Geng Aku

Memaparkan catatan dengan label PRM.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRM.. Papar semua catatan

Khamis, 25 Mac 2010

Syed Husin Mahu Utusan Mohon Maaf Isu Pembubaran PRM.


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed husin Ali menghantar notis kepada Utusan Malaysia menuntut akhbar milik Umno-Barisan Nasional itu membuat permohonan maaf kepada beliau dan membayar ganti rugi RM10juta.

Notis yang dihantar semalam, melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh, diberikan kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga seorang individu bernama Zamil Ibrahim.


Syed Husin dalam satu kenyataan medianya berkata, notis itu berhubung sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6hb Mac 2010 bertajuk “RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis”.

Katanya dalam berita tersebut beliau dituduh kononnya menerima RM500,000 daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata, Utusan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan untuk memberikan jawapan dan sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan diambil terhadap akhbar berkenaan.

Rabu, 25 November 2009

Nizar V'8! PRM Melantik Pemangku Presiden Baru

 

 
Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan hari ini bahawa Naib Presidennya Ariffin Salimon telah dilantik Pemangku Presiden untuk mengisi kekosongan setelah Presiden PRM  Hassan Karim meninggalkan PRM. Pada masa yang sama, Goh Chuin Loon dari ranting PRM Sungai Petani Kedah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat (AJKP).
 
Hassan Karim meninggalkan PRM kerana lebih daripada 80% wakil PRM yang menghadiri Kongres Nasional ke-41 yang diadakan pada 15 November 2009 telah menolak  usul Hassan Karim. Usul itu adalah untuk  memohon secara bertulis menyertai Pakatan Rakyat. Oleh sebab ini perkara yang strategik dan serius, sebelum sebarang keputusan dibuat, perkara ini perlu masa untuk berbincang. Wakil berpendapat buat masa ini adalah tidak sesuai memohon, apatah lagi Pakatan Rakyat masih dari segi peraturan belum berdaftar.

Kenyataan PRM juga menjelaskan satu kesilapan yang ada dalam laporan the Star hari ini. S.K. Song telah meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada Januari tahun ini dan diterima JKP, tetapi beliau masih AJKP dan Pengerusi PRM Johor.

Parti Rakyat Malaysia ialah parti  politik terbuka kepada warganegara Malaysia, PRM mengalu-alukan  sesiapa untuk berjuang bersama, jika bersetuju dengan cita-cita dan konsep memperjuangkan kepentingan rakyat jelata khususnya mereka daripada golongan pertengahan bawah  
 
Parti Rakyat
 
Akan tetapi, sekiranya ada mana-mana anggota PRM mendapati, PRM bukannya wadah yang sesuai lagi untuk bergerak, dan memenuhi kehendaknya,  memilih untuk meninggalkan PRM, pilihannya dihormati dan diterima. Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, bagi PRM ini hal biasa.

Walau bagaimanapun PRM mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hassan Karim, pada masa beliau memimpin PRM selama 5 tahun , Hassan Karim telah sedaya-upaya dan dengan jujur ikhlasnya mempertahankan hak kewujudan PRM  sebagai satu parti politik berdaftar, serta mengucapkan maju jaya dan good luck kepada Hassan Karim dalam endeavour dengan wadah yang lain.

Nizar V'8! Ex'Presiden PRM Sertai PKR.


Kemasukan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia, Hassan Abdul Karim ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi makna baru kepada perjuangan parti. 

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat. 



“ Kemasukan Hassan Kari ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf. 

Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. 



“ Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap". 

“ Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor" tambahnya lagi. 

Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR. 



Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini. 

“ Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor”



Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak.

Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.


Isnin, 23 November 2009

Nizar V'8! Hasan Karim Dipersila Sertai PAS.

Oleh: khairulfaizi 

"Saya kenali Hasan Karim sebagai seorang pejuang rakyat di Johor sejak dari awal pembabitan saya di dalam PAS. Beliau seorang pejuang yang cukup konsisten dengan perjuangan rakyat.  

Keputusan beliau bersama rakan-rakan untuk terus mempertahankan kewujudan Parti Rakyat Malaysia (PRM) setelah Dr Syed Hussin dan yang lain-lainnya membubarkan PRM untuk bergabung dengan Parti keadilan Nasional (PKN) dan seterusnya mewujudkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan betapa beliau cukup konsisten dengan perjuangan.

PRM telah meletakkan beberapa calon dalam PRU ke 12 dalam Hasan Karim sendiri telah bertanding di Parlimen Johor Bahru menentang Datuk Shahrir Samad. Walaupun tewas namun beliau tetap juga meneruskan perjuangan. Sebelum itu, Hasan Karim juga pernah bertanding di Kerusi Parlimen Pontian pada tahun 2004 dengan menggunakan lambang PKR. Walaupun PRM tidak bersama dengan PR namun semangat perjuangannya adalah sehaluan. PRM juga dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada calon PR yang bertanding di dalam siri PRK selepas daripada PRU 12 termasuklah PRK di Bagan Pinang.


Namun, pastinya keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PRM menjadi satu kejutan di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Hasrat Hasan Karim untuk membawa PRM bersama PR telah ditolak oleh perwakilan Kongres Nasional PRM ke 41 baru-baru ini dan ia bukanlah satu keputusan yang mengejutkan kerana kumpulan yang masih lagi bersama dengan PRM adalah mereka yang tidak mahu bergabung dengan PKN dahulu.

Saya menghormati kehendak perwakilan PRM ini dan ecara peribadi saya mengalu-alukan sekiranya PRM dapat bersama di dalam PR kerana sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi PR khususnya di Johor namun setakat ini PRM masih belum bersedia untuk bersama. 



 Apapun, Hasan Karim perlu meletakkan dirinya di dalam mana-mana parti di dalam PR sekiranya berhasrat untuk menyokong PR. Oleh itu, saya memperlawa beliau untuk menyertai PAS dan kita bekerja bersama untuk menumbangkan UMNO/BN khususnya di Johor.

Salam perjuangan!

Ahad, 22 November 2009

Hassan Karim keluar PRM untuk sokong Pakatan Rakyat


Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya berikutan usul beliau agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat ditolak.




Keputusan meletkkan jawatan itu dibuat Hassan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong baru-baru ini.

Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November dii Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibuat oleh Hassan melalui Ucapan Dasar Presiden. Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM.



PRM dihidupkan semula oleh Hassan dan para penyokongnya selepas pimpinan PRM sebelum itu, Dr Syed Husin Ali dan rakan-rakannya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pergabungan antara PRM dan PKN telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Baru-baru ini, Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

Hassan juga mengambil keputusan untuk meninggalkan PRM ekoran peristiwa tersebut.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," tulis Hassan dalam surat yang dihantar kepada media itu.

Rabu, 11 November 2009

Nizar V'8! PRM cadang masuk PR.



Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan bergerak. Ditubuhkan pada tahun 1955, PRM telah mula menjadi lebih aktif dalam arena politik dan bergerak untuk membina kembali hubungan dengan akar umbi, kata presiden Hassan Karim.

"Kami akan mula memainkan peranan yang lebih luas, sekarang bahawa mahkamah telah mengesahkan kedudukan kami," kata Hasan daripada Mahkamah Tinggi Julai 16 keputusan yang tetap PRM entiti yang sah di bawah Societies Act.


Hassan Karim


Mahkamah Tinggi Jalan Duta di Kuala Lumpur memerintah terhadap  pembubaran PRM, didalangi oleh lapan bekas ahli parti yang pemain kunci dalam penggabungan dengan Parti Keadilan, yang sejak merger telah menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Hassan berkata ada sedikit kesempatan untuk PRM untuk bekerja dengan Barisan Nasional [BN] dianggap sebagai sosialis PRM kedudukan sebagai asing sepenuhnya.

Namun, pihak kami bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan semua pertubuhan lain secara sah berjuang untuk kesejahteraan dan hak-hak rakyat, katanya pada pembukaan cawangan PRM' Sungai Petani Kedah di hari Minggu lalu.




Hassan juga mengatakan PRM telah menerima antena daripada Pakatan untuk bergabung dalam koalisi. Hal ini, katanya, akan dibahas pada 42 PRM's Kongres Nasional, yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan Selangor Assembly Hall cina di KL on Dec 15.

Dia menambah wilayah selepas PRM ekspansi adalah di Johor,dan dalam tahun-tahun mendatang, parti itu juga akan memperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Juga berbicara saat peluncuran, setiausaha agung PRM Koh swe Yong berkata parti itu dalam proses pendaftaran semula ahli-ahli dan parti revamping struktur dan organisasi, sebagai pemimpin saat ini belum menerima dokumen-dokumen daripada mana-mana pihak yang ingin berkerjasama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails