Ibu paling kerdil di dunia kini menanti kelahiran anak ketiganya meskipun diberi amaran ia boleh menyebabkan dia mati.
Stacey Herald, 35, hanya setinggi 71 sentimeter sementara anak yang akan dilahirkannya kelak adalah separuh daripada saiznya.
Apabila anak itu berusia setahun, dia akan lebih tinggi daripada Stacey.
Doktor sebelum ini memberi amaran kepada Stacey yang berasal dari Kentucky bahawa kehamilan itu akan menyebabkan dia mati.
Stacey Herald, 35, hanya setinggi 71 sentimeter sementara anak yang akan dilahirkannya kelak adalah separuh daripada saiznya.
Apabila anak itu berusia setahun, dia akan lebih tinggi daripada Stacey.
Doktor sebelum ini memberi amaran kepada Stacey yang berasal dari Kentucky bahawa kehamilan itu akan menyebabkan dia mati.
|
Tetapi dia dan suaminya, Will, yang mempunyai ketinggian 175 sentimeter percaya, anak mereka adalah hadiah daripada Tuhan.
“Kami hanya berpendapat mereka adalah hadiah daripada Tuhan kepada kami dan apabila saya melihat mereka, saya dapat merasakan kasih sayang antara saya dengan Will.
“Sukar bagi kami untuk menolak lebih ramai anak.”
Stacey mengalami penyakit Osteogenesis Imperfecta, yang menyebabkan kereputan tulang dan paru-paru yang tidak membesar.
Keadaan itu menyebabkan pertumbuhannya terencat dan memaksanya menggunakan kerusi roda.
Kini, kerana kehamilannya, dia tidak dapat mendukung anak keduanya dan terpaksa bergantung kepada Will untuk melakukan hampir semua kerja rumah.
Dia mengaku tidak selesa ketika hamil kerana terpaksa terlantar di katil selama beberapa minggu sebelum melahirkan anak.
Meskipun berdepan dengan rintangan, Stacey dan Will, pelatih paderi, berkata, mereka mahukan lebih ramai anak.
Pasangan itu bertemu pada 2000 ketika bekerja di sebuah pasar raya di Dry Ridge, tempat mereka sama membesar sebelum berkahwin pada 2004.
Doktor berkata, kandungannya akan membesar sehingga tidak dapat ditampung oleh tubuhnya yang kecil dan akhirnya memusnahkan organnya, menyebabkan dia mati.
“Semua doktor memberitahu saya akan mati. Mereka merayu supaya saya tidak hamil.
“Malah ibu saya juga berkata: ‘Anda sendiri tahu yang anda tidak akan hidup.’
“Saya memberitahunya, ‘Kehadiran saya di dunia ini adalah satu keajaiban. Mengapa tidak anak saya juga menjadi satu keajaiban,’” kata Stacey.
Anak pertama pasangan itu, Kateri dilahirkan pada 2006 dan menghidap masalah serupa dengan Stacey.
Anak keduanya, Makaya dilahirkan pada 2008.Dia hampir separuh ketinggian ibunya ketika dilahirkan.
Kini, kedua-dua kanak-kanak itu lebih besar daripada ibu mereka yang sudah 30 minggu hamil dengan anak lelaki pertamanya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan