Geng Aku

Ahad, 28 Mac 2010

Chua Menang Presiden, Tiong Lai Timbalan.


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,520 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak. 

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat ialah: 

1. Tan Ken Ten
2. Koh Nai Kwong
3. Loh Seng Kok
4. Tan Cheng Liang
5. Gan Tian Loo
6. Chong Itt Chew
7. Hou Kok Chung
8. Lee Chee Leong
9. Wee Jeck Seng
10. Chuah Poh Khiang
11. Hoh Khai Mun
12. Heng Seai Kie
13. Kong Sing Chu
14. Teh Kim Poo
15. Wong Koon Mun
16. Tee Siew Kiong
17. Tan Ah Eng
18. Ti Lian Ker
19. Tan Chai Ho
20. Por Choo Chor
21. Lee Wei Kiat
22. Ong Ka Chuan
23. Liew Yuen Keong
24. Yoo Wei How
25. Toh Chin Yaw 

Cikgu Jabar Gesa Wakil Bebas ‘Lompat’ Letak Jawatan.


Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di Dun Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, menggesa wakil Bebas yang lompat parti meletakkan jawatan dan menyerahkan semula kepada rakyat untuk pilihan raya semula.

Beliau ketika ditemui di kediamannya di Batu Laut, dekat sini berkata, amat tidak wajar mereka membawa kerusi itu kerana dipilih rakyat bukan berdasarkan nama peribadi tetapi atas nama parti, dalam hal ini tentulah kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau memenangi kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat dan diyakini merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan.
 Katak Di Selangor

"Perbezaan antara saya sebagai wakil rakyat Bebas dengan wakil rakyat itu adalah kerana saya memang calon Bebas dalam pilihan raya dan menang manakala mereka pula menang atas nama PKR dan melompat parti untuk menjadi Bebas," tegasnya yang lebih dikenali dengan nama mesra Cikgu Jabar kerana menjadi pendidik di situ lebih 20 tahun sejak tamat belajar. 

Meskipun setiap wakil rakyat yang melompat itu, ujarnya, mempunyai agenda peribadi tersendiri adalah lebih baik kerusi itu dikembalikan kepada rakyat untuk mereka memilih wakil rakyat baru.


  Katak Di Perak

Dalam pertemuan itu, beliau banyak menceritakan pengalamannya semasa berkhidmat kepada rakyat dengan amanah tanpa mengira penduduk di kawasannya dari mana-mana parti, semuanya akan dilayan sama rata dan paling utama adalah keikhlasan setulusnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka. 

  Katak Di kedah

Cikgu Jabar menghimbau kembali detik-detik bersejarah bagaimana beliau menyaksikan sikap Adun-Adun Umno ketika isu pemecatan Datuk Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor ekoran beberapa isu yang menyelubungi suasana dan akhirnya Datuk Harun digugurkan begitu sahaja lantaran sikap dan penyakit bangsa Melayu yang dipusakai sejak zaman Hang Tuah iaitu hasad dengki dan khianat.

 Katak Di Penang

"Kerana tiga penyakit inilah kita dapat saksikan bagaimana keadaan orang Melayu sekarang ini jadi begini... Hang Tuah yang kuat membodek diagungkan, Hang Jebat yang membela kematian Hang Tuah pula yang menjadi mangsa konspirasi," jelasnya lagi serius.

 Katak Di Kelantan

Menurutnya, meskipun beliau Bebas tetapi kerana membela nasib Datok Harun di ketika itu, beliau telah didatangi oleh ketua siasatan dari cawangan khas polis setiap minggu selama setahun.

Malah beliau juga mengakui tidak terlepas dari menjadi mangsa ugutan 'kerat, gunikan dan humbankan ke laut, langgar dan diracun' selepas menang penggal pertama dan bersyukur kerana selamat dari semua ujian berat itu selama tiga penggal menjadi wakil rakyat Bebas.

Cikgu Jabar berharap semua rakyat khususnya orang Melayu akan segera menilai semula keadaan semasa dan perkembangan politik yang berlaku dalam negara dan melakukan pilihan terbaik bagi memastikan kesinambungan kejayaan dan keamanan sebenar dapat dijayakan selama-lamanya.

Soi Lek Dipercayai Dahului Saingan Presiden MCA.


Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipercayai mendahului persaingan kerusi presiden MCA meskipun undi bagi jawatan nombor satu hanya akan dikira selepas pukul 5 petang.

Petunjuk awal menunjukkan Dr Chua berada di depan dengan 1,000 undi dan disusuli dengan penyandang jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.


Bagaimanapun tiada pengesahan memandangkan proses mengira bagi jawatan-jawatan lain masih berterusan.

“Daripada apa yang disebutkan, Dr Chua memperoleh 1,085 undi manakala Tee Keat memperoleh sekitar 600 undi manakala baki untuk Ka Ting,” kata seorang anggota parti kepada The Malaysian Insider.

Jika petunjuk itu benar bermakna kerjaya politik Dr Chua kembali 'segar' buat kali kedua walaupun dilanda skandal seks akhir 2007.


“Bagi Ka Ting, ia bukan jalan mudah untuk beliau mendapatkan sokongan perwakilan selepas secara tiba-tiba membuat kemunculan semula,” katanya.

Kiraan undi bagi jawatan presiden bermula selepas pukul 5.30 petang.

Proses mengira undi dijangka mengambil beberapa jam lagi dan menurut pengerusi jawatankuasa pemandu pemilihan Datuk Wong Foon Meng, keputusan paling awal hanya akan diketahui kira-kira 7 petang.

Seramai 101 calon bertanding merebut 31 jawatan jawatankuasa pusat MCA.
 
Pemilihan ini diadakan selepas 21 anggota jawatankuasa pusat meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Tee Keat.

Tee Keat yang merupakan Menteri Pengangkutan dipilih pada 2008 selepas Ka Ting melepaskan lawatan ekoran kekalahan dalam pilihan raya umum Mac 2008.

CC: 60 peratus penyokong Chua menang?


Kira-kira 60 peratus daripada 25 kerusi jawatankuasa pusat MCA dimenangi oleh penyokong Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, demikian menurut sumber-sumber yang layak dipercayai.

Difahamkan, kebanyakan calon yang memegang jawatan kerajaan - exco negeri dan timbalan menteri - berjaya dipilih, selepas 80 peratus undi selesai dikira.

Bagaimanapun, beberapa senator dikatakan gagal terpilih menganggotai jawatankuasa pusat.
Manakala penyokong Chua pula kelihatan bertepuk kegembiraan di luar dewan.

Pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat selesai dijalankan pada kira-kira jam 4.30 petang.
Pada kira-kira jam 5.45 petang, dua calon jawatankuasa pusat, Gan Hong Su dan Datuk Alex Chuah Poh Khiang minta pengiraan semula bagi tempat terakhir ke-25 bagi jawatankuasa pusat.

Manakala pengiraan undi bagi 10 calon yang bertanding jawatan naib presiden bermula kira-kira jam 4.37 petang tadi.

Yen Yen, Ping Sieu, Donald Lim, Chor Disebut Menang VP.


Khabar angin tersebar bahawa empat naib presiden yang dipilih hari ini ialah Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Manakala Datuk Kong Cho Ha pula dikatan sedang mendahului kiraan undi bagi jawatan timbalan presiden.

Para perwakilah mula memasuki semula ibupejabat MCA untuk menunggu pengumuman keputusan pemilihan hari ini.


Ng kemudiannya tiba di Wisma Mac sambil kelihatan mengucap terima kasih penyokongnya.

Ia dilihat sebagai petanda yang beliau berjaya mengekalkan jawatan naib presiden.
Begitu juga dengan Donald Lim yang kelihatan gembira ketika masuk ke dewan pada jam 5.40 petang, disambut oleh para penyokongnya.

Chor juga kelihatan gembira ketika disambut penyokongnya semasa masuk ke Wisma MCA.
Ping Siew pula, ketika ditanya mengenai keputusan jawatan naib presiden, sambil tersenyum berkata: "Khabar angin tersebar di mana-mana, lebih baik tunggu keputusan rasmi." 

Sehingga ini, Yen Yen, Chor, Donald Lim dan Ping Sieu sudah berada di Wisma MCA.

Pengundian Selesai, Pengiraan Jam 1 Tengahari.

Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.
12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari. 

11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.

11.19am: Selepas mengundi, Tee Keat memberitahu pemberita yang beliau tidak percaya yang beliau adalah 'underdog' dalam pertandingan jawatan presiden, dan menyifatkan ia 'satu putarbelit media tertentu'. Mengenai peluangnya, Tee Keat berkata beliau sentiasa optimistik.

10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti.

10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.

10.15am: Timbalan ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai penyelia pemilihan.

10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir.

9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebugt.

9.05am: Datuk Seri Ong Ka Ting tiba di ibupejabat parti dan bergambar untuk jurufota bersama regunya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.

8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar.

Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.

7.45am: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan calon presiden pertama yang tiba di ibupejabat. Dia ditemani anak lelakinya yang juga ahli parlimen Labis, Tee Yong.

Ditanya sama ada mengenai peluangnya, Chua tersenyum sambil bertanya: "Saya nampak risau ke?"

Polis Tidak Sedar Ditikam Tiga Kali.


HASNOR yang cedera ditikam ditemani isteri, Intan Rushidah Halim ketika dirawat di HTAR di Klang semalam.


"Mulanya saya langsung tidak rasa sakit ketika ditikam sebanyak tiga kali di bahagian belakang badan. Masa itu, saya ingat ada kawan tepuk bahu."

Demikian cerita seorang anggota polis peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Koperal Hasnor Hadi Zainal Abidin, 40, yang ditikam lelaki kurang siuman di hadapan sebuah kedai makan di Jenjarom, Kuala Langat, kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Berikutan tikaman dua kali di sebelah kiri belakang badan dan sekali lagi pada sebelah kanan menggunakan pisau pemotong sayur itu, dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Menurut Hasnor, ketika kejadian dia cuba menolong seorang lelaki orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda turun dari kereta untuk ke kedai makan tersebut.

Melayu Zaman Sekarang.


MUZAFFAR bersama seekor anjing peliharaannya di Pusat Penternakan Haiwan Eksotik, Janda Baik baru-baru ini.

Orang kafir yang bertopengkan Islam. Itulah antara kata kecaman yang dilemparkan kepada seorang lelaki Melayu beragama Islam, Muzaffar Kaisar Ishak, 37, atas tindakannya membela anjing.
 
“Ada juga yang tergamak mengatakan tiada orang Islam yang akan memandikan jenazah saya jika meninggal dunia kelak,” kata Muzaffar kepada Kosmo! Ahad ketika ditemui di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

Gambar Muzaffar berjubah sambil memegang anjing yang tersiar dalam blognya telah mengundang pelbagai reaksi negatif.

Selangor Mahu Tanam Satu Juta Pokok Tahun Ini.


Sebagai kesinambungan kepada kempen menghijaukan Selangor, kerajaan negeri akan menanam sejuta pokok sepanjang tahun ini.

Tanggungjawab itu akan dilaksanakan semua 12 pihak berkuasa tempatan secara berperingkat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perkara ini ketika melancarkan Majlis Menanam Pokok dan Pembukaan Pusat Membeli Belah Aeon Mahkota Cheras di Bandar Mahkota Cheras, hari ini.

Aeon Co. Sdn Bhd, syarikat induk pusat membeli belah Jaya Jusco mengadakan acara menanam lebih 3,000 pokok dan sehingga kini ada lebih 300,000 di semua premis miliknya.

Acara ini turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu dan Pengerusi Aeon, Datuk Abdullah Mohd Yusof, selain pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT), pelajar dan sukarelawan dari Kajang dan Cheras.

"Saya berterima kasih kepada Aeon, syarikat induk Jaya Jusco kerana sekarang ini sudah ada 300,000 pokok ditanam. Jadi, saya minta Ronnie Liu membuat rancangan supaya dalam tahun ini, kita akan menanam satu juta pokok di Selangor," katanya.

Pada majlis itu, tetamu kehormat dan sukarelawan ini turut membanting tulang menanam 3000 anak pokok di sekitar kawasan pusat membeli belah itu.

Khalid juga terharu melihat kesungguhan pelajar dan sukarelawan yang dianggap beliau sebagai  aset masa depan.

"Saya berterima kasih kepada anak-anak sekalian kerana hadir pada hari ini. Saudara memiliki masa depan. Jadi, anda akan membuat negara ini bertambah cantik, kerana anda sekarang sudah memahami maksud tanggungjawab sosial," katanya.

PAS Yakin PR Pertahan Parlimen Hulu Selangor.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan akan dapat memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat di samping terlalu banyak isu yang semakin membebankan Umno/BN. 

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dijangka akan diadakan dalam masa terdekat  berikutan kematian ahli parlimennya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam semalam. 

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas perkembangan semasa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang selepas mempengerusikan mesyuarat PAS negeri, sebentar tadi berkata banyak isu yang berlaku menyulitkan Umno untuk menjawabnya. 

“Banyak isu yang sedang berlaku sekarang membelenggu Umno. 


Kita ada tiga isu besar yang  membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim,  isu 1Malaysia 1Israel dan isu lompat parti. Isu ini akhirnya menjadi beban kepada mereka. Kesemua isu ini akan kita dedahkan dan Umno begitu sulit untuk menjawabnya. 

“PAS yakin apa yang diusahakan kerajaan Selangor selama dua tahun selepas pemerintahannya akan berjaya mempengaruhi pengundi,” katanya. 

Ketika ditanya kesan daripada beberapa wakil rakyat melompat parti akan digunakan oleh Umno untuk berkempen, Tuan Ibrahim berkata PR tidak bimbang memandangkan wakil rakyat melompat tidak mempunyai pengaruh. 

“Masa mereka keluar pun tak ada orang yang nak ikut. Mereka tak ada pengaruh sebaliknya isu itu akan membebankan Umno,” katanya.

Nik Aziz Sokong Guna 'Allah' Pada Rukun Negara.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti.

Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

"Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.

"Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau.

Perkasa Dirasmikan, 13 Laporan Polis Dibuat.


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang pertama meskipun sebelum ini menerima beberapa tamparan terhadap imej NGO itu.

Minggu lalu, tetamu kehormat yang diundang ke AGM Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menolak jemputan berkenaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.
Tindakan yang sama diambil oleh beberapa Ketua Pegawai Eksekutif daripada syarikat yang berkepentingan kerajaan (GLC) selang beberapa hari kemudian.

Namun semua itu, tidak mematahkan semangat presidennya, datuk Ibrahim Ali daripada meneruskan agenda perjuangan Melayu dengan kehadiran tidak kurang 4,000 ahli dan tetamu hari ini.

Sebagai ganti, bekas Perdana Menteri diundang khas merasmikan AGM Perkasa dan kemudiannya dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama.
Selepas majlis perasmian, Perkasa kemudiannya membuat 13 laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu “16 September” yangdidakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan politik.

Kira-kira 50 anggota pertubuhan itu sebelumnya berarak daripada PWTC di ibu negara ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.
Menurut ketua Wiranya Arman Azhar, 13 laporan itu dibuat terhadap ketua umum PKR itu secara berasingan oleh wakil Perkasa daripada 13 negeri di seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut tengah hari tadi, Arman berkata, mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”

Beliau juga mempersoalkan kenapakah polis tidak mengambil tindakan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu sedangkan telah banyak laporan dibuat terhadapnya.
“Apa beza antara Anwar dan rakyat Malaysia yang lain?” soalnya yang berpakaian Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok.

Bekas ahli parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebelum ini dilaporkan berkata Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan pasukan tentera dalam usaha membentuk kerajaaan Pakatan Rakyat.

Arman berkata, dalam laporan yang sama juga, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.

Laporan itu turut meminta polis menyiasat penyebaran surat yang ditandatangai oleh setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.

Menurut Arman, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails