Geng Aku

Selasa, 10 November 2009

Di mana gambar Najib dan Altantuya?




Dalam berita bertajuk "Cops have photo of Najib with Altantuya," Free Malaysia Today semalam melaporkan:Gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama Altantuya Shaaribuu telahpun diserahkan kepada pihak polis Malaysia.

Bagaimanapun, gambar tersebut tidak dijangka akan dapat dilihat oleh umum, kata wartawan penyiasatan Perancis, Arnaud Dubus.

Menurut Dubus, keluarga Altantuya tidaklah naif dan tidak membuat salinan gambar itu, yang boleh membuktikan Najib memang mengenali wanita yang dibunuh dengan penuh misteri itu.






"Gambar itu telah diserahkan kepada Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang kemudiannya menyerahkan gambar itu kepada polis Malaysia dan selepas itu ia seperti hilang begitu sahaja," kata Dubus.
Anda fikir Najib akan menggelejat dengan berita di atas? Lupakan sahaja. Dia akan terus buat bangang dan selepas itu rakyat Malaysia yang pelupa akan melupakan berita tersebut. Setakat ini, strategi itu sangat berkesan.

Para penyokong Najib lagi senang. Tak payah jawab apa-apa - hancurkan sahaja si Dubus itu. Mereka akan kata Dubus itu kaki liwat sama seperti kawannya di Malaysia. Senang sungguh kerja mereka - kill the messenger.

Walaupun saya rasa semacam tengok muka Dubus, mampoih pila dia kaki main belakang pun kalau betul dia taik liwat. Yang penting ialah sejauh mana benarnya maklumat yang dibawa? Yang aku nak tau, apa yang dia tulis tu benar atau tidak? Kalau maklumat dia benar, mampoih pi la maklumat kaki liwat pun.

Aku nak maklumat dia, kalau maklumat itu benar. Aku bukan nak lantik dia jadi Perdana Menteri.

Saya menjangkakan, orang-orang Umno akan menggunakan ayat 6, surat al-Hujurat:
يأيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنباء فتبينوا

Terjemahan oleh Dr Abdul Wahab Arbain: Wahai mereka yang beriman! Jika kamu didatangi si fasiq dengan sesuatu berita, maka hendaklah kamu periksa (asas, latarbelakang atau kebenarannya).




Siapa-siapa nak tolak berita yang dibawa oleh Dubus, mereka boleh menolaknya. Tetapi saya lebih senang dengan penjelasan Ustaz Abdul Wahab dalam postingnya yang bertajuk "Berita dari si fasiq usah ditolak".




Sebelum ini, saya telah sebut bahawa saya akan delete komen-komen yang saya rasa datang dari cybertrooper yang jual bangsa dan agama untuk bagi makan anak bini. Tetapi saya tidak tolak komen yang saya rasa datang dari kawan-kawan dari Umno yang sememangnya Umno kerana mereka yakin Umnolah yang paling benar - terutamanya yang menyatakan identiti diri.

Tetapi kali ini, saya akan siarkan komen cybertrooper dengan tujuan untuk mengkaji persamaan mentaliti mereka dengan mentaliti anggota-anggota kelab pencinta Umno.

Berkaitan:
Cops have photo of Najib with Altantuya (Malaysia Today 9/11/09)
Pic Linking Najib to Altantuya "Missing" (Malaysia Today 9/11/09)

PRU13: Pakatan Rakyat Lemas Dalam Selimut Barisan Nasoinal




PRU13 atau pilihan raya umum yang ke 13 masih jauh tapi dekat. Barisan Nasional dibawah teraju perdana menteri Malaysia Datuk Seri Muhd Najib Razak telah menggerakkan jentera dan kerajaan barisan nasional kearah pilihanraya umum.





Dari senario yang dipaparkan oleh Najib dan bn khasnya umno, kearah melumpuhkan sokongan pakatan rakyat. Jangkaan kami barisan nasional pada pilihanraya umum yang ke 13, Najib dan barisan nasional beroleh kemenangan bergaya, dijangka melebehi dua pertiga dalam parlimen Malaysia.

Walaupun PRU13 masih jauh. Pemimpin umno dan barisan nasional telah membuat kiraan politik semasa. Dimana negeri dibawah pakatan rakyat kembali menyembah barisan nasional. Hanya negeri Kelantan sahaja belum jelas atau masih ditahap sikit kelabu.

Namun barisan nasional khasnya umno akan mengunakan dana wang eshsan untuk memerangkap rakyat Kelantan agar setiap ringgit yang ditaburkan kepada rakyat Kelantan memberi undi kepada umno. Sejarah terbukti sedikit sukar untuk rakyat Kelantan berpaling tadah selagi PAS dibawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Tapi wang boleh membutakan hati dan mata .

Najib akan mengunakan segala kudrat dan tenaga serta seluruh jentera kerajaan dan wang peruntukan negara demi kepentingan Najib dan umno bagi mengekalkan kuasa memerintah dengan melebehi dua pertiga dalam parlimen Malaysia PRU13 nanti.




Peruntukkan berbillion ringgit bakal diagihkan kepada semua negeri sebaik sahaja menjelang PRU13. Malah Najib dan kerajaan barisan nasional mula bekerja kearah itu.

Impian Najib melihat barisan nasional kembali kuat, teguh serta mendapat sokongan ramai akan tercapai dengan cara baik, kotor, jijik dan akan mengunakan SPRM, PDRM, MAKAHMAH, SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA SEBAGAI KUDA ATAU ALAT.

PRU13 atau pilihan raya umum yang ke 13 masih jauh tapi dekat. Barisan Nasional dibawah teraju perdana menteri Malaysia Datuk Seri Muhd Najib Razak telah mengerakkan jentera dan kerajaan barisan nasional kearah pilihanraya umum.

Dari senario yang dipaparkan oleh Najib dan bn khasnya umno,kearah melumpuhkan sokongan pakatan rakyat. Jangkaan kami barisan nasional pada pilihanraya umum yang ke 13 Najib dan barisan nasional beroleh kemenangan bergaya, dijangka melebehi dua pertiga dalam parlimen Malaysia.




Walaupun PRU13 masih jauh. Pemimpin umno dan barisan nasional telah membuat kiraan politik semasa. Dimana negeri dibawah pakatan rakyat kembali menyembah barisan nasional. Hanya negeri Kelantan sahaja belum jelas atau masih ditahap sikit kelabu.

Namun barisan nasional khasnya umno akan mengunakan dana wang eshsan untuk memerangkap rakyat Kelantan agar setiap ringgit yang ditaburkan kepada rakyat Kelantan memberi undi kepada umno. Sejarah terbukti sedikit sukar untuk rakyat Kelantan berpaling tadah selagi PAS dibawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Tapi wang boleh membutakan hati dan mata .

Najib akan mengunakan segala kudrat dan tenaga serta seluruh jentera kerajaan dan wang peruntukan negara demi kepentingan Najib dan umno bagi mengekalkan kuasa memerintah dengan melebehi dua pertiga dalam parlimen Malaysia PRU13 nanti.

Peruntukkan berbillion ringgit bakal diagihkan kepada semua negeri sebaik sahaja menjelang PRU13. Malah Najib dan kerajaan barisan nasional mula bekerja kearah itu.

Impian Najib melihat barisan nasional kembali kuat, teguh serta mendapat sokongan ramai akan tercapai dengan cara baik, kotor, jijik dan akan mengunakan SPRM, PDRM, MAKAHMAH, SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA SEBAGAI KUDA ATAU ALAT.

Khir Toyo jumpa Badrul petang ini

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menemui ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah petang ini bagi menyatakan penghargaan kepadanya kerana menyokong BN.


Khir Toyo

Dr Mohd Khir berkata beliau akan ke diaman Badrul di Pelabuhan Klang jam 5.30 petang ini.

Badrul Hisham mengisytiharkan keluar dari PKR hujung bulan lalu dan menyatakan sokongannya kepada BN.

Dalam sidang DUN Selangor yang berlangsung sekarang, Badrul Hisham dipindahkan duduk di belakang ADUN BN.

NONEDitanya sama ada pertemuan itu bertujuan untuk 'memujuk' Badrul Hisham masuk Umno, Dr Mohd Khir berkata: “Itu terserahlah kepada pengurusan Umno Selangor”.

“Sebagai seorang rakan (ADUN), saya menemuinya untuk memberi sokongan,” tambahnya.

Badrul mengisytiharkan keluar dari PKR pada 29 Oktober lalu dan menjadikan ADUN bebas yang 'mesra BN'.

Beliau membuat pengumuman itu beberapa jam selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul melepaskan jawatan wakil rakyat

Badrul sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Di samping itu, spekulasi juga tersebar sejak beberapa bulan lalu yang mendakwa kemungkinan beliau melompat parti untuk menyertai Umno.

Spekulasi itu diperkuat lagi dengan hadirannya di rumah terbuka Hari Raya Ketua Umno Klang Datuk Mazlynoor Abd Latif awal bulan lalu.

Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.

Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Speaker: Abu Hasan bukan lagi ADUN


Datuk Dr Abdul Isa Ismail

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, hari ini menegaskan bahawa Datuk Abu Hasan Sarif bukan lagi ADUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukannya.

Beliau berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah buat keputusan yang lain, saya anggap bertentangan dengan peruntukan 51 UTKK, jadi saya minta kepada mahkamah semak semula keputusan SPR.

"Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia (Abu Hasan) bukan lagi anggota dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis," katanya ketika ditemui pemberita di Yan hari ini.

Beliau diminta mengulas isu pembatalan surat jemputan kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN pada 17 November ini.

Abdul Isa berkata, surat berkenaan telah dihantar secara umum yang ditandatangani oleh setiausaha dewan kepada anggota-anggota dewan.

"Setelah mendapati surat berkenaan turut dihantar kepada beliau (Abu Hassan), saya sendiri telah membatalkannya," katanya. BERNAMA

Presiden China Tiba Untuk Lawatan Dua Hari


 Presiden China

Presiden China Hu Jintao tiba hari ini untuk lawatan dua hari.

Ketibaan beliau bersama isteri, Liu Yongqing, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 3.30 petang, disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Hu kemudian berlepas ke dataran Parlimen untuk diberi sambutan rasmi sebelum mengunjungi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Zainal Abidin di Istana Negara.


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Zainal Abidin

Malam ini beliau akan diraikan dalam satu majlis jamuan negara manakala pagi esok, pemimpin China itu akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani sempena lawatan itu.

Hu dijadual berlepas ke Singapura pada 4.30 petang esok.

Airasia Tawar Sejuta Tempat Duduk Percuma Dalam Promosi

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, mengumumkan hari ini bahawa ia akan menawarkan sejuta tempat duduk percuma ke lebih 70 destinasi dalam promosi terbarunya, "Free Seats" mulai 11 Nov, 2009.




Promosi yang berakhir pada 15 Nov itu adalah bagi tempoh perjalanan dari 1 Mei hingga 30 Okt, 2010, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Destinasi-destinasi berkenaan, yang merangkumi China, India dan Taiwan, adalah dari rangkaian AirAsia yang terdiri daripada lebih 130 laluan dan 20 negara.

"Apabila ekonomi sukar, orang mencari pilihan perjalanan yang lebih murah tetapi menawarkan nilai lebih baik bagi wang mereka dan tiada pilihan yang lebih baik daripada penerbangan percuma," kata ketua bahagian komersial serantau AirAsia, Kathleen Tan.

Tempat duduk dalam promosi ini terhad dan boleh didapati atas dasar siapa cepat dia dapat dan boleh didapati secara online melalui www.airasia.com dan mobile.airasia.com, kata AirAsia.

Muallaf ditayang hujung Disember?


Sebelum Talentime, pengarah Yasmin Ahmad terlebih dulu mengarahkan sebuah lagi filem berjudul Muallaf.Filem ini antara judul paling berat pernah diarahkan arwah Yasmin sepanjang kariernya. Sebuah lagi judul yang agak berat tetapi seronok ditonton, pada pandangan Cik Normah ialah Gubra.

Walaupun disiapkan lebih awal berbanding Talentime, namun filem terakhirnya itu ditayangkan terlebih dulu di panggung negara ini. Manakala penonton di Singapura sudah pun menonton Muallaf, kira-kira setahun yang lalu.



Kosmo sendiri sempat menontonnya ketika arwah masih ada. Waktu itu, dia mengundang beberapa rakan ke pejabatnya di Jalan Raja Chulan, untuk menghayati garapan kelimanya.



Bagi peminat di Malaysia yang merindui karya Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-22 ini, jangan lupa menunggu kehadiran filem Muallaf di panggung berdekatan rumah anda, apabila ia mula ditayangkan pada 24 Disember depan.



Muallaf antara lain mengisahkan dua beradik, Rohani dan Rohana, yang melarikan diri daripada layanan buruk bapa mereka. Mereka mendapat perlindungan di sebuah bandar kecil dan berkenalan dengan seorang guru muda di sekolah Katolik, Brian Goh.

Brian amat tertawan dengan dua beradik berkenaan. Dia tertarik dengan keberanian dan ketabahan mereka menghadapi kesusahan. Bagaimanapun persahabatan mereka memaksa Brian berdepan dengan sejarah hitam sendiri yang sering menghantuinya.

Filem ini adalah percubaan arwah untuk menyelami kemungkinan wujudnya emosi setelah trauma akibat dilukai orang yang dikasihi. Dia menyingkap kisah tiga jiwa yang masih mencari erti kehidupan sebenar dan bagaimana mereka menempuh suka duka bersama. Muallaf meraikan erti persahabatan, kemaafan dan penerimaan terhadap sejarah silam.

Filem terbabit dilakonkan Brian Yap, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha, Tony Savarimuthu, Datuk Rahim Razali, Ning Baizura, Ho Yuhang, Yeo Yann Yann, David Lok dan Tan Mei Ling.

Saya Bukan Terdesak-Marsha


Marsha


Marsha tidak tergesa-gesa cari cinta baru kerana tumpuan kali ini pada nyanyian dan lakonan

EMPAT tahun menelusuri persada seni, belum ada kejayaan besar buat gadis dari Tamparuli, Sabah ini untuk membolehkan dirinya berbangga terhadap dunia yang diceburi. Selepas program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) menutup tirai, artis berusia 24 tahun ini seakan-akan masih mencari tapak yang kukuh, dalam menempatkan namanya sebaris artis yang disegani.

Sebaliknya, cerita peribadi seperti hubungan cintanya bersama Kefli yang kini tinggal kenangan, bagai mengaburi bakat besar milik wanita muda terbabit. Sudah tentu, jika berkeupayaan, Marsha sendiri enggan namanya dikenali dek kisah peribadi sedemikian. Impiannya, biarlah peminat memandang pada kebolehannya dalam dunia nyanyian mahupun lakonan.

Meskipun begitu, Marsha tidak terkilan, jauh sekali nak melatah apabila cerita atau gosip hangat mengenainya tersiar di media massa. Menyedari semua itu asam garam perlu ditelan golongan selebriti sepertinya, dia berdepan cabaran itu dengan tenang. Apabila diberikan ruang, dia tampil memberikan penjelasan.

Begitu juga situasi tatkala Marsha dikatakan terdesak mencari cinta baru, sehingga muncul kisah kononnya wanita cantik ini menyukai Yusry KRU. Sedikit terkejut dengan gosip terbabit, Marsha langsung tidak menyangka gurauannya bersama kakitangan KRU Studios boleh tersebar sehingga muncul di ruangan gosip hujung minggu.

Sedangkan, jelasnya, tidak ada apa-apa pun yang berlaku dan semua itu tersiar di media akibat ‘salah faham’ yang mungkin terjadi waktu itu.


"Saya pernah bertemu Yusry cuma sekali atau dua. Itupun atas urusan kerja. Namun begitu, saya cukup tahu, Yusry sendiri amat memahami apabila cerita seperti itu dimainkan media. Tiada apa-apa pun sebenarnya," kata Marsha ketika ditemui selepas tayangan pratonton filem lakonannya, Senario The Movie Episode 2: Beach Boys, di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Menurut gadis yang dilahirkan di Michigan, Amerika syarikat yang baru saja muncul bersama single Yang Terbaik, dia ‘penat’ untuk menjalinkan cinta bersama mana-mana jejaka. Harapannya, biarlah dia membawa dirinya jauh ke depan dalam kerjaya muzik atau lakonan. “Menjadi impian saya untuk lebih menyerlah pada 2010! Saya ingin buktikan kepada peminat, saya masih wujud dan aktif dalam bidang ini,” jelasnya yang mahu mengelak daripada dilabelkan sebagai ‘artis majalah’.

Marsha berkata, pada suatu ketika dia pernah berasa keliru apabila diundang media kerana tiada cerita yang hendak dihebahkan. Kini semuanya berubah apabila namanya semakin jadi sebutan, hasil kerja seni yang ditunjukkan. Selain single Yang Terbaik dan beberapa filem yang dibintanginya, termasuk Saus Kacang (filem Indonesia), dia kini dalam perbincangan bernaung di bawah sebuah label syarikat rakaman.

Dia yang pernah berlakon dalam drama Kerana Karina menaruh harapan, jika semuanya jadi kenyataan, impiannya untuk mempunyai album sendiri terlaksana juga akhirnya.

"Saya merancang untuk muncul dengan single demi single terlebih dulu, sebelum semua lagu terbaik itu dikumpulkan dalam satu album. “Sekarang, karier saya bagai bercambah semula dan fokus pula ke atas diri saya seorang" katanya sambil memaklumkan single yang dihasilkan sepenuhnya oleh Edry sudah pun dimainkan di radio seluruh negara, begitu juga oleh radio di Singapura dan Brunei.

Untuk Yang di-Pertuan Besar'


TUANKU Muhriz tersenyum lebar ketika menyampaikan Piala Malaysia kepada kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.


Ganjaran istmewa buat pemain, trofi diarak ke semua daerah: Mohamad

SELEPAS berkongsi habuan RM150,000 hasil kejayaan mara ke separuh akhir dan final Piala Malaysia, ganjaran lebih istimewa menanti skuad bola sepak Negeri Sembilan sesudah mengungguli piala berprestij itu dengan menewaskan Kelantan 3-1, malam kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berkata, pihaknya akan berbincang bagi memutuskan ganjaran terbaik, termasuk wang tunai bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan itu.



“Sesungguhnya kejayaan memenangi Piala Malaysia amat bersejarah kerana kejayaan itu bukan saja menamatkan penantian selama 61 tahun tetapi kita juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kempen piala berprestij itu musim ini.

“Jadi, kita akan berbincang bagi memutuskan ganjaran istimewa kepada pemain yang menunjukkan komitmen dan dedikasi tinggi bagi memastikan piala berprestij itu dibawa pulang ke negeri ini,” katanya, semalam.

Ia adalah kejuaraan kedua buat Negeri Sembilan selepas kali pertama memenanginya pada 1948 ketika kejohanan masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya, manakala kekalahan Kelantan menyaksikan mereka terpaksa menunggu lama untuk memenangi piala berprestij itu selepas kemunculan semula di pentas final buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun.

Mohamad turut menyifatkan kejayaan merangkul piala berprestij itu sebagai hadiah terbaik kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, 26 Oktober lalu.

Mangsa banjir di Kedah meningkat



Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Kedah meningkat kepada 2,060 sehingga 7 malam ini berbanding 1,203 orang tengah hari tadi.

Kota Setar menjadi daerah terbaru yang dilanda banjir apabila 379 orang mangsa dari 112 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, daerah Pokok Sena mencatatkan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 989 orang dari 181 keluarga diikuti Kubang Pasu seramai 569 orang (127 keluarga) dan Padang Terap seramai 123 orang (25 keluarga).

Katanya, bacaan paras air sungai di Sungai Kepala Batas, Kota Setar ialah 4.16 meter melebihi paras bahaya 3.50 meter dan Sungai Bata di Kubang Pasu 9.22 meter (bahaya 9.15 meter). - Bernama

Dr. Asri ke pentas politik?


Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam. 


Tokoh agama kontroversi, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik jika terus dihalang daripada menyampaikan ajaran agama.
Bagaimanapun bekas Mufti Perlis itu berkata, masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian kerana beliau masih bebas untuk berdakwah.

"Saya ingin menyampaikan pengajaran Islam, pemikiran Islam, memberitahu bahawa Islam agama untuk semua, jadi saya tidak fikir ada keperluan untuk menyertai politik.

"Tetapi, jika semua pintu ini dihalang sehingga saya tidak boleh bercakap melainkan di pentas politik, mungkin saya berbuat demikian, tapi saya harap ia tidak berlaku.

"Buat masa ini tidak perlu saya menyertai mana-mana parti politik dan saya mendapat sokongan kedua-dua ahli parti (Pas dan UMNO) kecuali hak saya untuk bersuara disekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Pertemuan yang turut disertai beberapa penyokong Mohd. Asri itu bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Mohd. Asri berkata, sehingga kini, pihak berwajib masih memberi peluang kepadanya dari segi kebebasan bersuara dan ruang untuk menyampaikan pengajaran Islam.

"Setakat ini, saya rasa peluang masih diberikan, saya berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menerima saya, ini tanda keterbukaan intelektual.

"Jika ada pihak yang betul-betul menghalang, saya terpaksa fikir jalan yang lebih terbuka," katanya yang tidak menyebut mana-mana parti politik yang berkemungkinan disertai olehnya.

Beliau juga mengalu-alukan perbincangan terbuka berbentuk forum, wacana mahupun debat dengan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pandangannya bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.

"Saya tak tahu sama ada perlu dibuat debat atau tidak mengenai keadaan sekarang tetapi saya terbuka untuk buat perbincangan.

"Kita boleh buat satu forum atau wacana pemikiran, panggil orang yang benar-benar layak, janganlah panggil pegawai-pegawai kecil. Bukan saya nak letak diri saya tinggi.

"Kita mahu bincang betul-betul, dengan dialog yang baik, bagi rakyat dengar yang akhirnya memberi faedah kepada semua," katanya.




Mengulas pertemuannya dengan Nik Abdul Aziz, beliau berkata, ia sebagai tanda terima kasih atas sokongan pemimpin tersebut berhubung isu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini.

Beliau menolak dakwaan kunjungannya itu ada kaitan dengan politik.
Beliau berkata, Nik Abdul Aziz menasihatkannya supaya bersabar dan memintanya terus menulis dengan bersungguh-sungguh serta boleh memulakan kolum baru Di sini Saya Bermula.

"Beliau berkongsi dengan saya, zaman menuduh Kaum Muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang," tambahnya.

Kelantan Nafi Pemain Jual Perlawanan




Kelantan menolak dakwaan kononnya pemain menjual permainan yang menyebabkan pasukan itu kalah kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lepas.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata kekalahan itu juga bukan kerana kelemahan strategi ketua jurulatih, B. Sathianathan.




"Semuanya spekulasi sahaja. Bagi saya adalah tidak benar disebabkan Kelantan kalah pada perlawanan itu pelbagai tuduhan dibuat dan andaian dikeluarkan banyak pihak," katanya ketika mengulas kekalahan pasukan Kelantan itu.

Beliau ditemui pemberita sekembali dari Kuala Lumpur bersama pasukan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dan disambut oleh 50 penyokong.

Dalam perlawanan yang disaksikan oleh lebih 60,000 penonton itu, Kelantan kalah 3-1.

Azman berkata sekiranya betul ada cubaan membeli pemain Kelantan, pihak yang membuat andaian itu perlu memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

"Bagi saya perkara itu tidak berlaku, mungkin ada pihak mahu spekulasi isu ini setelah Kelantan kalah pada perlawanan itu," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui ada kelemahan dari segi penempatan posisi pemain yang membawa kepada pasukan itu mudah ditembusi dan permainan agak lemah.

Azman berkata sebagai jurulatih, Sathianathan tahu tentang pemain yang hendak diketengahkan walaupun baru mengetuai pasukan Kelantan.

-- BERNAMA

Selangor Bakal Dijatuhkan Menjelang Bulan January?




Dua minggu sebelum kerajaan Pakatan di Perak jatuh, saya menyarankan kepada mereka supaya mengadap Sultan Perak dan meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya diadakan.

Malah saya memberitahu tentang hal ini kepada Anwar Ibrahim. Katanya, kebimbangan saya tidak berasas kerana beliau telah bercakap dengan Lim Kit Siang. Menurutnya, Kit Siang telah meyakinkannya bahawa masalah berkenaan Hee telah diselesaikan dan bahawa segalanya elok-elok belaka.

Namun saya masih berkeras supaya mereka meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan, yakni sementara mereka masih memiliki majoriti kerusi dalam DUN Perak.

Ketahuilah bahawa apabila mereka kehilangan majoriti ini, Sultan tidak perlu mempertimbangkan permintaan mereka. Ini kerana pada masa itu, mereka tidak lagi menguasai kerajaan Perak.

Selagi Pakatan Rakyat masih menguasai kerajaan Perak, maka Sultan tidak mempunyai alasan untuk menolak permintaan Pakatan Rakyat. Bahkan jika baginda menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, baginda melakukannya tanpa alasan yang sah. Dengan demikian, memang nampak sangat bahawa baginda adalah alat UMNO.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Kita semua tahu bahawa Sultan telah disogok untuk menggulingkan Pakatan Rakyat. Bahkan baginda diugut berkenaan dengan status Raja Nazrin sebagai penggantinya. Pendek kata, baginda ditawarkan kedua-duanya… gula-gula pun ya… rotan pun ya. Maka, seperti mana-mana kanak-kanak yang berhadapan dengan situasi seperti itu, baginda disorong tarik semahunya oleh UMNO.




Selain itu, saya juga ada menulis tentang lain-lain hal yang perlu diwaspadai Pakatan Rakyat. Pada masa ini, memanglah Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi dalam DUN Selangor. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka menguasai kerajaan Selangor.

Sebenarnya, ramai di kalangan staf agensi dan jabatan kerajaan negeri merupakan hubaya UMNO. Mana tidaknya… mereka sebenarnya ditempatkan di situ dan dapat naik pangkat disebabkan hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, sementara Pakatan Rakyat menguasai ‘kepala’ kerajaan Selangor, mereka takkan dapat mengawal ‘badannya’. Nampaknya, apabila kepala ke kiri, badan pula ke kanan, dan sebaliknya.

Perkara pertama yang Khir Toyo lakukan apabila Selangor jatuh ke tangan pembangkang (selain menghapuskan segala bukti kesalahan) adalah mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah yang mereka lakukan… saban hari… saban minggu. Maka terjadilah peristiwa yang tidak diduga, seperti isu bir, penangkapan bekas mufti Perlis, perobohan kuil dan lain-lain lagi.



Bolehlah dikatakan bahawa bukan hanya kepala yang bergerak ke arah yang bertentangan dengan tubuh, malah tangan kiri juga tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanan.

Inilah taktik mereka bagi menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor - dengan mewujudkan ketidakpuasan hati dengan melakukan banyak perkara yang ‘tidak popular’, semata-mata kerana ingin menyusahkan rakyat. Akibatnya, para pengundi naik muak dengan pembangkang dan akhirnya, mereka menolak pembangkang. Inilah yang berlaku di Terengganu pada tahun 2004. Pembangkang hanya dapat menguasai kerajaan Terengganu selama lima tahun.

Saya sudah mengingatkan Ronnie Liu tentang hal ini. Sebenarnya, portfolio EXCO Ronnie Liu adalah portfolio yang paling sukar dan paling menimbulkan kontroversi. Ini kerana ia melibatkan majlis tempatan dan sebagainya. Nah, inilah lubuk pelbagai masalah.

Kalau mereka hendak mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat, mereka hanya perlu mengabaikan pembaikian jalan ataupun sengaja tidak mengutip sampah ataupun tidak menukar lampu jalan yang sudah terbakar ataupun tidak membaiki paip-paip air yang pecah.
Buatlah yang ini saja pun dah cukup. Dah tentu rakyat naik bosan. Tak perlu buat perkara besar, pun. Cukupah sekadar mensabotaj benda-benda yang remeh, dan rakyat akan menendang kerajaan negeri ke tepi jalan. Itulah… apabila hanya ‘kepala’ yang dapat dikawal, bukannya susah sangat nak sabotaj kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ramai usahawan Cina di Selangor yang berasa jengkel. Mana tidaknya, rasuah makin menjadi-jadi. Tidak ada perkara yang berubah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih. Kepala samseng UMNO (warlord) masih menguasai pejabat tanah, majlis tempatan dan lain-lain lagi. Nak kelulusan untuk projek? Lesen? Permit? Kalau nak, pergilah mengampu kepala samseng. Kalau anda berurusan melalui Pakatan Rakyat dan melangkau kepala samseng, projek anda takkan berjaya.

Para usahawan Cina mendapati bahawa mereka masih perlu mengadap kepala samseng dan membayar ‘emas permata’ kepada mereka supaya urusan perniagaan mereka berjalan lancar. Bahkan apabila mereka pergi menemui wakil Pakatan Rakyat, mereka mendapati wakil Pakatan Rakyat seperti ketua diikat tangan. Bukan boleh buat apa, pun! Ya, memanglah mereka boleh telefon si polan ataupun si fulan, tetapi itu pun tak jalan. Tetapi jika usahawan-usahawan Cina itu pergi menemui kepala samseng dan membayar ‘ufti’ kepadanya, segalanya beres.

Sedarlah… bukan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor. Jadi, siapa yang mentadbir Selangor? Siapa lagi, UMNOlah. Jadi, jika anda nakkan sesuatu, tak payahlah jumpa wakil Pakatan Rakyat. Pergilah ‘menyembah’ ketua samseng dan bayarlah wang yang diminta. Pasti semuanya berjalan lancar.

Di Selangor, bukan kepala yang menggerakkan badan, tetapi badanlah yang menggerakkan kepala. Kalau tak percaya, cubalah tanya mana-mana usahawan Cina yang berniaga di Selangor.

UMNO memberitahu ‘kuncu-kuncu mereka’ di agensi dan jabatan kerajaan negeri Selangor bahawa pada Januari 2010, Barisan Nasional akan kembali menguasai Selangor. Jadi, semua perkara perlu ditangguhkan. Kelulusan dan segala macam permohonan diletakkan ke tepi terlebih dahulu… sehinggalah Barisan Nasional mengambil alih. Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa bagi melancarkan urusan.

Apabila anda berjumpa dengan staf di agensi atau jabatan kerajaan negeri Selangor untuk sesuatu urusan, mereka tidak akan mempedulikan anda. Kalau pun anda membuat aduan kepada wakil Pakatan Rakyat, mereka hanya dapat membuat panggilan telefon… itu saja.

Kalau anda meminta wakil Pakatan Rakyat untuk terus campur tangan, alamatnya urusan yang anda nak selesaikan makin tak ke mana. Ia adalah seperti memandu dalam lumpur. Semakin anda memecut, semakin tersekatlah anda.

Jadi, Januari 2010 menjadi tarikh yang disasarkan Barisan Nasional untuk mengambil alih Selangor. Inilah yang diberitahu UMNO kepada kuncu-kuncunya di agensi dan jabatan kerajaan negeri.

Selain itu, ramai di kalangan wakil Pakatan Rakyat akan menghadapi segala macam dakwaan jenayah, termasuk pertuduhan rasuah. Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali. UMNO telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka untuk bersiap-sedia menghadapi sekurang-kurangnya sepuluh pilihan raya kecil. Ini kerana tak lama lagi, akan ada sepuluh kerusi kosong.

Tidak cukup dengan itu, terdapat ramai manusia berkepala UMNO dalam PKR, PAS dan DAP. Mereka sengaja ditempatkan di situ. Tiba saatnya, semua kuncu UMNO ini akan bertindak, sebagaimana yang berlaku di Perak. Apabila ini berlaku, maka berakhirlah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya.

Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya. Ya, ketika kami mengingatkan kamu tentang Perak, kamu ketawa terkekeh-kekeh.
Sekarang, kami ingin mengingatkan kamu tentang situasi di Selangor. Masih ingin ketawa? Kalau kamu kehilangan Selangor, saya akan kerjakan kamu cukup-cukup. Ingat, ini bukan ancaman kosong.

Ronnie Liu nafi dakwaan bantu PKM




Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata beliau tidak pernah terlibat dalam membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum ini seperti didakwa oleh sebuah blog, unspinners.blogspot.com.

Ketika ditemui di luar sidang dewan undangan negeri di Shah Alam hari ini Liu berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan atau menyalurkan sebarang bantuan kepada PKM sama ada tenaga, makanan atau ubat-ubatan seperti didakwa laman blog itu.

Tegasnya, dakwaan laman blog itu adalah fitnah dan tidak berasas yang bertujuan menjatuhkan imejnya selaku wakil rakyat pakatan pembangkang di Pandamaran, Selangor.

Selain menafikan penyaluran bantuan kepada PKM, Liu juga turut menolak dakwaan beliau pernah bertemu dengan bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng di sempadan Thailand seperti yang didakwa.

Beliau berkata:"Saya tak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti PKM. Saya ingat ini satu tuduhan terhadap saya yang mempunyai motif tertentu.

"Saya tidak pelik dengan dakwaan ini kerana sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan yang mengaitkan saya dengan perkara tidak baik seperti 'mengarahkan mendiang Teoh Beng Hock dibunuh' serta mempunyai hubungan dengan kongsi gelap," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai dakwaan dalam blog itu, Liu berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggjawab mengendalikannya.
- Bernama

Misi B-23 sukar di Laos




SKUAD bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Timor Leste untuk saingan Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos bermula awal bulan depan.

Kumpulan B pula hanya menampilkan empat pasukan iaitu naib juara 2007, Myanmar, Singapura, Indonesia dan tuan rumah, Laos.

Pada Sukan SEA 2007 di Korat, skuad bola sepak negara yang dibimbing B. Sathianathan gagal melangkah ke separuh akhir setelah hanya menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B di bela- kang Vietnam dan Singapura.

Kali ini, skuad negara dibimbing pula oleh K. Rajagobal dan mereka perlu mengelak kekalahan ketika bertemu Thailand dan Vietnam bagi mencerahkan peluang layak ke separuh akhir.

Selain itu, pertemuan dengan Kemboja dan Timor Leste juga tidak boleh diambil mudah kerana jumlah jaringan besar diperlukan memandangkan perbezaan gol mungkin menjadi penentu.

"Kita telah diundi dalam kumpulan yang kuat. Jadi saya akan gunakan pendekatan fokus daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan mempamerkan usaha keras dalam setiap perlawanan.

"Kita akan mengharungi empat perlawanan kumpulan dan mungkin faktor keletihan dan kecederaan bakal mempengaruhi situasi sewaktu pertandingan itu berlangsung nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Palembang, Indonesia malam tadi.

Skuad kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi Uzbekistan pada 14 dan 18 November ini untuk aksi kelayakan Piala Asia 2011 telah mencatat kemenangan 3-1 ke atas skuad B-23 Indonesia pada aksi persahabatan di Stadium Gelora Sriwijaya Jakabaring, Palembang petang semalam.

Tiga gol skuad kebangsaan dijaringkan Amri Yahyah (28), Bad- drol Bakhtiar (31) dan Safiq Rahim (34) manakala jaringan pasukan tuan rumah diperoleh menerusi sepakan penalti Sultan Sama pada minit ke-40.

"Sama seperti ketika kita menewaskan mereka 1-0 di Cheras (13 Jun lalu), Indonesia bermain agresif. Saya risau pemain akan cedera tetapi mujur ia tak berlaku.

"Saya tidak berpuas hati dengan prestasi pemain saya. Tetapi kemenangan ini mampu meningkatkan moral pemain menjelang aksi bertemu Uzbekistan," jelasnya.

Kafa 'pening' penonton ganas


KESAN tempat duduk di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dibakar oleh sebahagian penyokong bola sepak Kelantan, Sabtu lalu.



TINDAKAN ganas penyokong Kelantan yang kerap melakukan hura- hara ketika perlawanan bola sepak berlangsung menjadikan mereka dilabel sebagai penonton ganas.
Sememangnya sukar diterima, namun ia hakikat yang perlu diterima termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sendiri yang pada awalnya tidak menyenangi gelaran itu diberikan kepada mereka.

Segala insiden yang terjadi turut memeningkan Kafa sehingga sukar untuk mencari jalan mengatasinya.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana, memang Kelantan selalu orang cop sebagai penonton yang ganas, tak tahu macam mana nak mengatasi masalah ini.
"Kalau 10 orang, senang nak kawal, ini lebih daripada 50,000 penyo- kong yang datang ke stadium," kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kafa, Azman Ibrahim kepada Kosmo! semalam.

Sambil kecewa dengan kejadian tersebut, Azman menyifatkan ia adalah lumrah bola sepak dan bukan sahaja membabitkan Kelantan.

Kafa menyerahkan kepada Persa- tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melakukan siasatan terhadap insiden yang berlaku, seterusnya bersedia menerima sebarang bentuk tindakan yang bakal dikenakan.




Bagaimanapun katanya, Kafa merasa terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh penonton sehingga menguasai hampir 85 peratus kapasiti Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan harapan untuk melihat pasukan Kijang menjulang piala.

Beliau mengharapkan penyokong Kelantan tidak menyimpan dendam terhadap pasukan tersebut kerana kejayaan menjadi naib juara Piala Malaysia adalah suatu pencapaian yang membanggakan.

Kata Azman, pada mulanya tiada siapa yang menyangka pasukan tersebut akan melangkah jauh sehingga berjaya beraksi di pentas akhir dan peminat bola sepak tempatan seharusnya meletakkan penilaian pada sudut tersebut.

"Musim ini kita beraksi dalam dua perlawanan akhir, Piala FA dan Piala Malaysia, ini pencapaian yang tinggi selepas menunggu hampir 39 tahun," ujarnya.

Mengenai perlawanan akhir itu, Azman menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukannya apabila kesemua pemain dilihat tidak beraksi pada tahap sebenar sehingga banyak melakukan kesilapan.

Menurutnya, pada separuh masa kedua, pemain-pemain telah dimaklumkan mengenai perubahan takti- kal, namun gol awal pada minit pertama ketika itu membunuh semangat pemain seterusnya masing-masing gagal mengawal permainan ekoran tekanan yang tinggi.

"Memang malam itu bukan malam Kelantan, pemain tertekan pada awal perlawanan, masing-masing terkejut tengok penonton terlalu ramai. Jadi mereka tidak beraksi pada tahap sebenar," ujarnya.

Terlepas RM1 juta kerana artikel tabloid


MOHD. HANAFIAH (kiri) dan adik Fazura, Ahmad Johari (tengah) mengiringi Fazura hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.






KUALA LUMPUR - Pelakon, Nor Fazura Sharifudin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia gagal mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta ekoran tersiarnya satu artikel dalam sebuah akhbar tabloid yang didakwa memburuk-burukkan dirinya.
Nor Fazura, 26, yang lebih dikenali sebagai Fazura, berkata, ketika artikel bertajuk Fazura Rela Dipenjara tersiar pada 29 Mei 2005, dia sedang dalam proses perbincangan dengan syarikat Maybelline, Loreal, Bonia, Clarins, Biotherm, Brands, Celcom dan Hotlink.
Pada masa sama, dakwa Fazura, dia turut kehilangan kontrak bernilai lebih RM100,000 yang telah ditandatangani dengan syarikat kosmetik, Olay.

Bagaimanapun, Fazura tidak mempunyai sebarang bukti bagi kesemua kontrak dengan lapan syarikat tersebut manakala dengan syarikat Olay, katanya, dia ada menandatangani kontrak tetapi tidak menyimpan dokumennya.

Fazura berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes samannya terhadap syarikat Perdana Production House Sdn. Bhd., yang menerbitkan akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan pemberita Haslinda Hashim sebagai defendan kedua.

Artikel itu didakwa berkaitan dengan kesnya yang dituduh menyerang suri rumah Geraldine Mariana Wong. Dalam kes itu, Fazura dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 22 September 2008.

Insiden Kepala Lembu Bukan Angkara Umno - MB Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Isnin berkata walaupun terdapat anggota Umno terlibat dalam satu demonstrasi mengarak kepala lembu di sini pada Ogos lepas, mereka ini bertindak lebih secara individu.




Kerajaan negeri tidak perlu menyusahkan mereka ini kerana ada antara mereka yang telah didakwa dan biarlah mereka menyatakan pendirian mereka di mahkamah, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mahu Abdul Khalid menjelaskan siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu yang disusuli dengan insiden memijak kelapa lembu.

Demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos itu melibatkan 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Abdul Khalid tidak bersetuju kenyataan Ng yang mendakwa Umno sebagai sebuah parti perkauman kerana menjadi dalang bagi demonstrasi itu dan perlu dibubarkan.

Beliau berkata apa yang perlu pakatan pembangkang tunjukkan ialah kekuatan parti itu yang mewakili berbilang bangsa dan menunjukkan mereka boleh mentadbir dengan lebih baik dan telus.


Adun Skinchan

Kepada soalan asal Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) mengenai langkah-langkah kerajaan negeri memulihkan suasana keharmonian kaum selepas insiden itu, Abdul Khalid berkata pihaknya mengambil kira kepentingan serta keadilan semua pihak dalam semua perkara termasuklah kebebasan bersuara dan beragama.

"Kerajaan negeri akan mengambil pengajaran dalam membuat apa-apa keputusan selepas ini. Kita akan beri keutamaan kepadakepentingan semua kaum dan masyarakat setempat dalamsoal kebebasan beragama," katanya. BERNAMA

Saya terjaga dengan mulut dipenuhi darah - Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila tejaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.
"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.




"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Mayat Teoh Akan Digali Dari Kubur Pada 21 November

Mahkamah Koroner di sini Isnin memerintahkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang disemadikan lebih tiga bulan lepas, digali dari kubur pada 21 November bagi membolehkan bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang dijalankan keesokkannya.




Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan oleh Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor dan dibantu oleh Dr K. Saravanan untuk mengambil gambar-gambar bedah siasat itu, dengan kehadiran empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh.

"Tugas menggali mayat akan dilakukan oleh Hospital Sungai Buloh," katanya.
Empat pakar forensik itu ialah Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik yang dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM berkata SPRM akan memastikan bahawa pakar dari luar negara yang dilantik dapat hadir pada bedah siasat kedua itu.

Beliau turut memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah bertulis dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan pihak SPRM memaklumkan mengenai perintah tersebut kepada pakar mereka.

Sementara itu, Gobind Singh Deo, peguam pemerhati bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah bahawa polis akan berada di sana bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.

Teoh, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16 Julai selepas memberikan keterangan kepada SPRM Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri oleh Exco Selangor. Pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

Keluarga Teoh memohon mayat setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah itu digali semula berikutan keterangan Dr Pornthip dalam inkues bagi mengenal pasti punca kematiannya bahawa wujud 80 peratus kemungkinan yang dia telah didera dan dicekik.
Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant, pakar patologi kerajaan yang menjalankan bedah siasat pertama, telah memberitahu inkues itu bahawa kemungkinan Teoh membunuh diri.

Sementara itu, pada awal prosiding Abdul Razak berkata tindakan saksi ke-20 T. Sivanesan yang mendakwa beliau dipukul dan didera oleh pegawai SPRM pada 4 dan 5 September tahun lepas adalah satu tindakan yang sengaja dilakukan untuk menjatuh dan memalukan SPRM.




Ketika menyoal balas Sivanesan, Abdul Razak mempersoalkan rasional saksi itu yang hanya membuat laporan polis pada 11 September 2008 sedangkan beliau telah dibebaskan pada 9 September dan fakta bahawa Sivanesan hanya mendapatkan rawatan pada 12 September walaupun mendakwa dipukul dengan teruk sehingga pengsan sebanyak dua kali.

"Di dalam mahkamah juga kamu membuat drama dengan membawa seluar dalam yang koyak yang disimpan selama setahun sebelum dibawa ke mahkamah. Saya menyatakan bahawa oleh kerana awak tidak serahkan seluar dalam itu kepada polis, maka kamu sendiri yang koyakkannya?" kata Abdul Razak.
Sivanesan bagaimanapun menafikan semua cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Razak dengan menyatakan bahawa beliau perlu berbincang dengan bapa saudaranya sebelum membuat laporan polis.

Abdul Razak juga mencadangkan bahawa percanggahan terdapat dalam laporan polis oleh Sivanesan pada 27 Julai 2008 dan keterangannya di mahkamah khususnya berhubung identiti sebenar pegawai yang menderanya, menunjukkan bahawa dakwaan itu hanyalah rekaan saksi itu semata-mata.

Prosiding bersambung Jumaat ini. BERNAMA

Perbezaan Antara PKR-PAS-DAP Akan Diselesaikan Pada Konvensyen Pakatan Disember Ini

Sebarang perbezaan pendekatan dan hubungan di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS akan dibentangkan dan diselesaikan pada konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang dijadual akan diadakan bulan hadapan.



Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub dan R.Sivarasa melihat konvensyen tersebut sebagai medan terbaik untuk kesemua parti dalam gabungan Pakatan menyelesaikannya secara baik dan bijaksana. Malah mereka tidak nampak sebarang masalah besar yang timbul dalam hubungan parti-parti dalam gabungan PR sebagaimana yang didakwa oleh ramai pihak.

“Hubungan PKR dan PAS sangat solid seperti sedia ada selama ini,” tegas Sivarasa sambil menambah komitmen PAS dalam majlis kepimpinan PR membuktikan tidak wujudnya keretakan dalam struktur Pakatan.




Malah Sivarasa berpendapat, ketegasan pucuk pimpinan PAS untuk memberi surat tunjuk sebab dan menghadapkan Pesuruhjaya Negeri Selangornya, Datuk Dr Hassan Ali kepada Jawatankuasa Disiplin kerana mengkritik rakan dalam Pakatan di negeri tersebut secara terbuka adalah satu bukti yang jelas akan komitmen parti itu kepada Pakatan.

Mustaffa pula berpendapat, hubungan PKR-PAS tetap kukuh dan kedua-dua parti itu bersama-sama DAP akan berbincang dan mengenegahkan segala perbezaan mereka pada konvensyen PR nanti.

Konvensyen tersebut akan melibatkan 1,500 perwakilan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails