Geng Aku

Rabu, 11 November 2009

Pasukan NS Siap Sedia Hadapi Liga Musim Depan.



SELEPAS kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia, musim ini dan menamatkan penantian selama 61 tahun, Negeri Sembilan dijangka tidak akan menunggu lama untuk bersiap sedia menyahut cabaran musim baru.

Jurulatih pasukan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata kira-kira 90 peratus daripada senarai 25 pemain skuad itu yang beraksi musim ini dijangka akan dikekalkan manakala kesebelasan utama diturunkan dalam final ketika menentang Kelantan, Sabtu lalu, dijangka dikekalkan sepenuhnya.




Menurutnya, pihaknya sedang menyiapkan laporan lengkap mengenai skuad bimbingannya sepanjang musim ini untuk dinilai Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sebelum sebarang langkah baru diambil bagi persiapan musim depan.

“Saya dapat menjamin hampir 90 peratus daripada senarai 25 pemain dalam skuad ini akan dikekalkan dan ia adalah cadangan yang bakal dikemukakan dalam laporan saya apabila siap nanti. 


Aidil & Zaquan

“Pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery (Yahya) dan Mohd Shukor (Adan) selain Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan (Abdul Radzak), Shahurain Abu Samah, S Kunalan serta Mohd Farizal Harun adalah antara beberapa pemain yang perlu dikekalkan,” katanya di Seremban, semalam.

Jurulatih berasal dari Johor itu turut menyatakan hasratnya mengekalkan penyerang pinjaman, Hairuddin Omar, selepas mengambil kira komitmen pemain itu selain persefahaman yang sudah terjalin antaranya dengan pemain lain dalam skuad berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails