Geng Aku

Khamis, 12 November 2009

Nizar V'8! Gaji Menteri Melampau-Lampau..




Langkah meningkatkan gaji menteri, timbalan menteri serta wakil rakyat tidak akan membawa apa-apa kesan terhadap usaha menangani rasuah, kata aktivis sosial Sabah Datuk Patrick Sindu.




 Beliau berkata menjadi ahli politik kini boleh diumpamakan seperti berada dalam skim cepat kaya, apabila selain gaji bulanan, mereka turut mendapat projek-projek kerajaan dan menerima banyak hasil menerusi projek-projek ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas satu laporan sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mencadangkan supaya elaun menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat dinaikkan.


Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika ditemui di lobi Parlimen pagi kelmarin menafikan laporan tersebut dan berkata SPRM tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkara seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan.

Sementara itu Sindu berkata cadangan itu hanya akan membebankan rakyat, dan menurutnya hanya kejujuran serta komitmen kepada rakyat sahaja yang boleh menjadi jalan penyelesaian dalam menangani gejala rasuah.

“Rasa tamak terhadap kuasa dan harta sentiasa ada, ia sudah menjadi adat resam dalam politik. Jika mereka (ahli politik) dapat mengenepikan hasrat ini, kemudian barulah SPRM tidak akan menghadapi masalah dalam menangani rasuah,” tambahnya. -NST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails