Geng Aku

Selasa, 17 November 2009

Nizar V'8! ADUN PKR Bidas Wakil DAP Mengenai Isu Kaum India Di Selangor




Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat hari ini membidas rakannya daripada DAP dalam kerajaan Selangor kerana mendakwa kerajaan negeri gagal memenuhi keperluan kaum India di negeri ini.



 
M. P. Muthiah (PKR-Bukit Malawati) berkata M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) tidak berhak membuat tuntutan seperti itu kerana beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh wakil DAP itu adalah hak rakyat semua, bukan hak kaum India.




Kaum India hanya berhak membuat tuntutan mengenai empat perkara sahaja iaitu bahasa, agama, kebudayaan dan sejarah, katanya pada persidangan dewan semasa membahaskan bajet negeri Selangor sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.


M.Manoharan
 
Minggu lepas, Manoharan dilaporkan berkata kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminggirkan kebajikan kaum India yang telah memainkan peranan penting kepada kemenangan pakatan pembangkang di negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

Muthiah bagaimanapun berkata beliau tidak setuju dengan pandangan Manoharan.
"Rakyat berhak memilih kerajaan untuk memenuhi kehendak mereka," katanya.BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails