Geng Aku

Selasa, 6 April 2010

(GAMBAR) Red Carpet ABPBH 2009 Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar

Kredit kepada Budiey.

 gambar red carpet abpbh 2009
gambar karpet merah abpbh 2009
red carpet abpbh2009

Pukul Isteri: Badrul Muhayat Mengaku Tidak Bersalah.


Aktor dan bekas model, Badrul Muhayat Ahmad Jalani hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini atas dua pertuduhan mencederakan isterinya dua minggu lalu.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, Badrul didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Julia Daud pada 24 Mac lalu kira-kira pukul 7 pagi di Lot 313E, Jalan 49, Bukit E, Kg Cheras Baru, 55100, Kuala Lumpur dengan menumbuk mangsa di muka dan menendangnya di perut.

Manakala pertuduhan kedua, Badrul didakwa pada hari dan waktu yang sama dengan sengaja memukul mangsa dengan menggunakan penyapu di bahagian kaki dan punggung.

Hakim Wan Karimah Wan Mohd Ab. Ghani membenarkan dia dibebaskan melalui ikat jamin dan menetapkan denda sebanyak RM3,000 bagi kedua-kedua pertuduhan.

Badrul yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon kepada mahkamah untuk mengurangkan bayaran denda sebanyak RM500 atas alasan laporan media mengenai kesnya telah menyebabkan pembayaran lakonannya tertangguh.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Dr. A Vasu memohon kepada mahkamah supaya mengekalkan denda itu.

Menurutnya, denda yang dikenakan adalah setimpal dengan kes yang diutarakan.
Hakim kemudiannya menetapkan supaya Badrul membayar denda ikat jamin sebanyak RM2,500.

Hakim juga menetapkan 13 Mei depan sebagai sebutan semula kes bagi memberi peluang kepadanya untuk melantik peguam.

Jika disabitkan bersalah Badrul boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-keduanya sekali di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Cik Puan Elia Suhana Sedih Wujud Konspirasi Nafikan Haknya.


Isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31, melahirkan rasa sedih kerana dipercayai wujudnya konspirasi untuk menafikan haknya sebagai isteri Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Ketika ditemui pembe-rita, Cik Puan Elia Suhana memberitahu sebanyak tiga kali percubaannya untuk melawat Tuanku gagal kerana dihalang oleh pihak tertentu.

“Saya cuba melaksanakan perintah lawatan yang diberikan mahkamah sebanyak tiga kali. Dua kali semasa Tuanku di rawat di Singapura dan sekali di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

“Namun perintah itu gagal disempurnakan kerana dihalang oleh pihak tertentu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mah-kamah Tinggi Syariah, dekat sini, semalam. 


Menurutnya, sehingga kini beliau masih tidak dapat berjumpa dengan suaminya itu.

“Saya tidak akan berputus asa selagi saya masih bergelar isteri Tuanku dan Insya-Allah saya akan memperjuangkan hak saya sebagai isteri.

“Saya sangat sedih kerana dinafikan hak sebagai seorang isteri oleh pihak ketiga bukan oleh suami saya sendiri,” katanya dalam nada sebak.

Cik Puan Elia Suhana berkata, beliau sentiasa berdoa kepada Allah agar kebenaran berpihak kepadanya suatu masa nanti.

“Perkara ini melibatkan orang ketiga, saya tidak kenal siapa dia. 


“Saya rasa seolah-olah wujudnya satu konspirasi untuk menafikan hak saya sebagai isteri,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya Tuanku tidak akan buat perkara seperti itu terhadapnya.

“Saya akan cuba sedaya upaya dan sentiasa berharap agar saya dapat berjumpa Tuanku suatu hari nanti.

“Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku dan berharap agar Tuanku kembali sihat dan sentiasa dilindungi Allah,” katanya.

BN Umum Calon 15 April, PKR Belum Buat Keputusan.


Calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diumumkan pada 15 April, dua hari sebelum tarikh penamaan calon.

“Datuk Seri Najib Razak dah putuskan calon terbabit dan memberitahu saya mengenainya, jadi ia akan diumumkan 15 April ini,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media selepas menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Petronas Malaysia di Litar Sepang, petang semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai calon yang terpilih, sama ada daripada kalangan pemimpin tempatan dan calon dari luar kawasan. 


Menyentuh mengenai lawatan sehari Perdana Menteri ke Hulu Selangor, Muhyiddin berkata, Perdana Menteri memberitahunya mood penduduk di kawasan itu nampak bagus.

"Perdana Menteri berpendapat, nampaknya :mood: untuk pengundi kembali menyokong BN adalah lebih nyata dan jelas.

“Jadi kita mengharapkan akan berlaku perubahan momentum,” katanya. 


Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam belum menyentuh isu calon yang bakal mewakili parti itu pada pilihan raya kecil, 25 April.

Sebaliknya, Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memutuskan untuk memberi mandat kepada jawatankuasa khas pemilihan, yang dipengerusikan presiden parti, memilih calon paling sesuai.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, bilangan calon yang sedang dipertimbangkan memang ramai. 


"Jumlahnya sudah mencecah satu dozen berbanding minggu lalu dan ini satu perkembangan positif kerana menunjukkan rakyat ada keyakinan terhadap PKR dan mahu bertanding atas tiket parti ini.

“Kami memutuskan memberi mandat kepada presiden memilih calon, besar kemungkinan dibentangkan dalam mesyuarat biro politik nanti,” katanya.

Apa Yang 1 Malaysia Nye-Karpal Singh


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ingin tahu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bila warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1 Malaysia.

Menurutnya, konsep satu Malaysia perlu diimplikasikan dengan kuantiti tanpa sebarang diskriminasi kaum.

“Pertanyaan ini bukan bermakna kita mempersoalkan hak istimewa orang Melayu atau berniat menghapuskannya,” katanya dalam sidang media di Air Itam, semalam. 


Karpal berkata, walaupun Najib melaung-laungkan slogan 1 Malaysia, namun terdapat kekeliruan.

"Bagaimana Najib sendiri bersetuju dengan kenyataan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengakui beliau (Muhyiddin) adalah ‘Malay first, Malaysian second’. :
 
“Ini jelas menunjukkan, ia bercanggah dengan konsep gagasan 1Malaysia yang disarankan beliau sendiri. Bagaimana kenyataan itu diterima dan disokong beliau seperti yang dinyatakan dalam akhbar hari ini?. 


“Jika soal perkauman seperti Melayu dulu, Cina dulu dan India dulu berterusan, perkara ini akan menimbulkan pergolakan sehingga boleh menjejaskan perpaduan.

"Kemudian, konsep 1Malaysia tidak akan membawa makna sebenar dalam perlaksanaan oleh Perdana Menteri yang berhasrat menyatupadukan semua kaum di bawah satu bumbung,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Karpal ingin tahu bagaimana Najib, yang mengamalkan slogan Kredibiliti, Integriti dan Akauntabiliti, menerima seorang Presiden MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. 



“Adakah, Dr Chua mempunyai kredibiliti dan integriti untuk memegang jawatan yang mempunyai kuasa dalam menentukan siapakah dari parti MCA perlu jadi menteri," katanya.

Karpal menggesa Kerajaan Pusat mencontohi Kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha memberi wang sumbangan RM100 kepada warga emas daripada hasil penjimatannya.

APCO: PAS Rayu Majlis Raja-Raja Campur Tangan.

 

Majlis Raja-raja Malaysia dirayu untuk campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara.

Mewakili Ahli Parlimen PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) berkata, perlantikan APCO tersebut seolah-olah mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing.


"Kita minta Majlis Raja-Raja segera campurtangan (supaya) perjanjian ini dibatalkan kerana ia (seolah-olah) mengajak orang luar menceroboh Malaysia)," jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pejabat Majlis Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia.

Beliau turut menafikan bahawa insiatif Ahli Parlimen PAS tersebut bertujuan untuk strategi politik sempena pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menjelaskan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya melihat isu tersebut sebagai isu keselamatan negara, bukan sekadar isu politik peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meminta Apco segera diusir keluar dari Malaysia.

Sebelum pada itu, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS memaklumkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Malaysia, Datuk Sabtu Awwab bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu di Dewan Rakyat bahawa APCO mempunyai hubungan langsung dengan beberapa pemimpin strategik Zionis Israel.


Tambahnya, perlantikan APCO sebagai syarikat perundingan komunikasi nasional boleh mendedahkan keselamatan dalam negara kepada pihak luar.

Kata Nasharuddin lagi, Sabtu berkata, YM  Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja Malaysia tidak boleh menyertai majlis tertutup tersebut kerana uzur.

Ujar Nasharuddin lagi, Sabtu telah menerima memorandum yang diserahkannya itu hari ini bagi pihak Ungku Ibrahim.

Sabtu berjanji untuk memanjangkan hasrat Ahli Parlimen PAS pada Majlis Raja-Raja Malaysia kelak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails