Geng Aku

Jumaat, 27 November 2009

Nizar V'8! Konsep Kepimpinan Pas

Oleh Mohd Sayuti Omar



Apa bila membicarakan Pas dan kawarakannya (keIslaman) aspek paling penting ialah mengenai kepimpinan. Apakah Pas benar-benar mengamalkan konsep dan prinsip kepimpinan Islam di dalam parti dan juga kerajaannya di Kelantan dan Terangganu empat tahun lalu - (1990 - 2004)? Dalam kontek bernegeri (Kelantan) apakah pemimpinnya ampuh mempertahankan konsep atau istiqamah berpegang kepada prinsip ad-din itu.


Dan apabila kita sebut konsep kepimpinan Islam tentulah mengambil falsafah dan juga ajaran Rasulullah. Kerana baginda adalah model dan juga contoh yang ideal. Hakikat ini bukan satu pemujaan buta tetapi diiktiraf oleh seluruh dunia.



Setiap mereka yang menerima kalimah syahadat sebagai pegangan dan akidah, harus menerima hakikat kehebatan Muhammad ini. Dan sebagai merealisasikan keyakinan hamba-Nya kita kena patuh dan akur kepada setiap ajaran-Nya. Mengikuti Muhammad bukan saja mengakui akan kenabian dan kerasululannya atau mengkagumi mukjizatnya, tetapi melaksanakan dan mengamal apa yang diseru olehnya. Malahan itulah yang lebih afdal dalam hubungan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Itulah baru dikatakan mukmin dan manusia sebenarnya dalam hubungan dengan Pencipta.

Apakah prinsip atau dasar kepimpinan Islam atau Muhammad itu? Dengan mudah ia dapat disimnpulkan konsep atau kerangka kepimpinan Islam (Muhammad) itu ialah berpandukan kepada sifat dan prinsip terpuji, seperti siddik, amanah, fatanah, dan tabligh. Sifat-sifat inilah yang menjadi pendoman dan juga rangka falsafah dan dasar kepimpinan yang menjadi asas kepimpinan serta pemerintahan khalifah Islam.

Itulah empat sifat yang ada kepada Rasulullah dan menjadi prinsip atau dasar kepimpinan baginda. Cubalah kita sama-sama menghayati apakah erti atau falsafah di sebalik empat sifat berkenaan. Dan cuba pula lihat dan cari sejauh manakah sifat berkenaan menjadi 'makan minum' atau ikutan dan anutan kepada para pemimpin di negara ini yang mengaku memperjuangkan Islam?

1. Siddik - Ialah benar, boleh dipercayai dan diyakini. Apa-apa yang lahir dari mulut pemimpin ini adalah kebenaran di dunia dan di akhirat. Sesuatu yang hendak dilaksanakan adalah menempati kehendak Allah dan keRasululannya. Kerajaan atau pemimpin yang siddik akan membawa kesejahtraan rakyatnya di dunia dan di akhirat - tempat yang tidak terjangkau oleh sekalian manusia di mana di sanalah manusia hidup kekal dan abadi.



Rasulullah dengan mukjizat dan wahyunya dapat mencapai sesuatu yang ghaib itu. Maka dia membaca berita dan juga perkhabaran ghaib itu agar direbut dan diamalkan oleh manusia. Pemimpin ini (baginda) mengajar kebaikan dan tidak sesekali keburukan. Itulah sebabnya beliau maksum. Apa juga yang terkandung dalam siddik ini jujur dan ikhlas. Baginda seorang pemimpin yang tidak mengejar pangkat dan kebendaan. Menjaga harta negeri dan membahagikan kepada rakyat secara adil dan saksama. Apa yang dikejarkan hanya keredhaan Allah (mardthatillah) semata-mata. Baginda juga tidak takut kepada kuasa lain selain daripada kuasa Rabuljalil, Penciptanya dan seluruh isi alam ini.

2. Amanah - Ialah sifat bertanggungjawab kepada tugas dan perintah yang dimandatkan. Menjalankannya dengan penuh ketanggungjawaban dan tidak merasa ianya suatu bebanan. Berlaku adil kepada semua pihak. Meletakkan sesuatu itu ditempatnya berpandukan sumber hukum dan bukan logik akal manusia. Tidak ada diskriminasi atau beza membeza antara seseseorang dengan seorang yang lain seperti mana penegasan Rasulullah bahawa tidak ada beza antara orang ajam dengan orang Arab. Tidak sesekali mengutama anak beranak, kroni dan sahabat handainya. Sebaliknya paling diutamakan rakyat jelata.

3. Fatanah - ialah bijaksana (intelektualisme) dalam memikul tugas dan juga menyelesaikan apa-apa yang berlaku. Berpandangan jauh dan bersikap terbuka. Memberi kesenangan dan kemudahan kepada rakyat atau kelompok yang dipimpinnya. Bijak mengatur perdamaian dengan dunia bukan saja sesama sendiri tetapi dengan puak dan orang luar juga termasuk musuh. Kebijaksanaan inilah yang akan menentukan apakah kebenaran dan amanah tadi terlaksana dengan jaya atau tidak. Bersifat membawa kesejahtraan sejagat (universal) dan bukan sesuatu kelompok sahaja.

4. Tabligh - ialah menyebar dan mendakwah dan menyampaikan ilmu. Bersifat menjadi sumber ilmu kepada rakyat untuk bertakwa dan beriman kepada Allah. Seumpama sebatang sungai yang memberi manfaat kepada setiap yang memerlukannya, alam, manusia dan sebagainya. Pandai berkomunikasi dengan seluruh alam dan seluruh spesis manusia. Itulah sifat dan fungsi seorang pemimpin agung.

Sesungguhnya apa yang ditunjuki Rasulullah tidak ada keraguan kerana keagungannya diiktiraf oleh semua bangsa di dunia ini.

Kewajiban Pemimpin Pas

Dalam hal ini para pemimpin Pas bukan lagi harus malahan wajib melengkapkan diri mereka dengan sifat dan syaksiah berkenaan. Ini kerana Pas sebagai parti yang mewarisi perjuangan daripada Rasulullah. Pemuka Pas sering mendakwa perjuangan mereka adalah tali rantai dengan perjuangan Muhammad s.a.w. Justeru mereka harus memastikan setiap daripada mereka mempunyai sifat-sifat demikian.

Hari ini Pas selaku harakah Islam adalah satu organisasi yang memegang perintah dan amanah Allah secara langsung. Menerima pengakuan itu Pas tidak boleh main-main. Dalam senarai pertubuhan Islam di Malaysia, Pas berada di tempat paling hadapan berbanding dengan Umno. Justeru dalam hisab Tuhan besok, Paslah yang pertama yang disoal oleh-Nya. Justeru bagi pemimpin Pas mereka lebih bertanggungjawab kepada Allah berbanding pemimpin Umno.

Kita tidak mahu mencari kesilapan dan kesalahan pemimpin Pas khususnya di Kelantan. Apakah mereka sudah berpegang dan mengamalkan prinsip dan sifat berkenaan? Ia terpulang di atas pandangan dan juga pemerhatian masing-masing. Tetapi apa yang hendak diperkatakan di sini, bahawa sifat berkenaan harus ada kepada diri setiap daripada pemimpin Pas. Pemimpin Pas harus mempunyai sifat demikian, barulah falsafah atau konsep kepimpinan Rasulullah (Islam) yang dilaungkan menjadi kenyataan.




Kalau diri mereka juga bakhil atau naif dengan sifat dan keperibadian (syaksiah itu) maka tidak ada maknalah mereka melaungkan diri mereka sebagai pejuang Islam. Apa lagi di era kepimpinan ulama yang dipelopori Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) yang sudah berada di hujung waktu ia menjadi semakin penting dan terdesak, dan bukan sesuatu yang diretorikan semata-mata.

Siapakah Pemimpin?

Siapakah yang dikatakan pemimpin Pas (kerajaan Kelantan?). Secara mudah ia boleh dipecah kepada tiga kategori pemimpin. Pemimpin parti, pemimpin kerajaan dan kakitangan kerajaan. Tapi secara umumnya semua pihak yang bertanggungjawab membentuk dasar dan polisi kerajaan negeri adalah pemimpin. Dilihat dari sudut ini mereka itu ialah terdiri daripada Menteri Besar, anggota Exco, pegawai kerajaan. Jika diturunkan lagi, wakil rakyat, ahli parlimen dan jentera kerajaan negeri seluruhnya termasuk unit khalaqah, penghulu, penggawa, penyelia Dun/Parlimen dan sebagainya adalah pemimpin.

Inilah entiti bertanggungjawab atas apa-apa bebanan dan juga risiko ke atas kerajaan Kelantan hari ini. Jadi mereka ini semua perlu melengkapkan diri dan dilengkapkan dengan prinsip kepimpinan Rasulullah atau Islam tadi.

Kalau mereka ini tidak mempunyai syaksiah itu, maka laungan untuk menegakkan Islam akan menjadi sia-sia saja. Di dalam hal ini Pas tidak boleh main-main atau munafik. Mereka tidak boleh melaungkan slogan kepimpinan ulama atau Islam. Apa yang penting mengamal dan mempraktikkannya. Setiap sendi kumpulan yang bergelar pemimpin harus mempunyai sifat, sikap dan syaksiah berkenaan.

Jika mereka tidak memilikinya apa yang dilaungkan itu ianya tidak memberi apa-apa kesan. Lebih penting dari itu mereka bukan setakat kena pamerkan syaksiah kepimpinan demikian tetapi menghayati dan mempraktikkannya. Mereka perlu menjadi contoh dan teladan kepada rakyat. Bukan saja dimulut tetapi kena praktikan di dalam kehidupan seharian. Dengan cara itu sajalah baru kepimpinan Islam (ulama) itu membawa makna dan erti dan seterusnya penegasan Allah bahawa Muhammad diutuskan ke dunia ini untuk membawa "rahmantalialamin" benar-benar menjadi kenyataan

Nizar V'8! Muhyiddin Amal Politik Primitif:-Mahfuz


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh mengamalkan politik ‘zaman batu’ apabila menyarankan Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu sebelum bersetuju dilantik Pengerusi Kaukus Petroleum bagi menuntut royalti minyak Kelantan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, permintaan Muhyiddin itu menggambarkan sikapnya yang terikat dengan stigma kepartian berbanding sikap memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Sikap Muhyiddin tidak memperlihatkan mahu memperjuang kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian. Dia amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya yang dipetik dalam laman blognya semalam. 



Kelmarin, Muhyidin membuat gesaan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, itu supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan PR itu.Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Tengku Razaliegh bersedia untuk mempengerusikan kaukus di Parlimen.:

Mahfuz juga menasihati Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik primitif kerana cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan... dia patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju politik baru yang berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan dan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya. 



Sebelum ini, Tengku Razaliegh antara nama yang disebut PR selain bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang layak bagi mengetuai kaukus di Parlimen.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970-an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas menyebabkan beliau layak memimpin badan bebas terbabit di bawah kuasa Parlimen.

Nizar V'8! Khalid : BTN Tolak Sistem Demokrasi Berparlimen



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Biro Tata Negara (BTN),kursus yang akan mewujudkan sentimen perkauman dan menolak sistem demokrasi berparlimen. 

Katanya sistem ‘check and balance’ tidak lagi menjadi amalam dalam BTN kerana ia tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menilai.

BTN juga dikatakan melahirkan sikap prejudis kepada pembangkang sehingga dianggap musuh negara. 

“ Kalau digambarkan pembangkang sebagai musuh negara maka itu akan menjejas peranan pembangkang dalam usaha melakukan semak dan timbang ini. Dan ianya akan memberikan gambaran, rakyat yang patriotik, mesti patuh kepada semua kehendak pihak yang memerintah” ujar Khalid. 

Semalam kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan melindungi penjawat awam di negeri itu dan penuntut-penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri. 



Bercakap kepada TvSelangor, Khalid berkata, beliau sebulat hati menyokong keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri. 

Ujarnya BTN adalah platform kepada kerajaan untuk menyemat prinsip kepada generasi muda dan kaki tangan kerajaan tentang keburukan parti pembangkang dengan melabelkan parti-parti ini sebagai agen negara asing. 

“ Maka segala kritikan dan sebagainya tidak akan dilihat dari sudut yang positif, tetapi dilihat sebagai seolah-olah agen kuasa asing dan sebagainya. Dan inilah yang dilakukan oleh BTN sekarang ini” 

Malah ujar beliau, masyarakat di negara ini dipinggirkan hak mereka dari dahulu lagi untuk menilai mana yang benar dan salah. 

“Masalah kita ini, negara Malaysia ini ialah kita mewarisi satu sistem satu pemerintahan tanpa memahami selok belok dan rasional di sebalik sistem tersebut” 

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron turut menceritakan pengalaman beliau ketika menyertai BTN suatu ketika dahulu. 

“ Pernah suatu ketika dahulu, pada awal dahulu sewaktu saya di sekolah menengah, selain daripada lagu anak kecil main api, apa yang paling saya ingat apa yang ditanamkan ialah benci kepada Cina. 

Suatu ketika kami berlari-lari dari pusat pendidikan di Shah Alam, ketika kita berjumpa sahaja Cina seperti peniaga-peniaga Cina, fasilatator mengatakan ‘lihat itu adalah Cina, dia adalah orang yang merempat di negara kita. 

Apabila besar nanti,mesti ada perasaaan tolak mereka dari negara kita”.

Nizar V'8! Wira Kedah Dapat Tanah Banglo


TUANKU ABDUL HALIM (dua, kanan) bersalam dengan
pegawai dan para pemain Kedah pada Malam KFA 2009 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.



BARISAN pegawai dan pemain Kedah yang merangkul gelaran treble pada musim 2007 dan 2008 menerima durian runtuh.

Ini kerana, kerajaan negeri Kedah telah menghadiahkan mereka sebidang tanah lot banglo sebagai menghargai kejayaan bersejarah itu.


Pemberian tanah itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Malam KFA 2009 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Menurut Azizan, kejayaan yang diraih skuad Hijau Kuning itu adalah amat luar biasa dan menyifatkan barisan pemain sebagai wira Kedah.

"Atas kejayaan mengharumkan nama baik Kedah, suka saya umumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menganugerahkan lot tanah kepada semua pemain dan pegawai pasukan Hijau Kuning 2007 dan 2008," kata Azizan ketika berucap pada majlis itu.

Berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Hadir sama Timbalan Presiden KFA, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Setiausaha KFA, Hamdan Mohamed Khalib.



 Azizan memberitahu, lot banglo itu dianggarkan seluas 550 hingga 745 meter persegi di dua daerah yang dikenal pasti iaitu Pokok Sena dan Kuala Muda.

"Semua pegawai dan pemain yang menjulang piala itu bakal mendapat lot tersebut termasuk pemain yang sudah berhijrah. Pemain import juga kita akan beri, itupun sekiranya mereka mahu tinggal di Kedah," katanya.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah turut mengumumkan penajaan RM3 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta RM1 juta sumbangan korporat dan sektor swasta bagi skuad Hijau Kuning musim depan.



Dalam pada itu, Malam KFA turut menganugerahkan Tuanku Abdul Halim sebagai peminat No. 1 bola sepak.

Turut menerima pengiktiran ialah Azizan yang meraih anugerah Penggerak Utama KFA.
Anugerah tokoh pembangunan bola sepak Kedah diberikan kepada allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd. Akil manakala anugerah kelab penyokong diberikan kepada Kelab Penyokong Hijau Kuning.

Skuad Kedah yang meranggul juara treble pula dianugerahkan sebagai pasukan legenda Kedah.

Nizar V'8! Veteran PAS Ikrar Tumbangkan Umno



PAS Dungun menjadi kawasan yang pertama berjaya menubuhkan Kelab Veteran PAS selepast ditubuhan di peringkat negeri, apabila dengan rasminya ia ditubuhkan oleh PAS Cawangan Sura Tengah, disini.  


http://buletinonline.net/images/stories/berita14/veteranpasdungun.jpgMajlis penubuhan kelab tersebut diadakan dalam satu majlis pada jam 5.00 petang di Masjid Lama Sura, 10 November 2009, lalu.

Ketua penajanya, Ustaz Harun Daud berkata, 30 ‘orang lama PAS’  telah hadir dan bersepakat pada mesyuarat pertama itu bagi memilih 10 ahli jawatankuasanya.

Beliau berkata, kelab berkenaan akan berusaha mengumpul seramai mungkin ahli-ahli dikalangan ‘veteran’ yang akan bertindak menyalurkan  idea-idea kepada PAS Kawasan dan negeri, untuk dikongsi bersama antara pemimpin semasa dengan bekas pimpinannya.




“Kemungkinan pada masa muda remaja, dia (veteran) memang seorang yang aktif tetapi apabila telah lanjut usia mereka (veteran) tidak ada ruang dan ‘platform’ untuk bersuara dan menyampaikan pemikiran,

“Inilah (kelab veteran) yang akan menjadi ruang dan peluang untuk golongan (veteran) ini memberikan pandangan dan idea masing-masing untuk perjuangan Islam PAS,” jelasnya.

Dalam majlis itu juga, katanya, ahli-ahli kelab tersebut telah berikrar dengan segala usaha dan tindakan bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Nizar V'8! Istana ADUN BN ?

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/istanaadunbn.jpg

Belum pun masuk dua penggal menjadi wakil rakyat, nafsu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) berstatus ‘ustaz’ mengalahkan ‘raja’.

‘Istana’ milik wakil rakyat tersebut dibina di Kampung Banggol Tok Jiring berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Seorang kontraktor memaklumkan kepada Buletin, kos keseluruhan hartanah tersebut bernilai lebih RM1 juta. 

 

Persoalannya, bagaimana mungkin kemampuan seorang ‘wakil rakyat biasa’ yang belum pernah dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu, boleh mengumpul kekayaan semewah itu dan layak memiliki sebuah Istana.

Namun, di kalangan komuniti kontraktor, pemimpin serta ahli  Umno di Dun berkenaan sedia maklum dan cukup mengenali wakil rakyat tersebut digelar sebagai  ‘Adun 10 persen’.

Bahkan, banyak laporan yang diterima,  masalah kesusahan dan kemiskinan rakyat dalam Dun yang diwakilinya kurang dipedulikan.

Baru-baru ini, beliau yang pernah terlibat dalam kumpulan wakil-wakil rakyat BN ’10 Budak Hitam’ serta menjadi seteru kepada Menteri Besar, telah menisytiharkan ‘perdamaian’.  



 
Tindakan Adun tersebut dilihat umum bukanlah ‘ikrar taat setia’ kepad Ahmad Said, tetapi mahukan perlidungan di bawah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu yang baru, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri.

Justeru itu, apakah benar ‘istana’ Adun tebabit adalah dibina  hasil simpanan gaji serta elaunnya?

Adakah tindakan berbaik-baik dengan Hishammuddin  yang juga Menteri Dalam Negeri adalah usaha beliau bagi menutup sebarang isu penyelewengan serta salahguna kuasanya!

Nizar V'8! MB Kelantan, Ahmad Yakob Calon Sesuai - Husam




Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, disenaraikan antara calon yang paling sesuai bagi mengantikan tempat Menteri Besar Kelantan, sekiranya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin mengundurkan diri.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri,  Datuk Husam Musa berkata, oleh kerana senioriti Ahmad Yakob dalam kerajaan negeri sekarang, membuatkan beliau calon yang paling sesuai mengantikan tempat Menteri Besar.

“Semua layak untuk menjadi Menteri Besar, tetapi sebagai Timbalan Menteri Besar dan juga senioriti, beliau adalah calon paling layak,”ujarnya.



Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan seorang lagi exco kerajaan negeri, Datuk  Mohd Amar Abdullah yang mahu Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyenaraikan nama penggantinya.

Bagaimanapun,  beliau menolak sekira namanya dicalonkan untuk jawatan Menteri Besar itu kerana menyedari beliau tidak layak untuk memegang jawatan berkenaan.

“Semua layak memegang jawatan itu, exco-exco lain juga layak, Cuma saya seorang saja yang tak layak.

“Jangan calon nama saya sudahlah…,”ujarnya lagi.

Nizar V'8! Kem Datuk Dr Jeffrey akan tubuh parti baru?

KEMUNGKINAN BESAR mantan Naib Presiden PKR Kebangsaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak akan melayani apa apa pun bentuk hasil keputusan ‘pelan damai’ yang diilhamkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa minggu lalu, yang menyebabkan Datuk Dr Jeffrey (DDJ) mendiamkan diri seketika sebagai menghormati kata dua DSAI yang mahukan DDJ terus berada dalam kepimpinan PKR.


Meskipun keputusan perbincangan di TVRC pada November 5,2009 yang dihadiri kira kira lebih 200 pemimpin akar umbi yang datangnya daripada bahagian bahagian ( kecuali Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Tawau tidak dapat hadir kerana kesuntukkan masa) rata rata memberi bayangan bahawa DDJ perlu menubuhkan parti baru sebagai kesinambungan perjuangan mereka sebelum ini, kerana merasakan bahawa PKR sudah tidak bertempat dihati mereka.


SEBELUM PRU12!…DDJ menerima ratusan borang keahlian mantan AJK PBS

Malahan beberapa pemimpin bahagian tanpa segan silu dan tidak berselindung lagi menyuarakan pelbagai pandangan dan cadangan keperluan sebuah parti baru ditubuhkan adalah kerana setelah PKR yang sudah tidak relevan lagi digunakan sebagai landasan perjuangan untuk membetulkan ‘kecalaruan kuasa autonomi politik’ yang dipelopori 
Umno sehingga Sabah perlu mendapatkan restu Kuala Lumpur dalam pelbagai keputusan yang dikatakan ada persamaan dengan kepimpinan PKR. Jika tidak keadaan yang sama akan terus berlaku sepertimana sekarang jika pun PKR yang membentuk kerajaan diSabah. Kerana semuanya akan ditentukan KL termasuklah siapa akan menjawat Ketua Menteri kelak.


KETIKA PRU12…DDJ pasti turun padang berkempen dan mendapat sambutan

Pada itu, DDJ sendiri difahamkan telah membayangkan akan berbuat sedemikian seandainya ‘pelan damai’ tidak membuahkan hasil maksudnya pendemokrasian kepimpinan PKR tidak berubah dan terus bertahan dalam sistem lama seiras dengan sistem yang ada dengan UMNO.

Menurut sumber rapat dengan kem DDJ, beberapa siri mesyuarat telah pun diadakan di Sokid Villa iaitu selepas perbincangan ‘pelan damai’ tamat tempohnya yang diberikan DDJ kepada MP Batu Tian Chua (Wakil perunding DSAI), dimana telah dihadiri kira kira 18 bahagian PKR yang masih setia dengan beliau telah membincang dan merumuskan hala tuju perjuangan parti baru yang mungkin akan memperolehi kelulusan rasmi pendaftaran seawal tahun depan (2010).

Sumber rapat dengan DDJ itu berkata, bahawa panel Peguam DDJ kini sedang beriya iya menanti pengumuman ROS berhubung pendaftaran parti baru itu, tetapi mereka pasti akan memperolehinya sekurang kurangnya Januari, 2010 jamin seorang daripada panel Peguam itu.

Sumber itu juga tidak memberitahu sama ada parti baru itu berstatus nasional atau state, tetapi hanya memberi andaian bahawa kemungkinan ia berstatus state. Bagaimana pun tambahnya lagi, imej kepimpinan parti baru sangat menarik kerana bukan sahaja ia dibarisi dikalangan professional dan korporat dari golongan muda, bahkan ia turut dibarisi dari pelbagai suku kaum yang ada di Sabah.

Teras perjuangan parti baru kemungkinan tertumpu kepada intipati ‘Deklarasi Tambunan’ dan memperjuangkan hak hak rakyat Sabah berbilang bangsa dan keturunan sepertimana yang terkandung didalam 20 Perkara. Selain itu usaha membanteras RASUAH DAN PENYELEWENGAN, fokus perjuangan juga turut tertumpu kepada kaedah penyelesaian ekonomi yang semakin merudum diSabah, pengangguran, kemiskinan, dan mengkaji semula projek projek mega yang sedang dan telah dilaksanakan kerajaan BN yang tidak berstatus keutamaan ditangguhkan, jelas sumber itu.

Ketika ditanya satu soalan kepada sumber berkenaan sama ada parti baru yang bakal didaftarkan apakah ia akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) atau SAPP yang bukan dalam PR untuk menumbangkan BN pada PRU ke-13 sumber itu berkata, sudah tentu itulah misi dan visi parti baru pimpinan DDJ, kerana apa yang penting kerajaan BN dan Umno akan tumbang diSabah.

Kepada soalan lain, apakah benar desas desus DDJ akan membawa parti baru itu untuk bersekongkol dengan BN pada atau selepas PRU13 sumber itu berkata, semua itu spekulasi semata mata kerana tiada kemungkinan akan berlaku, dimana DDJ telah mempersetujui kehendak dan suara barisan kepimpinan parti baru bahawa apa pun yang dilakukan beliau selaku Presiden hendaklah mendapat persetujuan suara 2/3 daripada akar umbi.

Sumber itu juga turut menepis beberapa andaian dari pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab yang sengaja merendah rendahkan kredibiliti DDJ kononnya DDJ sudah hilang sokongan masyarakat KDM malah DDJ dianggap seorang pemimpin yang tidak boleh diharap, semua itu sengaja dicetuskan oleh mereka yang dalam barisan ‘seteru politik’ dengan DDJ yang hanya mewakili dirinya sahaja yang bermotif agenda lain untuk menghakiskan pengaruh DDJ diarena Politik.

Tambahnya lagi, kita akan lihat dan saksikannya sendiri apabila tiba masanya nanti dimana disitu kita akan lihat dan kagum dengan perjuangan pelapis muda sudah berada di barisan hadapan untuk sama sama berjuang dengan DDJ bagi menentukan hala tuju dan masa depan generasi muda kita dinegeri dibawah bayu Sabah yang suatu ketika dahulu sebuah negeri yang kaya dan aman damai.

2.5 Juta Jemaah Haji Wukuf.


RIBUAN jemaah haji tiba di Arafah semalam.



Sejumlah jemaah haji Iran mengadakan demonstrasi aman semalam ketika hampir 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia berwukuf di Arafah.

Langsung tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa Arab Saudi yang melarang aktiviti politik, jemaah-jemaah itu melaungkan slogan ke arah penyatuan ummah dan tentangan terhadap musuh Islam di kem mereka di sini, pinggir Mekah.

"Hapuskan Amerika Syarikat (AS)!, hapuskan Israel!," laung beribu-ribu jemaah Iran di dalam khemah-khemah mereka di sini.

Namun, bantahan yang dipimpin oleh Ayatollah Muhammed Rishari iaitu wakil pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei itu berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini atau campur tangan pihak berkuasa.

"Kita memerlukan semua orang Islam sama ada Sunnah atau Syiah bersatu untuk menghadapi isu-isu penting seperti penaklukan Palestin, krisis Iraq, penaklukan Afghanistan dan perang saudara di Yemen," katanya.

Pada 1987, polis Arab Saudi cuba mematahkan satu bantahan oleh jemaah haji Iran yang mencetuskan rusuhan menyebabkan 402 orang terkorban termasuk 275 jemaah haji Iran.



Sementara itu, jemaah haji tiba dari Mekah dan Mina membanjiri Arafah menjelang subuh untuk berwukuf di kawasan Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhir pada hari tersebut 1,377 tahun lalu.

"Saya amat gembira berada di Arafah. Kerana Nabi Muhammad bercakap dengan Allah dari tempat ini. Inilah tempat paling suci," kata seorang jemaah Maghribi, Fatima.

Seorang jemaah haji berketurunan Palestin dari Israel, Faisal, 52, pula berharap umat Islam akan bersatu untuk membebaskan masjid Al-Aqsa dan Palestin.

Sukarelawan-sukarelawan turut mengagihkan beribu-ribu makanan percuma di Arafah dan kawasan sekitarnya hasil derma beberapa badan amal dan agensi perniagaan Arab Saudi.

Cuaca juga semakin baik selepas hujan lebat melanda pada hari pertama ibadat haji yang menyebabkan ramai jemaah haji terkandas di jalan-jalan raya serta kesesakan di antara Mekah dan Arafat.

Kesan jangkitan selesema babi pula kekal rendah apabila cuma empat jemaah haji meninggal dunia akibat virus influenza H1N1 di beberapa buah hospital di Arab Saudi sepanjang minggu lalu.

Orange Warna Oren Ingin Mengucapkan Salam Aidil Adha.




Orange Warna Oren Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada Semua Umat Islam Di Mana Jua Anda Berada,,

Dan Teruskan Membaca Dan Menyokong Blog Ini,,

Orange Warna Oren..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails