Geng Aku

Sabtu, 24 April 2010

Pilih Pemimpin Berwibawa-Anwar Ibrahim


Datuk Zaid Ibrahim adalah calon terbaik untuk Hulu Selangor, yang memerlukan seorang wakil rakyat yang tegas, berani dan mampu bekerja demi kesejahteraaan rakyat bawahan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Hulu Selangor selama ini meralat kerana digagalkan oleh wakil-wakil rakyat yang lemah dan cuai.

Di hadapan lebih 5,000 hadirin di Rasa malam semalam, Anwar tampil lebih bersemangat, bersama-sama Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan calon Datuk Zaid Ibrahim.


Dengan oratori bersulamkan lawak-jenaka, ribuan yang hadir mengikuti setiap butir bicara pemimpin reformasi ini walau diasak hujan renyai-renyai.

Laluan sepanjang 1 kilometer dari pintu masuk utama bercahaya dengan barisan kereta-kereta yang bersesak-sesak untuk mengejar ucapan Anwar dan Nik Aziz.

Jika kehadiran menjadi petunjuk pilihanraya, Pakatan Rakyat nampaknya dalam kedudukan yang lebih selesa berbanding Barisan Nasional.

"kita mau zaid....apa dia buat, dia kerja, sebab apa dia dipilih, dia berani,sebab apa dia berani berhenti sebagai menteri untuk lawan dan jaga rakyat kita, itu point penting kita" Anwar berkata.


Beliau meminta rakyat Hulu Selangor supaya membuka mata dan tidak terbuai dengan hasutan perkauman atau termakan sogokan rasuah Barisan Nasional.

Adun-Adun BN dan Kerajaan Pusat harus dipertanggungjawabkan diatas kecuaian dan kegagalan mereka menyampaikan janji kepada warga Felda dan penduduk Hulu Selangor.

"saya minta, saya minta satu betul-betul, you check betul-betul list, kalau perdana menteri datang kasi 1 juta you angkat,dia bagi duit 400,000 untuk dewan you angkat,dia kasi baju 1 you mintak 5,dia bagi elaun 200 you mintak 500, tapi undi, you undi Zaid parti keadilan dan pakatan rakyat,orang melayu rasa, orang cina rasa, orang india rasa, sudah pandai sekarang, you give the money we take, you offer  projek we accept but both we vote for pakatan rakyat want zaid to win" kata Anwar.

Anwar berkata setiap undi yang dibuang hari ini menentukan masa hadapan Hulu Selangor.

Berpuluh tahun warga Hulu Selangor hidup dibawah pengurusan BN, namun masih ramai yang melarat.

Selama berpuluh tahun juga suara Hulu Selangor tidak didengari di Parlimen, namun semua ini akan berubah dengan Datuk Zaid Ibrahim.

"satu undi pun tidak boleh hilang, kalau kita punya mak ke, aunty ke sakit tolong angkat kasi undi, sebab, ini election tipu banyak,ada orang nama sudah hilang,nama dulu undi di Sungai Choh,sekarang lari pi Selayang" katanya.

Designer Amir Luqman Yang Superb Dan ...............

 Mawi+Amir Luqman

Amir Luqman adalah seorang pereka fesyen yang baru nak naik. Tengok nama memang milik lelaki, tapi Dia saja yang Maha Mengetahui. But, frankly speaking, dia sgt cantik. Slim and slander, rahsianya tak payah mkn nasi, katanya.

Baju-baju rekaannye memang cantik lah,,sexy,,dan up to date. Artis pon bukan calang-calang artis..sume top-top gak la yg mengayakan pakaian Amir ni.

Jom kasi Buzz artis yang memakai pakaian amir ni..

Part 1--

Ezlynn+Nora Danish+Tengku Azura


Part 2--

Aleeza Kassim+Natasha Hudson+Pushpa Narayan

Pakatan Rakyat Mempunyai Peluang Cerah Di PRK Hulu Sgor.


Hasil kajian Zentrum Future Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini.

“Kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu Selangor,” jelas pengasas pusat kajian Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) kepada erapakatan.


Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor iaitu dengan jumlah 68.4 peratus.


Demografi gender juga menjadi faktor penentu dalam PRK kali ini kerana pengundi wanita yang akan menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor.

Selain itu, di Hulu Selangor wujud dua golongan iaitu golongan muda dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan disokong golongan muda dan pada yang sama akan menghadapi tentangan golongan lama.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menyakini Zaid sebagai simbol politik yang mampu membawa dimensi baru dalam politik alaf baru yang memerlukan perubahan


Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Zaid Perlu Dimenangkan Tolak Pembohongan BN.


Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) berkata, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim perlu diberikan kemenangan oleh para pengundi di dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Ahad ini.

Katanya, kemenangan itu amat penting bagi membuktikan rakyat di kawasan ini menolak propaganda dan pembohongan pemimpin Umno/BN yang ditaburkan sepanjang tempoh berkempen sejak Sabtu lalu.

“Kemenangan Datuk Zaid penting sebagai menandakan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan manifestasi terhadap pembohongan Umno/BN di sini,” ujarnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Bukit Sentosa, malam tadi.


Menurutnya, rakyat di kawasan Parlimen Hulu Selangor menyedari bahawa pemimpin Umno/BN tidak banyak membela mereka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak dahulu lagi.

“Tiba-tiba kita lihat banyak janji yang ditaburkan oleh Umno/BN dalam pilihan raya kecil ini termasuk janji segera untuk memberikan bayaran RM50,000 kepada penduduk Sungai Buaya,” ujarnya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi PRK ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menambah, pembayaran yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu merupakan penyalahgunaan kuasa untuk membantu calon BN memenangi PRK kali ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat terus menolak BN yang hanya tahu menabur janji segera dalam setiap kali pilihan raya kecil tetapi tidak ditunaikan selepas itu.

Beliau turut melahirkan rasa puas hati dengan gerak kerja yang dilaksanakan jentera parti itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Zaid.


“Saya puas hati dengan jentera PAS yang telah diturunkan sepenuh tenaga di semua peringkat dalam pilihan raya kecil ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, jentera PAS dan PR memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh berkempen sehingga hari ini.

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas PAS dan PR yang mencurahkan sepenuh tenaga untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ini,”ujarnya.

Beliau menjangkakan petugas PAS akan bertambah menjelang hari mengundi Ahad ini yang kebetulan berlangsung pada hujung minggu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails