Geng Aku

Rabu, 14 Julai 2010

Satim Diman Nafi Kosongkan Kerusi Seri Serdang.

ADUN Seri Serdang Datuk Satim Diman menolak spekulasi bahawa beliau akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk kerusi dewan undangan negeri Seri Serdang yang disandangnya.
Katanya, isu itu hanya ditimbulkan oleh penulis blog dan golongan yang tidak berpuas hati apabila permintaan mereka tidak dipenuhi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung spekulasi bahawa beliau akan melepaskan jawatan-jawatan berkenaan.

Spekulasi tersebut timbul berikutan ketidakhadiran Satim ke mesyuarat perhubungan Umno Selangor pada 21 Jun lalu.

Mengulas perkara tersebut, Satim berkata beliau telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya ke mesyuarat itu kepada pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar.

Katanya, beliau terpaksa menghadiri satu program lain pada masa mesyuarat itu berlangsung.

Permit Rocket-DAP Ambil Pendekatan Diplomatik.

DAP mahu penyelesaian diplomatik berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua akhbar parti itu yang terus diterbitkan walaupun permitnya sudah berakhir.
Ketua publisiti DAP merangkap editor Rocket, Tony Pua berkata parti itu 'tiada masalah' dengan kementerian berkenaan yang bertanggungjawab mengeluar dan memperbaharui permit penerbitan dan percetakkan.

Beliau bertekad untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi dengan cara baik berdasarkan pendekatan yang betul.

KDN semalam mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada DAP dengan memberi mereka tempoh tujuh hari bagi menjelaskan mengapa edisi bulanan Rocket versi Inggeris dan Cina terus diterbitkan meskipun permitnya telah berakhir.

"Kami sedang memohon temu-janji dengan menteri bagi membincangkan isu terbabit, berdasarkan konvensyen yang diamalkan pada tahun-tahun lalu. Kami akan merujuk kepada beliau berhubung tindakan yang sepatutnya diambil,” kata Pua di lobi parlimen hari ini.

Akhbar DAP versi Inggeris itu berakhir bulan lalu manakala lesen untuk edisi versi Melayu dan Cina, masing-masing berakhir pada September dan November, tahun lalu.

Menurut Pua, Rocket sebelum ini juga terus diterbitkan selepas permit tahunannya berakhir, sementara menunggu pembaharuan oleh kementerian.

"Sebagai contoh, kami mengemukakan permohonan pembaharuan permit untuk edisi Bahasa Malaysia pada 10 Julai tahun lalu - lebih setahun lalu - menjelang tarikh akhirnya pada 15 Sept 2009.

"(Namun) kita hanya terima permit pada 11 Jun tahun ini, dengan tarikh dikebelakangkan kepada September...dan ia akan berakhir dalam tempoh dua bulan lagi.”

Jawatankuasa pusat eksekutif DAP dijadualkan bermesyuarat minggu depan dan dijangka akan membincangkan tindakan seterusnya.

DAP adalah parti pembangkang terbaru yang diberi surat tunjuk sebab oleh KDN berhubung pembaharuan permit akhbar mereka.

Sebelum ini, PKR memilih mengketepikan penggantungan KDN ke atas Suara Keadilan dengan terus dan menerbit dan mengedarkan akhbar berkenaan manakala PAS pula diberi dua surat tunjuk sebab berhubung Harakah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails