Geng Aku

Ahad, 18 April 2010

Serangan Peribadi: PKR Mahu SPR Bertindak.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya bertindak ke atas Barisan Nasional (BN) yang didakwa terus-menerus menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim dalam kempen mereka.
 
Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, SPR sepatutnya memantau taktik kotor BN serta menyekat mereka daripada menyerang peribadi calon PKR itu sepanjang kempen yang akan berakhir pada 24 April nanti.


"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...BN patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.

"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum orang itu lagi, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," tegasnya pada sidang media PKR di sini, hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.


Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini.

Fuziah berkata, BN tidak berhak untuk menghukum Zaid dengan menyerang peribadinya serta mengungkit kembali sejarah lampau pemimpin itu yang dianggap sudah berlalu.

"Adalah menjadi tanggung jawab manusia untuk menutup aib seseorang...BN sepatutnya bercakap tentang apa yang mereka ingin tawarkan kepada rakyat," katanya.

Ditanya mengenai sokongan PAS kepada calon PKR, beliau berkata parti komponen dalam pakatan rakyat itu memberi sepenuh sokongan dan sudah melupakan perkara lalu yang dilakukan Zaid terhadap PAS.

Achik Spin Meninggal Dunia.


Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, telah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang jam 6 petang tadi.
 
Perkara ini disahkan sendiri oleh rakan baiknya, Siti Nordiana Alias (Nana), 26 sebentar tadi.

Keadaan Kereta Achik Yang Terbakar Teruk

Kemalangan itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah menjalani satu program hiburan, Gah 1di RTM bersama Nana awal petang tadi. Nana ketika dihubungi murai.com.my mengesahkan berita itu setelah dimaklumkan oleh ahli keluarga Achik.

"Nana betul-betul terkejut dan tak sangka perkara ini terjadi.Sukar untuk percaya apabila menerima berita tentang kematian Achik ini sebab baru petang tadi kami berganding bersama menjayakan program Gah 1 di RTM. Malah sewaktu program itu selesai, Nana sempat berborak dengan dia dan menghantar beliau ke keretanya.


"Nana sendiri pun tak tahu apa punca kemalangan tersebut, tapi apa yang Nana diberitahu oleh ahli keluarga Achik, kereta Toyota Estima yang dipandunya terbabas dan terbakar. Arwah meninggal di tempat kejadian.

Nana rasa sedih sangat kerana Nana rapat dengan Achik kerana kami sama-sama memulakan karier sebagai artis rakaman dan sama-sama mencipta nama.Sekarang ini Nana dalam perjalanan menziarahi jenazah arwah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bersama ahli kumpulan Spin yang lain"kata Nana yang masih sebak serta tidak dapat menahan kesedihan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails