Geng Aku

Khamis, 19 November 2009

Nizar V'8! Pelan perpaduan bertukar pelan 'pancung'

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menyifatkan pelan perpaduan menyeluruh yang sepatutnya menyatukan ahli-ahli parti bertukar menjadi pelan 'pancung' pemimpin yang tidak sehaluan dengan Presiden.




Beliau yang sedih dan kesal dengan keputusan mesyuarat Jawatakuasa Pusat (CC) MCA melucutkan keanggotaannya serta lapan yang lain dalam Majlis Presiden berkata, Ong Tee Keat hanya mahu pemimpin yang mematuhi arahannya.

"Tee Keat hanya mahu pemimpin yang mematuhi arahannya. Mereka yang mempunyai pandangan berlainan dan ingkar akan diketepi atau digugurkan," katanya.



Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Wisma MCA hari ini Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, muslihat di sebalik pelan perpaduan itu kini jelas iaitu Presiden mahu membina kumpulan yang mematuhi arahannya dan menggugurkan pemimpin tidak sehaluan.

Beliau yang dilihat turut menitiskan air mata juga menyifatkan kumpulan Tee Keat sebagai "kumpulan satu suara" iaitu suara Presiden sahaja.



Sementara itu, Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang turut digugurkan daripada Majlis Presiden dalam reaksinya berkata: ''Demokrasi dalam MCA telah mati.''

Mengulas keputusan CC itu, Mei Fun sambil menitiskan air mata berkata, keputusan tersebut merupakan sejarah dalam parti dan tidak pernah berlaku sebelum ini.



''Ini kali pertama sayap Wanita dan Pemuda tidak berada dalam Majlis Presiden yang bermakna Tee Keat tidak menghormati Ketua Wanita dan Pemuda parti,'' katanya.

Keputusan pengguguran tersebut diumumkan oleh Tee Keat selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang turut menyaksikan CC menolak rancangan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kali kedua pada 28 November ini.

Ekoran tindakan itu, Mei Fun merayu kepada para perwakilan pusat parti tersebut agar menyokong dan menghadiri EGM bagi mengembalikan demokrasi dalam parti dan menyatakan suara hati mereka.

''Kami sembilan orang yang digugurkan ini tidak membuat salah, apa yang kami lakukan hanya untuk kebaikan parti,'' katanya.

Menurutnya, tindakan Tee Keat menggugurkan kumpulan sembilan orang itu bertujuan 'membuang' mereka yang tidak sehaluan dengannya.



Hadir sama pada sidang akhbar itu Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tee Keat selepas mempengerusikan mesyuarat itu mengumumkan rombakan Majlis Presiden sekali gus menyaksikan pengguguran tujuh yang lain iaitu Lee Wei Kiat, Dr. Hou Kok Chung, Datuk Wee Jeck Seng, Yoo Wei How, Gan Hong Su, Wong Nai Chee dan Datuk Wira Chor Chee Heung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails