Geng Aku

Selasa, 17 November 2009

Nizar V'8! Adun Perlabuhan Klang Disindir Exco.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah disindir oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail semasa sesi soal jawab di sidang Dewan Undangan Negeri pada Selasa.




Rodziah berkata soalan tambahan yang diajukan oleh Badrul tidak perlu dijawab kerana mendakwa Badrul telah tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang selama 20 bulan.

Secara sinis, Exco itu berkata beliau agak terkejut apabila Badrul berminat untuk mengetahui perkembangan penyediaan Jaringan Infrastruktur Tanpa Wayar Hibrid (HyWIN) di kawasan Pelabuhan Klang.

Badrul dalam soalannya meminta kerajaan negeri memberi tumpuan khas kepada pembangunan HyWIN kerana pelabuhan adalah antara kawasan yang menyumbangkan hasil kepada kerajaan negeri.




Rodziah dalam jawapannya berkata penyediaan infrastruktur HyWIN di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Klang termasuk Pelabuhan Klang masih di peringkat perancangan Fasa II dan FASA III dan dijangka bermula pada awal atau pertengahan tahun 2011.

Badrul kini ialah Adun Bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional pada Oktober lepas.

-- BERNAMA

Nizar V'8! PAS Bertanding Di DUN Kota Siputeh



Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediannya bagi menghadapi pilihan raya kecil di dewan undangan negeri Kota Siputeh setelah Mahkamah Tinggi Kuala lumpur semalam mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong. Gagasan berkenaan hari ini mengumumkan calon dari parti Pas bakal bertanding bagi merebut kerusi tersebut sebagai mengekalkan status quo dalam pilihan raya umum ke-12.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR dan DAP akan memberi sokongan yang padu kepada calon yang bakal ditentukan PAS.




“ Bersetuju kita akan memberi sokongan kuat kepada calon PAS yang akan bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat di Kota Siputeh. Dan PAS memaklumkan mereka telah siap sedia dengan jentera. Keadilan dan DAP juga memberikan sokongan yang padu” katanya padang sidang mediannya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin semalam memutuskan bahawa kerusi Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Malah Alizatul menyifatkan tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak rasional.



Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang media di lobi parlimen berkata, PAS akan menggunakan seluruh kekuatan jentera parti untuk menawan Kota Siputeh.

“Mengenai Kota Siputeh, kita daripada PAS kita bersedia untuk menggerakkan jentera kita pada bila-bila masa dan kita menunggu arahan dan keputusan daripada pihak mahkamah,"katanya.

Salahuddin berkata selain mengekalkan status quo, keputusan yang diambil juga dinilai dari semangat setiakawan dalam gagasan berkenaan.

“ Walau macamanapun secara prinsipnya, setiap keputusan yang akan kita buat, seperti perkara-perkara yang sebesar begini, kita mengambil semangat setiakawan kita dalam Pakatan Rakyat,"katanya.



Kenyakinan itu turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

“ Pakatan sentiasa on call dalam menghadapi pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. Walaupun kita berhadapan dengan kekalahan di DUN Bagan Pinang, itu hanya permasalahan yang terpencil di mana saya sendiri telah menduga itu yang akan kita hadapi,"katanya.

Ditanya sama ada PAS bersedia berhadapan dengan kubu kuat BN itu, Mahfuz berkata, kemenangan akan memberikan lonjakan besar kepada Pakatan Rakyat pada jangka masa yang panjang.

“ Kalau kita memenangi kawasan yang diwakili oleh BN, itu akan memberikan lonjakan kepada kita," katanya.

TV Selangor

Nizar V'8! Pengerusi Risda Cadang Tun Dr Mahathir Diberi Jawatan Menteri Kanan

Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada Selasa mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



 
Beliau berkata pengalaman luas Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan sehingga menjadikan ekonomi negara ini kukuh perlu dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membantu Malaysia agar terus maju di samping untuk memajukan negara-negara Islam lain.

"Tanpa jawatan ini pun Tun Mahathir sentiasa dijemput oleh negara-negara tertentu seperti Jepun, Mesir dan sebagainya untuk memberi pandangan dan berkongsi pengalammanya dari semasa ke semasa.




"Jadi ada eloknya sedikit status ditimbangkan untuk Tun (Mahathir) bagi membolehkan beliau melawat negara-negara tersebut dan memberikan idea-ideanya tentang bagaimana untuk mempercekapkan sistem pembangunan sesebuah negara itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan buku Amanat Perdana Menteri kepada 113 pegawai kanan Risda, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini.

Beliau berkata sumbangan idea Dr Mahathir ini juga sebenarnya amat diharapkan oleh negara dunia ketiga dan negara Islam dan ia juga dapat meningkatkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

Dalam pada itu Abdul Rahim berkata pengagihan buku Amanat Perdana Menteri yang menjilidkan ucapan-ucapan dasar Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia merupakan inisiatif Risda bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan pegawai sekaligus dapat menangkis sikap perkauman yang semakin menular dewasa ini.

"Semangat patriotik sangat penting kerana keadaan masyarakat majmuk sekarang ini, kita perlu satu penghayatan patriotisme nasional dan ia benteng kepada usaha kita untuk menolak sikap perkauman yang sempit. Oleh itu kita kemukakan usaha ini untuk tingkatkan semangat itu kepada pemimpin-pemimpin supaya tidak menerima perjuangan perkauman yang sempit itu," katanya.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada Risda akan memberi bantuan kepada pekebun kecil getah yang terjejas ekoran musim tengkujuh ini, beliau berkata Risda melalui pegawainya di setiap negeri akan menimbang untuk memberi bantuan terutama di kawasan yang dilanda banjir seperti di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan melalui peruntukan khas bencana alam Risda. BERNAMA

Nizar V'8! Rampas Royalti Dulu Terengganu Kini Kelantan


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mendakwa  tindakan kerajaan pusat merampas royalti petroleum di Terengganu sewaktu PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu adalah berunsurkan politik serta membelakangi perjanjian yang dibuat sebelum ini.


Abdul Hadi dalam ucapannya sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat petang semalam berkata, tindakan kerajaan pusat itu juga membuktikan hilangnya semangat federalisme dan semangat persaudaraan kerajaan pusat dengan negeri-negeri malah menganggap pihak pembangkang sebagai musuh.

"Kita perlu ingat bahawa pembatalan (royalti) ini berlaku hasil daripada perhimpunan agung Umno pada tahun 2000,apabila adanya cadangan dalam perhimpunan agung Umno, usul yang mendesak agar dibatalkan royalti petroleum di Terengganu kerana diperintah oleh parti yang dianggap tidak sama dengan kerajaan pusat," katanya sewaktu membangkitkan perkara B6 02200, 020200 unit perancang ekonomi dan perancangan ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.



Apa yang lebih malang tegas Abdul Hadi, setelah royalti itu dirampas dan digantikan dengan wang ehsan sewaktu Terengganu diperintah Barisan Nasional (BN), wang tersebut digunakan untuk kepentingan kroni Umno BN, tanpa mengutamakan rakyat yang berhak ke atas wang tersebut.

"Malangnya wang ehsan ini, bukan rakyat yang diutamakan tetapi kroni diutamakan kerana duit yang sama dikendalikan oleh tangan-tangan tertentu samaada tangan-tangan yang nyata atau tangan-tangan yang ghaib melalui projek-projek yang besar dan mewah.Maka diutamakan kroni-kroni tertentu dan hanya kuah yang sedikit turun kepada rakyat.Ini ternyata berlaku di Terengganu,"tegasnya.

Beliau juga kesal kini Kelantan pula mengalami nasib yang sama dengan Terengganu suatu ketika dahulu.

Sebelum itu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan perkara yang sama menuntut agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob mengotakan janjinya untuk menjawab segala perbahasan mengenai isu royalti khususnya yang sedang dituntut oleh Kelantan.

Beliau juga mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab di atas perkara itu dan memberikan layanan yang sama rata terhadap Pakatan Rakyat.

“Layanlah kami dengan adil.Kami tidak pernah mintak perkara-perkara yang di luar perlembagaan,” katanya.




Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta laluan untuk mencelah namun tidak diberi ruang oleh Salahuddin.

Kata-kata Salahuddin “ini bukan debat budak sekolah menengah” menyebabkan Tajuddin melenting dan menuduh Salahuddin menghinanya dan tidak menghormati Perdana Menteri.

Salahuddin bagaimana pun tidak menghiraukan kata-kata Tajuddin dan meneruskan ucapannya sehingga selesai.

Nizar V'8! Syed Husin Dan S Ramakrishnan Dicalon Senator Selangor.

Negeri Selangor mencalonkan Dr Syed Husin Ali dan Ramakrishnan Suppiah sebagai senator untuk sessi akan datang.




Pencalonan Syed Husin, timbalan Presiden PKR, dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan disokong oleh Exco Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.



Ramakrsishnam pula dicadangkan oleh Teresa Kok dan disokong oleh Yaakob Sapari. Beliau adalah ahli DAP yang merupakan seorang pensyarah yang juga anggota Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Kedua-dua mereka akan menggantikan Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Datuk Yip Kum Fook yang akan tamat tempoh perkhidamatan mereka pada 6 Disember ini.

Nizar V'8! SPR dicadang diletak bawah parlimen




Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan dalam jawatankuasa khas di bawah parlimen bagi memastikan ia bertindak mengikut perlembagaan dan proses undang-undang di negara ini.

Mahfuz berkata, seluruh struktur SPR juga mesti dirombak dan disusun semula bagi mengelakkan suruhanjaya itu dipengaruhi oleh badan eksekutif sehingga menyebabkan ia tidak rasional dalam membuat sebarang keputusan.




"Kedudukan SPR harus dirombak bukan sahaja orangnya tetapi strukturnya.Institusi itu mesti dilihat tidak dikuasai oleh eksekutif yang menyebabkan ia tidak rasional.Sebab itu bagi saya SPR harus diletakkan dalam jawatankuasa khas di bawah parlimen untuk pastikan sebarang tindakan yang dilakukan rasional dan mengikut perlembagaan dan proses undang-undang yang terdapat dalam negara kita," katanya kepada pemberita di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong dan satu pilihanraya kecil perlu diadakan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar.



Keputusan suruhanjaya itu bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong juga perlu dibatalkan.

Alizatul juga dilaporkan juga sebagai berkata, SPR tidak boleh mengatasi kuasa speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, dalam siri pilihanraya sebelum ini, Pakatan Rakyat seringkali berhadapan dengan sikap tidak rasional SPR yang dilihat tidak serius dalam usaha membaik pulih sistem pilihan raya di negara ini.




"Kita (Pakatan Rakyat) berhadapan selama ini dengan sikap SPR yang tak rasional.Setiap kali kita buat bantahan, buat aduan, SPR kata mereka bertindak mengikut undang-undang.Mereka hanya bersandarkan kepada undang-undang yang tidak diusahakan agar dibaikpulih sistem perundangan berkaitan pilihanraya," katanya.

Mahfuz juga berkata, Mahkamah seharusnya juga membuat keputusan yang sama terhadap permohonan Speaker DUN Perak, V Sivakumar untuk semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang masih mengekalkan kerusi tiga adun yang melompat menjadi adun bebas di negei itu awal Februari lalu.


Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Mahfuz juga menyatakan kesediaan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Nizar V'8! Pemuda PAS Johor bawa isu penemuan 14 kad pengenalan ke parlimen




Dewan Pemuda PAS Johor menyerahkan satu memorandum menuntut isu penemuan 14 kad pengenalan dan beberapa dokumen 6 Jun lalu yang didakwa ada kaitan dengan penyelewengan pilihanraya dibawa ke parlimen.

Ianya ekoran masih tiada sebarang tindakan susulan diambil walaupun perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak Polis dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negri Johor.

Penyerahan memorandum tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Johor,  Khairul Faizi Ahmad Kamil  kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi parlimen pagi tadi.

Khairul Faizi dalam sidang media sebelum itu memberitahu, siasatan berhubung penemuan itu sangat penting kerana ianya membabitkan keselamatan negara.

"Empat belas kad penganalan ini saya dapati tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan...setidak-tidaknya kad pengenalan yang tidak lagi dimiliki akan dipotong."

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, ianya ada kaitan dengan penyelewengan pilihan raya berikutan kad perwakilan Umno turut ditemui bersama.




"Yang lebih mencurigakan kami, kad pengenalan masih elok dijumpai bersama dengan beberapa dokumen yang mengejutkan...termasuk kad perwakilan jentera (Umno) pilihanraya tahun 1995."

turut dijumpai, bersama (adalah) kad perwakilan Umno yang tertera nama Norhashimah Abu Samah (iaitu) Naib Ketua Wanita (Umno) Cawangan Kampung Baru (Johor Bharu)," katanya lagi.

Kesemua barangan tersebut didakwa dijumpai 6 jun lalu di satu kawasan tapak pelupusan sampah di Johor Bharu.

Ekoran penemuan itu, beliau memberitahu telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

Namun melihat tiada sebarang perkembangan, mereka mula mengatur tindakan susulan termasuk menghantar memorandum kepada balai polis negeri dan kepada pihak lain yang bertanggungjawab.

"Setelah tidak ada laporan (balas) Polis, kami telah hantar memorandum pada Ketua Polis Johor 19 Ogos."

Tambahnya, hanya dua hari kemudian Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa kes tersebut bukan di bawah bidang kuasa polis dan telah menyerahkan kes itu kepada JPN Negeri Johor.

Meliahat masih tiada sebarang maklumbalas, mereka sekali lagi menghantar memorandum bantahan sama kepada JPN negeri pada tarikh 17 September lalu.

JPN Negeri dakwanya menjelaskan bahawa kes tersebut di bawah bidang kuasa Polis, kemudiannya menjelaskan bahawa kes itu sudah dipanjangkan kepada JPN Pusat di Putrajaya.

Keadaan saling tolak menolak kes tersebut menyebabkan sehingga kini belum ada sebarang maklum balas positif dari kedua dua pihak tersebut.

Dalam pada itu, Salahuddin ketika menerima memorandum itu berjanji untuk membawa kes tersebut ke Parlimen dalam masa terdekat.




Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta Polis dan JPN mengambil bertanggungjawab menyelesaikan kes tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menyifatkan pendedahan tersebut merupakan salah satu penyelewengan pilihanraya menggunakan kad pengenalan.

Nizar V'8! Umno: Taktik kotor bukan cara kami jatuhkan Pakatan .





Umno menafikan dakwaan bahawa ia menggunakan taktik dan perancangan kotor untuk mencetuskan krisis dalam Pakatan Rakyat termasuk isu-isu semasa yang kini memburuk-burukkan pemimpin angggota komponennya sejak kebelakangan ini.


Parti utama Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, adalah jelas taktik sama digunakan kali ini selepas PR gagal melaksanakan tanggungjawabnya, lalu membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas dengan harapan impian mereka untuk menjatuhkan BN pula akan tercapai.

“Ini juga menjadi bukti bahawa pihak terbabit terdesak lantas menggunakan alternatif sedemikian bagi memburuk-burukkan BN dan seterusnya meraih perhatian daripada masyarakat tempatan,” kata Umno dalam kenyataan dimuatkan dalam Umno Online.



“Perlu difahami, sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang kerajaan yang bertanggungjawab, Umno bersama BN tidak perlu melaksanakan tindakan dangkal sedemikian kerana tentunya, fokus utama BN adalah kesinambungan pembangunan, pentadbiran dan kemajuan berpanjangan untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, “sekali lagi Umno menghadapi tuduhan berikutan pelbagai krisis yang melanda pakatan campuran dan pemimpin atasannya termasuklah hal berkaitan Mentri Besar Kelantan, (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu tajaan untuk menunaikan ibadat haji dan juga perkembangan semasa di negeri-negeri tadbiran mereka.”




Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji kali ini, yang sepatutnya bermula esok, ekoran laporan bahawa pemergian beliau ditaja oleh individu tertentu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menyiasat Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK) yang menantu Nik Aziz merupakan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Kelmarin Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum menggesa SPRM mempertingkatkan siasatan ke atas Nik Aziz dan menantunya selain meminta mereka berundur.




PR kini memerintah negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Sebagai alternatif mengelak daripada perangkap sendiri yang ternyata “makan tuan”, Umno menjelaskan, PR khususnya Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim lantang membuat tuduhan bahawa ia adalah perancangan parti utama BN itu termasuk menggunakan media massa dan SPRM untuk mencari kesalahan pemimpin dalam pakatan campuran berkenaan.

“Lantaran itu, cerita yang tidak benar sengaja diada-adakan sebagai senjata bagi mengelirukan rakyat tempatan agar terpengaruh dengan apa yang mereka mahu.

“Dan, pastinya cerita yang ada ditambah-tambah dengan pelbagai rencah bagi menambah perisa agar lebih sedap didengar dan dan lebih mudah disebarkan,” kata kenyataan itu lagi.



Malah ia menjelaskan, tuduhan juga dibuat terhadap perdana mentri, Datuk Seri Najib Razak atas strateginya mengajak ahli-ahli Umno bersatu dan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

“... pastinya mereka memanipulasikan alternatif tersebut berikutan sedar bahawa ikatan dan kepercayaan masyarakat terhadap mereka mula rapuh,” kata parti itu.

Justeru, kenyataan itu menegaskan, “perlu difahami lantas bersimpati dengan apa yang dialami oleh pakatan pembangkang apabila setiap kali timbulnya krisis dan isu berkaitan mereka, tentunya mereka akan terus-terusan menggunakan taktik yang sama bagi mendapat perhatian dari penduduk tempatan.”

“Media alternatif yang melaporkan berita-berita semasa turut dipersalahkan, begitu juga SPRM sedangkan realitinya terdapat juga pemimpin dalam Umno-BN dan ahlinya turut disiasat oleh badan tersebut ekoran beberapa kesalahan yang dilaporkan,” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu ia juga menegaskan, PR hanya mampu mahu membersihkan nama mereka selain daripada menunding jari ke atas Umno atas segala kesulitan yang melanda mereka, termasuklah kepincangan dalam pentadbiran dan kegagalan memanifestasikan janji pilihan raya umum ke-12.



Nizar V'8! SPR Buat Lawak 1 Malaysia.

 

Hari ini SPR malaysia boleh dikategori Raja lawak 1 Malaysia kerana tindak tanduk berikut dan banyak persoalan yang tak dapat kita jawab hanya penggurus SPR saja yang mengerti.. mengapa SPR mahu menbuat rayuan dimahkamah dalam isu Dun Kota Seputih.antara yang lawak



  1. Apa pasal Spr yang gila meroyan dan kelam kabut nak buat rayuan ?
  2. Adakah calon SPR yang kehilangan kerusi.
  3. kenapa bersungguh-sunguh nak buat rayuan ?untuk siapa ? jawapannya dah tentu untuk Dato Abu Hassan..BN..
  4. Calon yang kalah pun akur dengan keputusan mahkamah, tapi SPR yang lebih lebih..
  5. Atau pun SPR ini komponen BN yang ke 15 ?
  6. Tugas SPR mengadakan pilihan raya bila ada kekosongan (bukan nak buat rayuan untuk mana mana parti ).
Tetapi aku rasa macam cerita atau skrip perebutan kuasa Mb diPerak jer...mula menang kemudian bila buat rayuan mereka menang..tetapi aku harap jangan lah bergitu he he ...dan ucapan sekalung tahniah kepada hakim yang menjalankan tugas dengan amanah dan jujur, tetapi harus diingat ranjau seterusnya adalah Mahkamah rayuan dan Hakim yang lain pula selepas itu mungkin semua akan hampa..he he he ( maaf ini hanya imginasi aku sahaja ).
 

  
Doa aku dan penyokong Pakatan Rakyat semua biarlah keputusan ini berkekalan kerana gian nak pi kempen dan tampal poster..serta nak tebus balik kekalahan kita di Bagan Pinang..serta bagi pengundi Kota seputeh pula ini masa dapat durian runtuh dan ini masa mereka jadi anak emas ..dengan projek mewah berstatus mee segera...

Nizar V'8! Skuad Rusa Dapat Durian Runtuh.


MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) menjulang Piala Malaysia yang ditunggu-tunggu sejak 61 tahun lalu.



SKUAD Negeri Sembilan yang muncul juara Piala Malaysia 2009 selepas penantian selama 61 tahun mendapat 'durian runtuh' apabila menerima insentif dan imbuhan bonus sebanyak RM300,000 semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insentif tersebut termasuk RM100,000 yang disumbangkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).



"Sehingga kini pemain dan pengurusan pasukan telah pun menerima insentif dan bonus sebanyak RM450,000 daripada PBNS.

"Selain hadiah wang tunai itu, semua pemain akan dibawa ke Bandung, Indonesia bagi menjalani latihan persiapan menghadapi Piala Sumbangsih awal Januari depan," katanya pada majlis penyampaian penghargaan itu kepada pemain di Klana Resort, Seremban semalam.

Turut hadir ialah Naib Presi- den PBNS, Datuk Ismail Lasim; Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd. Halim Abd Latif; juru- latih Wan Jamak Wan Hasan serta semua pemain kecuali S. Kuna- lan dan pasangan kembar, Mohd. Aidil Zafuan Radzak dan Mohd. Zaquan Adha Radzak yang sedang mewakili skuad negara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2011.

Beliau menambah, sepanjang di Bandung nanti, skuad Hoben Jang Hoben akan mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan.

Katanya, perlawanan itu adalah bagi menilai prestasi pemain bagi menghadapi Selangor (juara Liga Super) pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia (Liga M) 2010 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi nanti.




"Bagaimanapun, semua pemain akan dibenarkan bercuti selama 10 hari selepas siri jelajah dan perarakan Piala Malaysia akan berakhir minggu ini di Port Dickson.

"Kita tidak melakukan banyak perubahan dan hampir semua pe- main sedia ada dikekalkan. Buat masa ini, kita telah menyenarai- kan 20 pemain, dengan lima lagi kekosongan akan diisi kemudian," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jurulatih Wan Jamak akan dikekalkan untuk terus membimbing skuad negeri selepas prestasi cemerlangnya membawa pulang Piala Malaysia yang dinanti- kan sejak 61 tahun lalu.

"Kebanyakan pemain negeri ini mempunyai kontrak lima tahun kerana PBNS hendak membina pasukan dalam jangka masa panjang dan mantap. Untuk itu tidak timbul soal pasukan lain yang berhajat memancing pemain skuad negeri," tegasnya.

Mohamad turut memaklumkan, mulai musim depan pasukan negeri akan menggunakan jersi baru berwarna kuning apabila bermain di gelanggang sendiri dan menggunakan jersi merah apabila beraksi di tempat lawan.



Katanya, warna kuning lebih cerah dan membawa tuah kepada skuad Negeri Sembilan.
Mengulas mengenai pemain pinjaman dari pasukan T-Team, Hairuddin Omar, beliau berkata, PBNS memang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan telah pun menawarkan tempat untuknya bermain dengan pasukan Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, ia terpulang kepada Hairuddin untuk membuat keputusan," katanya.

Nizar V'8! MCA Tekad Tarik Sokongan Rakyat.


MCA akan melancarkan 'Skuad Prihatin Masyarakat' awal tahun depan dalam usahanya mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat khususnya masyarakat Cina terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).


Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, perkhidmatan bergerak itu akan menyediakan kemudahan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk kaunseling, guaman, kesihatan serta perkhidmatan lain yang sesuai.



Menurutnya, skuad itu juga akan memberi perhatian kepada masalah kemiskinan bandar sesuai dengan gagasan 1Malaysia yang memberi keutamaan kepada rakyat.

''Apabila kita bercakap mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13, perkara penting adalah sejauh mana kita dapat merapat dan menjalin hubungan baik dengan rakyat dan menyahut gagasan 1Malaysia.



''MCA bertekad untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat khususnya masyarakat Cina kepada parti itu dan BN menjelang pilihan raya,'' katanya selepas merasmikan Malam Kebudayaan di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut di Kampung Raja dekat sini malam tadi.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, dalam menghadapi pilihan raya, banyak cabaran yang perlu dihadapi, namun MCA tetap komited untuk melaksanakannya meskipun di kawasan yang tidak diwakili oleh wakil rakyat dari parti itu.

Menerusi Skuad Prihatin Masyarakat, katanya, penglibatan MCA di peringkat negeri akan dikaji oleh satu panel, dengan keutamaan tertumpu kepada menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di semua peringkat.

"Sama ada MCA mempunyai wakil rakyatnya atau tidak, tanggungjawab kita sebagai sebuah parti komponen pemerintah tidak pernah diabaikan dan banyak pihak yang masih tidak mengetahui hakikat ini," jelasnya.

MCA, katanya, bukan sahaja mendirikan sekolah bagi menampung keperluan masyarakat Cina di negara ini malah sekolah yang merosot bilangan pelajarnya terutama di kawasan luar bandar ekoran penghijrahan turut diberi perhatian.

Nizar V'8! Speaker Kedah Puas Hati.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong.



Abdul Isa berkata, beliau yakin mahkamah telah membuat keputusan tepat dan terbaik bagi penduduk kawasan tersebut.

''Ini bukan soal gembira atau tidak, ini soal pelaksanaan undang-undang.
''Keputusan ini telah memihak kepada kami dan mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan fakta dan hujah-hujah yang telah diberikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahkamah hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan untuk mengisi kekosongan tersebut.



Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Abdul Isa untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat

Sehubungan itu, kata Abdul Isa, jawatan Abu Hassan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlucut dan beliau tidak layak untuk hadir ke sidang dewan esok.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

''Kami akan serah kepada pucuk pimpinan untuk membuat tindakan selanjutnya berhubung perkara ini.

''Bagaimanapun, UMNO Kedah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di kawasan tersebut,'' katanya.

Nizar V'8! Permaisuri Agong Dibenarkan Keluar Hospital.



Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Prince Court di sini hari ini, menurut kenyataan Istana Negara malam ini.


"Buat masa ini ini, Seri Paduka Baginda sedang beristirehat di Istana Terengganu, di sini.
"Bagaimanapun, Tuanku Nur Zahirah masih tidak dapat berangkat untuk menghadiri semua majlis rasmi dalam jangka waktu yang terdekat ini, menurut kenyataan itu.




Seri Paduka Baginda telah dimasukkan ke hospital itu sejak 9 November lepas atas sebab-sebab kesihatan.

Tuanku Nur Zahirah turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat di atas doa dan ingatan tulus ikhlas mereka terhadap Seri Paduka Baginda. BERNAMA

Nizar V'8! Gempar ! Gambar Ziana zain dgn najib bakal didedahkan !!



Sebenarnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya diatas katil. Dan Isa menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. (dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sedangkan Isalah orangnya yang mahu menjatuhkan Najib dengan menggunakan gambar tersebut).

Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang. Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang. 



Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang. Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir.

Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad? Sebenarnya Isa Samadlah yang menjadi penyelamat ketika Najib ditangkap khalwat bersama Ziana Zain di Port Dickson. Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib. 





Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan. Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut.

Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah seremban 'off record' skandal tersebut.

Berikut adalah gambaran sebenar Hotel dimana Najib ditangkap khalwat


Ini semua gara2 PENGISTIHARAN PERANG KEPADA PM OLEH ANWAR
hari ini.Bekas org2 Isa yg kini dikhabarkan membelot UMNO yg kini berpaling tadah kpd PKR akan mendedahkan gambar2 tersebut.





Nizar V'8! BN Menang Selesa Jika Pilihanraya Sekarang.



CEO Merdeka Center, Ibrahim Suffian mendakwa bahawa BN akan menang Selasa jika Pilihanraya Umum di adakan sekarang.Samada benar atau tidak apa yang diperkatakan oleh beliau tidak penting, apa yang lebih penting ialah PR mesti buka mata dan berubah.


Perbetulkan mana yang silap, baiki mana yang tempang dan giatkan usaha mendekati rakyat dan tunaikan semua janji yang ditabur dalam manifesto dahulu.Ibrahim menyatakan demikian pada program Sembang-Sembang mingguan di Komplek Masyarakat Penyayang di Pulau Pinang semalam.

 

Katanya, BN akan menang 2/3 kerusi parlimen manakala PR hanya menang antara 50 - 60 kerusi sahaja. Ini berdasarkan survey yang dijalankan oleh Merdeka Centre ke atas 1000 responsden yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan mencakupi semua lapisan masyarakat dan geografi.
 

 
Ibrahim juga berkata bahawa rakyat semakin menerima kepimpinan Najib walaupun pelbagai kontroversi dan masalah dalam berlaku di dalam pentadbiran Najib. Masyarakat India dan Melayu semakin hari semakin menerima kepimpinan Najib di mana pada PRU 12, 35-45 % pengundi India menyokong BN tetapi kini ianya melonjak kepada 55 % manakala pengundi Melayu dari 53 % kepada 55 %.
 
Namun pengundi Cina masih tetap menyokong PR sebagaimana pada PRU 12 Mac 2008 lalu iaitu hanya 35 -40 % sahaja menyokong BN.

Jadi sekarang masanya untuk seluruh kepimpinan PR, ahli dan penyokong PR berusaha sedaya upaya untuk meraih sokongan rakyat dan mengekang serangan serta fitnah BN yang tidak kunjung padam

Nizar V'8! Mari Kita Taja Najib Naik Haji.




"Mengapa tidak ada orang yang sanggup menaja Najib dan isterinya naik haji.Najib memang mampu naik haji setiap tahun kalaupun tidak ditaja oleh sesiapa. Begitu juga dengan TGNA, kalau dia mahu berbuat demikian tetapi mengapa tiada orang yang sanggup menaja Najib tetapi sebaliknya pada TGNA.


Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.



Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang, setelah pada tahun ini beliau membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji.

Mari kita membuat andaian:

Seseorang yang mahu menaja Najib secara terang atau tersembunyi mempunyai niat-niat tertentu yang boleh dipertikaikan.

Kedua, jika tidak mempunyai apa-apa niat, penaja akan berfikir untuk apa dia menaja Najib dan isterinya naik haji kerana belum tentu Najib dan isterinya akan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna. Ini kerana selain dari kurangnya ilmu agama, Najib dan isteri juga tidak akan ada masa untuk belajar bab haji ini.Penaja akan merasa membazirkan wang ringgit saja.




Ketiga,dikuatiri juga oleh penaja (tentunya orang UMNO) kiranya Najib dan isterinya menunaikan haji tajaannya dan beroleh haji mabrur, Najib akan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar di dalam pemerintahannya ( Insya Allah ).Ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan penyokong-penyokong Najib yang mengharapkan Islam tidak akan ditegakkan di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Keempat, sekiranya Naib dan isteri melanggar peraturan hal-hal haji dalam ibadah yang dilakukannya,dan tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu akan kesalahannya ( kerana kurangnya ilmu agama yang berkaitan )dikuatiri dosa yang dilakukannya itu akan ditanggung bersama oleh penaja.

Jadi kesimpulannya, kita jangan taja Najib dan isterinya pergi menunaikan haji.Hal ini berlaku sebaliknya sekiranya kita mahu menaja TGNA naik haji. Sebenarnya di dalam kehidupan kita seharian kini, memang ramai di kalangan kita yang menaja orang tertentu menunaikan haji tetapi tidaklah menjadi isu besar.Baru-baru ini saja nampaknya kes ini menjadi isu negara. Oleh itu mari kita taja orang-orang kuat SPRM naik haji supaya mereka mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah ( Insya Allah ).

Baca keratan akhbar seterusnya.




Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada 18 Nov ini.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya.

Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails