Geng Aku

Ahad, 6 Disember 2009

Malaysia Kena Belasah 0-8.



Skuad wanita Malaysia tewas 0-8 kepada pasukan Vietnam dalam acara bola sepak wanita pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Universiti Nasional Laos, di sini Ahad.



Kekalahan ini merupakan yang kedua skuad negara selepas dibelasah 0-14 oleh pemenang pingat emas pada edisi di Korat, dua tahun lepas, Thailand pada Jumaat lepas.



Gol-gol Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Thi Muon (minit ke-20, 68), Doan Kim Chi (17, 85), Tran Kim Hong (29), Ng T Minh Nguyet (63), Lee Thi Oanh (80), Van Thi Thanh (72).




Malaysia akan bertemu tuan rumah Laos pada perlawanan Jumaat ini sebelum menamatkan saingan yang dijalankan secara round-robin dengan menentang pemenang pingat perak pada edisi di Korat, Myanmar pada Ahad depan.

Hanya Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Laos yang menyertai acara bola sepak wanita pada temasya di Vientiane.

-- BERNAMA

Sehati Berdansa-Pasangan Oshin Beraksi Kembali



Yeah,, Seperti Biasa Setiap hari ahad, saya akan mengemas kini kan rancangan realiti tentang tarian & selebriti, tidak lain dan tidak bukan Sehati Berdansa.

Buat pertama Kali dalam sejarah rancangan Sehati Berdansa 3 telah menciplak gaya rancangan Akademi Fantasia kerana mengadakan SB MASUK.

SB MASUK yang mempertemukan pasangan yang telah tersingkir untuk kembali beraksi di Sehati Berdansa 3 ialah seperti berikut menggikut turutan mereka tersingkir:

  1. Pasangan Anita
  2. Pasangan Enot
  3. Pasangan Mirna
  4. Pasangan Oshin
  5. Pasangan Didie   


Semua pasangan yang membuat persembahan malam semalam tidak mengecewakan para penonton dan juri tetap sehati berdansa 3 iaitu Joseph Gonzales.




Pasangan yang menonjolkan aksi luar biasa tidak lain dan tidak bukan pasangan Didie & Oshin. Pasangan Didie yang menarikan tarian minggu Hip-Hop, dengan wajahnya yang dimekap seperti gaya gotic amat menakjubkan dan menghiburkan sekali. Pasangan Oshin pula menarikan tarian minggu Bollywood, semangat pasangan ini amat bertenaga sekali, kerana mereka berdua meminati tarian Bollywood.



Manakala pasangan Mirna telah mempamerkan aksi yang mantap, dan diperakui oleh para juri dengan mengatakan ada peningkatan untuk pasangan ini.




Pasangan Anita dan Enot Biasa-biasa saja, Dan pasangan yang telah mendapat undian tertinggi oleh para penonton di luar sana adalah pasangan Oshin.Tahniah diucapkan kepada pasangan Oshin yang telah berjaya.

kepada pasangan yang tidak berjaya anda juga adalah yang terbaik dari yang terbaik sebenarnya.

Pasangan yang masih kekal adalah pasangan Sazzy, pasangan Sein, pasangan Dira Dan Terakhir pasangan Isma.                                                           

Malaysia Kena Belasah Dengan Vietnam.



Skuad bawah 23 tahun kebangsaan gagal meneruskan kecemerlangan apabila tewas 3-1 kepada Vietnam pada perlawanan kedua peringkat kumpulan, bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25 di Laos hari ini.



 
Malaysia yang membelasah Timor Leste 11-0 pada perlawanan pertama ketinggalan seawal minit ke-12 hasil jaringan Thanh Binh dan kemudian diikuti gol kedua oleh Mai Tien Thanh, 10 minit kemudian.



Nguyen Trong Hoang menambah duka Malaysia apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-47 manakala gol saguhati diperoleh melalui jaringan sendiri pemain Vietnam, Vo Hoang Quang minit ke-25.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Thailand, Vietnam dan Timor Leste.

Malaysia Sapu Bersih Di Final Super Series Dunia.



Malaysia berjaya menjuarai tiga kategori kejuaraan badminton Siri Super Dunia Akhir menerusi pemain perseorangan wanita Wong Mew Choo, beregu wanita Wong Pei-Tty-Chin Eei Hui dan perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei.



Mew Choo muncul juara kejohanan badminton itu selepas menundukkan pemain Jerman, Juliane Schenk 21-15 dan 21-7 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Johor Baharu pada Ahad.



Beregu wanita negara, Pei-Tty-Eei Hui juga berjaya mempertahankan kejuaraan acara beregu selepas menundukkan beregu Denmark, Kamilla Rytter Juhl-Lena Frier Kristiansen 21-17 dan 21-14 pada perlawanan akhir itu.




Pemain nombor satu dunia, Chong Wei seperti yang dijangka berjaya mempertahankan kejuaraan apabila menumpaskan pemain Korea Selatan, Park Sung-Hwan 21-17 dan 21-17.

Jalang Yang Meloyakan..



Filem Jalang yang digembar gemburkan akan dapat menarik penonton Malaysia ke pawagam, nampaknye indah kabar dari rupa.

Filem yang baru ditayangkan pada 26 Nov. di pawagam Malaysia itu, hanya mampu mengutip sekadar 380 ribu ringgit sahaja, dengan kos penerbitannya sebanyak 1.3 juta ringgit.


Filem yang dibarisi pelakon Hairie Othman, Kuswadinata, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Yasmin Khanif.memang sangat menghampakan, Jalan cerita langsung tidak menarik..

Jom Review Sikit
Maria Hanafi (Yasmin Khanif) adalah seorang yang bekerja di sebuah syarikat perdagangan dan perkapalan antarabangsa di Langkawi. Maria bijak mendapatkan perjanjian perniagaan dengan meniduri mereka yang mempunyai pangkat atau darjat tinggi dalam bidang perniagaan. Antaranya adalah Dato' Nahu (Kuswadinata), anak kepada Dato' Nahu yang juga merupakan teman lelakinya, Ikram (Helmi Husaini), bosnya Tan Sri Jamaudi (Ridzuan Hashim) dan juga pegawai atasannya Zulfikri (Roslan Saleh). Apabila Maria membuat keputusan untuk bertaubat, dia diekori oleh seorang penyiasat persendirian bernama Ali Topan (Yank Kassim) yang diupah oleh seorang Datin (Maria Farida) yang ingin membongkar cara hidupnya, sekaligus memalukan Maria.


Pemuda PAS Beri Sokongan Kepada Skuad Bola Sepak Negara

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberikan sokongan penuh kepada pasukan bola sepak Malaysia yang akan berdepan pasukan Vietnam pada petang ini.



 VS




 
Ketuanya. Nasrudin Hassan berkata, meskipun Vietnam turun dengan rekod cemerlang merka pada 2007, namun beliau yakin skuad bola sepak negara mampu mengalahkan Vietnam seperti yang dilakukan pada temasya sukan SEA di Kuala Lumpur tahun 2001.

Ketika itu, skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Vietnam pada aksi peringkat kumpulan.

Namun pada sukan SEA 2007 di Korat, Thailand, Vietnam mengalahkan Malaysia 3-1 pada saingan peringkat kumpulan.

"Kami harap Malaysia menang berbekalkan semangat dan kesungguhan mengangkat maruah negara.



"Kemenangan petang ini penting untuk melonjak reputasi pasukan negara dan sekaligus memperbaiki ranking negara di papan utama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Selamat maju jaya,"katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Harakahdaily.

Malaysia akan menentang Vietnam pada aksi kedua kumpulan A pada jam 3 petang ini (4 petang waktu Malaysia) di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, Vientiane, Laos.

Seterusnya Malaysia akan menentang Kemboja pada 8 Disember dan juara bertahan Thailand pada 11 Disember.

Pada aksi pembukaan acara bola sepak Sukan SEA XXV Malaysia membelasah Timor Leste 11-0.

Sukan SEA ke-25 di Laos akan membuka tirainya secara rasmi pada Rabu depan.
Kontinjen negara mensasarkan kutipan 30 hingga 35 pingat emas menerusi 21 acara sukan yang disertai.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara akuatik (renang dan terjun), taekwondo, memanah, olahraga, badminton, snuker & billiard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping-pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wusyu.

Malaysia muncul juara keseluruhan pada temasya sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur dengan 111 pingat emas.

Natasha Hudson Bercerai Lagi.




Sisipan akhbar Berita Harian memaparkan kisah Natasha Hudson sudah pun bercerai buat kali kedua dengan bekas suami’nya, Datuk Shahrin Zahari.

Perkahwinan sebelum ini dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih, hanya bertahan selama 4 bulan. Manakala, dengan Datuk Shahrin Zahari pula, hanya bertahan selama 2 tahun. Bagaimana pun, perkahwinan kedua Natasha Hudson telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Neesa Helena.


Menurut Natasha Hudson, penceraian kali ini disebabkan tidak mempunyai kesefahaman antara mereka berdua. Walaupun masih menyayangi antara satu sama lain, takdir sudah menentukan perpisahan adalah jalan yang terbaik buat mereka.

Kerajaan Negeri P. Pinang Iktiraf Penghafaz Al-Quran


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memberi pengiktirafan kepada para penghafaz Al-Quran di negeri ini dengan memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka.

Sejajar dengan itu seminar Huffaz yang telah diadakan di Dewan Sri Pinang baru-baru ini dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah salah satu tindakan kearah pengiktirafan tersebut.


Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim setakat ini 137 para hafiz dan hafizah telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu cara menghargai sumbangan mereka yang berjaya menghafaz Al Quran di negeri ini.

"Kita juga berhasrat untuk mewujudkan satu keluarga satu huffaz serta usaha kearah ini sedang giat dilaksanakan bagi mencapai aspirasi tersebut."

Dalam pada itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyokong usaha yang diambil bagi memartabatkan para huffaz ini.

"Kerajaan Negeri memberi pengiktirafan kepada mereka ini adalah kerana kita berkeyakinan golongan seperti ini adalah mereka yang mempunyai komitmen tinggi dan memerlukan disiplin serta keperibadian mulia untuk melaksanakannya.



"Kita juga yakin degan adanya golongan hafiz dan hafizah ini maka masalah sosial dikalangan masyarakat seperti krisis moral, kemungkaran dan pelbagai masalah sosial akan dapat dihindari sebagaimana yang menjadi konsep amalan Kerajaan Negeri kearah 'Amar Makruf Nahi Munkar."

Para huffaz kali ini diberi penghargaan dengan pemberian sijil dan sumbangan sebanyak RM500 setiap orang.

Penghargaan ini telah dimulai sejak kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat sejak 2008 lagi.

Nyawa’ Umno Bergantung Pada Wang Ringgit..



Kekuatan Umno hanya bergantung kepada kebendaan dan wang ringgit untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Katanya, pemimpin Umno menjadi susah hati sekiranya parti itu tidak mempunyai sumber kewangan.
 
“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.

Ini, katanya berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang menjadikan agama yang suci itu sebagai 'nyawa' dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penerima bantuan supaya tidak menjadikan kebendaan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebaliknya berbangga dengan nikmat Islam dan iman.

“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.
Justeru, tambahnya walaupun sumbangan yang diterima pada majlis itu tidak seberapa tetapi para penerima hendaklah menyedari bahawa PAS sentiasa prihatin terhadap masyarakat.



Beliau yang juga Ketua Pemuda MTD Ru Rendang mewakili bapanya selaku Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan bantuan itu kepada penerima.

Sebanyak 101 keluarga menerima sumbangan pada majlis pertama kali anjuran PAS Cawangan Kampung Baru Ru Muda itu yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan mangsa banjir.

Menurut ketuanya, Haji Abdul Aziz Ngah, pihaknya sebelum ini sering mengadakan aktiviti kebajikan tahunan seperti penyampaian sumbangan hari raya, bantuan persekolahan dan mangsa yang ditimpa musibah.




Katanya, PAS cawangan menyedari masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terdiri daripada nelayan, penoreh getah dan bekerja sendiri yang tidak dapat melakukan aktiviti harian pada musim tengkujuh.

“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang  sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan aktiviti kebajikan PAS cawangan kepada masyarakat setempat.

Kelab Penyokong Pas India Ditubuhkan

Kelab Penyokong PAS Malaysia kaum India bagi kawasan Batu di sini dilancarkan malam ini.

Presiden kelab itu, N.Balasubramaniam berkata pembukaan kelab itu menandakan sokongan kaum India terhadap kepimpinan Mursyidiul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.




"Setakat ini kita menerima seramai 22,096 keahlian seluruh negara dan kita jangka penambahan ahli seramai 15,000 lagi menjelang awal Januari depan," katanya selepas berucap pada majlis sambutan Jubli Perak 25 tahun PAS kawasan Batu di sini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, turut hadir memberi ceramah pada majlis tersebut.
BERNAMA

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2009

anugerah skrin 2009
Tahniah buat semua pemenang Anugerah Skrin 2009. Hari nie kami sharekan keputusan penuh Anugerah Skrin 2009. Esok lusa nanti kami uploadkan gambar artis-artis di Red Carpet Anugerah Skrin 2009. Artis paling meletup malam tue sudah semestinya Rozita Che Wan. Kalah Linda Jasmine yang selalunya seksi tak hingat.

Di bawah ialah senarai pemenang. Tahniah sekali lagi.

KATEGORI DRAMA

* Drama Terbaik: Tersasar di Jalanmu
* Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Que Haidar ( Terlerai Takbir Kasih )
* Pelakon Wanita Terbaik Drama: Rosnah Mat Aris (Tersasar di Jalanmu)
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Ahmad Tamimi Siregar (Tak Serupa Tapi Sama)
* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)
* Pengarah Terbaik Drama: Erma Fatima (Tersasar di Jalanmu)
* Lakon TV Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)
* Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru
* Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe
* Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

KATEGORI FILEM

* Filem Terbaik : Wayang
* Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Eman Manan (Wayang)
* Pelakon Wanita Terbaik Filem : Liyana Jasmay (KAMI The Movie)
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Zulhuzaimy (Wayang)
* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Ida Nerina (Wayang)
* Pengarah Terbaik Filem : Dr. Hatta Azad Khan (Wayang)
* Lakon Layar Terbaik : Fariza Azlina Isahak (KAMI The Movie)

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

* Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik : Majalah 3 “Gaza”
* Rancangan Bual Bicara Terbaik : AC Di Sini
* Rancangan Hiburan Terbaik : Kemuncak Sehati Berdansa 2
* Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23
* Rancangan Realiti Terbaik : Gadis Melayu Akhir
* Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik : Buletin Utama “Air Najis”

ANUGERAH KHAS JURI

* Anugerah Yasmin Ahmad: Jaclyn Victor

Tidak Ada Rombakan Kabinet Akhir Tahun Ini, Kata Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa beliau akan melakukan rombakan kabinet buat kali kedua pada akhir tahun ini.

Katanya, kabinet yang ada kini masih baru dan hanya berusia tujuh bulan sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Kalau kita buat rombakan terlalu kerap ia akan menjejaskan kemampuan menteri-menteri untuk menjalankan kerja sebab pertukaran yang melibatkan tempoh masa yang pendek ini boleh mengganggu kelicinan pentadbiran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Kejohanan Badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di sini Sabtu.

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) menjadi juara kejohanan itu, tempat kedua dimenangi Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) manakala Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Perak (BAIDURI) menduduki tempat ketiga.

"Saya belum fikir lagi...rombakan kabinet boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi pada masa sekarang tidak perlu kerana kabinet sekarang ini baru sahaja dibentuk," katanya.



Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai khabar angin yang bertiup kencang di kalangan ahli politik bahawa Najib akan melakukan rombakan kabinet pada pertengahan Disember ini.

Najib bagaimanapun memberi gambaran bahawa akan berlaku sedikit perubahan di kalangan Timbalan-timbalan menteri dalam kabinetnya.

"Dalam pada itu ada juga beberapa perkara di peringkat timbalan menteri yang saya perlu lihat secara detail lagi," katanya.

Beliau tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu tetapi Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib dilaporkan telah menyatakan hasrat beliau kepada Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Najib berkata walaupun rombakan kabinet merupakan kuasa mutlak seorang Perdana Menteri tetapi ia bukan boleh dibuat sesuka hati.

Sebarang rombakan yang dibuat adalah untuk kebaikan dan penambahbaikan kepada pentadbiran sesebuah kerajaan, kata beliau.

Jika ada pun, adalah tidak elok untuk beliau memberi tempoh masa atau sebarang petanda mengenai sebarang rombakan tetapi ia tidak mungkin berlaku dalam tempoh terdekat ini.

-- BERNAMA

Tiga Gelaran Dalam Tangan Malaysia



TIGA gelaran pada Kejohanan Badminton Final Masters di Stadium Bandaraya Johor Bahru hari ini hampir pasti milik pemain negara, lapor RADIAH SAORI.

Semalam, tiga wakil termasuk dua juara bertahan mara ke perlawanan akhir, sementara wakil tunggal beregu lelaki, Mohd. Zakry Abdul Latif- Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari terkandas pada separuh akhir.



Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei selaku juara bertahan, mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan pemain Denmark, Peter Gade 21-17, 21-16.

Menurut Chong Wei, ia merupakan perlawanan paling sengit yang dihadapinya selepas menang mudah pada semua tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Begitupun, dia harus lebih berhati-hati apabila menentang pemain Korea Selatan, Park Sung-hwan pada perlawa- nan akhir hari ini.

Sung-hwan pula mara selepas menewaskan pemain China, Bao Chun- lai 21-14, 21-14 pada satu lagi aksi separuh akhir semalam.

"Secara keseluruhannya saya bermain dengan baik meskipun perlawanan ini paling sengit berbanding perlawanan peringkat kumpulan," kata Chong Wei yang mahu mene- ruskan rentak cemerlang itu.



Turut mara, ratu badminton negara, Wong Mew Choo yang menang mudah ke atas pemain Belanda, Yao Jie 21-10, 21-10 dalam permainan yang hanya mengambil masa 31 minit.

Mew Choo yang masih memburu kejuaraan antarabangsa pertamanya selepas kali terakhir menjuarai Terbuka China 2007, mengakui berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkannya semalam.

Pada perlawanan akhir, Mew Choo akan bertemu pemain Jerman, Julia- ne Schenk yang mara selepas menundukkan pemain pilihan pertama, Saina Nehwal dari India 21-18, 21-18.
Selain Mew Choo, beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui turut menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan akhir.



Pei Tty-Eei Hui yang turun selaku juara bertahan, menewaskan beregu Thailand, Duang Anong Aroonkesorn- Kunchala Voravichit- chaikul 21-15, 21-18 dan akan bertemu pasangan dari Denmark, Kamilla Rytter Juhl-Lena Frier Kristiansen hari ini.

Begitupun, impian untuk menyaksikan pemain negara mempertahankan gelaran dalam acara beregu lelaki tidak kesampaian.

Selepas juara bertahan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tersingkir pada peringkat kumpulan, harapan disandarkan kepada Zakry-Fairuzizuan tetapi mereka gagal mengatasi kehebatan beregu Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae apabila tewas 14-21, 11-21.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails