Geng Aku

Rabu, 21 April 2010

Happy Birthday To Iwan AF8.


Hurm..hari ni genaplah usia Iwan AF8 melonjak ke 20 tahun. Anak kedua dari 4 adik beradik ini berasal dari Negeri Sembilan.


Selamat hari jadi Iwan yg ke 20. Semoga Iwan dapat melakukan tugasan di AF dengan cemerlang..


Dan kepada peminat-peminat Iwan jangan lupa Afundi Iwan..

Paling Tadah? MP Wangsa Maju Membisu.


Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong enggan mengulas apabila diajukan bahawa terdapat khabar angin yang bertiup kencang bahawa beliau adalah pemimpin PKR yang seterusnya akan berpaling tadah.
Beliau tidak mengesahkan ura-ura itu mahupun menafikannya tetapi sebaliknya berkata wartawan lebih mengetahui perkara berkenaan.

“Anda tahu segala-galanya. Kenapa perlu bertanya lagi? Anda lebih mengetahui, mengapa tidak anda siarkan berita itu terlebih dahulu?” katanya lewat semalam ketika ditanya wartawan di lobi parlimen.

Wee sehari sebelum itu berkata kepada akhbar-akhbar Cina bahawa jika beliau memilih meninggalkan PKR, beliau akan berbuat demikian dengan tempoh masanya sendiri dan bukan ditentukan oleh 'Napoleon kecil'.

Beliau kemudiannya menyerang media baru yang dilabelkannya sebagai tidak bertanggung-jawab.


“Saya akan hanya bercakap dengan media tertentu kerana sesetengah media adalah tidak bertangung-jawab,” katanya.

Menurut Wee sesetengah portal berita tidak boleh dipercayai kerana “mereka akan hanya memutar-belitkan kata-kata saya...mereka akan tukar B ke A dan A ke B”.

Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagan pada ceramah di Ampang Petang semalam menaikkan kemarahan ahli-ahli PKR apabila beliau menimbulkan spekulasi bahawa seorang lagi MP parti itu akan berpaling tadah.

Menurut sumber, Wee memang telah bertekad meninggalkan PKR tetapi cuma mencari jalan keluar yang sesuai.

“Wee lebih gemar dipecat dari PKR supaya beliau tidak akan dituduh sebagai melompat dan digelar 'katak',” kata sumber itu.




Wee akan diperhatikan dengan teliti oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat apabila BN dijangka akan membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Khamis ini.

Jika Wee berucap menentang parti dan juga ketua umumnya, beliau pastinya akan dipecat dan tidak perlu bertindak melompat keluar PKR.

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan Ditarik Balik.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz hari ini mengesahkan bahawa rang undang-undang cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan - termasuk mengenakan denda maksimum RM1,000 - akan ditarik balik.
Rang undang-undang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat Isnin lalu.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Nazri berkata, beliau meneima surat dari kelab penyokong BN (BNBBC) mengenai perkara itu.

Difaham ia antara lain, membantah cadangan untuk menaikkan denda kesalahan lalulintas kepada RM1,000.

Menurutnya, selepas membacanya, beliau turut bersetuju dan mengesyorkan supaya rang undang-undang itu ditarik balik daripada perbahasan dan dibuat perubahan.

Katanya, beliau akan mengesyorkan supaya kabinet menggugurkan sesetengah pindaan yang pada pandangannya tidak munasabah.
Menurutnya, rang undang-undang itu akan dibentangkan semula dalam sesi akan datang, selepas kajian terhadapnya selesai dilakukan.

Manakala pegawai Parlimen berkata, kerajaan BN mempunyai tempoh hingga esok untuk menarik balik rang undang-undang tersebut.

Giliran Anne Ngasri-Wafi Pula Bercerai!


kredit to murai.com
Aisehmen, apalah nak jadi dengan dunia artis kita ni. Macam-macam cerita panas bertukar-ganti disusun sebagai berita utama di dada akhbar. akhbar.

Kes yang berada di carta terunggul sekali sudah tentulah kisah cerai-berai yang melibatkan pasangan selebriti kita. Sensasinya mengalahkan artis Hollywood. Cuma artis Hollywood lebih daring dengan pelbagai kisah yang berbentuk skandal.

Berbalik tentang kes cerai tadi, apa membuatkan Murai Batu terkesima adalah kerana kes cerai ini lebih cenderung melibatkan bekas peserta program realiti tarian popular, Sehati Berdansa (SB).

Yelah, bukannya Murai Batu nak propa tetapi ia terbukti yang mana bekas peserta SB seperti Atilia-Arif, Radhi-Lin dan Dira-Ash sudah pun dapat title duda dan janda selepas tamatnya SB.


Sekarang ni, Murai Batu terkejut pulak bila dengar cerita naib johan SB1 iaitu Anne, 26 (Ngasriah Ngasri) dan Wafi, 29 ( Abdul Wafi Hassan) pun bakal bercerai serta mengikut jejak langkah yang sama.

Setahu Murai Batu, Anne dengan Wafi yang dikurniakan dua orang cahaya mata ini diketahui umum sebagai pasangan suami isteri yang cukup mesra dan romantis, tapi tak sangka pula yang mereka ini sedang menunggu saat-saat untuk berpisah. daripada mahkamah tidak lama lagi. Alahai...

Punca sebenar keretakan rumahtangga mereka tidak pula Murai Batu diketahui. Tak tahulah sama ada ia berpunca dari orang ketiga atau pun tidak. Namun, Anne yang sebelum ini kecoh dengan kes dirinya tiba-tiba bertudung enggan mengulas lanjut tentang kes ini.

Di samping itu, Murai Batu diberitahu, Anne hanya berserah kepada keputusan mahkamah. 

Dia juga turut mengesahkan yang dia akan berpisah dengan suaminya tidak lama lagi. 


Walaubagaimanapun, Anne mengambil langkah selamat dan dia tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai hal ini.

Yang pasti, pengesahan lafaz cerai pasangan ini akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depanDalam pada itu, seorang lagi bekas peserta SB iaitu Radhi OAG akan mengesahkan lafaz cerainya itu sehari sebelum pasangan Anne dan Wafi iaitu pada 18 Mei depan.

Dari sini, muncul pula sangkaan bahawa kes sebegini terjadi gara-gara pasangan ini tidak dapat mengawal godaan selepas mengecap populariti dari program SB. Malah, ada juga menganggap SB sebagai punca segalanya berakhir dengan kesedihan.


Murai Batu tidaklah berapa setuju dengan dakwaan ini. Bagi Murai Batu, SB juga berjaya menambahkan keceriaan bekas peserta SB seperti Rosma-Khai, Sasha-Salyo dan Mazin-Ida. Yelah, lepas saja menjayakan SB, mereka terus dikurniakan cahaya mata.

Yang tak seronoknya, disebabkan cerita sebegini, bimbang pula ada pasangan selebitri yang gerun dan takut untuk menyertai SB musim terbaru. Namun, hakikatnya semua ini terpulang kepada pasangan itu sendiri. Tepuk dada tanya selera!

DAP Cabar Umno Buat Pengakuan Tak Minum Arak..

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.
Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails