Geng Aku

Khamis, 12 November 2009

Nizar V'8! MCA Temui Pemimpin Bahagian Ahad Ini.

MCA akan mengadakan sesi dialog dengan pemimpin peringkat bahagian di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur Ahad ini, bagi menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberitahu sidang akhbar di ibunegara hari ini bahawa beliau mahu "semua pemimpin bahagian menghadirinya... ketua-ketua bahagian serta ketua Wanita dan Pemuda".

Katanya, sesi dialog itu penting kerana rakyat 'sudah bosan" dengan pergeseran dalaman MCA, sambil menambah bahawa perkara itu lebih mendapat perhatian media daripada orang ramai.

Inisiatif itu adalah antara peranan barunya sebagai ketua pasukan petugas pelan damai.

"Sama ada pasukan petugas ataupun tidak, khas atau tidak, ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk parti," katanya.

Dialog itu akan menyentuh lima isu:

- Dana untuk aktiviti bahagian, kerana parti mempunyai sumber yang mencukupi.

- Sama ada resolusi bagi EGM baru selaras dengan perlembagaan parti.

- Pemilihan terus bagi jawatan presiden dan anggota jawatankuasa pusat (CC), dan model untuk digunakan (sama ada sistem Umno atau yang baru) jika cadangan mengenainya diterima.

- Bagaimana menjayakan Pelan Damai dan untuk menstabilkan parti.

- Persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang.




Apakah Liow akan hadir?

Chua, yang berkata jemputan telahpun dihantar kepada presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota CC, menyuarakan harapannya bahawa mereka akan menghadiri sesi dialog tersebut.

Katanya, Ong telah menyatakan sokongan penuhnya sesi dialog itu diadakan apabila beliau memaklumkan kepadanya.

Bagaimanapun, Chua berkata, beliau tidak pasti sama ada naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai juga akan menghadirinya.



"Atas rasa hormat, saya memaklumkan kepada Liow mengenai pelan tersebut sewaktu makan tengahari. Tetapi beliau tidak membayangkan sama ada beliau menyokongnya atau beliau akan menghadirinya," kata Chua.

Sesi dialog itu akan diadakan secara tertutup, tetapi sidang akhbar akan diadakan selepas ianya berakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails