Geng Aku

Isnin, 16 November 2009

Nizar V'8! Anwar isytihar 'perang' terhadap Najib

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan "perang" terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, yang berhasrat merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.


Bagaimanapun, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat yang membabitkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan, kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen PKR Menggilap Harapan Rakyat di sini.





Hadir sama, isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, fokus utamanya selepas dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor ialah untuk membantu Menteri Besar dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, pengurusan dan pelaburan di negeri itu.

"Kita akan fokuskan kepada beberapa isu seperti rangsangan ekonomi, beberapa isu yang masih dirundingkan dan percepatkan proses pelaksanaan projek yang tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ketat.

"Apapun tujuan saya lebih banyak membantu kedudukan Menteri Besar untuk terus mantap," katanya.




Pada sesi penggulungan debat bajet negeri 2010, Jumaat lalu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan Selangor dengan elaun bulanan tetap RM1.

Beliau berkata, pelantikan Anwar yang berkuat kuasa serta-merta adalah bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan di negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails