Geng Aku

Isnin, 9 November 2009

Rakyat Mahu Kerajaan Yang Sah Di Perak

Pakatan Rakyat Teluk Intan telah menganjurkan Jamuan Makan sempena Deepavali di Dewan SJK (C) San Min. Program bermula pada 11.00am dan tamat pada 2.00pm. Dihadiri oleh masyarakat tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah YB Lim Kit Siang, YB M.Kulasegaran, YB Manoharan, YB V.Sivakumar, YB Seah Leong Peng, YB Anuar Sudin dan Yang Bahagia Sdr Mustafa Kamil Ayob.

Dalam ucapanya, YB V.Sivakumar meminta supaya kembalikan hak rakyat. Adakan pilihanraya untuk seluruh negeri Perak. Biar rakyat menentukan siapakah kerajaan yang sah memerintah negeri Perak. Inilah satu-satunya cara untuk mengakhiri kemelut politik negeri Perak yang berpanjangan.




V.Sivakumar juga menegaskan bahawa 28 orang ADUN Pakatan Rakyat bersedia menghadapi pilihanraya. Kenapa 28 orang ADUN BN tidak berani menyahut cabaran dan turun gelangang pilihanraya? Jika pilihanraya tidak diadakan masalah ini tidak boleh diselesaikan. Mahkamah tidak boleh menentukan siapakah kerajaan yang sah. Dalam sebuah negara demokrasi, rakyatlah yang berhak menentukan kerajaan yang memerintah. Kerajaan itu seharusnya dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi dan bukan secara 'lompat katak'.




Apa yang berlaku di negeri Perak adalah bertentangan dengan asas demokrasi iaitu 'kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat'. Akibatnya kredibiliti banyak agensi-agensi kerajaan tercalar contohnya SPRM, PDRM, SPR dan Mahkamah. Satu-satunya mujarab untuk baik pulih keadaan ini ialah dengan mengadakan pilihanraya semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails