Geng Aku

Memaparkan catatan dengan label Akademi Fantasia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademi Fantasia. Papar semua catatan

Isnin, 17 Mei 2010

Ain Tersingkir Di Saat Akhir.


Lima Ke Konsert Akhir
Nadiawati Ainul Basir, atau Ain 24 menjadi pelajar terakhir yang diumumkan tersingkir daripada persaingan Akademi Fantasia 8. Ini bermakna dia memberi laluan kepada lima pelajar lain untuk beraksi di Konsert Akhir minggu depan. Lima pelajar, Adira, Daus, Iwan, Maulana dan Shahir telah diumumkan berjaya ke Konsert Akhir, di Stadium Putra Bukit Jalil 22 Mei 2010 ini

Ain gagal meraih sokongan peminat menerusi persembahannya semalam menerusi lagu madley Luka Dilukai (Shima)dan Falling For You (Colbie Caillat). Malah, Aznil selaku pengkritik tetap telah memilih Ain untuk tidak berakhir di Konsert Akhir. Pun begitu, keputusan malam ini memang mendebarkan kerana saingan sengit untuk lima ini. Persembahan cemerlang Ain pada Konsert Tirai menerusi lagu The Climb masih diingati namun tidak cukup untuk melayakkannya ke Konsert Akhir

Shahir mengungguli kedudukan pelajar setelah undian ditutup dengan 31.58 peratus diikuti Adira 14.62 peratus, Daus (14.28), Iwan (13.30) Maulana (13.28) dan Ain berada di kedudukan terakhir dengan 12.94 peratus. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hanya lima tempat untuk konsert akhir AF8. Ini bermakna, Ain sebagai pelajar yang mendapat undian terendah terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 8

Buat pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, Konsert Akhir nanti boleh ditonton dalam visual berdefinisi tinggi (HD) di saluran 124. Untuk melanggan, layarilah laman web www.astro.com.my/byond. Untuk yang ingin menonton secara langsung di Stadium Putra, tiket konsert akhir juga sudah mula dijual. Dapatkan di www.axcess.com.my atau telefon di talian Hotline: 03-77115000

Mulai malam ini, kedudukan undian pelajar tidak akan dapat dilihat menerusi Butang R mahupun di laman web rasmi Akademi Fantasia. Kedudukan undian hanya dapat diketahui sewaktu Diari AF8 pada hari Selasa dan Khamis, jam 7.30 malam di Astro Ria (saluran 104). Jadi, segalanya terlatak di tangan anda sekarang.

Teruskan mengundi untuk menentukan juara pilihan anda

Ahad, 9 Mei 2010

AF Masuk Diaktifkan Semula.

 
Kejutan demi kejutan berlaku dalam konsert minggu kelapan Akademi Fantasia ke-8 (AF8) apabila AFMASUK diaktifkan di penghujung konsert yang bersiaran dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi. Ini bermakna, kesemua 7 pelajar yang tersingkir sebelum ini iaitu Shah, Ema, Anum, Alif, Nad, Shahir dan terbaru yang disingkirkan pada konsert kelapan ini, Farina berpeluang untuk kembali ke akademi dan menyambung perjuangan dengan pelajar lain yang masih kekal.

Pengumuman dibuat oleh kedua-dua hos Konsert AF8, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim dalam rancangan yang turut bersiaran secara langsung di saluran 104 (Astro Ria).

Konsert kelapan ini nyata dipenuhi kejutan sejak awal apabila Erra Fazira yang juga selaku pengkritik jemputan, muncul untuk menyanyi bersama dengan pelajar-pelajar lagu bonus, Pertemuan yang juga lagu asal nyanyian Erra sendiri. Sarimah dan Jimmy seterusnya membuat pengumuman bahawa berbeza dengan minggu-minggu sebelum ini, penyingkiran akan berlaku di penghujung konsert.

Pengumuman ini nyata menyuntik semangat beberapa orang pelajar untuk membuat persembahan sebaik mungkin dimulakan dengan Daus dengan lagu Puspa (ST12). 

Persembahan Daus nyata menghiburkan dengan beberapa aksi lucu terutama interaksi Daus dengan pengkritik-pengkritik dan pujian diberikan oleh Aznil yang mengatakan tidak ramai artis di luar sana berani membuat persembahan seperti Daus.

Ain mengambil alih pentas dengan lagu Iklim, Suci Dalam Debu tetapi dalam versinya sendiri. Mainan perasaan serta suara 'husky' Ain nyata berjaya menarik perhatian pengkritik dan audiens lain cuma Adlin berharap Ain dapat mencari sesuatu yang menarik dalam persekitarannya untuk mencantikkan lagi persembahan.

Iwan kemudian muncul membuat persembahan dibantu oleh rakan-rakannya yang membuat gimik bermain alat muzik seolah-olah satu 'band' untuk lagu Lihat Cara Dia Memandangku (Bre). Walaupun kelihatan selesa di atas pentas seperti kata Aznil, terdapat teguran dari Adlin yang mengatakan Iwan lambat menarik perhatian audiens manakala Erra pula berkata persembahan Iwan bukanlah sesuatu yang boleh diingati.

Setelah beberapa minggu menyanyikan lagu bergenre yang sama, Adira kali ini ditugaskan untuk membawa lagu berentak rock, Kitalah Bintang dari Ratu Rock Ella. Suara lantang dan bertenaga, tetapi terlalu lantang sehingga kurang jelas sebutannya adalah antara komen dari pengkritik untuk Adira. Namun Adira telah membuktikan usahanya untuk membawakan lagu yang berentak berlainan dari sebelum ini adalah antara komen dari Aznil.

Tiada apa yang menarik pada persembahan lagu Selanjur Cinta (Aishah) dari Farina mengikut kata pengkritik dan dendangannya juga kedengaran agak keras. Farina dari sudut pandangan Erra juga dilihat terlalu memberi fokus pada nada tinggi sehingga lupa untuk menghayati lagu.

Maulana, pelajar terakhir membuat persembahan cuba menampilkan kelainan minggu ini apabila menyampaikan lagu Gerimis (Visa). Namun usahanya gagal untuk menarik perhatian pengkritik, sebaliknya Maulana dikritik hebat oleh Adlin yang menyifatkan ini antara persembahan terburuk Maulana dan dua lagi pengkritik juga turut menyifatkan persembahan Mualana agak janggal dan perlu lebih kreatif.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999 dan nantikan keputusan siapa pelajar bakal dimasukkan kembali ke dalam akademi malam ini dalam Debaran AF jam 9 malam yang dikendalikan Sarimah Ibrahim.

AFMASUK

Untuk mengundi, taip AFMASUK3/5/10 NAMA PESERTA & hantar ke 32999

Isnin, 3 Mei 2010

Shahir Tersingkir Di Minggu Ke Tujuh.


Sungguh pun Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir,21, dipilih pengkritik tetap Akademi Fantasia 8 (AF8), Aznil Hj Nawawi sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 setakat ini, tetapi nasib tidak menyebelahi pemuda ini apabila mendapat undian paling bawah pada siaran langsung Debaran minggu ke-7 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Keputusan yang diumumkan hos Debaran, Sarimah Ibrahim mengejutkan ramai pihak kerana Shahir sebelum ini tidak pernah berada di zon bahaya. Apatah lagi, peratus yang diperoleh Shahir sebanyak 13.89% hanya berbeza 0.01% saja dibelakang Farina yang mendapat peratusan sebanyak 13.90%.

Bagaimanapun, Shahir yang mendendangkan lagu Tiara pada konsert ke 7 malam semalam bukanlah pilihan pengetua AF8, Norman Abd Halim sebagai pelajar terbawah carta fakulti.

Malah, Norman mengakui terkilan dengan keputusan ini dan menyifatkan Shahir sebagai pelajar kegemarannya serta layak ke peringkat akhir AF8.

"Saya redha dengan keputusan ini. Namun, untuk pengetahuan semua, Shahir sudah pun dihadiahkan sebuah lagu single dari KRU Studio bertajuk Kebahagian Dalam Perpisahan hasil ciptaan adik saya Edry Abd Halim.

"Secara kebetulan juga, Shahir baru saja selesai rakaman video muzik single ini yang dibuat siang tadi. Ini merupakan peluang kedua Shahir untuk bergelar penyanyi," ujar Norman.

Mengulas keputusan penyingkiran malam ini, Shahir yang ditemui pada sidang media penyingkiran pelajar menganggap ini bukanlah kegagalan buat dirinya.

"Shahir tak rasa gagal pun. Bagi Shahir, semuanya akan bermula di luar. Shahir terima dengan apa yang sudah tertulis untuk Shahir. Malah, Shahir berterima kasih kepada semua pihak kerana nak mencapai sampai ke tahap minggu ke-7 bukanlah satu yang mudah," kata Shahir.

Dengan penyingkiran Shahir, maka tinggal 6 orang saja lagi pelajar AF8 iaitu Maulana, Adira, Daus, Iwan, Ain dan Farina untuk merebut gelaran juara AF8.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.

Berikut adalah keputusan penuh undian minggu ke-7:
1. Adira-15.46%
2. Daus-14.39%
3. Iwan-14.36%
4. Ain-14.07%
5. Maulana-13.94%
6. Farina-13.90%
7. Shahir-13.89%

Isnin, 26 April 2010

AF8 Nad Tersingkir.



Akhirnya selepas berjuang selama 6 minggu dalam Akademi Fantasia 8 (AF8), Nad atau nama sebenarnya Nadia Emilia Roselan, 22, terpaksa akur dengan keputusan AFUNDI SMS yang tidak berpihak kepadanya malam tadi.

Beliau yang mendendangkan lagu Jikalau Aku nyanyian asal Ezlynn dalam konsert ke-6 semalam diumumkan penyingkirannya oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Debaran AF dimulakan dengan lagu tradisi, Menuju Puncak oleh semua pelajar dan disusuli dengan lagu Perpisahan Terasing nyanyian asal KRU.

Selain Nad, nama-nama lain yang turut berada di bawah sebelum undian ditutup adalah Maulana, Daus, Ain dan Iwan.

Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 7 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Rabu, 21 April 2010

Happy Birthday To Iwan AF8.


Hurm..hari ni genaplah usia Iwan AF8 melonjak ke 20 tahun. Anak kedua dari 4 adik beradik ini berasal dari Negeri Sembilan.


Selamat hari jadi Iwan yg ke 20. Semoga Iwan dapat melakukan tugasan di AF dengan cemerlang..


Dan kepada peminat-peminat Iwan jangan lupa Afundi Iwan..

Isnin, 19 April 2010

Tiada Penyingkiran Di Minggu Ke 5.



Debaran AF minggu kelima Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8) yang berlangsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi menyaksikan tiada pelajar tersingkir apabila pengacaranya, Sarimah Ibrahim mengumumkan bahawa semua pelajar terus kekal sehingga minggu depan.

Ini bermakna kesemua 8 pelajar yang tinggal iaitu Adira, Ain, Farina, Iwan, Daus, Maulana, Shahir dan Nad akan meneruskan perjuangan mereka untuk konsert seterusnya di minggu ke-6.

Walau bagaimanapun dipenghujung rancangan, nama Farina telah diumumkan berada pada kedudukan terbawah selepas undian ditutup selain dua lagi pelajar yang turut berada di kedudukan terbawah iaitu Ain dan Nad. 

Debaran AF dimulakan dengan kesemua pelajar mempersembahkan 'lagu sekolah' Akademi Fantasia, Menuju Puncak dituruti sedutan sebahagian dari kritikan-kritikan pengkritik pada malam konsert semalam. Sarimah kemudian mengumumkan kedudukan dari semasa ke semasa siapa pelajar di kedudukan terbawah.

Setelah undian ditutup dan sebelum pengumuman penyingkiran dibuat, para pelajar telah mendendangkan lagu bonus, Pergi nyanyian asal Aizat.

Isnin, 12 April 2010

AF8 Alif Tersingkir.



Alif Pula Tersingkir Muhammad Alif B. Kadim atau Alif, 19, menjadi pelajar keempat tersingkir dari program Akademi Fantasia 8 (AF 8). 
 
Pengumuman dilakukan oleh Sarimah Ibrahim pada Debaran Akademi Fantasia dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi

Pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur itu menunjukkan persembahan yang baik pada minggu keempat menerusi lagu Hanya Di Radio nyanyian asal Headwind. Namun cara nyanyian ala dangdut nya mendapat kritikan hebat terutama dari Adlin Aman Ramli. Turut menjadi pengkritik semalam adalah Aznil Hj Nawawi. Dan penyanyi terkenal, Aishah.


Kini, tiada lagi keletah ‘adik manja’ Alif yang boleh ditonton menerusi Diari AF. Malah, penonton pasti akan merindui ‘suara besarnya; setiap kali membuat persembahan untuk konsert mingguan. Dia pasti akan dirindui oleh kesemua pelajar, tenaga pengajar dan peminatnya

Kini, tinggal lapan peserta yang meneruskan perjuangan mereka dalam AF 8 pada minggu kelima ini. Adira menduduki tangga pertama dengan markah 15.17 peratus, Shahir (13.24), Maulana (11.23), Daus (10.75), Ain (10.62), Nad (10.07), Iwan (9.99), Farina (9.96) dan Alif di tangga terendah dengan (9.46)

Saksikan persembahan terakhir Alif di konsert 4.

Isnin, 5 April 2010

AF8 Anum Tersingkir.



Pujian pertama dari pengkritik tetap Akademi Fantasia 8 (AF8), Adlin Aman Ramli kepada Dayang Nor Anum Arjuan Aharun, 19 atau Anum berubah menjadi pujian dan kritikan terakhir apabila Anum menjadi pelajar yang tersingkir, di sini, malam tadi.

Keputusan yang diumumkan hos, Sarimah Ibrahim pada Debaran yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) mengejutkan ramai pihak memandangkan Anum adalah satu-satunya pelajar wanita yang mendapat pujian dari pengkritik di konsert ketiga AF8.

Pada sidang media malam tadi, Anum yang mendapat undian sebanyak 8.73% redha dengan keputusan penyingkiran tersebut. Bagaimanapun, Anum menjelaskan insiden dia jatuh sewaktu menari Menuju Puncak di awal Debaran membuatkannya sesak nafas. Oleh itu, dia terpaksa berlari ke belakang pentas. 


"Sedih memanglah sedih. Namun, nak buat macam mana. Inilah AF yang penuh dengan kejutan. Sedikit pun saya tak rasa kecewa dan saya rasa semua pelajar yang lain ada keistimewaan tersendiri. Mereka tak ada lebih tak ada kurang,” kata Anum.

Menyokong pendapat Anum, Pengetua AF8, Norman Abdul Halim sekali lagi melahirkan rasa terkilan dengan keputusan kali ini. Malah, beliau menyatakan Anum menampilkan persembahan menarik malam tadi dan tidak layak tersingkir.

"Saya terkilan sangat. Sepatutnya, ada pelajar lain yang patut tersingkir sebab mereka tak berikan komitmen walaupun telah diajar dengan sebaik mungkin. Secara jujur, saya tak suka AFUNDI masuk. Yang dah keluar biarlah keluar. Pun begitu, itu semua terpulang kepada keputusan Astro," ujar Norman.

Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 9 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Berikut ialah keputusan kedudukan Afundi malam tadi. 

1. Adira 12.68%
2. Maulana 11.36%
3. Shahir 10.05%
4. Alif 10.05%
5. Ain 9.87%
6. Nad 9.83%
7. Iwan 9.37%
8. Farina 9.12%
9. Daus 8.93%
10. Anum 8.73%

Isnin, 29 Mac 2010

Ema Pelajar Kedua Tinggalkan AF8.



Kedudukan undian yang sentiasa berada di kelompok tiga terbawah sejak awal minggu sehingga konsert semalam, nyata merupakan petanda awal buat Ema yang diumumkan sebagai pelajar kedua tersingkir dalam Debaran AF malam tadi.



Pengumuman penyingkiran dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Ema atau nama sebenarnya Erma Suhaima, 21, berasal dari Ranau, Sabah menerima undian terendah berbanding 10 pelajar dan ini menyebabkan beliau terpaksa mengangkat kaki meninggalkan rakan-rakan serta adiknya sendiri, Adira meneruskan perjuangan dalam Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8). Pemergian Ema nyata sukar diterima oleh rakan-rakanya yang lain kerana kelihatan hampir semua gagal mengawal emosi sehingga menitiskan air mata di atas pentas.

Turut menerima undian terendah di atas Ema ialah Ain serta pelajar terbaik pilihan pengetua dalam konsert kedua semalam, Maulana. Kedudukan tersebut sedikit berubah berbanding pada awal rancangan di mana Sarimah mengumumkan bahawa tiga pelajar yang menerima undian terendah sebelumnya adalah Ain, Ema dan Shahir.

Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 10 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Ahad, 21 Mac 2010

Shah Pelajar Pertama Tinggalkan AF8.


Pengumuman penyingkiran dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dan turut dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Shah atau nama sebenarnya, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, berasal dari Klang menerima undian terendah berbanding 11 pelajar lain sekali gus memecah tradisi AF sebelum ini yang melihat pelajar wanita menjadi pelajar pertama tersingkir.

Sarimah pada awal rancangan turut mengumumkan dua lagi pelajar yang menrima undian terendah di atas Shah iaitu Alif dan Maulana. Kedudukan ini tidak banyak berbeza dengan kedudukan undian pada awal konsert semalam di mana Shah turut diumumkan sebagai pelajar di kedudukan terbawah undian.

Dengan penyingkiran itu, kini 11 pelajar lain akan meneruskan perjuangan pada minggu depan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails