Geng Aku

Isnin, 16 November 2009

Sehati Berdansa-Giliran Mirna Tersingkir.




Jaguh sukan hoki, Mirnawan Nawawi, 38, dan isterinya, Noorah Binti Mokhsin, 30, terpaksa akur dengan keputusan pengundi dan juri pada minggu ini apabila mereka meletakkan pasangan itu di tangga tercorot dan sekali gus menjadi pasangan ketiga tersingkir di pentas Sehati Berdansa 3 (SB3).

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari melalui Malam Debaran Sehati Berdansa (SB3) yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, malam tadi nyata menjadi jangkaan semua pihak mengikuti jejak Anita Baharom dan Zainul pada minggu lepas.

Bagaimanapun Mirnawan dan Norah berjaya mengumpul RM4,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya, Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan. Cek disampaikan kepada wakil dari pertubuhan tersebut.

Selain Joseph Gonzales sebagai juri tetap, Lavinie dan Jaaffar Onn diundang menjadi juri jemputan pada minggu persembahan bertemakan Malam Muda Mudi yang bersiaran pada Malam Sehati Berdansa, Sabtu lalu. Ia dikendalikan oleh Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad.

Seramai 6 peserta bakal meneruskan saingan di minggu depan iaitu Sazzy Falak & Nazril Idrus; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Dira & Ash; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana serta Didie Alias & Isham Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails