Geng Aku

Sabtu, 14 November 2009

Nizar V'8! Tee Keat, Soi Lek Menunggu Esok Dengan Penuh Debaran



Esok, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalan beliau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan mendapat jawapan sama ada Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh yang mereka usahakan, diterima atau sebaliknya, iaitu apabila para pemimpin peringkat akar umbi menghadiri majlis taklimat sulung mengenainya.

Kesemua 191 bahagian MCA akan menghantar sekurang-kurangnya lima pemimpin peringkat akar umbi masing-masing -- pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha bahagian serta ketua pemuda dan wanita bahagian -- ke majlis berkenaan di ibu pejabat parti itu.




"Jika ramai yang hadir, ia menunjukkan pelan perpaduan mereka disambut baik dan jika tak ramai yang hadir, ini menunjukkan sebaliknya," kata seorang ketua bahagian dari Selangor yang enggan dikenali.

Taklimat itu, yang dijangka menyentuh lima isu utama, amat penting bagi kedua-dua pemimpin berkenaan memandangkan Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presiden parti itu, dan 16 anggota jawatankuasa pusat (CC) lain, telah mengadakan sesi taklimat mereka bagi anggota peringkat akar umbi beberapa hari lepas.



Perkara yang menjadi agenda pertama majlis taklimat esok ialah perbincangan tentang bagaimana dana parti patut digunakan bagi membiayai kegiatan di peringkat bahagian.

Kedua, para pemimpin peringkat akar umbi akan diberi penjelasan daripada segi undang-undang berkaitan permohonan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) baru oleh 16 anggota CC, terutama selepas empat daripada pemohon asalnya, yang memihak kepada Liow, dipecat oleh Ong.

EGM kedua itu, yang dijadualkan pada 28 Nov, merupakan percubaan untuk mengadakan pemilihan baru parti.




Agenda ketiga dan paling penting ialah Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh, yang bertujuan memastikan ketiga-tiga kumpulan sedia ada -- yang masing-masing diketuai Ong, Dr Chua dan Liow -- boleh bekerjasama.

Dua isu lagi ialah pemilihan anggota CC secara terus dan persiapan MCA menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Taklimat berkenaan akan dipengerusikan Dr Chua, yang juga diamanahkan oleh Ong untuk mempengerusikan pasukan petugas khas bagi melaksanakan pelan perpaduan.

Sumber parti itu berkata Ong dan Dr Chua akan hanya membuat keputusan tentang langkah mereka seterusnya selepas mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin bahagian berkenaan, memandangkan Liow, yang mendapat sokongan ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dan ketua Pemuda Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, terus mendesak agar pemilihan baru parti diadakan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah perebutan teraju kepimpinan parti itu.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails