Geng Aku

Khamis, 12 November 2009

Nizar V'8! Krisis Zulkifli Noordin Dan Sivarasa Dianggap Selesai.




Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin berkata, beliau ingin ‘menutup buku’ pertelagahannya dengan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa.

Pertelagahan secara terbuka kedua-dua pemimpin utama PKR itu telah mengundang campur tangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

"Bagi saya kes itu telah selesai...tutup buku. Untuk dia (Sivarasa) itu terpulang kepada dia. Saya telah nyatakan apa yang patut dikatakan,'' katanya ketika ditemui di lobi bangunan Parlimen tengah hari Rabu.




Semalam, Zulkifli Noordin telah mencabar Sivarasa untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam dan bertanding menentangnya bagi menentukan apakah tindakan beliau (Zulkifli) untuk mempertahan dan memperjuangkan hak-hak orang Islam dan Melayu tidak relevan dalam perjuangan PKR.




Isu ini timbul ekoran kenyataan Sivarasa sebelum itu yang mentafsirkan amaran yang dikeluarkan oleh Anwar agar pemimpin-pemimpin parti itu mematuhi polisi atau dasar parti atau keluar dari PKR adalah ditujukan kepada orang seperti Zulkifli yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat oleh Sivarasa sebagai bercanggah dengan dasar PKR.

Anwar kemudian terpaksa mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau telahpun bertemu dengan kedua-dua pemimpin PKR itu dan dengan isu tersebut telah selesai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails