Geng Aku

Khamis, 15 April 2010

Adun Bakar Arang Sudah Jadi Katak Keluar PKR.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu dijangka meninggalkan PKR hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.

Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.


Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.
Bodoh Punye Statement dari Wei Shu.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Stacy Bakal Ke Bulgaria Mei Ini!


Tahun lepas, penyanyi lagu Kau Dan Aku, Aizat meraih tempat ketiga Lagu Terbaik (Lagu Kita) dan Anugerah Khas Khas Juri di Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 yang diadakan di Varna, Bulgaria.

Sebelum Aizat membawa pulang kemenangan tersebut, juara Akademi Fantasia 5 (AF5), Mila Jirin terlebih dulu mewakili Malaysia dalam majlis anugerah yang sama pada 2008 dengan mendapat Anugerah Khas Juri bagi Lagu Terbaik (Ilham Di Matamu).alah, Mila turut diangkat sebagai peserta Asia dan Asia Tenggara termuda yang pernah menyertai pertandingan tersebut sejak ianya diperkenalkan 18 tahun lalu.


Tahun ini, tiba pula giliran juara AF6, Stacy ke Bulgaria. Gadis kelahiran Sabah ini akan menyertai Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2010 pada sekitar Mei nanti.

“Stacy sudah pun dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa Stacy akan ke Bulgaria Mei depan. Namun, Stacy masih belum terima tarikh pengesahan untuk bertolak ke sana. Tapi, mengikut perancangan, Stacy akan mewakili Malaysia bagi 2 kategori iaitu persembahan dan lagu.


“Bagi kategori persembahan, Stacy akan membawakan lagu Pakai Buang. Tapi...Stacy masih belum pilih lagu yang sesuai lagi lagi untuk kategori lagu. Kalau tak silap, Stacy kena nyanyi lagu berentak balada untuk kategori tersebut. Dalam fikiran Stacy sendiri, Stacy tak tahu nak nyanyi lagu apa. Yang penting, Stacy akan cuba buat yang paling baik untuk mengharumkan nama negara,” jelasnya.

Apapun, Stacy bakal beraksi pada Ahad ini (18 April 2010) bagi memeriahkan Debaran AF8 selepas Aril dan Hafiz menampilkan aksi dan persembahan yang mantap pada minggu lalu. 


Stacy memberitahu bahawa buat pertama kalinya, dia akan menyanyikan single terbarunya, Jahat di hadapan penonton.

“Malam itu nanti, Stacy akan menyanyikan lagu Jahat. Sebenarnya, lagu ini sepatutnya hanya akan mula dilancarkan sebaik saja Stacy seleai menjayakan penggambaran video muzik Jahat nanti. Namun, demi peminat, Stacy akan menyanyikan lagu tersebut dalam showcase ini nanti.

  Kumpulan Evoke

“Selain lagu tersebut, Stacy akan menyanyikan beberapa lagu popular yang lain. Lebih istimewa, Stacy akan berganding bahu semula dengan kumpulan Evoke (masa menyertai GangStarz) untuk lagu Mengenggar Dunia. Chaq Mentor (abang Stacy) pun akan beraksi bersama-sama.

“Adam tidak dapat bersama kerana ada masalah jadual bertindan. Stacy akan menari sakan dipentas untuk setiap lagu. Jadi, kepada semua peminat, diharap dapat menghadirkan diri pada showcase itu nanti. Pasti ada kejutan dan kelainan,” katanya.


Bagi sesiapa yang berminat menonton showcase Stacy, anda dijemput hadir ke Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Ahad ini pada jam 8 malam sambil mengetahui siapakah pelajar AF8 yang bakal tersingkir minggu ini. Masuk adalah percuma!

P Kamalanathan Disahkan Calon BN Di Hulu Sgor.


MIc dilaporkan bersetuju supaya ketua penerangannya, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.

Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.

Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri 

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

DAP Wakil Pakatan Rakyat Di Sibu.


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi sebulat suara bersetuju bahawa calon DAP akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu kelak.

Bercakap pada suatu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suatu mesyuarat khusus akan diadakan bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak untuk menentukan calon terbaik.


"Atas semangat setiakawan, kita putuskan untuk letakkan calon di DAP di (Parlimen) Sibu kelak," ujarnya.

Menurut beliau, suatu mesyuarat khusus akan diadakan di Sarawak pada 18 April depan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan penghargaan kepada kepemimpinan PAS dan DAP kerana menunjukkan muafakat yang begitu tinggi demi memenangkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berharap semangat setiakawan tersebut boleh dilanjutkan di Sibu kelak.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kemudiannya menganggap Zaid merupakan pemimpin yang jujur kerana sanggup melepaskan jawatan menteri demi menyertai agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat.

Dengan pengalaman dan kredibiliti yang ada pada Zaid, beliau melahirkan rasa yakin bahawa Zaid layak mewakili rakyat dari Parlimen Hulu Selangor ke Dewan Rakyat kelak.

Turut menyertai Anwar dan Abdul Hadi, Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS).

Bayi Mati Tercekik Bebola Ikan.



WAN ARIF FADHLA membawa jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan di Taman Asuhan Kanak-Kanak, Jalan Cantik, Tampin semalam.


TAMPIN - Seorang bayi berusia sembilan bulan mati selepas tercekik bebola ikan yang menjadi hidangan sarapan pagi di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jalan Cantik di sini semalam.

Wan Nur Aliff Wan Arif Fadhla menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Tampin selepas didapati sukar bernafas oleh kakitangan taman asuhan terbabit.

Bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dihantar ke pusat asuhan tersebut pada pukul 7.30 pagi semalam kerana dia dan isterinya bekerja.

Katanya, semasa waktu rehat sekitar pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi, bayi malang itu dihidangkan bebola ikan bersama-sama kanak-kanak yang lain.

"Anak saya tiba-tiba terjatuh dan ketika itu kami difahamkan, badannya sudah pun lebam dan kebiru-biruan," katanya ketika dihubungi Kosmo! sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu bersama jenazah anaknya untuk dikebumikan.

Gambar Kahwin Isa Samad & Bibi Sharliza.

Selamat pengantin baru diucapkan pada Tan Sri Isa Samad, yang melangsungkan perkahwinannya dengan bekas ADUN kawasan Paroi, Bibi Sharliza Khalid.

Warna baju bersanding warna oren wo0..warna kesukaan aku...hahahhaha

Jom tengok gambar mereka...


Menyarung cincin di jari manis isteri tercinta


Betapa gembiranye mereka dapat hidup bersama


1..2..3..senyum..senyum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails