Geng Aku

Isnin, 5 April 2010

Keputusan Penuh ABPBH 2009.


Anugerah Berita Harian 2009 (ABPBH09) yang berlangsung di Arena of Stars malam tadi menyaksikan Dato' Siti Nurhaliza sekali lagi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular yang sebelum ini disandang oleh Juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad.

Dengan kemenangan itu, Siti meraih hadiah berupa sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000 tajaan Tan Chong Motor Sdn Bhd, perabot bernilai RM30,000 tajaan Empire Classics Furniture, pakej penginapan mewah 3 hari 2 malam di Hotel Palace of The Golden Horses serta trofi.

Trofi Bintang Paling Popular 2009 itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdaus Bujang yang diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Meor Kamarul Shahid.


Dato' Siti mengenepikan Mawi, Stacy, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir yang turut disebut-sebut akan merangkul trofi tersebut. Dalam acara berprestij itu juga, Siti turut meraih kemenangan menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Bagi 16 pemenang menerusi kategori pula, masing-masing membawa pulang hadiah berupa perabot Empire Classics Furniture bernilai RM5,000, kad ganjaran oleh Hotel Palace of The Golden Horses dan trofi.

Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Datuk Khadijah Ibrahim berdasarkan sumbangan beliau selama 30 tahun memartabatkan industri muzik tanah air sepanjang pembabitannya dalam dunia seni.

Acara yang bertemakan Cetusan Warna itu disiarkan secara langsung melalui TV3 serta Hot FM. Ia dihoskan oleh dua pengacara wanita popular, Raja Azura dan Sharifah Shahira.

Manakala antara penyanyi yang membuat persembahan ialah Adam, Stacy, Aril, Akim, Hafiz, Dafi, Alyah, Aril, Ainul Aishah, Azlan The Type Writer, Black, Jaclyn Victor, Wings, Rabbani, Faizal Tahir, Bunkface, One Nation Emcee dan Diana Danielle.

ABPBH09 anjuran Berita Harian yang memasuki edisi ke-23 itu terus bertahan sebagai antara majlis pengiktirafan paling berprestij dalam dunia hiburan tanah air kerana menggabungkan semua penggiat seni termasuk dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.


Senarai Penuh Pemenang ABPBH2009

1. Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi

2. Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

5. Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface

6. Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil Raja Lawak

7. Artis Komedi Wanita Popular – Norkhiriah

8. Artis Baru Lelaki Popular – Black

9. Artis Baru Wanita Popular – Yuna

10. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

11. Pelakon TV Wanita Popular – Tiz Zaqyah

12. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani

13. Penyanyi Lelaki Popular – Aizat

14. Penyanyi Wanita Popular – Dato’ Siti Nurhaliza

15. Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Haidar

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Liyana Jasmay

(Anugerah Khas) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Khatijah Ibrahim

Bintang Paling Popular – Dato’ Siti Nurhaliza

AF8 Anum Tersingkir.



Pujian pertama dari pengkritik tetap Akademi Fantasia 8 (AF8), Adlin Aman Ramli kepada Dayang Nor Anum Arjuan Aharun, 19 atau Anum berubah menjadi pujian dan kritikan terakhir apabila Anum menjadi pelajar yang tersingkir, di sini, malam tadi.

Keputusan yang diumumkan hos, Sarimah Ibrahim pada Debaran yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) mengejutkan ramai pihak memandangkan Anum adalah satu-satunya pelajar wanita yang mendapat pujian dari pengkritik di konsert ketiga AF8.

Pada sidang media malam tadi, Anum yang mendapat undian sebanyak 8.73% redha dengan keputusan penyingkiran tersebut. Bagaimanapun, Anum menjelaskan insiden dia jatuh sewaktu menari Menuju Puncak di awal Debaran membuatkannya sesak nafas. Oleh itu, dia terpaksa berlari ke belakang pentas. 


"Sedih memanglah sedih. Namun, nak buat macam mana. Inilah AF yang penuh dengan kejutan. Sedikit pun saya tak rasa kecewa dan saya rasa semua pelajar yang lain ada keistimewaan tersendiri. Mereka tak ada lebih tak ada kurang,” kata Anum.

Menyokong pendapat Anum, Pengetua AF8, Norman Abdul Halim sekali lagi melahirkan rasa terkilan dengan keputusan kali ini. Malah, beliau menyatakan Anum menampilkan persembahan menarik malam tadi dan tidak layak tersingkir.

"Saya terkilan sangat. Sepatutnya, ada pelajar lain yang patut tersingkir sebab mereka tak berikan komitmen walaupun telah diajar dengan sebaik mungkin. Secara jujur, saya tak suka AFUNDI masuk. Yang dah keluar biarlah keluar. Pun begitu, itu semua terpulang kepada keputusan Astro," ujar Norman.

Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 9 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Berikut ialah keputusan kedudukan Afundi malam tadi. 

1. Adira 12.68%
2. Maulana 11.36%
3. Shahir 10.05%
4. Alif 10.05%
5. Ain 9.87%
6. Nad 9.83%
7. Iwan 9.37%
8. Farina 9.12%
9. Daus 8.93%
10. Anum 8.73%

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails