Geng Aku

Selasa, 17 November 2009

Nizar V'8! Skuad Rusa Dapat Durian Runtuh.


MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) menjulang Piala Malaysia yang ditunggu-tunggu sejak 61 tahun lalu.



SKUAD Negeri Sembilan yang muncul juara Piala Malaysia 2009 selepas penantian selama 61 tahun mendapat 'durian runtuh' apabila menerima insentif dan imbuhan bonus sebanyak RM300,000 semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insentif tersebut termasuk RM100,000 yang disumbangkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).



"Sehingga kini pemain dan pengurusan pasukan telah pun menerima insentif dan bonus sebanyak RM450,000 daripada PBNS.

"Selain hadiah wang tunai itu, semua pemain akan dibawa ke Bandung, Indonesia bagi menjalani latihan persiapan menghadapi Piala Sumbangsih awal Januari depan," katanya pada majlis penyampaian penghargaan itu kepada pemain di Klana Resort, Seremban semalam.

Turut hadir ialah Naib Presi- den PBNS, Datuk Ismail Lasim; Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd. Halim Abd Latif; juru- latih Wan Jamak Wan Hasan serta semua pemain kecuali S. Kuna- lan dan pasangan kembar, Mohd. Aidil Zafuan Radzak dan Mohd. Zaquan Adha Radzak yang sedang mewakili skuad negara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2011.

Beliau menambah, sepanjang di Bandung nanti, skuad Hoben Jang Hoben akan mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan.

Katanya, perlawanan itu adalah bagi menilai prestasi pemain bagi menghadapi Selangor (juara Liga Super) pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia (Liga M) 2010 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi nanti.




"Bagaimanapun, semua pemain akan dibenarkan bercuti selama 10 hari selepas siri jelajah dan perarakan Piala Malaysia akan berakhir minggu ini di Port Dickson.

"Kita tidak melakukan banyak perubahan dan hampir semua pe- main sedia ada dikekalkan. Buat masa ini, kita telah menyenarai- kan 20 pemain, dengan lima lagi kekosongan akan diisi kemudian," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jurulatih Wan Jamak akan dikekalkan untuk terus membimbing skuad negeri selepas prestasi cemerlangnya membawa pulang Piala Malaysia yang dinanti- kan sejak 61 tahun lalu.

"Kebanyakan pemain negeri ini mempunyai kontrak lima tahun kerana PBNS hendak membina pasukan dalam jangka masa panjang dan mantap. Untuk itu tidak timbul soal pasukan lain yang berhajat memancing pemain skuad negeri," tegasnya.

Mohamad turut memaklumkan, mulai musim depan pasukan negeri akan menggunakan jersi baru berwarna kuning apabila bermain di gelanggang sendiri dan menggunakan jersi merah apabila beraksi di tempat lawan.



Katanya, warna kuning lebih cerah dan membawa tuah kepada skuad Negeri Sembilan.
Mengulas mengenai pemain pinjaman dari pasukan T-Team, Hairuddin Omar, beliau berkata, PBNS memang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan telah pun menawarkan tempat untuknya bermain dengan pasukan Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, ia terpulang kepada Hairuddin untuk membuat keputusan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails