategi yang tepat."



Sementara itu, dua pemandu Ferrari, Felipe Massa dan Alonso masing-masing menamatkan saingan di tempat ketiga dan keempat.

Massa mencatat masa 1:33:51.019s manakala Alonso yang juga juara perlumbaan pembuka tirai GP Bahrain mencatat masa 1:33:52.835s.

Dalam pada itu, impian pemandu Mercedes GP, Michael Schumacher untuk meraih kemenangan kelima pada GP Australia tidak kesampaian.

Schumacher yang kembali beraksi musim ini selepas bersara pada penghujung 2006, terbabas selepas jenteranya berlanggar dengan Alonso.

Jentera Schumacher mengalami kerosakan teruk di bahagian sayap hadapan dan dia terpaksa ke pit untuk menggantikannya sebelum meneruskan perlumbaan.

"Saya berpeluang untuk beraksi dengan baik hari ini (semalam) tetapi malangnya saya terlibat dengan kemalangan seawal selekoh pertama," kata Schumacher yang sekadar menamatkan saingan di tempat ke-10 pada perlumbaan itu.

"Kemalangan itu menjejaskan semuanya. Namun perkara sebegini sering berlaku dalam perlumbaan.

"Saya terpaksa meneruskan perlumbaan dengan kedudukan paling belakang tetapi saya tetap gembira kerana saya masih mampu untuk bangkit memintas beberapa pemandu lain dan meraih satu mata." - AFP

Ema Pelajar Kedua Tinggalkan AF8.



Kedudukan undian yang sentiasa berada di kelompok tiga terbawah sejak awal minggu sehingga konsert semalam, nyata merupakan petanda awal buat Ema yang diumumkan sebagai pelajar kedua tersingkir dalam Debaran AF malam tadi.



Pengumuman penyingkiran dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Ema atau nama sebenarnya Erma Suhaima, 21, berasal dari Ranau, Sabah menerima undian terendah berbanding 10 pelajar dan ini menyebabkan beliau terpaksa mengangkat kaki meninggalkan rakan-rakan serta adiknya sendiri, Adira meneruskan perjuangan dalam Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8). Pemergian Ema nyata sukar diterima oleh rakan-rakanya yang lain kerana kelihatan hampir semua gagal mengawal emosi sehingga menitiskan air mata di atas pentas.

Turut menerima undian terendah di atas Ema ialah Ain serta pelajar terbaik pilihan pengetua dalam konsert kedua semalam, Maulana. Kedudukan tersebut sedikit berubah berbanding pada awal rancangan di mana Sarimah mengumumkan bahawa tiga pelajar yang menerima undian terendah sebelumnya adalah Ain, Ema dan Shahir.

Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 10 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails