Geng Aku

Isnin, 16 November 2009

Nizar V'8! GEMPAR! BLOG X-PKR AKAN MENDEDAHKAN DOKUMEN TENTANG AZMIN ESOK JAM 9 PAGI!



Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, salinan pertama dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar akan dikeluarkan pagi esok, Isnin 16 Nov 2009 jam 9 pagi. Rundingan masih berjalan bagi mendapatkan dokumen tersebut dan suasana rundingan sangat positif.

Sehingga ketemu esok. Salam Hormat

Begitulah pesanan dari blog sahabat saya X-PKR! Hmm, Azmin you can run but you cannot hide, nampaknya semakin panas bontot pemimpin-pemimpin dari pakatan haram ni, sama-sama kita nantikan apa yang bakal dibongkarkan nanti di blog X-PKR! Dibawah ini ada petikan artikel X-PKR:

1. Mohon maaf kepada semua 'sepi' seminggu ini lantaran tuntutan tugas. Namun sempat jua saya mengikuti perkembangan politik tanahair. Antara isu panas ialah melibatkan perang mulut antara YB Zulkefli Nordin dan YB Sivarasa Rasiah berkaitan konflik dalaman PKR. Biarlah mereka terus 'berlakon' namun YB Zulkefli perlu membuktikan keyakinan terhadap kata-katanya sendiri tentang islam. Jangan cakap saja YB!

2. Isu bai'ah PAS juga menarik perhatian. Secara rasional, kita dapat menilai komen-komen pemimpin PAS yang makin terpengaruh dengan ajaran songsang AnWAR iaitu NAFI!, dan nafi dengan konsisten. Biar ada bukti yang jelas - ADUN Gunung Semanggol mengakui wujudnya bai'ah talak tiga, pimpinan PAS tetap menafikannya serta cuba memesongkan isu. Memanglah bai'ah itu dibolehkan namun mempertaruhkan rumahtangga tidak dibolehkan.

3. Isu yang paling panas ialah tentang pemilikan saham oleh Azmin yang bernilai RM8 juta. Wow! bukan sedikit nilainya. Difahamkan Azmin tampil dengan kenyataan menafi (nafi lagi, ni taktik AnWAR la). saya sempat meneliti video pendedahan yang disiarkan selama 15 saat oleh TV3. (apa agenda TV3 yg menyiarkan pendedahan ini spt melepas batuk ditangga kita tidak tau, banyak rungutan telah diterima).

4. Namun x-pkr akan cuba hubungi rakan-rakan di tanahair bagi mendapatkan bukti ini. Janji x-pkr, akan mendapatkan bukti tsb (sekiranya relevan) serta mendedahkan dalam blog ini agar masyarakat tahu jenis apa manusia bernama AnWAR, Azmin dan Shamsidar ini. x-pkr berjanji (ini bukan bai'ah aaaaaa), seboleh mungkin akan mempamerkan bukti-bukti tsb dalam blog ini sebagai bukti bahawa Azmin BERBOHONG menyatakan ini fitnah terancang keatasnya.

5. x-pkr difahamkan Azmin ni memang hidup mewah sejak dari zaman mudanya. Shamsidar juga begitu, dibaluti dengan kemewahan melampau biarpun status kerjanya diragui. Apakah ini ada kaitan dengan pengakuan Ezam, Nallakarupan dan Anuar Shaari bahawa AnWAR, Azmin dan Shamsidar merahsiakan sesuatu dari masyarakat umum dan yang lebih parah lagi, mereka merahsiakannya dari Wan Azizah....

sama-sama kita nantikan pendedahannya nanti !!!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails