Geng Aku

Khamis, 12 November 2009

Nizar V'8! Setiausaha DAP digantung hadiri DUN

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen (Kota Sentosa) hari ini digantung daripada menghadiri persidangan DUN yang sedang berlangsung berhubung kenyataan beliau yang disiarkan dalam dua akhbar harian berbahasa Cina semalam.


Yang Dipertua Dewan Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu mengikut Seksyen 14 dan 24(1) Ordinan Dewan Undangan Negeri (Keistimewaan dan Kuasa) 2007 selepas 36 ADUN menyokong penggantungan itu, manakala dua wakil rakyat daripada DAP pula menentang.

Terdahulu, semasa membentangkan notis usul berkenaan, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh berkata Chong didakwa melakukan penghinaan mengikut Seksyen 24 (2)(n)(iii) ordinan berkenaan ketika beliau melakukan kesalahan itu, Isnin lepas.

Wong berkata Chong mengeluarkan kenyataan di luar persidangan dewan bahawa "80 peratus daripada dana pembangunan dikawal oleh seorang, menteri kewangan" yang disiarkan oleh See Hua Daily News dan "Peruntukan belanjawan Sarawak - 80 peratus untuk kegunaan seorang, menteri kewangan" dalam Sin Chiew Jit Poh yang dapat mencemarkan imej dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap DUN serta menteri kewangan negeri.

Beliau berkata Chong membuat kenyataan itu kepada media pada hari yang sama Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (2010).




Ketika menyangkal dakwaan Chong, Wong berkata berdasarkan prosedur biasa, peruntukan kewangan akan dibahagikan antara kementerian dan jabatan yang berlainan dengan pegawai pengawal kewangan masing-masing mengendalikan perkara berkaitan kewangan seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957.

"Berdasarkan Hansard persidangan pada 9 Nov, 2009, ketua menteri dan menteri kewangan yang juga ADUN Balingian, tidak membentangkan rang undang-undang atau usul mengenai perbelanjaan pembangunan di mana 80 peratus daripada peruntukan itu akan dikawal oleh seorang, iaitu beliau sendiri selaku menteri kewangan," katanya.

Beliau berkata kesalahan Chong adalah serius memandangkan tindakan itu akan menjadikan DUN dan peranannya di bawah perlembagaan negeri untuk meluluskan peruntukan kewangan bagi perbelanjaan kerajaan, dan menteri kewangan negeri sendiri menjadi cemuhan umum.

Wong berkata kenyataan Chong akan turut menghakis keyakinan masyarakat terhadap pengurusan hal-ehwal kewangan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Datuk Seri William Mawan, yang juga ADUN Pakan, menyokong usul itu. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails