Geng Aku

Isnin, 9 November 2009

Komponen BN kena bincang masalah: PM


NAJIB bersama Pairin (dua dari kiri) Musa (kanan) melaungkan �Hidup PBS� bersama perwakilan PBS pada majlis perasmian Kongres ke-24 parti itu di Kota Kinabalu, malam tadi.


Gagasan 1Malaysia perlu diterjemah sebagai asas muafakat

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya membincangkan apa juga masalah dihadapi sebagai satu keluarga tanpa perlu mencetuskan pergaduhan.

Perdana Menteri berkata, BN ialah keluarga besar yang mendukung gagasan 1Malaysia dan semangat itu perlu diterjemahkan semua pihak sebagai asas permuafakatan.

"Saya nak kita rapatkan barisan dan jangan bergaduh kerana masalah kita sudah cukup banyak.

"Kita perlu berbincang kerana kita satu keluarga, satu Malaysia dan tiada apa yang lebih membahagiakan saya selain kaum Melayu, Kadazan, India dan lain-lain duduk bersama untuk bermuafakat mencapai satu impian, satu harapan, satu bangsa dan satu negara.

"Imej apa yang ingin kita tampilkan untuk BN? BN ialah kerajaan rakyat, untuk rakyat dan memperjuangkan hak rakyat. Cakap mesti serupa bikin. Apa yang penting ialah kita mesti buat apa dijanjikan kepada rakyat.




"Kalau kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman boleh bekerjasama erat dengan BN Sabah, saya yakin masa depan Sabah tetap akan berubah.
"Beritahu rakyat Sabah, mereka tak perlu lihat alternatif kepada BN, tak perlu lihat orang lain kerana BN saja yang akan membawa perubahan. Ini komitmen saya kepada rakyat Sabah dan kita akan penuhi segala janji," katanya berucap merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-24 di sini, malam tadi.



Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan serta wakil parti komponen BN.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, rakyat kini meletak harapan tinggi terhadap kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan kerana mereka semakin bijak, selaras peningkatan pendidikan.

Katanya, pengalaman tsunami politik dialami negeri di Semenanjung pada pilihan raya umum tahun lalu ialah isyarat lantang pengundi yang secara terbuka menyatakan mereka menolak kerajaan yang tidak peka dengan kehendak rakyat.
"Rakyat mahu kerajaan sensitif terhadap kehendak mereka. Rakyat mahu kerajaan yang merasai denyutan nadi mereka dan kerajaan yang boleh memenuhi jangkaan mereka, sama ada dalam pembangunan, pendidikan, menentukan pentadbiran cekap dan bersih," katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin kedudukan Sabah selaku 'simpanan tetap' BN akan terus kukuh dan kerajaan komited untuk melaksanakan pelbagai perubahan dari segi dasar, pendekatan dan tindakan yang menjurus ke arah keberhasilan lebih bermakna.

Sementara itu, kerajaan akan mengumumkan langkah jangka sederhana dan panjang bagi menangani masalah kemudahan bekalan air dan elektrik di Sabah yang diakui turut menjejaskan sektor perkilangan di negeri itu.






Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata ia akan dibuat Perdana Menteri selepas berbincang dengan kementerian berkaitan dan mencari penyelesaian terbaik supaya rakyat Sabah tidak lagi dibelenggu masalah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails