Geng Aku

Rabu, 8 April 2009

RAKYAT TAK RESTU..........



MOHON RESTU RAKYAT...Inilah motto kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang yang berakhir semalam.

Restu dipohon oleh Datuk Seri Najib untuk jawatan yang baru dipegangnya iaitu Perdana Menteri. Restu dipohon oleh Datuk Dr Zambry untuk jawatan MB Perak. Restu dipohon oleh Ismail untuk menjadi anggota Parlimen Bukit Gantang.


Terbukti, rakyat menolak permohonan mereka bertiga apabila BN kalah di Bukit Gantang dengan majoriti yang sangat besar iaitu 2,789 undi. Kini apa yang akan dibuat oleh Najib dan Zambry khasnya selepas rakyat menolak permohonan mereka.

Mahukah Najib melepaskan jawatan PM? Mahukan Zambry melepaskan jawatan MB Peraknya?

Yang pasti, hingga kini hanya Ismail yang tidak menjadi anggota Parlimen Bukit Gantang. Yang berdua lagi itu belum membuat keputusan mereka lagi walaupun rakyat telah menolak permohonan mereka.

SAH KEPUTUSAN 2-1







Kelihatan gambar di atas NIZAR bersama pepimpin PR>


Sebagaimana yang diramalkan oleh Penganalisis Politik, keputusan tiga pilihan raya


semalam adalah 2-1, dua untuk Pakatan Rakyat dan satu untuk Barisan Nasional.


Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menang dengan majoriti




yang lebih besar di Bukit Gantang berbanding 2008 lalu apabila beliau menang dengan majoriti


2,789 undi mengalahkan calon BN, Ismail Saffian.Nizar mendapat 21, 860 manakala Ismail


mendapat 19,071 manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu hanya mendapat 62 undi dan hilang




wang pertaruhannya.Di Bukit Selambau, calon Pakatan dari PKR, S Manikumar menang dengan


majoriti 2,403 undi mengalahkan 14 calon lain termasuk calon BN, S Ganesan.


Di Batang Ai, calon BN Malcom Mussen Lamoh menang dengan majoriti 1,854 undi mengalahkan


calon PKR dari Pakatan, Jawah Gerang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails