Geng Aku

Rabu, 18 November 2009

Nizar V'8! Debat Royalti: Nazri Aziz diminta pegang pada janji

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz menunaikan janjinya untuk berdebat secara terbuka mengenai isu Royalti Petroleum Kelantan.



Salahuddin dalam satu sidang media di lobi parlimen petang semalam berkata, PAS akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi menetapkan tarikh dan tempat untuk diadakan debat tersebut.

"Saya harap Datuk Nazri akan berpegang pada janjinya untuk mengadakan perdebatan terbuka ini.Beliau dah bagi persetujuan di dalam dan luar dewan untuk berbahas mengenai royalti,"




"Saya akan bincang dengan Datuk Nazri, mungkin kita akan tubuhkan jawatankuasa untuk bincang tentang debat ini di pihak saya dan juga pihak beliau dan  saya akan bincang jugak dalam parti tentang perkara ini dan tempat dan tarikh akan diberitau secepat mungkin kepada media," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan respon positif daripada Nazri.



Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) pula berkata, wakil rakyat Pakatan Rakyat telah berhujah berhabis-habisan untuk menyangah penyelewengan fakta yang dinyatakan oleh Nazri sewaktu ucapan pengggulungannya petang tadi.

Namun ujarnya, Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional masih ingin menegakkan benang yang basah dengan memberikan alasan Kelantan tidak berhak ke atas royalti tersebut.

"Kita (Pakatan Rakyat) telah berhujah habis-habisan tadi.Wakil Machang, Ipoh Timur dan saya sendiri.Nyata bahawa menteri dan kerajaan Barisan Nasional bertegas tidak mahu memberi royalti ini kepada kerajaan negeri kelantan atas alasan tidak ada hak.Apa yang ada cuma ihsan belas daripada kerajaan persekutuan," katanya.



Bercakap dalam sidang media yang sama,Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) pula mencadangkan suatu pendakwa bebas diadakan dalam menyelesaikan kes video klip Datuk VK Lingam.

"Saya ingin mencadangkan agar satu pendakwa bebas seperti yang dilakukan oleh negara lain sewaktu kepentingan negara terutama yang berpofil tinggi wujud dan itutelah disahkan oleh menteri tadi.mereka tidak mempertikai kesimpulan oleh suruhanjaya diraja," jelasnya.

"Ketika skandal seks bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan Monica Lywinsky, maka dilantik seorang Pendakwa Bebas (yang bernama) Cannestar, ketika berlaku monopoli dalam Microsoft, maka dilantik (Pendakwaraya Bebas) dilantiknya David Boyz. Mereka ini dikenali sebagai bekas pendakwaraya yang bebas," jelasnya.

"Kerajaan boleh berbuat demikian kalau ada iltizam politik kerana Pendakwaraya sendiri (iaitu) Abdul Ghani Patail secara peribadi, bukan secara institusi dipertikai...maka Yang Dipertuan Agong perlu melantik semula seorang yang dikenali bebas untuk menguruskannya, inilah yang kerajaan perlu buat."

Beliau juga mendesak kerajaan memberi respon segera dalam dewan perbahasan dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails