Geng Aku

Isnin, 23 November 2009

Nizar V'8! SPR 0h SPR...



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.



Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata hakim itu lagi ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil

Nizar V'8! Menantu Nik Aziz Letak Jawatan..

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net.

"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik.

Nizar V'8! Rakyat, barisan kepimpinan disaran pelihara kedaulatan raja-Sultan Selangor

http://4.bp.blogspot.com/_7UpcI95XCeI/SHpN5gEFIlI/AAAAAAAABVA/yJvHhE09u4M/s400/Khalid-n-Sultan.jpg

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar seluruh rakyat dan barisan kepimpinan sentiasa memelihara kedaulatan Raja dan undang-undang agar segala kejayaan yang dikecapi dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.


Baginda bertitah Raja Berdaulat yang memerintah adalah pelindung atau payung kepada rakyat agar mereka di bawah naungannya tidak teraniaya oleh mana-mana pihak.

"Ketiadaan kedaulatan Raja akan menyebabkan tiadanya satu kuasa yang boleh menjadi benteng terakhir terhadap unsur-unsur yang ingin memecahbelahkan perpaduan rakyat dan keutuhan sesebuah kerajaan,” titah Baginda di Wacana Kedaulatan Raja - Warisan Yang Mesti Dipertahankan” di sini hari ini.

Tiga elemen penting iaitu rakyat, kerajaan dan Raja tidak boleh dipisahkan dan umpama anggota tubuh badan yang mana setiap satu menjadi tunggak kekuatan anggota lain dan jika dipisahkan akan mengakibatkan kepincangan yang nyata, titah Sultan Selangor.

"Kedaulatan Sultan Selangor hanyalah diperolehi jika rakyat Beta hidup dengan aman, makmur dan harmoni serta kerajaan negeri Selangor ini membangun dengan pesat, maju serta dapat bersaing dalam dunia global.

Nizar V'8! Wanita Pakatan Rakyat Bersatu Padu.




Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR)Negeri Kedah, Salma Ismail menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa hubungan antara wanita dalam Pakatan Rakyat tidak begitu akrab.

Menurut beliau lagi hubungan antara Wanita PKR dan Muslimat PAS terutamanya di negeri Kedah yang diterajui oleh beliau amat akrab dan begitu baik sekali.

"Dalam setiap aktiviti dan program kita sudah sekian lama memastikan ada partisipasi daripada komponen parti Pakatan Rakyat.Namun begitu jika dilihat dalam konteks Negeri Kedah hubungan antara Wanita PKR dan juga Muslimat PAS amat akrab sehinggakan setiap aktiviti yang diadakan kita akan bersama-sama bagi menjayakan program dan aktiviti yang direncanakan atau dianjurkan.

http://4.bp.blogspot.com/_S0RxRnE5fGU/Se8L35Qb5uI/AAAAAAAAICg/vhjYeB6YNDk/s400/pas-muslimah.jpg
"Kita telah bersama sekian lama.Dalam pilihan raya umum dan juga pilihan raya kecil yang telah diadakan di Bukit Selambau calon kita daripada PKR bertanding.Muslimat PAS dan juga Wanita DAP turun padang sama-sama.
 
Begitu juga di Bukit Gantang dan Permatang Pasir.Kita daripada Wanita PKR turun padang bersama-sama dengan Wanita DAP bagi memastikan calon daripada PAS menang.Inilah kesepaduan yang ada antara Wanita PR."
 
http://www.tvantara.com/v1/pic/section_mainnews/20090403135019_bg.bmp
Menurut Salma lagi usaha bagi mempelbagaikan aktiviti dan mencambahkan program adalah antara usaha yang akan dipergiatkan supaya Wanita sebagai sayap parti akan dapat memainkan peranan yang konstruktif bagi membina jaringan dan hubungan akrab yang sedia ada antara Wanita dalam PR terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13 tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas majlis perasmian Konvensyen Keadilan Wanita Negeri Pulau Pinang di Dewan Perkeso, Seberang Jaya, Permatang Pauh.

Nizar V'8! Antara Korban MB Selangor dengan PM 1 Malaysia

Oleh: hazik
http://2.bp.blogspot.com/_pfyTTtLlO0w/R2u6IDvc1-I/AAAAAAAAASk/7FCzd3V-sW8/s400/Korban+lembu.jpg

"Tahun lepas MB Selangor (TS Dato' Khalid Ibrahim) telah mendapat padah hasil selongkaran GERAK yang mempersoalkan 46 ekor lembu korbannya. Usaha GERAK itu membuahkan hasil apabila SPRM dengan cepat menyiasatnya. 

Nasib bagi MB Selangor yang tentunya menjadi fokus penting kerana jelas dan nyata setiap apa yang dibuatnya pastinya dipandang, ditentang, dicincang dan dimasukkan ke dalam lubang.


Tahun ini peristiwa korban akan disambut semula. Apa yang tidak mengejutkan PM 1 Malaysia (DS Najib) telah bersedia dengan 427 ekor lembunya. Hampir 10 kali ganda dari MB Selangor! (Kenapalah tak dicukupkan 460 ekor?) Sesiapa saja boleh buat korban. MB Selangor atau PM 1 Malaysia asal muslim akan diterima ibadah korbannya dan semua muslim juga layak untuk menikmati hidangan korban. 



GERAK dan SPRM sama ada muslim atau mengaku muslim tapi tak nampak muslim pun layak. Yang belum muslim kena muslimkan dulu. Berbalik dengan PM 1 Malaysia dengan 427 lembunya. Banyak tu..!! Yelah.. untuk semua rakyatlah katakan. 

Semoga dapat menafaat semua baik PM 1 Malaysia mahupun rakyat jelata. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-Adha kepada semua pembaca. 


Kepada GERAK dan SPRM, 427 ekor lembu PM berbanding 46 ekor lembu MB Selangor cukup berbeza jauh. Apapun, niat dua-dua tokoh tu sememangnya baik cuma dua-dua puak ni je yang buat pelik. "

Nizar V'8! Blog Pro-PR Jauh Mendahului Blog Pro-BN.

"Analisis oleh Mat Saman Kati menunjukkan blog-blog pendokong PR lebih popular berbanding blog pencacai BN. Walaubagaimanapun, skop data yang diperolehi hanya merangkumi pembaca berbahasa Melayu. Apabila data menunjukkan blog PR lebih didekati oleh pengunjung alam maya, ia pasti memberi kelebihan dari segi sokongan, dan tak kurang juga kritikan yang membina.

Ini satu perkembangan yang sihat terhadap trend pengunjung di kala media arus perdana tidak lagi memainkan peranan bagi menyampaikan berita-berita yang tulus dan telus. Memilih untuk berlegar di blog pro-PR mencerminkan betapa pengunjung 'concern' terhadap perjuangan membebaskan negara ini dari cengkaman cukong-cukong penjahanam negara.

Berikut adalah data penting yang dipetik dari blog PerakExpress ;

Dari senarai 50 blog teratas, terdapat 15 blogger pro-Umno berbanding dengan 35 blog pro-PR. Dari senarai keseluruhan 100 blog teratas, blogger pro-Umno mewakili 28 % berbanding blogger pro-PR sebanyak 72%.

Tahniah kepada team PerakExpress



 

Highlight Merah adalah pro-BN

Sehati Berdansa-Giliran Oshin Tersingkir.

 

Rentak tari pasangan Oshin dan Firdaus terhenti pada malam tadi apabila tersingkir pada saingan Sehati Berdansa 3 setelah berada di tangga tercorot.

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam tadi turut melegakan pasangan Dira dan Ash yang berada pada kedudukan kedua terbawah.

Bekas ahli kumpulan Lips iaitu Oshin atau Nurul Huda MD Nasir, 23, dan suami, Mohd Firdaus Bin Mohd Shukor, 27, menjadi pasangan ke-4 tersingkir selepas mengikut jejak langkah Mirna & Norah pada minggu lalu.



http://farm3.static.flickr.com/2591/4012113297_62812cf112.jpg

Mereka berjaya mengumpul RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia. Cek disampaikan kepada wakil dari pertubuhan tersebut.

Melalui persembahan Minggu Latin yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104), kesemua pasangan selebriti rata-ratanya berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik dan rata-rata mendapat komen-komen positif daripada ketiga-tiga juri.

Selain Joseph Gonzales sebagai juri tetap, Sabrina Hassan, William Lor diundang menjadi juri jemputan pada persembahan itu yang bersiaran padaMalam Sehati Berdansa, kelmarin. Ia dikendalikan oleh Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad.

Kini tinggal 5 peserta yang bakal meneruskan saingan di minggu hadapan iaitu Sazzy Falak & Nazril Idrus; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Dira & Ash; Syed Hussein & Noor Diyana serta Didie Alias & Isham Ismail.

Nizar V'8! Hasan Karim Dipersila Sertai PAS.

Oleh: khairulfaizi 

"Saya kenali Hasan Karim sebagai seorang pejuang rakyat di Johor sejak dari awal pembabitan saya di dalam PAS. Beliau seorang pejuang yang cukup konsisten dengan perjuangan rakyat.  

Keputusan beliau bersama rakan-rakan untuk terus mempertahankan kewujudan Parti Rakyat Malaysia (PRM) setelah Dr Syed Hussin dan yang lain-lainnya membubarkan PRM untuk bergabung dengan Parti keadilan Nasional (PKN) dan seterusnya mewujudkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan betapa beliau cukup konsisten dengan perjuangan.

PRM telah meletakkan beberapa calon dalam PRU ke 12 dalam Hasan Karim sendiri telah bertanding di Parlimen Johor Bahru menentang Datuk Shahrir Samad. Walaupun tewas namun beliau tetap juga meneruskan perjuangan. Sebelum itu, Hasan Karim juga pernah bertanding di Kerusi Parlimen Pontian pada tahun 2004 dengan menggunakan lambang PKR. Walaupun PRM tidak bersama dengan PR namun semangat perjuangannya adalah sehaluan. PRM juga dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada calon PR yang bertanding di dalam siri PRK selepas daripada PRU 12 termasuklah PRK di Bagan Pinang.


Namun, pastinya keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PRM menjadi satu kejutan di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Hasrat Hasan Karim untuk membawa PRM bersama PR telah ditolak oleh perwakilan Kongres Nasional PRM ke 41 baru-baru ini dan ia bukanlah satu keputusan yang mengejutkan kerana kumpulan yang masih lagi bersama dengan PRM adalah mereka yang tidak mahu bergabung dengan PKN dahulu.

Saya menghormati kehendak perwakilan PRM ini dan ecara peribadi saya mengalu-alukan sekiranya PRM dapat bersama di dalam PR kerana sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi PR khususnya di Johor namun setakat ini PRM masih belum bersedia untuk bersama. 



 Apapun, Hasan Karim perlu meletakkan dirinya di dalam mana-mana parti di dalam PR sekiranya berhasrat untuk menyokong PR. Oleh itu, saya memperlawa beliau untuk menyertai PAS dan kita bekerja bersama untuk menumbangkan UMNO/BN khususnya di Johor.

Salam perjuangan!

Nizar V'8! Mana Nak Lari 'Najib Oh Najib'

FOTO 1

FOTO 2
FOTO 3
FOTO 4

Gambar-gambar di atas adalah gambar hansard Dewan Negara bertarikh 4 April 1989, mukasurat 993, 994 dan 995 berkaitan jawapan Kasitah Gaddam bahawa Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak sebanyak 5%.

Hansard penuh boleh di baca di sini. Baca juga mengenai perkara ini di sini.

Kumpulan Inteam Akan Adakan Konsert Tour Di Eropah Pada 2010


KUMPULAN nasyid Inteam, akan pergi ke United Kingdom dan Ireland untuk mengadakan ‘konsert tour’ mereka pada tahun hadapan.

“Salah seorang daripada peminat kami yang belajar di Eropah meminta kami mengadakan persembahkan di United Kingdom.

“Tempat itu merupakan salah satu lokasi persinggahan kami selain beberapa lagi tempat yang masih dalam perancangan,” kata ahli kumpulan Inteam, Mohd Hazamin, lebih mesra dengan panggilan Amin.



Seorang lagi daripada tiga orang ahli kumpulan itu, Abdul Rahim turut hadir dalam sebuah sidang akhbar di Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Kumpulan mereka juga akan bergandingan dengan Kumpulan nasyid Unic untuk mengeluarkan album terbaru yang dijadualkan berada di pasaran pada bulan Januari 2010.

Sementara itu, Inteam telah menjadi bekerjasama dengan penyanyi nasyid dari Indonesia, Opick untuk mengadakan sebuah konsert amal semalam di Kuala Lumpur.

Mereka akan menyanyikan lagu mereka iaitu Allahurahbi dan dua lagi lagu yang lain.
“Kami telah menyanyikan tiga buah lagu dan berduet dengan Opick untuk lagu ‘Ketika Cinta’ dalam konsert amal itu.

“Tiada apa yang kami harapkan dengan penglibatan kami, kerana kami tidak mementingkan sangat soal wang. Inteam ikhlas kerana ini adalah untuk kebajikan,” jelas Amin dalam satu temu bersamanya selepas sidang akhbar itu.

Ini merupakan kali kedua kumpulan Nasjid ini bekerjasama dengan Opick untuk mengadakan konsert.

Mereka sebelum ini pernah membuat persembahan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bersama Opick untuk kali pertama.

Apabila ditanya sama ada kumpulan nasyid ini berminat untuk berganding dengan Opick untuk mengeluarkan album, mereka terus memberikan lampu hijau.

“Adalah penghormatan besar untuk bekerjasama dengan Opick kerana beliau merupakan nama besar dalam industri seni muzik nasyid di Indonesia.

“Kami memang akan mengalu-alukan sebarang peluang untuk bekerjasama Opick,” tambah Amin lagi.



Selain itu, album mereka, ‘Allahurahbi’ [gambar] yang dilancarkan pada bulan Jun yang lepas masih mendapat sambutan yang agak menggalakkan dalam kegawatan ekonomi sekarang.

“Kira-kira 5,000 unit daripada album itu sudah terjual dan kami masih sedang mempromosikan album tersebut,” ujar Amin lagi.

Nizar V'8! Ahli Diminta Fokus Perkasa Parti, Tarik Sokongan Rakyat

Ahli PAS diminta memberi fokus untuk memperkasa parti dan jangan mudah melatah dengan mainan politik parti lawan yang mahu melihat PAS berpecah.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa berkata, kemasukan 3 ribu ahli baru dalam masa beberapa hari lalu bukti PAS masih terus diberi kepercayaan oleh rakyat sekaligus membuktikan serangan demi serangan oleh pihak lawan gagal.

"PAS menerima 3,000 orang ahli baru dan ini membuktikan PAS tetap kuat dan apa yang dikatakan PAS kini menghadapi masalah dalaman yang serius tidak benar.

"Jika perbezaan pendapat itu memang ada tapi tidak sampai berpecah belah atau berpuak-puak, " tegasnya dalam program 'Talimat Isu Semasa' di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor semalam.



Baginya, Umno dan BN sengaja melebelkan sesuatu termasuk mencipta puak dalaman PAS semata-mata untuk tujuan meruntuhkan semangat ahli atau kepercayaan terhadap kepimpinan termasuk Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Senario itu tambahnya, kerana Umno dan BN terdesak ekoran kemunduran sokongan sejak penghujung tahun 1999.

Walaupun mereka dikatakan sedang membina emej semula tetapi ia akan memakan masa kerana kejatuhan BN berpunca daripada amalan kezaliman dan keegoan kepimpinan mereka sendiri.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang membina imej mereka semula maka PAS dan Pakatan Rakyat harus mempertajamkan perancangan bagaimana untuk membentuk satu pakatan yang utuh untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 nanti, " katanya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang itu.



Sebab itu, berbagai isu yang berlaku melibatkan PAS dan parti gabunganya kena berwaspada dengan taktik buruk tersebut memandangkan media arus perdana turut membantu menaikan emej BN sekaligus mengimpikan keruntuhan Pakatan Rakyat sebelum menjelang pilihanraya umum depan.

Kata Ustaz Nasarudin seterusnya, PAS di semua peringkat wajar mengimbangkan kembali tujuan dan matlamat perjuangan antara politik, kebajikan dan tarbiyah keahlian.

Ini kerana, tanpa jalinan ketiga-tiganya, PAS akan rugi dan dibimbangi berlaku penurunan sokongan.

Hadir dalam program tertutup itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Ustaz Khalid Man.

Nizar V'8! Utusan Cuba Buat Provokasi Lagi.


Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha 'mematikan' karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.

Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.

"Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

"Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

"Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.

Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz juga seperti dilaporkan akhbar itu, telah mengarahkan Husam bercuti lima hari untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Mengulas provokasi itu Husam memberitahu, beliau kesal dengan sikap media tersebut yang sebgaja cuba mencetuskan kesan negatif terhadap beliau.



"Hari ini (semalam), Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

"Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit," jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

Selain cubaan mematikan karier beliau, laporan tersebut juga dakwanya cuba memalukan dan meminggirkan Nik Aziz akibat dari ketegasan pemimpin yang disegani itu.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

"Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? soalnya.




Dalam tulisan tersebut, Husam turut menjelaskan pertemuan beliau dengan Nik Aziz Khamis lalu hanya untuk memaklumkan nasihat doktor yang mahu beliau mengurangkan aktiviti dan merehatkan tulang belakang.

Ianya langsung tiada kaitan dengan dakwaan mahu meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.

Dan masalah cuti sakit tegasnya, tidak boleh dikaitkan dengan mahu meletak jawatan.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu?

"Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?" soal beliau lagi.

Semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menafikan dakwaan dilapor Utusan itu dan menempelak sikap media yang cuba menimbulkan perkara yang tidak benar.

Nizar V'8! PDRM Yang Berat Sebelah.



Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai malam tadi terpaksa dibatalkan selepas hanya 10 minit berucap berikutan tindakan polis menarik balik permit di saat akhir.

Punca permit ditarik adalah kerana bantahan dari kira-kira 30 pemuda Umno, kata Anwar dalam satu kenyataannya.

Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah dalam majlis itu.

"Alasan yang diberikan OCPD ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran Umno maka ianya akan dibatalkan?" kata beliau dalam kenyataannya.

Bagi beliau, adalah tidak wajar polis mengikut telunjuk Umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.

Anwar sepatutnya memberikan ceramah bersama Datuk Chua Jui Meng malam tadi namun terpaksa menghentikan program itu di pertengahan majlis.

"Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai," katanya.

Filem Jalang buka mata Umum.


Yasmin Khanif


Yasmin Khanif tidak sangka filem pertamanya mampu tarik perhatian juri Festival Filem Malaysia ke-22 awal Ogos lalu

KETIKA senarai Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-22 diumumkan tidak lama dulu, nama Yasmin Khanif turut dicalonkan sekali. Saat itu, tidak ramai yang mengenali siapa pelakon wanita ini.

Begitupun, pencalonan ke peringkat top 5 sudah tentu satu bonus buat Yasmin. Apatah lagi pada waktu itu, filem sulung lakonannya, Jalang, belum pun ditayangkan kepada umum. Paling tidak, pemilihannya ke peringkat akhir dikira promosi awal buat filem terbitan De'Baron Sdn Bhd itu, yang hanya menemui penonton mulai 26 November ini.

Yasmin bagaimanapun gagal menjulang trofi berkenaan, yang jatuh ke tangan Jaclyn Victor, hasil kemunculan pertamanya di layar lebar menerusi filem Talentime. Tiga lagi calon akhir lain ialah Heliza Helmi (Syurga Cinta), Zalina (Jin Hutan) dan Yuhana Yahya (Histeria).

"Untuk menang, rasanya memang jauh sekali daripada jangkauan. Namun, pencalonan ke peringkat akhir itu saja sudah cukup bermakna buat aktres yang baru hendak membuka langkah seperti saya. Saya benar-benar bersyukur dengan pencalonan berkenaan. Sampai sekarang saya masih tidak percaya, lakonan pertama sedikit sebanyak membuka mata juri festival," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.

Kejayaannya ke peringkat top 5 kategori terbabit turut memberikan semangat lebih membara buat pelakon berusia 21 tahun ini untuk terus menyerlah menerusi lakonan seterusnya.


"Jika sebelum ini saya langsung tidak terfikir soal anugerah atau pencalonan, namun kini ia bagai memberikan harapan yang lebih bersinar. Ia membuatkan saya ingin belajar lebih mendalam lagi mengenai dunia lakonan, demi mempertingkatkan keupayaan. Jika ada rezeki, saya juga ingin sekali lagi berada dalam senarai top 5, pada festival tahun depan," katanya disulam senyuman.

Peluang itu tidak mustahil digenggam aktres bermata cerah ini apabila dia sudah pun dirisik untuk membintangi beberapa judul lain selepas Jalang. Antaranya, dia akan muncul dalam filem Insaf, diikuti Blues Untuk Aku yang bakal diarahkan pelakon Hairie Othman. Filem kedua itu sekali lagi diterbitkan De’Baron.

Bermula sebagai pelakon iklan, terutama untuk siaran Timur Tengah, anak jati Kuala Lumpur ini mengaku dia sudah mula berasakan keseronokan berlakon filem selepas membintangi Jalang, yang menggandingkan dirinya dengan ramai pelakon lelaki termasuk Hairie, Helmi Husaini, Ridzuan Hashim, Kuswadinata dan Yank Kassim.

Turut menjayakan filem yang dirakam sepenuhnya di Pulau Langkawi itu ialah Maria Farida, Norlia Ghani, Roslan Salleh, Faizal Hussein dan Amy Lateef.

http://4.bp.blogspot.com/_pWU65Q7B5vQ/SuVi-QCPYWI/AAAAAAAABLg/U0G9JQquKzs/s400/filemgambar.php.jpg "Walaupun penggambaran iklan memakan masa yang singkat, tetapi kepuasan sebenar dicapai sewaktu berlakon filem. Apatah lagi apabila saya diberikan watak Maria, wanita jalang yang ingin kembali ke pangkal jalan. Biarpun belum mampu memberikan persembahan terbaik, tetapi kepuasan dapat dirasa apabila melihat hasilnya. Di filem, kita perlu mempunyai rasa dan mesti menunjukkan emosi. Ia tidak dapat dilakukan di iklan TV," kata wanita cantik ini.

Menerima watak perempuan jalang sememangnya bukan calang-calang cabaran buat Yasmin. Namun, keluarganya sendiri memberikan galakan apabila mengetahui, cerita yang dipaparkan mempunyai pesanan positif yang bukan sedikit untuk penonton filem ini. 

Nizar V'8! Impian Beregu Emas Musnah.


KIEN KEAT (kiri) dan Boon Heong gagal menyekat kehebatan beregu Korea Selatan pada perlawanan akhir Terbuka China di Shanghai semalam.



IMPIAN beregu sensasi negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk merangkul kejuaraan ketiganya musim ini tidak kesampaian.

Semalam, beregu lelaki pilihan pertama itu tewas kepada musuh utama, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka China yang berakhir di Shanghai semalam.

Kien Keat-Boon Heong yang juga juara Terbuka Switzerland dan Denmark tahun ini, tetap memberi tentangan sengit sebelum tewas 21-13, 19-21, 21-18.


BEREGU Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae (kanan) muncul juara Terbuka China semalam.


Selepas tewas di set pertama, Kien Keat-Boon Heong kembali bangkit untuk menang di set kedua dan meskipun ketinggalan 7-16 di set penentuan, Kien Keat-Boon Heong tetap berjuang untuk merapatkan kedudukan 18-20 sebelum tewas dalam masa keseluruhan 76 minit.

Terbuka China merupakan kejohanan terakhir Super Series tahun ini sebelum kejohanan Final Masters yang akan diadakan di Johor Bahru bulan depan.

Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing tahun lepas, Lin Dan muncul juara perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain Denmark, Jan Jorgensen pada perlawanan akhir.


JUARA acara perseorangan wanita, Jiang Yanjio.


Begitupun, Lin Dan terpaksa bekerja keras untuk menundukkan Jorgensen 6-21, 21-13,17-21.
Acara perseorangan dan beregu wanita juga turut menyaksikan penguasaan pemain China.

Pilihan keenam, Jiang Yanjiao menewaskan rakan senegara, Wang Xin 21-19, 22-20 pada perlawanan akhir perseorangan wanita manakala Tian Qing-Zhang Yawen membuat kejutan apabila turut menewaskan pilihan kedua dari China, Du Jing-Yu Yang 21-14, 21-14.

Begitupun, acara beregu campuran menyaksikan beregu Korea Selatan, Yong Dae-Lee Hyo Jung mengecewakan beregu tuan rumah, Zheng Bo-Ma Jin 21-18, 15-21, 21-15.

Nizar V'8! Facebook Najib Naik Mendadak.





Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Internet Facebook terus melonjak apabila sehingga pukul 4 petang ini seramai 24,052 pengguna mendaftar sebagai peminat.
 
Berbanding sejak Perdana Menteri mengumumkan penyertaan beliau dalam laman itu pada 16 November lalu, hanya menarik 804 peminat dan ia meningkat kepada 6,287 peminat dua hari selepas itu.

Tinjauan di laman www.facebook.com/najibrazak menunjukkan rata-rata peminat beliau menggelarkannya sebagai Perdana Menteri 1Malaysia selaras dengan gagasan Najib untuk menyatukan rakyat negara ini di bawah gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'



Majoriti daripada peminat beliau menyuarakan perasaan bangga dan berbesar hati kerana diberikan peluang untuk 'bercakap' terus dengan pemimpin negara tanpa sekatan protokol dan birokrasi, sesuatu yang terlalu jarang dilakukan oleh pemimpin lain sebelum ini.

Peminat pula jelas amat teruja apabila Najib sebagai orang nombor satu negara menjawab sendiri setiap mesej yang disampaikan termasuk memasukkan aktiviti terkini beliau yang kini sedang dalam percutian.

Antara catatan terkini Najib pada pukul 4.04 pagi dalam Facebook itu adalah beliau sedang berada di kokpit kapal terbang semasa mendarat di London.

"NajibRazak: Berada dalam kokpit semasa mendarat di London yang amat berkabus, cuaca normal British. Banjir di Utara (London) adalah petanda buruk. Perubahan cuaca: dunia perlu bertindak dengan tegas."



Antara gambar dimuat naik Perdana Menteri yang menjadi perhatian peminat adalah gambar beliau sedang minum bersama Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik rehat bangunan Parlimen Rabu lalu.

Sementara itu, selain laman web www.1Malaysia.com.my, laman sosial facebook Najib terus menjadi wadah kepada rakyat menyuarakan secara terus aduan, penghargaan dan perangsang kepada Perdana Menteri.

Kitar semula dalam Kapten Kit




Bergandingan... Asry sebagai Kapten Kit pertama kali digandingkan dengan Puteri Fateen.





KEBIASAANNYA isu alam sekitar mahupun segala yang menyentuh perihal penjagaan alam sekitar tidak begitu menarik perhatian para penggiat filem mahupun drama untuk dikomersialkan.

Namun, lain pula dengan sutradara yang cukup berpengalaman, Aziz M. Osman.

Mengangkat kisah berkaitan alam sekitar, olahan jalan cerita yang menarik serta lebih segar dilihat sesuatu yang cukup berbeza dengan mana-mana kisah yang pernah dipaparkan di kaca televisyen sebelum ini.

Memulakan pengambaran pada 4 November lalu, Kapten Kit bakal bersiaran di TV3 mulai hari ini (23 November).

Drama 13 episod yang menghiasi slot Aksi pada setiap hari Isnin pukul 9 malam itu dibintangi oleh Asry Azizan (Kassim Selamat atau Kapten Kit), Puteri Fateen Nasuha (Sofea), Munir (Yahaya) dan Kish (Naidu).

Tidak ketinggalan ialah Azie Yahaya (Doktor Tini), Qazem Nor (Nash) dan A.R. Badul sebagai Datuk J.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran siri tersebut yang diadakan di Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini ternyata pengarah itu sedang rancak memberi tunjuk ajar kepada barisan pelakonnya.

http://4.bp.blogspot.com/_OuN2bT5Vglw/SHdxevuoYBI/AAAAAAAABhA/kpvLOJCa0KU/s320/aziz.jpg


Bercerita tentang Kapten Kit, kata Aziz, ia mengambil kisah seorang pemuda bernama Kassim Selamat yang begitu meminati pakar dunia penciptaan, Thomas Edison yang cukup dikenali pada kurun ke-18.

"Thomas Edison seorang yang cukup pakar dalam mereka pelbagai barangan yang di luar kotak pemikiran ketika zamannya.

"Daripada inspirasi itulah Kapten Kit menggunakan barangan terbuang mencipta pelbagai gajet yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat di hari muka.

"Kisah ini juga mengajar penonton tentang apa yang telah dibuang tidak semestinya tidak boleh digunakan semula. Itu mesej yang cuba kita sampaikan," kata Aziz.

Ironinya, kata Aziz, nama Kassim Selamat sendiri sudah merupakan nama kitar semula yang pernah digunakan oleh Tan Sri P. Ramlee dalam filem arahannya, Ibu Mertuaku.

Tujuan Kapten Kit bekerja di pusat kitar semula adalah untuk memudahkannya memperoleh pelbagai barang terbuang untuk dijadikan bahan membuat berbagai jenis gajet.

Selain memaparkan isu semasa, menurut Aziz, tidak lupa diselitkan ialah babak-babak percintaan antara Kapten Kit dan Sofea.

"Kebetulan, Sofea begitu sensitif dengan persekitarannya. Malah, dia kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Kapten Kit dalam memelihara alam sekitar.

"Namun, dalam masa yang sama Kapten Kit terjebak dalam cinta tiga segi antara Sofea dan doktor Tini yang pernah merawatnya ketika terkena sisa toksik yang dibawa oleh tikus," katanya.

Tidak lengkap rasanya kisah berlatarkan aksi komedi seperti ini jika tidak diselitkan dengan watak-watak jahat yang sentiasa cuba mencari jalan memusnahkan kehidupan Kapten Kit.

Seperti kisah aksi komedi lain, watak penjahat, Nash sengaja diadakan untuk mencantikkan lagi plot penceritaan kisah tersebut.

Mahu masyarakat menghargai alam
Mengenengahkan isu alam sekitar, bukan satu bebanan buat pengarah berpengalaman itu.

Sebaliknya, dia menganggap itu sebagai tanggungjawab sosialnya dalam memberi pendedahan kepada penonton terutamanya penonton cilik.

"Kisah-kisah aksi ataupun super hero sebegini, sasarannya lebih kepada kanak-kanak.
"Dan apabila isu berkaitan alam sekitar diketengahkan, secara tidak langsung pembelajaran dan mesej itu dapat disampaikan.

"Berbanding golongan dewasa, kanak-kanak lebih mudah dibentuk dan dipupuk.
"Apa yang saya harapkan selepas ini akan lebih ramai yang terdorong untuk menghargai alam sekitar," kata Aziz lagi.

Dalam menghasilkan kisah aksi sebegini, sudah tentu pelbagai idea serta teknik digunakan.
Namun, menurut Aziz, dia tidak banyak menggunakan teknik janaan komputer (CGI) kerana ingin memelihara keaslian jalan cerita yang hendak disampaikan.

"Cuma, kelainan yang saya lakukan ialah menggabungkan idea pengarahan saya dengan Along Hafiz, pengarah yang pernah mengarahkan siri Bong yang disiarkan di TV9.

"Menggunakan dua pengarah saya tidak rasa bakal mengganggu idea mahupun jalan cerita yang ingin disampaikan.

"Dia salah seorang pengarah yang cukup saya percayai kebolehannya. Malah, dia juga mempunyai idea-idea menarik yang boleh diketengahkan dalam cerita tersebut," kata pengarah filem XX-Ray itu.

Along Hafiz bertanggungjawab mengarahkan siri tersebut daripada episod lima hingga 11. Selebihnya, diarahkan oleh Aziz sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails