Lim Jak Wong
Adun Bachang (DAP), Lim Jak Wong menggesa semua pihak menghapuskan amalan politik wang yang boleh menjatuhkan sesuatu bangsa dan negara demi masa depan rakyat yang lebih sihat, negara lebih terjamin dan makmur ketika menyampaikan ucapan penangguhannya pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua Dun Melaka Yang Keduabelas.
"Hari ini mungkin mereka ini terlepas daripada tindakan undang-undang negara tetapi saya percaya mereka ini tidak akan terlepas daripada hukuman tuhan satu hari nanti," kata beliau.
Sebagai contoh katanya, peruntukan Dun Bachang bagi tahun 2008 sebanyak RM225,000 telah dibelanjakan sebanyak RM217,715 iaitu 96% dalam tempoh 2 bulan dari 3 Januari hingga 28 Februari 2008 bagi membiayai kempen calon BN pada Pilihan Raya Umum ke 12 merupakan penyalahgunaan wang rakyat melalui politik wang.
"Bagi pemimpin yang kaya atau berkedudukan tinggi mungkin akan mengatur lawatan ke Medan, Jakarta yang disebut sebagai 'lawatan sambil belajar' dan selain itu untuk mendapat undi berbagai janji atau ganjaran lain turut ditawarkan.
"Di mana wujudnya tender projek yang tidak mengikut prosedur dan diaturkan kepada individu tertentu sahaja terutama bagi projek 'Reka dan Bina'. Akibatnya banyak projek yang ditender lebih tinggi daripada harga pasaran yang sebenar," jelasnya.
Akhirnya beliau menyatakan sesorang pemimpin itu dipilih tanpa mengambil kira kebolehan atau kemampuannya dan pemimpin yang berkaliber, berjiwa rakyat dan jujur menjadi mangsa politik wang lalu merugikan rakyat serta negara.
Akhirnya beliau menyatakan sesorang pemimpin itu dipilih tanpa mengambil kira kebolehan atau kemampuannya dan pemimpin yang berkaliber, berjiwa rakyat dan jujur menjadi mangsa politik wang lalu merugikan rakyat serta negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan