Geng Aku

Khamis, 12 November 2009

Nizar V'8! Misteri Di Sebalik Kematian Altantuya..Pembunuhnya DiMana?





Kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu sedikit masa dulu telah menggemparkan seantero dunia. Nama Malaysia telah dicemari gara-gara sikap dan jenayah yang dilakukan oleh segelintir manusia yang sebenarnya tidak berperikemanusiaan.

Ramai yang terkejut dengan berita terkutuk itu. Tambah menyedihkan ialah pembunuhan itu dilakukan secara terperinci dan mayatnya diletupkan bagi tujuan untuk menghilangkan segala bukti. Namun, Letupan terhadap mayat yang amat dasyat menggunakan bom "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua"."C4" itu telah berjaya juga dihidu dan dikesan oleh pihak polis selepas menerima aduan daripada orang yang berkenaan. 





 Hasilnya, penemuan serpihan tulang mangsa disiasat dan mulalah penangkapan demi penangkapan berlaku. Kelihatan pihak polis begitu telus dan profesional menjalankan tugas mereka, hingga berjaya menjejaki dalang disebalik kejadian ngeri tersebut. Akhirnya, tertuduh dibicarakan dan akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. 

Namun, soalnya sekarang terdapatnya terlalu banyak kemusyiklan dan keraguan terhadap kes berprofail tinggi seperti ini. Ramai yang terkejut dengan adengan sandiwara kes pembunuhan ini sebenarnya. Apa tidaknya, tertuduh yang dijatuhkan hukuman itu adalah dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK), iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar. 

Tambah mengejutkan mereka juga adalah pegawai pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Kedua mereka dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, sedangkan dalam masa yang lain "individu yang mengarahkan" mereka membunuh langsung tidak dikenakan tindakan. Malah, pihak polis tidak pula menyiasat siapakah "sutradara" yang menyiapkan skrip pembunuhan terbabi. Bukankah ini sesuatu yang amat mengejutkan kita sebenarnya. 



Jika tertuduh adalah Botak Chin, Mona Fendi, Bentong Kali atau ramai lagi pembunuh bersiri , maka mungkin ia boleh diterima dan masuk dek akal sebenarnya. Namun Azilah dan Sirul adalah anggota polis UTK dan bukan pembunuh bersiri. Malah, umum mengetahui bahawa polis UTK hanya akan menjalankan tugas mengikut arahan ketua mereka.

Siapa Sebenarnya Yang Mengarahkan Tertuduh

Maka itulah, timbulnya keraguan yang munasabah siapakah sebenarnya yang mengarahkan mereka melakukan tindakan kejam tersebut. Apakah Razak Baginda? atau ada orang lain dibelakang tabir sebalik kejadian misteri ini. Anehnya, mahkamah seolah-olah mendapat arahan pula untuk mengiyakan bahawa tidak ada orang lain yang terlibat dan kedua-dua tertuduh mungkin membunuh Altantunya dengan "sukarela" tanpa mengenali wanita Monggolia tersebut. Inilah yang dikatakan misteri sebenarnya, sama juga dengan kes pembunuhan pragawati Noritta Shamsuddin beberapa tahun sebelum itu. Tertuduh, Haneef Basree dibebaskan dan hingga ke hari ini tidak ada mereka yang ditangkap serta dituduh membunuh Noritta. Apa yang ada, pihak polis hanya mengumumkan terdapatnya "lembaga misteri" yang membunuh pragawati tersebut. Apakah cukup dengan penjelasan seperti ini?. 



 Begitu juga dengan kes Altantunya, apakah cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa Sirul dan Azilah membunuh tanpa ada arahan oleh pihak tertentu? Kenapa pihak polis tidak menyiasat perkara ini dengan telus dan adil untuk keluarga si mati?. Tambah menyedihkan, Ketua Pendakwaraya kes berkenaan, Tun Majid Tun Hamzah pula berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu. Soalnya, benarkah tiada orang lain yang terlibat?. Atau beliau juga terpaksa mengikut skrip yang telah ditetapkan untuk membenarkan misteri ini terus menjadi tanda tanya?.

Wajarkah Tertuduh Membunuh Tanpa Sebab

Persoalan besar yang menghantui rakyat sekarang ialah siapakah yang mengarahkan kedua-dua tertuduh itu sebenarnya?. Wajarkah Sirul dan Azilah dituduh membunuh tanpa sebab? Kenapa siasatan lanjut hingga ke akar umbi dihentikan. 




Malah, pembebasan Razak Baginda yang dipercayai rapat dengan pemimpin tertentu juga menimbulkan banyak keraguan. Dalam perbicaraan yang dijalankan, memang terdapat hujahan berkaitan dengan desakan yang dibuat oleh Altantunya tentang komisyen yang sepatutnya beliau perolehi daripada pihak-pihak tertentu. Malah ia diakui di mahkamah, namun kenapa perkara ini tidak diselidik dengan rapi. Kenapa Altantunya meminta wang daripada pihak terbabit? Apakah sumbangan yang telah dilakukannya?. Malah, rekod perjalanannya ke negara ini juga dipercayai telah hilang.

Siapakah yang mengarah pihak imigresen menghilangkan rekod tersebut. Jika tiada rekod kemasukannya, kenapa pula beliau boleh berada di Malaysia untuk beberapa hari dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa?. Malah, kehadirannya ke negara ini juga diikuti oleh sepupunya sehinggalah ke hari beliau mati dibunuh. Ini bermakna misi kedatangan beliau ke negara ini ialah untuk mengambil sesuatu dalam bentuk wang ringgit daripada pihak tertentu. 




Kenapakah perkara ini tidak dibongkarkan?. Wajarkan kematian Altantunya dikatakan "mati tanpa sebab", dan pihak yang membunuhnya juga "membunuh tanpa sebab"?. Apakah jawapan ini yang mahu ditanamkan dalam hati setiap rakyat. Sedangkan satu dunia sudah mengetahui kes ini. Kenapakah ia terus disembunyikan daripada pengetahuan umum?. 


Apakah rakyat perlu terus diperbodohkan dengan satu tindakan tidak berperikemanusian segelintir manusia yang bertopengkan binatang. Demi kuasa, mereka sanggup lakukan apa sahaja sebenarnya. Kasihan benar melihat anak yang kehilangan ibunya gara-gara kejadian ini. Altantunya bukanlah cacing yang boleh dicincang sesuka hati. Dia adalah manusia yang perlukan pembelaan secara adil dan saksama !!

Benarkah Tertuduh Ke Tali Gantung Agaknya




Persoalan inilah yang banyak bermain dihati dan fikiran rakyat sekarang ini. Ramai dikalangan mereka yang tidak yakin lagi dengan sistem undang-undang dan kehakiman di negara kita. Kerana kuasa, yang jelas salah jadi betul dan yang betul dipersalahkan. Keadilan diperkotak-katikan oleh beberapa kerat manusia yang gila berkuasa dan takut untuk dihumbankan oleh suara rakyat. Benarkah Sirul dan Azilah bakal dihukum gantung mengikut keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah agaknya?. 

Bagi kita yang berada diluar, mungkin terfikir sedemikian rupa. Namun, harus diingat bahawa kedua-dua mereka telah menyumbangkan jasa yang cukup besar bagi menyelamatkan pihak-pihak tertentu. Maka, apakah mereka akan ditamatkan riwayatnya begitu sahaja sedangkan berbagai kaedah boleh digunakan untuk memastikan jasad mereka terus bernyawa. Antara langkah awal ialah memastikan kedua-dua mereka tidak dikenali oleh masyarakat umum. Caranya ialah dengan memakaikan topeng "ala ninja" setiap kali dibawa ke mahkamah ketika perbicaraan berjalan. Kononnya dengan cara ini, jika pun mereka digantung di penjara tidak siapa yang akan tahu. Melainkan jika mereka digantung "ala Saddam Hussein" yang disaksikan oleh jutaan manusia dari seluruh dunia. 



 Ada kemungkinan juga kedua mereka bakal dilepaskan mengikut pintu belakang dan diberikan "habuan" serta dihantar ke luar negara untuk beberapa tahun. Kemudian mereka boleh balik ke negara ini dengan berwajah dan nama baru. Ini boleh dilakukan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sedangkan selama ini mereka boleh menbuat kad pengenalan untuk pengundi hantu, masakan pula untuk membuat kad pengenalan baru kepada kedua tertuduh terbabit. Akhirnya mereka bebas kembali ke negara ini, tanpa dikenali oleh sesiapa pun. Tambahan pula jika mereka menyimpan jambang dan berimej "ala Osama Laden" selepas kembali ke Malaysia nanti. 

Bukankah akhirnya mereka semua iaitu pihak yang melakukan pembunuhan Altantunya ini akan bebas sebebasnya tanpa perlu risau dan gundah gulana lagi. Maka itulah sebagai rakyat, kita harus memikirkan perkara ini secara rasional dan waras. Spekulasi sebegini biar pun tidak disenangi oleh pihak tertentu, namun kemungkinan besar juga ia boleh berlaku. Malah, ada kemungkinan yang digantung adalah banduan lain yang memang menanti hukuman tersebut dan bukan mereka sebenarnya. Malah, tidak ada sesiapa pun dikalangan kita yang bakal melihat hukuman tersebut dijalankan dan mengesahkan mereka adalah Sirul dan Azilah yang asli.

[Banyak keraguan dan kemusykilan dalam kes ini sebenarnya. Biarpun mahkamah telah membuat keputusan, namun keputusan tersebut boleh dipertikaikan dan jelas tidak mencerminkan keadilan yang sepatutnya. Mana mungkin orang yang mengarahkan tertuduh membunuh boleh terlepas daripada hukuman. Jelas sekali pengakuan Sirul dan Azilah bahawa mereka adalah "kambing hitam" ketika di mahkamah kian terbukti sebenarnya. Ternyata mereka tidak wajar dipersalahkan 100%, kerana mereka melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh ketua mereka. Soalnya kenapa orang yang memberi arahan mahu disembunyikan. Apakah ini caranya amalah penyiasat polis yang dilakukan di Malaysia. Menyiasat untuk menutup bukti, bukan menyiasat untuk mencari bukti kes. Samalah dengan kes pembunuhan lain yang berlaku mutakhir ini iaitu Mendiang Teoh Beng Hock dan sebagainya. Siasatan dan tugas pihak terbabit ialah memadamkan bukti dan bukannya mencari bukti siapakah pembunuh sebenar. Oleh itu, kes pembunuhan Altantunya ini wajar dibuka semula bagi meyakinkan segenap lapisan rakyat tentang integriti badan kehakiman serta perundangan di negara kita].

Nizar V'8! Kerajaan Kelantan Berkeras Mahukan Royalti.

“Sepatutnya kerajaan pusat yang mendapat ihsan daripada negeri, bukan negeri dapat ihsan daripada pusat sebab itu adalah hak negeri.”Demikian tegas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) selepas menyampaikan kuliah perdana di Masjid Majidiah, Pasir Puteh dekat sini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut isu pemberian wang ihsan petroleum yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak minggu lepas.

Mengambil kira fakta perjanjian awal tahun 1970-an berhubung perkara berkenaan, Nik Aziz berkata, keputusan yang dibuat kerajaan pusat adalah terbalik dan bercanggah kerana mengingkari perjanjian yang jelas mengatakan royalti hasil daripada pengeluaran bahan api itu menjadi hak milik mutlak rakyat Kelantan.

Oleh yang demikian tiada sebab kerajaan pusat menukar ganti istilah royalti kepada wang ihsan.



Selain itu, pemberian wang ihsan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) adalah satu perbuatan khianat sedikitpun tidak menunjukkan ciri-ciri keadilan kerajaan pusat dalam menjaga kebajikan rakyat Kelantan.

Perjanjian bayaran royalti sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran petroleum kepada negeri-negeri terbabit termasuk Kelantan dibuat pada awal 1970-an, yang ditandatangani pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah (pada masa itu), selepas dipersetujui Perdana Menteri Tun Abdul Razak.

Kelantan diwakili Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nasir.

Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun ini selepas menerima laporan daripada Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu dengan nilai pertumbuhan sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak 37.5 peratus sejak 2004.




Minggu lalu Najib mengumumkan kerajaan persekutuan akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan dalam bentuk projek pembangunan.

Nik Aziz yang dari dulu mempertahankan bayaran royalti menjelaskan, pada asasnya beliau tidak mengambil kira sangat jenama apa yang ingin gunakan oleh kerajaan pusat asalkan ia dibuat secara telus serta adil mengikut perjanjian sebelum ini.

“Nak guna nama ihsan ke… apa ke, ikut dia lah. Tapi biarlah disalurkan terus kepada kerajaan negeri. Jangan dipolitikkan. Tak betul sebab itu hak rakyat,” katanya.

Nik Aziz turut menjelaskan motif yang tersirat di sebalik tindak-tanduk keputusan Najib menyalurkan pemberian tersebut melalui agensi di bawah pentadbirannya adalah semata-mata untuk menggambarkan kelemahan kerajaan negeri di mata rakyat dalam usaha membangunkan kemajuan negeri.

“Saya yakin rakyat tidak mudah terperangkap dengan jerat kerajaan Umno. Tapi Umno harus berwaspada takut jeratnya itu terkena diri sendiri,” kata beliau sambil menambah, kerajaan negeri akan menjelaskan isu tersebut kepada rakyat secara terperinci.

Pada 4 November lalu, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh kerajaan pusat, namun masih terkilan kerana permintaan bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

“Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ihsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti,” kata beliau dalam reaksi awalnya. themalaysianinsider.com

Nizar V'8! Tiada bai'ah Jatuh Talak Dalam Parti PAS.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tiada amalan bai'ah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti.


Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan bai'ah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada bai'ah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain.

"Saya memang bai'ah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.

"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Rabu.



Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.

Azizan berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (bai'ah jatuh talak tiga) terlebih dahulu.

"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? dahla kena tinggal, jatuh talak pula.

"Hat ni belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?," katanya.

-- BERNAMA

Nizar V'8! Tunggakan gaji, KWSP masalah lapuk: Nizar



Tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) adalah masalah lapuk, bukan berlaku pada era pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, dakwaan individu atau kumpulan tertentu adalah bermotifkan usaha mendapatkan pengaruh bagi mengambil alih teraju persatuan.

Menurutnya, beliau sedar akan masalah ini yang menyebabkan Perak tidak layak untuk bertanding dalam Liga Malaysia tahun depan berikutan kegagalan memenuhi syarat ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 




"Bagaimanapun, saya bersama ahli majlis Pafa akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini supaya pasukan Perak dapat beraksi semula dalam pertandingan tahun depan.

"Walaupun hakikatnya itu masalah lapuk yang berlaku sebelum saya mengambil alih teraju persatuan lagi, tapi atas rasa tanggungjawab dan hasrat untuk memartabatkan pasukan bola sepak Perak, masalah ini akan diatasi," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pasukan bola sepak Perak antara enam pasukan yang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia tahun depan setelah didapati gagal memenuhi syarat ditetapkan FAM.

Mohamad Nizar berkata, isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu yang mahu menyingkirkan beliau dari jawatan Presiden, walaupun masalah berkenaan wujud sejak sekian lama tapi mereka menuding jari ke arahnya. 




Katanya, jawatan yang disandangnya ini adalah hasil sokongan ahli-ahli gabungan, selagi mereka memerlukan, beliau akan meneruskan kerja seperti biasa dan dalam masa yang sama akan memikirkan pendekatan terbaik menyelesaikan masalah dialami.

"Saya tidak mahu persatuan terus dihimpit masalah dan akhirnya pemain menjadi mangsa, kita akan berusaha sedaya upaya untuk melunaskan segala hutang lapuk yang ditanggung persatuan," katanya. 




Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai nasib semua pasukan itu bergantung sepenuhnya kepada mesyuarat Majlis FAM yang akan dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Nizar V'8! Krisis Zulkifli Noordin Dan Sivarasa Dianggap Selesai.




Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin berkata, beliau ingin ‘menutup buku’ pertelagahannya dengan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa.

Pertelagahan secara terbuka kedua-dua pemimpin utama PKR itu telah mengundang campur tangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

"Bagi saya kes itu telah selesai...tutup buku. Untuk dia (Sivarasa) itu terpulang kepada dia. Saya telah nyatakan apa yang patut dikatakan,'' katanya ketika ditemui di lobi bangunan Parlimen tengah hari Rabu.




Semalam, Zulkifli Noordin telah mencabar Sivarasa untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam dan bertanding menentangnya bagi menentukan apakah tindakan beliau (Zulkifli) untuk mempertahan dan memperjuangkan hak-hak orang Islam dan Melayu tidak relevan dalam perjuangan PKR.




Isu ini timbul ekoran kenyataan Sivarasa sebelum itu yang mentafsirkan amaran yang dikeluarkan oleh Anwar agar pemimpin-pemimpin parti itu mematuhi polisi atau dasar parti atau keluar dari PKR adalah ditujukan kepada orang seperti Zulkifli yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat oleh Sivarasa sebagai bercanggah dengan dasar PKR.

Anwar kemudian terpaksa mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau telahpun bertemu dengan kedua-dua pemimpin PKR itu dan dengan isu tersebut telah selesai.

Nizar V'8! MCA Temui Pemimpin Bahagian Ahad Ini.

MCA akan mengadakan sesi dialog dengan pemimpin peringkat bahagian di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur Ahad ini, bagi menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberitahu sidang akhbar di ibunegara hari ini bahawa beliau mahu "semua pemimpin bahagian menghadirinya... ketua-ketua bahagian serta ketua Wanita dan Pemuda".

Katanya, sesi dialog itu penting kerana rakyat 'sudah bosan" dengan pergeseran dalaman MCA, sambil menambah bahawa perkara itu lebih mendapat perhatian media daripada orang ramai.

Inisiatif itu adalah antara peranan barunya sebagai ketua pasukan petugas pelan damai.

"Sama ada pasukan petugas ataupun tidak, khas atau tidak, ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk parti," katanya.

Dialog itu akan menyentuh lima isu:

- Dana untuk aktiviti bahagian, kerana parti mempunyai sumber yang mencukupi.

- Sama ada resolusi bagi EGM baru selaras dengan perlembagaan parti.

- Pemilihan terus bagi jawatan presiden dan anggota jawatankuasa pusat (CC), dan model untuk digunakan (sama ada sistem Umno atau yang baru) jika cadangan mengenainya diterima.

- Bagaimana menjayakan Pelan Damai dan untuk menstabilkan parti.

- Persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang.




Apakah Liow akan hadir?

Chua, yang berkata jemputan telahpun dihantar kepada presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota CC, menyuarakan harapannya bahawa mereka akan menghadiri sesi dialog tersebut.

Katanya, Ong telah menyatakan sokongan penuhnya sesi dialog itu diadakan apabila beliau memaklumkan kepadanya.

Bagaimanapun, Chua berkata, beliau tidak pasti sama ada naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai juga akan menghadirinya.



"Atas rasa hormat, saya memaklumkan kepada Liow mengenai pelan tersebut sewaktu makan tengahari. Tetapi beliau tidak membayangkan sama ada beliau menyokongnya atau beliau akan menghadirinya," kata Chua.

Sesi dialog itu akan diadakan secara tertutup, tetapi sidang akhbar akan diadakan selepas ianya berakhir.

Nizar V'8! Blogger Kickdefella Ancam Dedah Salah Laku Dalam Perbadanan MB Kelantan

Syed Azidi dihadapan bangunan Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau yang dikenali sebagai Blogger Kickdefella bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali dalam dunia blog sebagai Blogger Kickdefella bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


 Tok Guru


Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK.


Beliau juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di hadapan pejabat perbadanan itu di Jalan Kuala Krai di sini hari ini, Syed Azidi menuntut perletakan jawatan Mohd Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PBMK demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz sebagai ketua pentadbir negeri.

“Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada menteri besar,” dakwa Syed Azidi.

“Dan kini memandangkan saya telahpun dipecat oleh Mohd Arrifahmi, saya bebas untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di PBMK, yang telah memalukan menteri besar, Kerajaan PAS Kelantan dan juga Islam,” katanya lagi.

Syed Azidi yang sebenarnya lebih dikenali dengan nama penanya ‘Kickdefella blogger’, mendakwa dalam genggamannya kini terdapat minit mesyuarat yang disifatkannya sebagai sensitif, dokumen kewangan dan lain-lain dokumen yang boleh disabitkan dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PMBK.




Maklumat-maklumat itu katanya diperolehi daripada pihak-pihak luar yang pernah berurusan dengan PMBK.

“Sebenarnya isu-isu PMBK ini bukan lagi satu rahsia tetapi dah jadi rahsia terbuka. Hanya tidak ada siapa yang lakukan sesuatu mengenainya,” tegas beliau lagi.

Syed Azidi juga menjelaskan, yang beliau tidak ada kena mengena dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM ke atas PMBK malah tidak terlibat pun dalam membawa SPRM masuk untuk menyiasat PMBK.

“Malangnya saya juga dituduh menggunakan laman blog saya untuk menimbulkan kekecohan tetapi hakikatnya ialah saya masih terus menyokong Nik Aziz dan pada masa yang sama ingin membuka mata Nik Aziz bahawa menantunya itu adalah satu liabiliti kepadanya," ujar Syed Azidi.

Sementara itu, Nik Aziz, yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri enggan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan semua dakwaan yang dibuat oleh Syed Azidi.
Siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM ke atas PMBK telah menjadi buah mulut ramai lebih-lebih lagi dengan tindakan Nik Aziz untuk mempertahankan menantunya sebagai seorang yang beliau yakini dan percayai.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata bahawa tidak ada apa yang salah dengan melantik menantu memegang jawatan tertentu sama seperti Nabi Muhammad dahulu pernah melantik menantunya memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Islam di Madinah.

Pada 5 November lalu, para pegawai SPRM telah merampas beberapa dokumen kewangan PMBK termasuk menyoalsiasat pengurus kewangan perbadanan itu.

Dan kelmarin, (9 November) pegawai-pegawai SPRM sekali lagi telah berkunjung ke pejabat PMBK dan kali ini mereka telah menyoal Abdul Ariffahmi.

PMBK, yang terletak di bawah bidang kuasa menteri besar, ditubuhkan untuk menguruskan pembangunan ekonomi dan sosial negeri.

Perbadanan tersebut melalui pelbagai anak syarikatnya terlibat dalam aktiviti pertanian, infrastruktur, hartanah, utiliti, takaful, bioteknologi dan pendidikan.

Abdul Ariffahmi, yang merupakan seorang jurutera pada mulanya dilantikan sebagai ketua pegawai operasi PMBK pada awal tahun lalu sebelum secara rasminya dilantik ke jawatan ketua pegawai eksekutif kira-kira dua bulan yang lalu.

Nizar V'8! Speaker Selangor tolak usul isu tahan Asri.

Speaker DUN Selangor hari ini menolak usul tergempar ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib untuk membincangkan isu penahanan Dr Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal bulan ini.


Teng Chang Khim berkata walaupun usul itu melibatkan kepentingan orang ramai, namun tidak menepati syarat yang memerlukannya ia disegerakan.

Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah, setakat ini.

Saari dalam cadangannya juga menggesa kerajaan Selangor mengarahkan Jais melepaskan segera Dr Mohd Asri tanpa syarat serta menggugurkan segala dakwaan yang telah dirancang.


Beliau, yang turut berada di tempat kejadian semasa Dr Mohd Asri ditahan, berkata tindakan Jais menahan tokoh agama itu sebagai keterlaluan.

"Saya berada di tempat kejadian, saya saksikan seolah-olah (tangkap Dr Mohd Asri seperti) hendak tangkap penjenayah," katanya.

Saari, yang mencadangkan usul berkenaan bawah perkara 17(1) peraturan tetap mesyuarat, turut mencadangkan supaya kerajaan negeri menyemak semula dan meminda enakmen-enakmen pentadbiran negeri yang tidak selaras dengan "tuntutan Islam dalam usaha menyebarkan Ilmu."

"Ini hendaklah disegerakan kerana (penangkapan ke atas Dr Mohd Asri) mencemar imej kerajaan negeri," katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa supaya proses pentauliahan dipermudahkan agar tidak menjadikan ulama berkelayakan seperti Dr Mohd Asri sebagai mangsa keadaan.

Ditemui pemberita di luar persidangan DUN selepas itu, beliau berkata usul tersebut walaupun ditolak, ia masih boleh dibincangkan semasa perbahasan pembentangan bajet negeri yang sedang berjalan.

"Cuma ia tidak jadi usul tergempar. Saya masih boleh bawa dalam perbahasan saya," jelasnya.

Tambahnya, beliau telah menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan membawa usul berkenaan dan tidak kesal kerana tidak dapat membincangkannya.


Azmin Ali

Turut kecewa dengan tindakan Jais terhadap bekas mufti itu termasuklah ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang berkata isu tersebut menimbulkan persepsi buruk ke atas pasukan keselamatan negara.

"Saya tidak mahu terjebak dalam polemik soal pentadbiran berkenaan soal tauliah. Yang saya persoalkan, cara beliau ditahan oleh pihak Jais, oleh sejumlah besar pasukan keselamatan," katanya ketika membahas pembentangan bajet hari ini.

"Ini amat mejelekkan. Yang kita kecam hari ini adalah cara penahanan ke atas mantan mufti itu seolah-olah Dr Mohd Asri ini seorang pengganas, seorang penjenayah," katanya.

Nizar V'8! Setiausaha DAP digantung hadiri DUN

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen (Kota Sentosa) hari ini digantung daripada menghadiri persidangan DUN yang sedang berlangsung berhubung kenyataan beliau yang disiarkan dalam dua akhbar harian berbahasa Cina semalam.


Yang Dipertua Dewan Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu mengikut Seksyen 14 dan 24(1) Ordinan Dewan Undangan Negeri (Keistimewaan dan Kuasa) 2007 selepas 36 ADUN menyokong penggantungan itu, manakala dua wakil rakyat daripada DAP pula menentang.

Terdahulu, semasa membentangkan notis usul berkenaan, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh berkata Chong didakwa melakukan penghinaan mengikut Seksyen 24 (2)(n)(iii) ordinan berkenaan ketika beliau melakukan kesalahan itu, Isnin lepas.

Wong berkata Chong mengeluarkan kenyataan di luar persidangan dewan bahawa "80 peratus daripada dana pembangunan dikawal oleh seorang, menteri kewangan" yang disiarkan oleh See Hua Daily News dan "Peruntukan belanjawan Sarawak - 80 peratus untuk kegunaan seorang, menteri kewangan" dalam Sin Chiew Jit Poh yang dapat mencemarkan imej dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap DUN serta menteri kewangan negeri.

Beliau berkata Chong membuat kenyataan itu kepada media pada hari yang sama Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (2010).




Ketika menyangkal dakwaan Chong, Wong berkata berdasarkan prosedur biasa, peruntukan kewangan akan dibahagikan antara kementerian dan jabatan yang berlainan dengan pegawai pengawal kewangan masing-masing mengendalikan perkara berkaitan kewangan seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957.

"Berdasarkan Hansard persidangan pada 9 Nov, 2009, ketua menteri dan menteri kewangan yang juga ADUN Balingian, tidak membentangkan rang undang-undang atau usul mengenai perbelanjaan pembangunan di mana 80 peratus daripada peruntukan itu akan dikawal oleh seorang, iaitu beliau sendiri selaku menteri kewangan," katanya.

Beliau berkata kesalahan Chong adalah serius memandangkan tindakan itu akan menjadikan DUN dan peranannya di bawah perlembagaan negeri untuk meluluskan peruntukan kewangan bagi perbelanjaan kerajaan, dan menteri kewangan negeri sendiri menjadi cemuhan umum.

Wong berkata kenyataan Chong akan turut menghakis keyakinan masyarakat terhadap pengurusan hal-ehwal kewangan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Datuk Seri William Mawan, yang juga ADUN Pakan, menyokong usul itu. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails