Geng Aku

Rabu, 11 November 2009

Nizar V'8! Nik Aziz akui dibiaya tunai haji

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada individu-individu yang pernah membiayai beliau untuk menunaikan haji dan ada yang mahu berbuat demikian tahun depan.




Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.
"Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.

"Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah)," kata beliau di Kota Bharu semalam.

Kelmarin beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menantu beliau, Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam perbadanan tersebut.

Mursyidul Am PAS ini berkata, beliau bersedia untuk menerima tawaran untuk mengerjakan haji daripada sesiapa sahaja asalkan tidak menyalahi undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kata Nik Aziz, sebelum ini pun beliau jarang mengunjungi Mekah dengan pembiayaan sendiri memandangkan ada sahaja individu yang ingin membawanya ke Tanah Suci.




Tambah Nik Aziz, sudah bertahun-tahun beliau diminta oleh orang-orang tertentu untuk pergi ke Mekah dengan kosnya dibiayai mereka.

"Bertahan-tahaun saya diminta oleh orang tertentu untuk pergi ke Mekah. Tahun ini dua orang nak hantar (saya) ke Mekah," katanya lagi.

Menteri Besar Kelantan ini mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau akan ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji tahun ini dengan ditaja oleh individu tertentu.
Dakwaan itu menyebut Nik Aziz akan ditaja menunaikan haji dengan tiket VVIP yang kosnya mencecah RM65,000 seorang.

Bagaimanapun Nik Aziz menjelaskan, ia tidak boleh disamakan dengan satu bentuk amalan rasuah.

"Biar tentu dulu... kalau tentu rasuah, saya tolak. Biar tentu rasuah benda apa. Dia nak bawa, dia nak bayar tambang.




"Alasan dia nak bawa saya, saya tidak tahu. Tahun depan pun ada lagi yang nak bawa (saya)," jelas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails