Geng Aku

Rabu, 18 November 2009

Nizar V'8! Sukar dapatkan semula kerakyatan jika dilepaskan




Rakyat Malaysia yang melepaskan taraf kewarganegaraan mereka akan berdepan kesukaran sekiranya mereka memohon semula untuk mendapatkan status sebagai warga negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi mereka berfikir dengan mendalam terlebih dahulu sebelum “membuang” kewarganegaraan mereka untuk menetap di negara lain.

Beliau berkata tindakan itu yang diambil oleh segelintir rakyat Malaysia adalah atas kehendak mereka sendiri dan bukan kerajaan yang membuat keputusan itu.

"Agak sukar bagi mereka yang melepaskan kewarganegaraan untuk mendapatkannya semula,” katanya semasa sesi dialog bersama masyarakat Malaysia di Itali pada Selasa malam.

Timbalan Perdana Menteri menjawab soalan sama ada kerajaan akan memberi pertimbangan untuk mengembalikan semula kewarganegaraan kepada rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails