Geng Aku

Selasa, 17 November 2009

Nizar V'8! Speaker Kedah Puas Hati.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong.



Abdul Isa berkata, beliau yakin mahkamah telah membuat keputusan tepat dan terbaik bagi penduduk kawasan tersebut.

''Ini bukan soal gembira atau tidak, ini soal pelaksanaan undang-undang.
''Keputusan ini telah memihak kepada kami dan mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan fakta dan hujah-hujah yang telah diberikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahkamah hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan untuk mengisi kekosongan tersebut.



Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Abdul Isa untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat

Sehubungan itu, kata Abdul Isa, jawatan Abu Hassan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlucut dan beliau tidak layak untuk hadir ke sidang dewan esok.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

''Kami akan serah kepada pucuk pimpinan untuk membuat tindakan selanjutnya berhubung perkara ini.

''Bagaimanapun, UMNO Kedah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di kawasan tersebut,'' katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails