Geng Aku

Khamis, 12 November 2009

Nizar V'8! Tiada bai'ah Jatuh Talak Dalam Parti PAS.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tiada amalan bai'ah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti.


Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan bai'ah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada bai'ah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain.

"Saya memang bai'ah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.

"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Rabu.



Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.

Azizan berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (bai'ah jatuh talak tiga) terlebih dahulu.

"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? dahla kena tinggal, jatuh talak pula.

"Hat ni belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?," katanya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails